KUSEL

KUSEL Koridor Utiliti Selangor (KUSEL). One-Stop Agency bagi menyelaras & menyelia utiliti Negeri Selangor
(2)

14/08/2026

1 ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐—š๐—œ! ๐—ฆ๐—จ๐—ž๐— ๐—” ๐—ซ๐—ซ๐—œ๐—œ & ๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ฆ๐—จ๐—ž๐— ๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ข๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐Ÿ”ฅ

Tinggal 1 hari sahaja lagi sebelum temasya SUKMA XXII Selangor 2026 membuka tirainya! ๐Ÿ†

Bersiap sedia menyaksikan aksi atlet-atlet terbaik dari seluruh negara yang bakal berentap, mencipta prestasi dan mengukir sejarah dalam temasya sukan terbesar tanah air.

"๐™๐™š๐™ฃ๐™ฉ๐™–๐™  ๐™†๐™ž๐™ฉ๐™–, ๐˜ผ๐™ ๐™จ๐™ž ๐™†๐™ž๐™ฉ๐™–"





KUSEL telah menghadiri Sesi Libat Urus berkaitan Rail Protection Zone (RPZ) di Sepanjang Jajaran LRT3 bersama pihak Pras...
12/08/2026

KUSEL telah menghadiri Sesi Libat Urus berkaitan Rail Protection Zone (RPZ) di Sepanjang Jajaran LRT3 bersama pihak Prasarana Malaysia Berhad dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) yang berlangsung di Depoh LRT3 Johan Setia.

Sesi perbincangan ini merangkumi pelbagai aspek penting seperti perancangan operasi LRT3 Laluan Shah Alam, pengurusan tanah dan aset, serta garis panduan keselamatan di kawasan RPZ.

Sebagai agensi yang bertanggungjawab, KUSEL sentiasa memastikan semua kerja utiliti di kawasan persekitaran rel mendapat kelulusan dan pematuhan yang ditetapkan. Ini penting demi memelihara keselamatan orang ramai serta menjaga struktur dan aset pengangkutan awam.

Terima kasih kepada pihak Prasarana dan APAD atas sokongan serta kerjasama strategik ini! ๐Ÿค

Satu Sesi Libat Urus telah diadakan baru-baru ini yang menghimpunkan pihak KUSEL bersama Pengurusan TNB Selangor dan TNB...
11/08/2026

Satu Sesi Libat Urus telah diadakan baru-baru ini yang menghimpunkan pihak KUSEL bersama Pengurusan TNB Selangor dan TNB Kuala Lumpur.

Kesempatan ini digunakan oleh KUSEL untuk menyampaikan penghargaan setinggi-tinggingya kepada TNB atas sokongan berterusan sejak dari awal penubuhan hingga kini.

Pertemuan ini turut memfokuskan kepada usaha memperketatkan kerjasama menerusi perbincangan berkala dan pertukaran pandangan secara berterusan.

Semoga menerusi penyelarasan yang berkesan ini, proses kerja dapat dipermudahkan dan sebarang isu operasi dapat ditangani bersama secara lebih cekap!

PENGUMUMAN RANCANGANSELANGOR KE-2 (RS-2).Sebuah Perancangan.Satu Hala Tuju.Satu Masa Depan.Masanya kini telah tiba.Upaya...
06/08/2026

PENGUMUMAN RANCANGAN
SELANGOR KE-2 (RS-2).

Sebuah Perancangan.
Satu Hala Tuju.
Satu Masa Depan.

Masanya kini telah tiba.

Upaya Negeri Selangor mengorak langkah sebagai penyumbang KDNK terbesar negara, dengan kapasฤฑtฤฑ sebagai hab ekonomฤฑ Malaysia dan pintu masuk ke ASEAN, akan diteruskan melalui Rancangan Selangor Kedua (RS-2) 2026-2030.

Dengan tema โ€œMemimpin Pertumbuhan, Memacu Kemakmuran, Menerajui ASEANโ€, RS-2 bakal menggariskan 6 Misi Utama berteras 25 Keutamaan melalui 98 Inisiatif.

Saksikan Pembentangan RS-2 oleh YAB Datoโ€™ Seri Amirudin bin Shari, Datoโ€™ Menteri Besar Selangor pada:

7 Ogos 2026 (Jumaat)
3.00 petang

Ikuti perkembangan terkini di platform media sosial rasmi berikut:

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor - https:// www.facebook.com/share/1HPEwzcoPb/?mibextid=wwXlfr

Amirudin Shari -https://www.facebook.com/share/
1DHQQt3n3Z/?mibextid=wwXIfr

Media Selangor -https://mediaselangor.com/





1 HARI LAGI.98 Inisiatif25 Keutamaan6 Misi1 MatlamatMenuju Selangor 2030.
06/08/2026

1 HARI LAGI.

98 Inisiatif
25 Keutamaan
6 Misi
1 Matlamat

Menuju Selangor 2030.





Seluruh warga Koridor Utiliti Selangor (KUSEL) merakamkan ucapan tahniah kepada YBhg. Datoโ€™ Hj. Mohamad Zahri bin Hj. Sa...
04/08/2026

Seluruh warga Koridor Utiliti Selangor (KUSEL) merakamkan ucapan tahniah kepada YBhg. Datoโ€™ Hj. Mohamad Zahri bin Hj. Samingon D.S.I.S. atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah, Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia, berkuat kuasa pada 3 Ogos 2026.

Semoga kepercayaan yang diberikan ini dapat diterjemahkan melalui kepimpinan yang berkesan, tadbir urus yang cemerlang serta komitmen berterusan dalam memperkasa penyampaian perkhidmatan awam dan memacu pembangunan yang inklusif, progresif serta berdaya saing.





Setingi-tinggi tahniah kepada YBrs. Tuan Amri bin Ismail atas pelantikan sebagai Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kuala...
04/08/2026

Setingi-tinggi tahniah kepada YBrs. Tuan Amri bin Ismail atas pelantikan sebagai Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) berkuat kuasa pada 1 Ogos 2026.

Semoga kepercayaan yang diberikan ini dapat diterjemahkan melalui kepimpinan yang berwibawa, berintegriti dan berorientasikan kecemerlangan dalam memperkasa penyampaian perkhidmatan kepada rakyat serta pembangunan daerah Kuala Langat.

Ikhlas daripada seluruh warga kerja Koridor Utiliti Selangor (KUSEL).





Seluruh warga Koridor Utiliti Selangor (KUSEL) merakamkan ucapan tahniah kepada YBrs. Tuan Mohd Hasry bin Nor Mohd atas ...
04/08/2026

Seluruh warga Koridor Utiliti Selangor (KUSEL) merakamkan ucapan tahniah kepada YBrs. Tuan Mohd Hasry bin Nor Mohd atas pelantikan sebagai Pegawai Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Klang, berkuat kuasa pada 3 Ogos 2026.

Semoga kepercayaan yang diberikan ini dapat diterjemahkan melalui kepimpinan yang berkesan, tadbir urus yang cemerlang serta komitmen berterusan dalam memperkasa penyampaian perkhidmatan awam dan memacu pembangunan daerah yang inklusif, progresif serta berdaya saing.





Koridor Utiliti Selangor (KUSEL) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Datoโ€™ Rumaizi bin Baharin @ Md Daud, D...
04/08/2026

Koridor Utiliti Selangor (KUSEL) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Datoโ€™ Rumaizi bin Baharin @ Md Daud, D.P.M.P. atas pelantikan sebagai Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), berkuat kuasa pada 3 Ogos 2026.

Semoga pelantikan ini membawa kecemerlangan berterusan dalam menerajui pentadbiran MBSJ melalui kepimpinan yang berwibawa, berintegriti dan berpandangan jauh, sekali gus memperkukuh agenda pembangunan bandar yang mampan serta meningkatkan kesejahteraan komuniti.

Sekalung tahniah dan selamat menjalankan amanah.





Seluruh warga Koridor Utiliti Selangor (KUSEL) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Puan Hajah Sharinaz binti...
04/08/2026

Seluruh warga Koridor Utiliti Selangor (KUSEL) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Puan Hajah Sharinaz binti Haji Samsudin atas pelantikan sebagai Timbalan Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang berkuat kuasa mulai 27 Julai 2026.

Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada kepimpinan yang cemerlang dalam memperkukuh tadbir urus, memperkasa penyampaian perkhidmatan serta meneruskan agenda pembangunan bandar yang mampan, progresif dan inklusif demi kesejahteraan masyarakat.

Selamat maju jaya dalam menjalankan amanah yang diberikan.





Address

Persiaran Dato' Menteri
Shah Alam
40000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KUSEL posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to KUSEL:

Shortcuts

Share