Friends of Trafik IPD Shah Alam

Friends of Trafik IPD Shah Alam JSPT ditubuhkan dengan objektif utama menjadikannya sebagai sebuah jabatan yang menerajui pengurusan trafik dengan teras perkhidmatan utama iaitu

1.

Siasatan dan Perundangan
2. Penguatkuasaan
3. Kawalan Laluluntas
4. Pengurusan Saman

17/05/2026
17/05/2026

JSPT Selangor

PENGUMPULAN DATA TRAFIK SECARA AUTOMATIK BAGI PROGRAM BANCI LALULINTAS KEBANGSAAN (BLK) TAHUN 2025 - 2027*

17hb Mei 2026 (Ahad)- Bahagian Perancang Jalan Kementerian Kerja Raya Malaysia telah melantik Syarikat Hi-Security and Consultancy Services Sdn.Bhd yang akan melaksanakan kerja-kerja pengumpulan data trafik bermula 18hb Mei 2026 (Isnin) pada waktu kemuncak iaitu sebelah pagi mulai jam 0700hrs hingga 0900hrs dan sebelah petang mulai jam 1700hrs hingga 1900hrs dilokasi yang tertera dibawah :

📍Lampu Isyarat Persiaran Jubli Perak/CSR Batu 3
📍Lampu Isyarat Persiaran Jubli Perak/Jalan Subang
📍Lampu Isyarat Jalan Subang/Glenmarie
📍Lampu Isyarat Jalan Subang/Persiaran Sukan
📍Lampu Isyarat Jalan Subang/Persiaran Kerjaya
📍Lampu Isyarat Jalan Subang/GCE

Dengan ini, orang ramai khususnya pengguna jalan raya dinasihatkan untuk mengambil perhatian dan dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati ketika melalui lokasi yang dinyatakan dan patuhi peraturan lalulintas yang telah ditetapkan.






16/04/2026
25/03/2026

Sambutan Peringatan Hari Polis yang ke 219 Tahun 2026.








22/03/2026

RONDAAN DAN KAWALAN KESELAMATAN LALULINTAS OP SELAMAT 26*

21 Mac 2026 (Sabtu)- Semasa anggota Penguatkuasa Trafik IPD Shah Alam sedang menjalankan tugas rondaan sempena OP Selamat 26, telah menerima satu maklumat dari orang awam mengenai sebuah kenderaan telah terbakar ditepi jalan. Dengan maklumat tersebut, Kpl Husni dan L/Kpl Akmal telah menghala ke lokasi kejadian di Lebuhraya Persekutuan untuk memberi bantuan awal serta membuat kawalan lalulintas bagi mengelakkan berlakunya kesesakan dikawasan tersebut.

Semasa anggota bertugas sampai dilokasi, api telah dipadamkan oleh orang awam yang berada dilokasi kejadian. Bagaimanapun, anggota trafik telah mengambil inisiatif dengan menghubungi pihak Bomba kerana bimbang risiko api menyala semula. JPAM turut memberi bantuan dilokasi bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku.

Orang ramai khususnya pengguna jalan raya dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dan membuat pemeriksaan kenderaan sebelum memulakan perjalanan serta mematuhi peraturan lalulintas yang telah ditetapkan.










20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026 ... Maaf Zahir & Batin








19/03/2026

ADVOKASI BERSAMA ORANG AWAM SEMPENA OP SELAMAT 26*

19 Mac 2026 (Khamis) - Pasukan Penguatkuasa Trafik IPD Shah Alam telah mengadakan advokasi bersama pasukan sahabat dari Jabatan Pengangkutan Jalan dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan ke Terminal Bas Seksyen 17, Shah Alam bagi membuat tinjauan menyeluruh dilokasi.

Disamping itu juga, pegawai trafik dan anggota terlibat turut memberi penerangan serta nasihat mengenai keselamatan diri sepanjang perjalanan. Flyers Op Selamat turut diedarkan kepada pemandu bas serta penumpang bas dan orang awam yang berada dilokasi.

Advokasi berjalan lancar dengan kerjasama menyeluruh dari semua pihak yang terlibat.

/2026










19/03/2026

RONDAAN DAN KAWALAN KESELAMATAN OP SELAMAT 26*

18 Mac 2026 (Rabu)- Bertindak atas maklumat yang diterima dari Kaunter Aduan Trafik IPD Shah Alam mengenai satu kemalangan jalan raya, anggota Penguatkuasa Trafik IPD Shah Alam terdiri daripada Kpl Husni, L/Kpl Akmal dan Kons Aizat telah menghala ke lokasi kejadian di Plaza Tol Bukit Jelutong, Lebuhraya Guthrie dan memberi bantuan awal kepada penunggang motosikal yang terbabit. Kemalangan melibatkan (1) m/kar dengan (1) m/sikal. Anggota juga terus bertindak membuat kawalan lalulintas bagi mengelakkan berlaku kesesakan dikawasan tersebut.

Orang ramai khususnya pengguna jalan raya dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati ketika memandu dan patuhi peraturan lalulintas yang telah ditetapkan.

/2026






Address

Persiaran Kayangan, Seksyen 9
Shah Alam
40100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Friends of Trafik IPD Shah Alam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Friends of Trafik IPD Shah Alam:

Shortcuts

Share