PALAPES Universiti Teknologi MARA - Media Rasmi

PALAPES Universiti Teknologi MARA - Media Rasmi Media Army UiTM

31/08/2026

Scenes of the ongoing training towards royal commission on 12th September 2026

SEKALUNG TAHNIAHSeluruh warga Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Teknologi MARA (UiTM) merakamkan set...
01/08/2026

SEKALUNG TAHNIAH

Seluruh warga Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Teknologi MARA (UiTM) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YBrs. Prof. Dr. Haji Mohd Sazili Shahibi atas pelantikan semula sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Universiti Teknologi MARA, berkuat kuasa mulai 3 Ogos 2026. Pelantikan semula ini merupakan satu pengiktirafan terhadap kepimpinan, komitmen serta dedikasi beliau dalam memperkasa pembangunan sahsiah, kepimpinan dan kebajikan mahasiswa UiTM ke arah kecemerlangan yang berterusan.

Semoga YBrs. Prof. Dr. Haji Mohd Sazili Shahibi terus dikurniakan kesihatan yang baik, kebijaksanaan serta kekuatan dalam menggalas amanah yang telah diberikan. Warga PALAPES UiTM mendoakan agar beliau sentiasa dipermudahkan segala urusan dan terus membawa UiTM ke tahap yang lebih gemilang, sekali gus melahirkan generasi mahasiswa yang berintegriti, berdaya saing dan berjiwa patriotik selaras dengan aspirasi universiti serta negara.

Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi MARA Shah Alam

30/03/2026

Minggu Kegiatan Pelajar dan Ko-Kurikulum telah diadakan dari 31 Mac hingga 3 April 1989 bersempena Majlis Konvokesyen ITM April 1989. Program ini bertujuan memberikan gambaran yang jelas kepada masyarakat luar mengenai aktiviti ko-kurikulum dan kegiatan pelajar di ITM, di samping memupuk semangat kerjasama dalam kalangan pelajar melalui pelaksanaan pelbagai program yang dirancang. Sepanjang program berlangsung, pelajar turut berusaha menambah dana tabung persatuan atau unit masing-masing melalui penglibatan dalam gerai jualan makanan dan barangan yang diadakan di kawasan letak kereta Bangunan Pusat Pelajar.

Selain itu, pelajar turut menganjurkan pameran di Sudut Ilmu serta pelbagai persembahan di Medan Menara dan ruang legar Bangunan Budi Siswa untuk tontonan warga kampus dan masyarakat luar, khususnya ibu bapa graduan. Antara persembahan yang diadakan termasuk oleh Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), Kesatria, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan ITM serta Unit Kebudayaan yang menampilkan Tae Kwan Do, Silat Gayung, Silat Cekak, persembahan kebudayaan dan kugiran. Program ini secara tidak langsung membentuk jati diri pelajar agar lebih berdaya tahan, berfikiran positif serta berupaya melihat cabaran sebagai peluang dalam mencapai kejayaan.

Sumber : Berita ITM April 1989

20/03/2026

Anggota-anggota PALAPES yang telah dan akan menamatkan pengajian di institusi pengajian tinggi di negara ini disaran agar terus bergiat aktif dalam bidang ketenteraan bagi melengkapkan diri dengan pelbagai disiplin dan ilmu berkaitan. Saranan tersebut disampaikan oleh Y. Bhg. Mejar Jeneral Dato’ Mohd. Isa bin Che’ Kak ketika merasmikan Karnival Sukan PALAPES Institut Pengajian Tinggi yang telah berlangsung di kampus ITM Shah Alam pada 20 Mac 1988. Beliau turut memuji penganjuran karnival seumpama ini yang mampu mengeratkan serta memperkukuh hubungan dalam kalangan anggota PALAPES di institusi pengajian tinggi dengan unit-unit tentera yang lain, di samping menyeru agar pegawai yang telah ditauliahkan melaporkan diri di lokasi berhampiran tempat bertugas masing-masing.

Karnival tersebut menyaksikan lima acara sukan dipertandingkan melibatkan lapan pasukan termasuk PALAPES Universiti Pertanian Malaysia, Maktab Tentera Diraja, Rejimen Askar Melayu Diraja, Tentera Udara Diraja Malaysia, Markas II Divisyen, Rejimen 502 Shah Alam serta Kesatria ITM. Johan keseluruhan telah dimenangi oleh pasukan PALAPES ITM yang berjaya meraih dua kemenangan menerusi acara bola tampar dan bola jaring. Walau bagaimanapun, acara tarik tali yang dijangka menjadi kemuncak tidak dapat dijalankan berikutan hujan lebat semasa majlis penutupan. Sementara itu, Pemangku Timbalan Komanden PALAPES ITM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Mejar Abdul Kader Bakar menyatakan rasa puas hati terhadap kelancaran penganjuran karnival tersebut.

Sumber : Berita ITM Mac 1988

Alumni PALAPES UiTM Malaysia




18/03/2026

Fakta Menarik Penubuhan Reserve Officers Training Unit (ROTU) ITM 👇

1. Latihan ketenteraan di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia bermula seawal tahun 1965 melalui Unit Askar Wataniah di Universiti Malaya.

2. Penubuhan unit seumpamanya di Institut Teknologi MARA (ITM) dan Universiti Pertanian Malaysia tercetus hasil permintaan aktif daripada kakitangan dan badan pelajar ketika itu.

3. ROTU diperkenalkan sebagai hasil penambahbaikan kepada konsep latihan sedia ada, dengan fokus melahirkan pegawai simpanan dalam kalangan mahasiswa.

4. Antara objektif utama ROTU ialah menarik minat pelajar menyertai perkhidmatan sukarelawan ketenteraan serta membuka laluan kerjaya dalam Angkatan Tentera selepas tamat pengajian.

5. Pengambilan kumpulan pertama ROTU ITM seramai 200 pelajar pada Julai 1980.

6. Tempoh latihan ROTU bagi kumpulan perintis ini berlangsung selama tiga tahun, bermula 1980 sehingga Julai 1983.

7. Bagi memastikan kelancaran pelaksanaan, pegawai dan pensyarah ITM telah dihantar menjalani latihan di Pusat Latihan Askar Wataniah, Ipoh.

8. Penubuhan ROTU dilaksanakan dengan kerjasama erat bersama Angkatan Tentera Malaysia dalam aspek latihan dan penyelarasan.

9. Bangunan ‘Sri Perwira’ dibangunkan khusus sebagai pusat pentadbiran dan operasi ROTU di ITM.

10. Perasmian ‘Sri Perwira’ menjadi simbol pengukuhan struktur organisasi ROTU serta pemangkin kepada perkembangan unit ini pada masa hadapan.

Sumber : Buku Upacara Pembukaan Bangunan 'Sri Perwira', ITM Shah Alam, 21 Februari 1980




26 FEBRUARI 2026 | Kunjungan hormat daripada UPNM Holdings Sdn Bhd ke Markas PALAPES Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sh...
26/02/2026

26 FEBRUARI 2026 | Kunjungan hormat daripada UPNM Holdings Sdn Bhd ke Markas PALAPES Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam

Sesi ini dipengerusikan oleh Lt Kol Prof Madya Dr Arif, serta menerima kehadiran Encik Khairulnizam Othman (Pengurus Besar), Pn Farrah Wahida Nor Aini (Penolong Pengurus Besar) dan Lt Kol Azman (Kem Komandan). Sesi ini berlangsung dalam suasana penuh profesionalisme dan semangat kolaborasi strategik.

Kunjungan hormat ini bukan sekadar memperkukuh hubungan institusi, malah membuka ruang sinergi baharu dalam usaha memperkasa latihan kepimpinan serta memartabatkan warisan pertahanan negara demi kesinambungan kecemerlangan generasi akan datang.

24/02/2026

Seramai 120 orang pegawai kadet termasuk 24 pegawai wanita telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Jalan Lasak antara Kompeni PALAPES ITM yang berlangsung pada 24 Februari 1991 di sekitar Shah Alam. Pertandingan ini telah dibahagikan kepada enam kumpulan yang mewakili tiga kompeni. Kesemua peserta berjaya menamatkan laluan sejauh 16 kilometer dalam anggaran masa 2 jam 13 minit. Acara bermula pada jam 1.00 pagi dengan pelepasan kumpulan terakhir pada jam 3.00 pagi.

Penganjuran pertandingan ini bertujuan menguji ketahanan mental dan fizikal serta memupuk semangat kerjasama berpasukan dalam kalangan pegawai kadet. Selain meningkatkan tahap kecergasan, program ini turut memperkukuh mutu kepimpinan dan kemahiran pengurusan organisasi. Menurut Dato’ Dr. Haji Mohd. Mansor Haji Salleh selaku Komanden PALAPES ITM ketika berucap pada majlis penutup dan penyampaian hadiah, program seumpama ini selaras dengan hasrat institusi untuk melahirkan graduan yang cemerlang dari segi akademik, berdedikasi, tabah, berhemah tinggi serta mempunyai ciri kepimpinan yang unggul.

Sumber : Berita ITM - Februari 1991




Address

Markas PALAPES UiTM Shah Alam
Shah Alam
40450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PALAPES Universiti Teknologi MARA - Media Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PALAPES Universiti Teknologi MARA - Media Rasmi:

Shortcuts

Share

Category