Picklespark Selangor

Picklespark Selangor Program Pembangunan Sukan Pickleball Negeri Selangor

29/07/2026

Picklespark, Let’s Play Together Zon 5! ✊🏼

29/07/2026 – Suasana penuh semangat menyelubungi SLK Sport Center, Batu Caves apabila Klinik Pembangunan PICKLESPARK 202...
29/07/2026

29/07/2026 – Suasana penuh semangat menyelubungi SLK Sport Center, Batu Caves apabila Klinik Pembangunan PICKLESPARK 2026/2027 Zon 5 (Selayang & Rawang) berjaya menghimpunkan murid-murid sekolah rendah dan menengah untuk bersama-sama mendalami sukan pickleball ini.

Melalui pelbagai aktiviti praktikal, para peserta didedahkan kepada teknik asas permainan serta pengenalan kepada court rules bagi membantu mereka memahami peraturan, etika dan tatacara permainan di gelanggang. Setiap sesi memberi peluang kepada para peserta untuk membina keyakinan dan mengasah kemahiran mereka.

Bagi melengkapkan pengalaman pembelajaran, para murid turut mengikuti sesi mini tournament sebagai pendedahan awal kepada suasana dan format pertandingan. Pendedahan ini diharap dapat memberi keyakinan serta persediaan kepada mereka yang bakal menyertai kejohanan pickleball pada masa akan datang.

Majlis penyampaian sijil penyertaan telah diserikan oleh En. Mohd Azwar bin Mohd Nasir dari Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) sebagai tanda penghargaan kepada semua peserta yang telah menunjukkan komitmen dan semangat sepanjang program berlangsung.

Zon 5 melengkapkan pelaksanaan Fasa 1 PICKLESPARK 2026/2027, yang telah berjaya diadakan di lima lokasi terpilih di Negeri Selangor. Terima kasih kepada semua sekolah, guru, murid serta rakan strategik yang telah bersama-sama menjayakan inisiatif ini dan menyumbang kepada pembangunan sukan pickleball di peringkat sekolah.

Perjalanan ini membuka ruang kepada lebih banyak peluang dan pengalaman baharu buat warga sekolah. Fasa 2 PICKLESPARK 2026/2027 akan diumumkan dalam masa terdekat bagi meneruskan usaha memperluaskan pembangunan sukan pickleball di Negeri Selangor.

Terima kasih kepada SLK Sport Center. PICKLESPARK Zon 5, Phase 1 signing out now!

Zon 5 – Next Stop: Phase 2! See you soon!!

Let’s Play Together! ✊🏼

PICKLESPARK 2026/2027 | Zon 5 Semangat Picklespark Terus Hidup.29/07/2026 – Hampir 100 orang murid dan pelajar dari seko...
29/07/2026

PICKLESPARK 2026/2027 | Zon 5 Semangat Picklespark Terus Hidup.

29/07/2026 – Hampir 100 orang murid dan pelajar dari sekolah-sekolah Zon 5 (Selayang & Rawang) memenuhi gelanggang SLK Sport Center, Batu Caves bagi menyertai Klinik Pembangunan Pickleball PICKLESPARK 2026/2027, sekali gus melengkapkan pelaksanaan Fasa 1 program ini.

Selepas para guru menamatkan Kursus Kejurulatihan Asas sehari sebelumnya, kini tiba giliran mereka berkongsi ilmu dan membimbing murid-murid di gelanggang. Pelbagai aktiviti dijalankan bagi memperkenalkan asas permainan pickleball dalam suasana yang aktif, menyeronokkan dan penuh semangat kesukanan.

Sekolah-sekolah Zon 5 (Selayang & Rawang):
• SK Sungai Pusu
• SK Bandar Tasik Puteri
• SK Taman Samudra
• SK Bandar Baru Sungai Buloh
• SK Taman Melawati
• SMK Rawang
• SMK Kepong
• SMK Lembah Keramat
• SMK Bandar Baru Sungai Buloh
• SMK Bukit Sentosa

Sepanjang klinik, para peserta didedahkan kepada teknik asas permainan melalui aktiviti praktikal yang membina koordinasi, komunikasi, kerjasama berpasukan dan keyakinan diri. Melihat keterujaan serta semangat yang ditunjukkan oleh para peserta membuktikan bahawa pickleball semakin mendapat tempat dalam kalangan warga sekolah.

Zon 5 – Lima Zon, Satu Pencapaian.

Let’s Play Together! ✊🏼

Bukan Penghujung, Tetapi Permulaan29/07/2026 – Kursus Kejurulatihan Asas Pembangunan Sukan Pickleball Negeri Selangor 20...
28/07/2026

Bukan Penghujung, Tetapi Permulaan

29/07/2026 – Kursus Kejurulatihan Asas Pembangunan Sukan Pickleball Negeri Selangor 2026 bagi Zon 5 (Selayang & Rawang) telah melabuhkan tirainya dengan majlis penyampaian sijil yang disempurnakan oleh Encik Zairin Akmal daripada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS).

Fasa 1 Zon 5 menghimpunkan guru-guru dari seluruh Selangor dalam usaha memperkukuh pembangunan sukan pickleball di peringkat sekolah. Kini, perjalanan diteruskan ke fasa seterusnya dengan semangat dan aspirasi yang lebih besar.

Tahniah kepada semua guru yang berjaya menamatkan kursus ini! Semoga segala ilmu, pengalaman dan kemahiran yang diperoleh sepanjang kursus menjadi pemangkin untuk terus membangunkan sukan pickleball di sekolah masing-masing.

Ribuan terima kasih juga kepada Absolute Protech Sports (M) Sdn. Bhd., rakan kolaborasi PICKLESPARK 2026/2027, atas sokongan berterusan serta sumbangan peralatan pickleball yang telah disampaikan kepada setiap sekolah peserta pada hari ini. Semoga sumbangan ini menjadi pemangkin kepada perkembangan sukan pickleball di peringkat sekolah dan memberi manfaat kepada lebih ramai murid.

Ini bukan noktah perjalanan, tetapi permulaan kepada lebih banyak peluang, lebih ramai bakat yang akan digilap, dan lebih banyak kejayaan yang bakal dicipta.

Let’s Play Together! ✊🏼

Asas Diperkukuh, Potensi Dikembangkan28/07/2026 – Setiap sesi (pagi & petang) dalam Kursus Kejurulatihan Asas Pickleball...
28/07/2026

Asas Diperkukuh, Potensi Dikembangkan

28/07/2026 – Setiap sesi (pagi & petang) dalam Kursus Kejurulatihan Asas Pickleball membuka peluang kepada para guru untuk mempelajari asas permainan, memperkemaskan teknik serta membina keyakinan sebagai jurulatih di sekolah masing-masing.

Daripada teknik servis, footwork, bouncing, kawalan permainan hinggalah kepada pengendalian latihan yang lebih berkesan, setiap aktiviti memberi pengalaman pembelajaran yang seimbang antara teori dan praktikal. Para peserta turut berpeluang bertukar pandangan, berkongsi pengalaman dan belajar antara satu sama lain sepanjang kursus berlangsung.

Let’s Play Together! ✊🏼

PICKLESPARK 2026/2027 | Memacu Pembangunan Pickleball Selangor28/07/2026 – Setelah melalui empat zon sebelum ini, kini t...
28/07/2026

PICKLESPARK 2026/2027 | Memacu Pembangunan Pickleball Selangor

28/07/2026 – Setelah melalui empat zon sebelum ini, kini tiba giliran Zon 5 (Selayang & Rawang) melengkapkan siri Fasa 1 PICKLESPARK 2026/2027 menerusi Kursus Kejurulatihan Asas Pickleball di SLK Sport Center, Batu Caves.

Seramai 20 orang guru dari sekolah rendah dan menengah menyertai kursus ini bagi memperkukuhkan pengetahuan dalam asas kejurulatihan, teknik permainan dan kaedah memperkenalkan sukan pickleball kepada murid di sekolah masing-masing.

Melalui kursus ini, para guru bukan sahaja mempelajari kemahiran di gelanggang, malah turut membawa peranan penting sebagai agen yang akan mencetuskan minat dan mengembangkan sukan pickleball dalam kalangan generasi muda.

Zon 5 – Ilmu dikongsi, bakat disemai.

Let’s Play Together! ✊🏼

Bengkel Kejurulatihan & Klinik Pembangunan Pickleball Negeri Selangor 2026 bagi Zon 5 (Selayang & Rawang) akan berlangsu...
28/07/2026

Bengkel Kejurulatihan & Klinik Pembangunan Pickleball Negeri Selangor 2026 bagi Zon 5 (Selayang & Rawang) akan berlangsung pada 28 & 29 Julai 2026 di SLK Sport Center, Batu Caves.

Program dimulakan dengan Bengkel Kejurulatihan melibatkan 20 orang guru, diikuti Klinik Pembangunan Pickleball bersama 100 orang murid dan pelajar yang akan dikendalikan oleh Prof. Dr. Mohamad Rahizam Abdul Rahim dari Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM.

Zon 5 bukan sekadar destinasi terakhir bagi Fasa 1, malah menjadi simbol komitmen bersama dalam memperluaskan pembangunan sukan pickleball di sekolah-sekolah seluruh negeri Selangor. Semoga usaha yang telah dimulakan ini menjadi asas kepada lebih ramai guru dan murid untuk terus aktif serta mengembangkan sukan ini pada masa hadapan.

Let’s Play Together! ✊🏼

Address

PT19836, Jalan Padang Jawa, Seksyen 16
Shah Alam
40200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Picklespark Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share