JUPEM Selangor

JUPEM Selangor Jabatan Ukur dan Pemetaan Selangor, Tingkat 16, Plaza Masalam, 40100, Shah Alam, Selangor, Malaysia

DIRGAHAYU TUANKUMerafak Sembah dan Menjunjung KasihSeluruh Warga Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Negeri Selan...
31/05/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak Sembah dan Menjunjung Kasih

Seluruh Warga Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Negeri Selangor merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIASERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XVII

SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR

Pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H

Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku dikurniakan keafiatan, kesejahteraan, serta sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah SWT, dan terus bersemayam di singgahsana pemerintahan dengan penuh kedaulatan, kebijaksanaan dan keberkatan.

Daulat Tuanku.

Sembah Takzim Daripada

Warga Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Negeri Selangor




Selamat Menyambut Hari Wesak 2026 kepada semua penganut Buddha yang meraikannya.Semoga sambutan Hari Wesak membawa sinar...
31/05/2026

Selamat Menyambut Hari Wesak 2026 kepada semua penganut Buddha yang meraikannya.

Semoga sambutan Hari Wesak membawa sinar kedamaian, kebijaksanaan, kasih sayang dan keharmonian dalam kehidupan kita bersama. Marilah kita terus memupuk nilai saling menghormati, perpaduan dan kesejahteraan demi kemajuan negara yang tercinta.

Ikhlas daripada,
Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Selangor






Makluman kaunter Jualan ditutup sempena cuti Aidiladha
28/05/2026

Makluman kaunter Jualan ditutup sempena cuti Aidiladha

𝑺𝑬𝑳𝑨𝑴𝑨𝑻 𝑴𝑬𝑵𝒀𝑨𝑴𝑩𝑼𝑻 𝑨𝑰𝑫𝑰𝑳𝑨𝑫𝑯𝑨 𝟏𝟒𝟒𝟳𝑯Aidiladha merupakan simbol penghayatan terhadap nilai pengorbanan, keikhlasan dan ketaa...
26/05/2026

𝑺𝑬𝑳𝑨𝑴𝑨𝑻 𝑴𝑬𝑵𝒀𝑨𝑴𝑩𝑼𝑻 𝑨𝑰𝑫𝑰𝑳𝑨𝑫𝑯𝑨 𝟏𝟒𝟒𝟳𝑯

Aidiladha merupakan simbol penghayatan terhadap nilai pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan yang dizahirkan melalui ibadah haji serta ibadah korban. Sambutan ini mengingatkan kita bahawa setiap amanah dan tanggungjawab yang dipikul, sama ada dalam urusan kehidupan mahupun tugasan pekerjaan, menuntut iltizam, disiplin serta keikhlasan yang berterusan.

Semoga semangat Aidiladha terus menyuburkan budaya kerja yang berintegriti, memperkukuh hubungan silaturahim dan memantapkan semangat kerjasama dalam usaha mencapai kecemerlangan organisasi.

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H.
Maaf Zahir dan Batin.




Hari Arafah adalah hari paling mustajab untuk berdoa. Nabi SAW bersabda bahawa sebaik-baik doa adalah doa pada hari ini....
26/05/2026

Hari Arafah adalah hari paling mustajab untuk berdoa. Nabi SAW bersabda bahawa sebaik-baik doa adalah doa pada hari ini.


Perbanyakkan zikir, istighfar, dan mohonlah segala hajat, termasuk kesejahteraan di dunia dan akhirat, perlindungan daripada api neraka, serta keampunan.

𝐈𝐒𝐓𝐈𝐀𝐃𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐍𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐈𝐍𝐆𝐀𝐓- 𝐏𝐈𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐄𝐇𝐒𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐏𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐄-𝟖𝟎...
22/05/2026

𝐈𝐒𝐓𝐈𝐀𝐃𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐍𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐈𝐍𝐆𝐀𝐓- 𝐏𝐈𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐄𝐇𝐒𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐏𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐄-𝟖𝟎 𝐃𝐔𝐋𝐈 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐀𝐇𝐀 𝐌𝐔𝐋𝐈𝐀 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑

Pada 20 Mei 2026, DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan mewakili DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengurniakan Pingat Negeri Selangor Darul Ehsan kepada 225 penerima sempena Ulang Tahun Keputeraan Baginda ke-80 dalam istiadat yang berlangsung di Dewan Jubli Perak.

Sebanyak 43 penerima dikurniakan Pingat Pekerti Terpilih (P.P.T.), 35 penerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang Selangor (P.P.C.), 134 penerima Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.) dan 13 penerima Pingat Perkhidmatan Selangor (P.P.S.).

Sekalung penghargaan dan tahniah turut dizahirkan kepada
warga JUPEM Selangor yang menerima pengiktirafan atas berkhidmat secara cemerlang serta mempunyai kelakuan terpuji iaitu Puan Asfa Zuhairen Binti Hassan dari Seksyen Teknologi Maklumat JUPEM Selangor yang menerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang Selangor (P.P.C.),manakala yang telah berkhidmat dan berjaya kepada Negeri Selangor Darul Ehsan iaitu En. Johar Bin Mastura dari PUD Timur menerima Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.).

Pengiktirafan ini diharap menjadi pemangkin semangat dan suntikan motivasi kepada seluruh warga JUPEM Selangor untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik serta mencapai kecemerlangan yang lebih gemilang pada masa akan datang.

Menjunjung kasih Tuanku



𝐂𝐄𝐑𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐇𝐈𝐋𝐀𝐋 𝐙𝐔𝐋𝐇𝐈𝐉𝐀𝐇 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇/𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌JUPEM Selangor bersama Jabatan M***i Negeri Selangor telah turut serta dalam Maj...
18/05/2026

𝐂𝐄𝐑𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐇𝐈𝐋𝐀𝐋 𝐙𝐔𝐋𝐇𝐈𝐉𝐀𝐇 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇/𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌

JUPEM Selangor bersama Jabatan M***i Negeri Selangor telah turut serta dalam Majlis Cerapan Rasmi Hilal Zulhijjah 1447H / 2026M yang diadakan serentak di tiga lokasi cerapan utama di Negeri Selangor pada 17 Mei 2026 / 29 Zulqa’dah 1447H (Ahad).

📍 Balai Cerap Selangor, Sungai Lang, Sabak Bernam
📍 Balai Cerap Bukit Melawati, Kuala Selangor
📍 Balai Cerap Jugra, Kuala Langat

Cerapan hilal ini merupakan antara proses penting dalam penentuan awal Zulhijjah bagi umat Islam di Malaysia. Di sebalik suasana tenang senja, tersimpan tanggungjawab besar dalam memastikan ketepatan cerapan berpandukan ilmu falak dan teknologi.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pengarah JUPEM Selangor,LSr Looi Kam Seng yang hadir bersama pegawai dan kakitangan bagi menzahirkan sokongan terhadap usaha pengukuhan cerapan falak serta kerjasama strategik antara agensi.

Semoga segala urusan dipermudahkan serta cerapan berjalan lancar dengan kerjasama semua pihak yang terlibat.

***iSelangor

JUPEM SELANGOR TURUN PADANG PASTIKAN KETEPATAN SEMPADAN LOT DI THE HERITAGE, SERI KEMBANGAN12 Mei 2026 | SelasaJabatan U...
12/05/2026

JUPEM SELANGOR TURUN PADANG PASTIKAN KETEPATAN SEMPADAN LOT DI THE HERITAGE, SERI KEMBANGAN

12 Mei 2026 | Selasa

Jabatan Ukur dan Pemetaan Selangor telah menerima jemputan daripada Pejabat Ahli Parlimen Puchong bagi mengadakan lawatan tapak ke The Heritage, Jalan Dagang SB, Seri Kembangan.

Lawatan ini telah diketuai oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan Selangor bersama wakil Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), JMB Mines – Heritage Residence Association serta pihak-pihak berkepentingan yang terlibat.

Semasa lawatan berlangsung, Pengarah JUPEM Selangor telah menunjukkan kedudukan tanda sempadan di lapangan menggunakan aplikasi MyLOT bagi memastikan sempadan lot dikenal pasti dengan tepat serta selaras dengan Pelan Akui yang telah diluluskan.

Usaha ini mencerminkan komitmen berterusan Jabatan dalam memastikan ketepatan data ukur, pematuhan sempadan lot dan penyampaian perkhidmatan yang efisien demi kepentingan rakyat dan pembangunan negeri.

EKSPEDISI PENDAKIAN JUPEM SELANGORPada Ahad, 10 Mei 2026, warga JUPEM Selangor bersama Team RISM (Royal Institution of S...
11/05/2026

EKSPEDISI PENDAKIAN JUPEM SELANGOR

Pada Ahad, 10 Mei 2026, warga JUPEM Selangor bersama Team RISM (Royal Institution of Surveyors Malaysia) telah berjaya melaksanakan ekspedisi pendakian ke Gunung Semangko Gap & Gunung Ulu Semangkok bagi kerja-kerja baik pulih stesen trigometri di Gunung Gap.

Ekspedisi ini bukan sahaja menguji ketahanan fizikal dan semangat berpasukan, malah menjadi simbol komitmen berterusan dalam memastikan jaringan kawalan ukur negara sentiasa berada dalam keadaan terbaik.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan misi ini demi ketepatan data ukur dan pemetaan negara.

Di mana cabaran berada, di situ JUPEM melangkah.

𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐓𝐞𝐦𝐮𝐛𝐮𝐚𝐥 𝐀𝐤𝐚𝐝𝐞𝐦𝐢𝐤: 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐨𝐧𝐠𝐬𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐤𝐥𝐮𝐦𝐚𝐭 𝐀𝐩𝐥𝐢𝐤𝐚𝐬𝐢 𝐞-𝐊𝐚𝐝𝐚𝐬𝐭𝐞𝐫 𝐝𝐢 𝐉𝐔𝐏𝐄𝐌 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫Pada 7 Mei 2026 (Khamis), seramai 3...
07/05/2026

𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐓𝐞𝐦𝐮𝐛𝐮𝐚𝐥 𝐀𝐤𝐚𝐝𝐞𝐦𝐢𝐤: 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐨𝐧𝐠𝐬𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐤𝐥𝐮𝐦𝐚𝐭 𝐀𝐩𝐥𝐢𝐤𝐚𝐬𝐢 𝐞-𝐊𝐚𝐝𝐚𝐬𝐭𝐞𝐫 𝐝𝐢 𝐉𝐔𝐏𝐄𝐌 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫

Pada 7 Mei 2026 (Khamis), seramai 32 orang pelajar telah menjalankan sesi temubual secara bersemuka di Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Selangor berkaitan perkongsian maklumat mengenai Aplikasi E-Kadaster.

Pihak JUPEM amat berbesar hati berkongsi maklumat bersama para penuntut Program Sarjana Muda Sains Ukur & Geomatik (Kepujian) – CFAP220 daripada Pengajian Sains Ukur dan Geomatik, Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi MARA.

Perkongsian ini diadakan bagi tujuan akademik berkaitan kursus GLS559 (Advance Cadastral Surveying).

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pegawai JUPEM Selangor yang terlibat dalam berkongsi maklumat dan memberikan kerjasama sepanjang sesi temubual bersama para pelajar dijalankan.

Semoga program ini memberi manfaat dan nilai tambah kepada para pelajar dalam meningkatkan kefahaman serta pengetahuan berkaitan bidang ukur dan geomatik, khususnya dalam aplikasi e-Kadaster.

Address

Tingkat 16, Plaza Masalam
Shah Alam
40700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JUPEM Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share