Angkatan Muda Keadilan Selangor

Angkatan Muda Keadilan Selangor Negeri Selangor

Sempena Maulidur Rasul 1448H, kita mengangkat tema “MADANI Dihayati, Ummah Diberkati” sebagai seruan untuk bukan sekadar...
25/08/2026

Sempena Maulidur Rasul 1448H, kita mengangkat tema “MADANI Dihayati, Ummah Diberkati” sebagai seruan untuk bukan sekadar mengenang Rasulullah SAW, tetapi benar-benar menghayati nilai yang Baginda bawa dalam kehidupan.

Rasulullah SAW membina masyarakat berteraskan iman, ilmu, akhlak, keadilan dan rahmah. Madinah menjadi bukti bahawa sebuah ummah yang kuat lahir apabila nilai kemanusiaan, kepedulian dan tanggungjawab bersama dijadikan asas kehidupan bermasyarakat.

Firman Allah SWT:

قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِى يُحْبِبْكُمُ ٱللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَٱللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

“Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu.”

(Surah Ali ‘Imran: 31)

Sebagai anak muda, marilah kita menjadikan sirah Rasulullah SAW sebagai pedoman untuk membina generasi yang berilmu, berprinsip, berani menegakkan kebenaran serta sentiasa membawa manfaat kepada masyarakat.

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW terus diterjemahkan melalui akhlak, tindakan dan khidmat kepada ummah.

MADANI Dihayati, Ummah Diberkati.

Salam Maulidur Rasul 1448H daripada Angkatan Muda KEADILAN Selangor.



Selamat Ulang Tahun Kelahiran ke-79 buat YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.Semoga terus dikurniakan...
10/08/2026

Selamat Ulang Tahun Kelahiran ke-79 buat YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.

Semoga terus dikurniakan kesihatan, kekuatan dan kebijaksanaan dalam memimpin negara serta menjayakan agenda Reformasi demi masa depan rakyat Malaysia.

Buat kami anak muda, semangat untuk terus mempertahankan prinsip, memperjuangkan keadilan dan membawa perubahan akan terus menjadi pedoman dalam meneruskan perjuangan.

Selamat ulang tahun, Dato’ Seri, semoga terus teguh memimpin Malaysia ke arah yang lebih baik.

Daripada seluruh pimpinan dan keluarga Angkatan Muda KEADILAN Selangor.

Salam Maal Hijrah 1448H / 2026MSememangnya makna hijrah bukan sekadar perpindahan, tetapi satu proses pembaharuan untuk ...
16/06/2026

Salam Maal Hijrah 1448H / 2026M

Sememangnya makna hijrah bukan sekadar perpindahan, tetapi satu proses pembaharuan untuk kita menjadi insan yang lebih baik dan pekerti.

Memaknai erti itu MADANI Dihayati, Ummah Diberkati" diangkat sebagai tema tahun ini sebagai obor untuk kita terus melangkah ke hadapan dengan ihsan dan berkasih sayang.

Semoga tahun ini menjadi detik permulaan kepada kehidupan yang lebih diberkati dan bermakna buat kita semua.



Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Ke...
01/06/2026

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

AMK Selangor mendoakan agar Seri Paduka Baginda sentiasa dikurniakan keafiatan dan rahmat Allah dalam memayungi rakyat serta memimpin institusi Raja Berperlembagaan yang menjadi tunjang kestabilan negara.

Semoga negara terus kekal aman, makmur dan bersatu padu dalam kepelbagaian, berteraskan semangat cintakan tanah air.

DAULAT TUANKU.

� �

Angkatan Muda KEADILAN Selangor mengucapkan Salam Aidiladha kepada seluruh umat Islam yang menyambutnya. Semoga Aidiladh...
27/05/2026

Angkatan Muda KEADILAN Selangor mengucapkan Salam Aidiladha kepada seluruh umat Islam yang menyambutnya. Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan serta mengeratkan lagi ukhuwah sesama keluarga, sahabat dan masyarakat.

Aidiladha mengajar kita tentang nilai pengorbanan, keikhlasan dan kesatuan dalam perjuangan. Semangat inilah yang perlu terus dipupuk dalam diri anak muda untuk menjadi generasi yang berani berkhidmat, membantu rakyat dan mempertahankan nilai kemanusiaan.

Dalam keberkatan hari yang mulia ini, marilah kita terus merapatkan saf, menyatukan tekad dan memperkukuh semangat kebersamaan demi Malaysia yang lebih baik.


Selamat Hari Guru 2026Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga ...
16/05/2026

Selamat Hari Guru 2026

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga pendidik yang menjadi tulang belakang pembinaan generasi masa depan negara.

Guru bukan sekadar penyampai ilmu, tetapi pembentuk nilai, pencorak pemikiran dan pemacu perubahan. Dalam dunia yang semakin mencabar, peranan guru menjadi lebih penting dalam melahirkan generasi yang berani, berprinsip dan berdaya saing.

AMK Selangor percaya bahawa kekuatan sesebuah bangsa bermula di bilik darjah. Dari tangan guru lahirnya pemimpin, profesional dan rakyat yang bertanggungjawab.

Terima kasih kepada semua cikgu, atas segala pengorbanan, kesabaran dan dedikasi tanpa henti.

“Guru Bitara Nadi Negara”

SELAMAT HARI BELIA NEGARA 2026Angkatan Muda KEADILAN Selangor percaya belia adalah jantung kekuatan negara dan agen peru...
15/05/2026

SELAMAT HARI BELIA NEGARA 2026

Angkatan Muda KEADILAN Selangor percaya belia adalah jantung kekuatan negara dan agen perubahan yang akan mencorakkan masa depan Malaysia.

Sempena sambutan Hari Belia Negara 2026, marilah kita bersama-sama mengangkat semangat anak muda yang progresif, berani bersuara dan sentiasa membawa aspirasi rakyat.


*AMK SELANGOR KECAM KENYATAAN BIADAB SETIAUSAHA MAJLIS SYURA ULAMA PAS : TUNTUT PERMOHONAN MAAF KEPADA UMAT ISLAM SEGERA...
13/05/2026

*AMK SELANGOR KECAM KENYATAAN BIADAB SETIAUSAHA MAJLIS SYURA ULAMA PAS : TUNTUT PERMOHONAN MAAF KEPADA UMAT ISLAM SEGERA SECARA TERBUKA*

Angkatan Muda KEADILAN Selangor memandang serius perkembangan terkini melibatkan kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh yang jelas menghina para sahabat Nabi.

Dalam hal ini, AMK Selangor menegur sikap hipokrit Pas yang kononnya mahu membuat laporan polis, sedangkan isu pokok yang perlu ditangani adalah tindakan dan tanggungjawab dalaman parti itu sendiri.

Tidak wajar untuk Pas melepaskan diri dengan mengatakan bahawa kenyataan tersebut seolah-olah pandangan peribadi sedangkan ucapan itu dibuat di pentas ceramah politik Pas.

AMK Selangor menegaskan bahawa kenyataan yang merendahkan martabat sahabat Nabi adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali. Isu ini bukan soal politik, tetapi adab dan sensitiviti umat Islam yang perlu dijaga dengan penuh tanggungjawab.

Tiada jalan lain melainkan Pas perlu berani mengambil tanggungjawab dengan memecat pemimpin Pas itu dan membuat permohonan maaf kepada umat Islam tanpa berlengah.

AMK Selangor menegaskan, jangan sesekali cuba menutup kelemahan pentadbiran Pas dengan naratif politik atau mengalih perhatian melalui tindakan kosmetik seperti laporan polis.

Sekian.

*MUHAMMAD IMAN HAZIQ MOHAMMAD HAMZI*
Ketua Angkatan Muda KEADILAN Selangor

13 Mei 2026

Selamat Hari Pekerja!AMK Selangor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga pekerja.Teruskan perjuanga...
01/05/2026

Selamat Hari Pekerja!

AMK Selangor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga pekerja.

Teruskan perjuangan kerana anda adalah tulang belakang negara.


Address

Shah Alam
40100

Telephone

+60182083748

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Angkatan Muda Keadilan Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share