Permodalan Negeri Selangor Berhad - PNSB RASMI

Permodalan Negeri Selangor Berhad - PNSB RASMI PNSB mula beroperasi pada 1 Disember 1991. Modal dibenar adalah sebanyak RM100 juta manakala modal berbayar adalah RM24 juta.

Selamat datang ke laman Facebook rasmi Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB)
Untuk sebarang maklumat atau pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di 0356501700 atau email kami di [email protected] atau [email protected] Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) merupakan anak syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Selangor dan telah diperbadankan pada 15 Oktober 1990 di bawah Akta Syarikat 1965. PNSB t

elah ditubuhkan untuk mengambilalih operasi projek komersil Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Perbadanan) (PSKS) atau SSI. PNSB juga melaksanakan projek-projek pembangunan PNSB sendiri yang melibatkan kepelbagaian aktiviti terutamanya pembangunan hartanah dan lain-lain perkhidmatan seperti insuran dan pengurusan hartanah (pertanian) adalah menerusi anak-anak syarikatnya. Misi
Bersama Mencerna Kegemilangan Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan Yang Syumul

Wawasan
Menjadi Wadah dan Penjana Kemakmuran Negeri Selangor Darul Ehsan

Dasar Kualiti
Menjadi Sebuah Konglomerat Dinamik, Berwibawa dan Berprestasi Tinggi

Motto
Terbaik Dari PNSB

PNSB TURUN PADANG SANTUNI ATLET OLAHRAGA SELANGORSERDANG, 16 Ogos 2026 – Yang Mulia Ketua Pegawai Eksekutif PNSB bersama...
16/08/2026

PNSB TURUN PADANG SANTUNI ATLET OLAHRAGA SELANGOR

SERDANG, 16 Ogos 2026 – Yang Mulia Ketua Pegawai Eksekutif PNSB bersama Dato’ Johary bin Anuar, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Merangkap Pengarah UPEN turun padang bagi menyantuni dan meraikan kejayaan atlet olahraga Selangor yang berjaya mengharumkan nama negeri dalam saingan SUKMA XXII Selangor 2026 bertempat di Stadium UPM.

Kejayaan tersebut menyaksikan Sasha Alyssa Philip merangkul pingat emas dalam acara lempar cakera wanita dengan catatan 44.93 meter, manakala Syafiqah Mohd Azrul Ikram menyumbangkan pingat perak dalam acara lompat bergalah wanita dengan catatan 3.40 meter.

PNSB merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada kedua-dua atlet atas pencapaian membanggakan ini. Semoga kejayaan yang diraih menjadi pembakar semangat untuk terus berjuang, mencipta kecemerlangan dan mengharumkan nama Selangor di persada sukan negara.

Tahniah dan syabas Sasha Alyssa Philip & Syafiqah Mohd Azrul Ikram! 🥇🥈

KOMITMEN PNSB MENYOKONG SUKMA XXII SELANGOR 2026SHAH ALAM, 15 Ogos 2026 – Yang Mulia Raja Ahmad Shahrir Iskandar, Ketua ...
16/08/2026

KOMITMEN PNSB MENYOKONG SUKMA XXII SELANGOR 2026

SHAH ALAM, 15 Ogos 2026 – Yang Mulia Raja Ahmad Shahrir Iskandar, Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) turut hadir ke Majlis Perasmian Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026 yang berlangsung di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Penganjuran SUKMA XXII Selangor 2026 yang berlangsung dari 15 hingga 24 Ogos 2026 menghimpunkan atlet-atlet muda terbaik dari seluruh negara dalam persaingan bagi meraikan bakat, semangat kesukanan dan kecemerlangan sukan.

Sebagai Rakan Penaja Platinum SUKMA XXII Selangor 2026, PNSB turut menyumbang tajaan berjumlah RM1 juta sebagai tanda komitmen berterusan dalam menyokong usaha Kerajaan Negeri Selangor memperkasa pembangunan sukan serta bakat atlet negeri.

PNSB percaya bahawa sokongan terhadap pembangunan sukan bukan sahaja dapat membantu melahirkan atlet berprestasi tinggi, malah turut menyemarakkan semangat perpaduan, disiplin, kecemerlangan dan kebanggaan rakyat Selangor.

Selamat bertanding kepada seluruh kontinjen dan atlet SUKMA XXII Selangor 2026. Semoga terus mencipta kejayaan dan mengharumkan nama negeri serta negara!

KLANG, 14 OGOS 2026 – Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), menerusi anak syarikat milik penuhnya, PNSB Construction...
14/08/2026

KLANG, 14 OGOS 2026 – Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), menerusi anak syarikat milik penuhnya, PNSB Construction Sdn. Bhd. (PCSB), hari ini memeterai Perjanjian Konsortium bersama Cabinet Hub Sdn. Bhd. (CHSB) bagi memperkukuhkan kerjasama strategik dalam penyediaan kabinet dan kemasan dalaman berkualiti tinggi untuk projek-projek Rumah Idaman di Negeri Selangor.

Melalui kerjasama strategik ini, PCSB bertindak selaku penyelaras dan memperkenalkan perkhidmatan CHSB kepada pemaju-pemaju perumahan Rumah Idaman, manakala CHSB, sebuah syarikat pembuatan perabot milik penuh Bumiputera akan bertanggungjawab sepenuhnya dari sudut reka bentuk, pembuatan, penghantaran, pemasangan hingga khidmat jaminan jualan.

Majlis menandatangani perjanjian konsortium ini dihadiri barisan pengurusan kanan PNSB, PNSB Construction Sdn. Bhd., Cabinet Hub Sdn. Bhd. serta rakan-rakan strategik yang terlibat dalam pembangunan projek Rumah Idaman. Kerjasama ini dijangka memberi manfaat kepada pembeli rumah melalui penyediaan kediaman yang lebih lengkap, berkualiti dan bernilai tambah, di samping memperkukuh ekosistem vendor Bumiputera dalam sektor pembinaan dan pembuatan tempatan.

SHAH ALAM, 13 Ogos 2026 - Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) terus memperkukuh komitmennya dalam menyokong pembang...
14/08/2026

SHAH ALAM, 13 Ogos 2026 - Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) terus memperkukuh komitmennya dalam menyokong pembangunan sukan negeri menerusi penyerahan tajaan kepada atlet olahraga Selangor yang bakal beraksi di SUKMA XXII Selangor 2026.

Tajaan telah disampaikan oleh YM Raja Ahmad Shahrir Iskandar bin Raja Salim, Ketua Pegawai Eksekutif PNSB, dalam satu majlis ringkas bersama barisan pengurusan PNSB, pegawai, jurulatih dan atlet olahraga SUKMA Selangor.

Tahun 2026 turut menandakan tahun keempat PNSB memberikan tajaan kepada atlet olahraga SUKMA Selangor, selepas edisi Perak 2018, Kuala Lumpur 2022 dan Sarawak 2024. Sepanjang tempoh tersebut, atlet olahraga Selangor telah membuktikan kemampuan mereka menerusi pelbagai kejayaan, kutipan pingat dan penciptaan rekod yang membanggakan.

Dengan Selangor selaku tuan rumah pada edisi kali ini, PNSB berharap tajaan ini dapat membantu persiapan pasukan serta menjadi pembakar semangat kepada para atlet untuk memberikan prestasi terbaik di laman sendiri.

Bawalah semangat Selangor bersama anda. Berikan yang terbaik, buktikan kemampuan dan harumkan nama Selangor!

Selamat berjuang, Team Olahraga Selangor! 💪

SHAH ALAM, 13 Ogos 2026 - PNSB Construction Sdn Bhd (PCSB) berbesar hati menerima kunjungan hormat En. Ritzwan Rosli Moh...
14/08/2026

SHAH ALAM, 13 Ogos 2026 - PNSB Construction Sdn Bhd (PCSB) berbesar hati menerima kunjungan hormat En. Ritzwan Rosli Mohd Rosli, Ketua Pegawai Eksekutif Smartsel Sdn Bhd bertempat di pejabat PNSB.

Pertemuan ini membuka ruang perbincangan mengenai cadangan kerjasama strategik dalam penyediaan perkhidmatan rangkaian digital bagi pembangunan projek Rumah Idaman.

Antara fokus utama yang dibincangkan adalah usaha untuk memperluaskan capaian dan pilihan perkhidmatan internet kepada komuniti Rumah Idaman, sebagai alternatif dan pelengkap kepada perkhidmatan syarikat telekomunikasi sedia ada.

Cadangan kerjasama ini diharapkan dapat menyokong pembangunan kediaman yang lebih terhubung, pintar dan berdaya digital, selaras dengan keperluan gaya hidup masa kini serta aspirasi pembangunan Negeri Selangor.

Semoga pertemuan ini menjadi titik permulaan kepada kerjasama yang memberi nilai tambah dan manfaat kepada komuniti Rumah Idaman.


Klang, 12 Ogos 2026 – Keselamatan dan kesihatan di tempat kerja merupakan aspek penting dalam memastikan kebajikan setia...
13/08/2026

Klang, 12 Ogos 2026 – Keselamatan dan kesihatan di tempat kerja merupakan aspek penting dalam memastikan kebajikan setiap kakitangan sentiasa terpelihara. Risiko kemalangan, insiden dan hazard boleh berlaku pada bila-bila masa, justeru kesiapsiagaan serta pengetahuan dalam menghadapi situasi kecemasan amat diperlukan.

Sehubungan itu, Bahagian Sumber Manusia & Pentadbiran dengan kerjasama Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan (JKKP) PNSB telah menganjurkan latihan “Basic Occupational First Aid, CPR & AED” selama dua hari pada 11 dan 12 Ogos 2026, bertempat di Hotel Wyndham, Klang.

Latihan ini telah disertai oleh 26 orang kakitangan PNSB dan memberi pendedahan secara teori serta praktikal mengenai tindakan yang perlu diambil apabila berhadapan dengan situasi kecemasan atau insiden di tempat kerja.

Sepanjang latihan, para peserta dibimbing mengenai kaedah memberikan pertolongan cemas dengan pantas, tepat dan selamat. Peserta turut menjalani latihan praktikal berkaitan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) serta penggunaan Automated External Defibrillator (AED) dengan teknik dan prosedur yang betul.

Bagi mengukuhkan kefahaman dan tahap kesiapsiagaan peserta, sesi latihan turut dilengkapi dengan simulasi kemalangan dan situasi kecemasan. Melalui simulasi tersebut, peserta berpeluang merasai suasana yang hampir menyerupai situasi sebenar, di samping mempraktikkan kaedah mengawal keadaan, mengurus situasi panik serta memberikan bantuan awal secara berkesan sebelum bantuan profesional tiba.

Majlis Penyerahan Wakalah Zakat PNSBTarikh : 7/8/2026 (Jumaat)Masa. : 10.00 Pagi Tempat : Bilik Mesyuarat PNSB Seramai t...
13/08/2026

Majlis Penyerahan Wakalah Zakat PNSB

Tarikh : 7/8/2026 (Jumaat)
Masa. : 10.00 Pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat PNSB

Seramai tujuh (7) penerima Wakalah Zakat PNSB yang terdiri daripada golongan asnaf miskin, fisabilillah serta gharimin telah menerima sumbangan yang disampaikan oleh Pengerusi Kelab Kebajikan PNSB, Encik Yousman bin Yaakub sebagai sebahagian daripada inisiatif kebajikan PNSB dalam membantu golongan yang memerlukan.

1. Surau An Nur Al- Idrisiah
2. ⁠Sek. Ren. Agama Rantau Panjang
3. ⁠Surau Ikhwan Muslimin
4. ⁠Surau Haji Muhamad Ali
5. ⁠Pn. Joezazlin Binti Mohd Johan
6. ⁠Masjid An-Naim
7. ⁠En. Suhaimi Bin Selamat



SHAH ALAM, 7 Ogos 2026 - Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) hari ini menerima kunjungan hormat daripada En. Mohd A...
13/08/2026

SHAH ALAM, 7 Ogos 2026 - Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) hari ini menerima kunjungan hormat daripada En. Mohd Amran Mohd Ariffin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif 1, Bahagian Dana Awam & Syarikat Berkepentingan Kerajaan, Yayasan Pelajaran MARA (YPM).

Kunjungan hormat ini bertujuan mengeratkan hubungan strategik antara PNSB dan YPM dalam meneroka peluang kerjasama yang memberi impak kepada pembangunan modal insan, khususnya pelajar sekolah daripada keluarga B40 dan komuniti yang memerlukan.

Semoga sesi perbincangan ini menjadi langkah awal ke arah jalinan kerjasama strategik yang mampu memberi impak positif kepada pembangunan pendidikan dan melahirkan generasi masa depan yang cemerlang.

Notis Sebutharga : Cadangan Bagi Melaksanakan Kerja-Kerja “Seal” 400 Unit Rumah Kos Rendah (RKR) Di Taman Permata, Daera...
05/08/2026

Notis Sebutharga :

Cadangan Bagi Melaksanakan Kerja-Kerja “Seal” 400 Unit Rumah Kos Rendah (RKR) Di Taman Permata, Daerah Dengkil, Selangor Darul Ehsan.

Notis Sebutharga ini juga boleh dilawati di laman web PNSB : https://pnsb.com.my/tender/

Notis Sebutharga : Cadangan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Tanpa Senjata untuk 400 unit Rumah Pangsa Kos Rendah, Di Ta...
05/08/2026

Notis Sebutharga :

Cadangan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Tanpa Senjata untuk 400 unit Rumah Pangsa Kos Rendah, Di Taman Permata, Mukim Dengkil, Daerah Sepang, Selangor Darul Ehsan untuk Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).

Notis Sebutharga ini juga boleh dilawati di laman web PNSB : https://pnsb.com.my/tender/

Address

Tingkat 16, Menara Naza TTDI, No. 11, Jalan Judo 13/45, Seksyen 13
Shah Alam
40100

Telephone

+60356501700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Permodalan Negeri Selangor Berhad - PNSB RASMI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Permodalan Negeri Selangor Berhad - PNSB RASMI:

Shortcuts

Share