20/07/2026
LATIH AMAL LAPANGAN (FTX) TINDAK BALAS KECEMASAN INSIDEN KEBOCORAN PAIP GAS PETRONAS DI PUTRA HEIGHTS, SUBANG JAYA
Pengarah serta beberapa pegawai daripada Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) Selangor dan Wilayah Persekutuan telah menyertai Latih Amal Lapangan (FTX) Tindak Balas Kecemasan Insiden Kebocoran Paip Gas Petronas yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Petaling dengan kerjasama Petronas Gas Berhad.
Program tersebut telah berlangsung pada 11 Julai 2026, bermula 7.30 pagi hingga 2.30 petang di Ground Zero (GZ) Putra Heights dan SMK USJ 23
Penyertaan ini bertujuan meningkatkan tahap kesiapsiagaan agensi dalam menghadapi insiden kecemasan melibatkan kebocoran saluran paip gas, di samping mengukuhkan kerjasama strategik antara agensi kerajaan, Petronas Gas Berhad dan komuniti setempat. Latihan ini turut memberi pendedahan kepada prosedur tindak balas kecemasan, penyelarasan operasi pelbagai agensi serta memperkukuh kecekapan pengurusan bencana bagi memastikan tindakan yang pantas, berkesan dan tersusun sekiranya berlaku insiden sebenar.