07/05/2025
انا لله وانا اليه راجعون
اَللّٰهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّهَ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ اْلأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَس وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجٙا خَيْرًا مِنْ زَوْجٙهِ وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَفِتْنَتِهِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ.

Rakyat Pahang berdukacita pada hari ini dengan pemergian ke rahmatullah seorang ulama yang istiqamah dalam perjuangan siyasah Islam, Tuan Guru Haji Mohd Baqi bin Othman. Kehilangan beliau merupakan satu kehilangan besar yang sukar diganti, dan pastinya meninggalkan kesan mendalam kepada masyarakat tempatan yang pernah menimba ilmu serta menerima bimbingan daripadanya.
Saya sendiri menyimpan banyak kenangan bersama beliau, khususnya ketika beliau menyandang jawatan Pesuruhjaya PAS Pahang dari tahun 1993 hingga 1999. Penglibatan beliau dalam PAS, sama ada di peringkat negeri mahupun pusat, sentiasa dihargai dan dikenang.
Sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan beliau, Almarhum telah dianugerahkan Tokoh Ulama Istiqamah PAS sempena Muktamar Tahunan PAS ke-65 yang lalu.
Semoga Allah SWT mengurniakan ganjaran yang sebaik-baiknya atas segala amal kebajikan, jasa bakti dan penat lelah beliau dalam mendidik masyarakat serta memperjuangkan agama. Semoga Almarhum ditempatkan dalam kalangan penghuni Syurga Ilahi. Amin.