JHEKS Selangor Dan WP

JHEKS Selangor Dan WP Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Selangor dan Wilayah Persekutuan
(1)

๐Ÿ“Œ
05/08/2026

๐Ÿ“Œ

๐Ÿ“ฃ PELANJUTAN TEMPOH KAJIAN IHI NASIONAL 2026!

Kepada semua majikan, tarikh akhir penyertaan kajian telah dilanjutkan sehingga 5 OGOS 2026.

Lengkapkan kajian anda sekarang untuk menyokong keharmonian hubungan perusahaan dalam organisasi anda dan juga di Malaysia! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ’ช

๐ŸŽ‰ Selamat Ulang Tahun Kelahiran ๐ŸŽ‰
05/08/2026

๐ŸŽ‰ Selamat Ulang Tahun Kelahiran ๐ŸŽ‰

๐ŸŽ‰ Selamat Ulang Tahun Kelahiran ๐ŸŽ‰

Seluruh warga JHEKS merakamkan setinggi-tinggi ucapan Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada YBrs. Tuan Haji Bashah bin Haji Bachik, Ketua Pengarah JHEKS.

Semoga dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kebahagiaan, keberkatan usia serta terus diberikan kekuatan dan kebijaksanaan dalam memimpin JHEKS ke arah kecemerlangan demi memperkasakan pergerakan kesatuan sekerja di Malaysia.

Selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-56.

Ikhlas daripada
Seluruh Warga Kerja JHEKS

๐Ÿ“Œ๐Ÿ“ข
05/08/2026

๐Ÿ“Œ๐Ÿ“ข

KENYATAAN MEDIA๐Ÿ“ข

CUTI PERISTIWA NEGERI SEMBILAN PADA 3 OGOS 2026๐Ÿ“Œ

1. Kerajaan Negeri Sembilan telah mengisytiharkan tarikh 3 Ogos 2026 (Isnin)
sebagai Cuti Peristiwa Negeri Sembilan.

2. Pengisytiharan ini dibuat selaras dengan subseksyen 9 (1) Akta Hari
Kelepasan 1951 [Akta 369] yang membolehkan pihak berkuasa negeri
mengisytiharkan mana-mana hari sebagai hari kelepasan am bagi negeri
berkenaan.

3. Hari kelepasan am ini merupakan hari kelepasan am pilihan dan tidak wajib
diberikan kepada pekerja sektor swasta. Namun begitu, mana-mana majikan di
Negeri Sembilan yang memilih Cuti Peristiwa Negeri Sembilan sebagai hari
kelepasan am, syarikat hendaklah memberikan hari kelepasan am bergaji
kepada pekerja pada 3 Ogos 2026.

4. Walau bagaimanapun, majikan boleh dengan persetujuan pekerja
menggantikan cuti tersebut kepada hari lain sebagaimana peruntukan Seksyen
60D (1A) Akta Kerja 1955.

-TAMAT-





๐ŸŒŸSelamat Hari Pahlawan 31 JULAI 2026๐ŸŒŸ
05/08/2026

๐ŸŒŸSelamat Hari Pahlawan 31 JULAI 2026๐ŸŒŸ

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—”๐—›๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Hari Pahlawan merupakan detik untuk mengenang dan menghargai jasa serta pengorbanan para perwira negara yang telah mempertahankan kedaulatan, keamanan dan kemerdekaan tanah air.

Pengorbanan mereka menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia untuk terus menyemai semangat patriotisme, perpaduan dan tanggungjawab dalam membina sebuah negara yang aman, makmur dan sejahtera.

Selamat Hari Pahlawan kepada seluruh anggota Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, veteran serta semua wira negara. Semoga jasa dan pengorbanan kalian sentiasa dikenang sepanjang zaman.

"Mengenang Jasa, Mengukuh Pertahanan."

๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ
05/08/2026

๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ

05/08/2026

๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ

๐ŸŒŸSEKALUNG TAHNIAH & SELAMAT DATANG๐ŸŒŸSeluruh Warga Kerja JHEKS Selangor dan Wilayah Persekutuan mengucapkan setinggi-tingg...
29/07/2026

๐ŸŒŸSEKALUNG TAHNIAH & SELAMAT DATANG๐ŸŒŸ
Seluruh Warga Kerja JHEKS Selangor dan Wilayah Persekutuan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan Puan Hafizah Nabilah binti Mohd Idris sebagai Pengarah JHEKS Selangor & Wilayah Persekutuan mulai 29 Julai 2026.
Semoga terus cemerlang menggalas amanah baharu dalam memperkasa pergerakan kesatuan sekerja serta memperkukuh perhubungan perusahaan negara.
Sekalung tahniah dan selamat bertugas!

Ikhlas daripada
Seluruh Warga Kerja Jheks Selangor Dan WP

๐ŸŒŸTAHNIAH & TERIMA KASIH๐ŸŒŸ

JHEKS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Puan Hafizah Nabilah binti Mohd Idris atas segala sumbangan, komitmen dan jasa bakti sepanjang menerajui JHEKS Melaka & Negeri Sembilan dari 27 Mac 2023 hingga 28 Julai 2026.

Dedikasi, kepimpinan serta komitmen Puan Hafizah dalam memperkasa pergerakan kesatuan sekerja amat dihargai dan menjadi inspirasi kepada seluruh warga JHEKS.

Pada masa yang sama, seluruh warga JHEKS mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan Puan Hafizah sebagai Pengarah JHEKS Selangor & Wilayah Persekutuan yang berkuat kuasa pada 29 Julai 2026.

Semoga terus cemerlang menggalas amanah baharu dan dikurniakan kejayaan serta kecemerlangan dalam memacu JHEKS dan memperkukuh perhubungan perusahaan negara.

Sekalung tahniah dan selamat maju jaya!

๐ŸŒŸSEKALUNG TAHNIAH & SELAMAT DATANG๐ŸŒŸSeluruh Warga Kerja JHEKS Selangor dan Wilayah Persekutuan mengucapkan setinggi-tingg...
29/07/2026

๐ŸŒŸSEKALUNG TAHNIAH & SELAMAT DATANG๐ŸŒŸ
Seluruh Warga Kerja JHEKS Selangor dan Wilayah Persekutuan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan Tuan Haji Bashah bin Bachik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Malaysia (JHEKS) mulai 29 Julai 2026.

Ikhlas daripada
Seluruh Warga Kerja Jheks Selangor Dan WP

๐ŸŒŸ๐ŸŒŸSEKALUNG TAHNIAH & SELAMAT DATANG๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ

Seluruh warga kerja Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang kepada Tuan Haji Bashah bin Bachik atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja, berkuat kuasa 29 Julai 2026.

Semoga dengan kepimpinan Tuan Haji Bashah, JHEKS akan terus memperkukuh peranan dalam memartabatkan pergerakan kesatuan sekerja, memperkasakan penyampaian perkhidmatan serta meneruskan agenda pembangunan hubungan perusahaan yang harmoni demi kesejahteraan pekerja dan negara.

Selamat menjalankan amanah dan semoga sentiasa dikurniakan kejayaan, kebijaksanaan serta kekuatan dalam memimpin JHEKS ke arah kecemerlangan.

Ikhlas daripada
Seluruh Warga Kerja JHEKS

Address

Tingkat 2, No. 3 Jalan Indah, Seksyen 14
Shah Alam
40000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60355193233

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JHEKS Selangor Dan WP posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to JHEKS Selangor Dan WP:

Shortcuts

Share