Jabatan Pengajian Am, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Jabatan Pengajian Am, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Page ini diwujudkan sebagai platform perkongsian aktiviti-aktiviti yang dijalankan di JPA

πŸ”₯FIESTA ILMU JPA 2026 DAH NAK TIBA! Bakat kita, inspirasi dunia! Raikan ilmu, cipta memori, menangi pengalaman yang tak ...
24/08/2026

πŸ”₯FIESTA ILMU JPA 2026 DAH NAK TIBA!

Bakat kita, inspirasi dunia! Raikan ilmu, cipta memori, menangi pengalaman yang tak akan dilupa!

Tarikh : 10 September 2026 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi – 4.30 petang
Tempat : Jabatan Pengajian Am, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Ada tilawah, pidato, public speaking, spelling bee, video pendek & explorace… semua dalam satu hari! Jangan lepaskan peluang untuk:
✨ Tunjuk bakat
✨ Asah skill
✨ Cipta kenangan manis
✨ Menang hadiah menarik

Semua dijemput! Imbas QR code di poster dan daftar penyertaan anda. Jom serbu! Mari tonjolkan bakat terpendam anda di sini! πŸš€πŸ“š

LAPORAN PROGRAM: MISI INTEGRITI: MEMBENTUK SAHSIAH, MEMPERKASA MASA DEPANSatu program penuh pengisian iaitu Misi Integri...
20/08/2026

LAPORAN PROGRAM: MISI INTEGRITI: MEMBENTUK SAHSIAH, MEMPERKASA MASA DEPAN

Satu program penuh pengisian iaitu Misi Integriti: Membentuk Sahsiah, Memperkasa Masa Depan telah berjaya dilaksanakan bagi memupuk nilai keperibadian tinggi dan membanteras budaya rasuah dalam kalangan mahasiswa PSA.

Maklumat Program
Tarikh: Khamis, 20 Ogos 2026
Masa: 8.00 pagi – 1.00 tengah hari
Lokasi: Dewan AL-Jazari, Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam

Penganjur Bersama: Rasuah Busters, Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB), dan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Panel Penceramah & Jemputan Khas

Nurhayati Nordin – Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Sinar Untuk Malaysia (Rasuah Busters)

Program ini berfokus kepada pembentukan modal insan yang berteraskan integriti, akauntabiliti, dan kejujuran. Penceramah menekankan bahawa pembinaan sahsiah terpuji seawal alam pengajian tinggi adalah benteng utama dalam membendung gejala rasuah dan membentuk pemimpin masa depan yang berwibawa.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada penceramah, urusetia, rakan strategik serta para peserta yang hadir memberikan sokongan penuh sepanjang program berlangsung!

PROGRAM EKSPLORASI FALAK 2026: "MENCERAP LANGIT SIANG" πŸͺAlhamdulillah, telah berlangsung Program Eksplorasi Falak 2026 b...
19/08/2026

PROGRAM EKSPLORASI FALAK 2026: "MENCERAP LANGIT SIANG" πŸͺ

Alhamdulillah, telah berlangsung Program Eksplorasi Falak 2026 bertujuan memberi pendedahan serta ilmu bermanfaat khas buat para pelajar. Program bertajuk "Mencerap Langit Siang" ini telah memberikan pelbagai pendedahan menarik tentang ilmu falak dan keajaiban alam semesta.

πŸ“Œ Butiran Program:

Tarikh: 18 Ogos 2026 (Selasa)
Masa: 8.00 pagi – 1.00 tengah hari
Tempat: Auditorium Ibnu Sina, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)

Penceramah Jemputan: YBhg. Dr. Muhammad Ridzuan bin Hashim (Persatuan Jurufalak Syarie)

Kumpulan Sasaran: Pelajar Subjek MPU23182

Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penceramah jemputan atas perkongsian ilmu yang amat bernilai, serta kepada semua institusi kerjasama yang menjayakan program ini.

Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat memberi manfaat serta meningkatkan kefahaman para pelajar dalam bidang ilmu falak.

Terima kasih kepada semua peserta yang telah memberikan kerjasama penuh sepanjang program berlangsung!

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam SejahteraIngat Langit Hanya Boleh Dicerap Waktu Malam? Fikir Semula! πŸͺβ˜€οΈSertai kami dal...
14/08/2026

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera

Ingat Langit Hanya Boleh Dicerap Waktu Malam? Fikir Semula! πŸͺβ˜€οΈ

Sertai kami dalam Eksplorasi Falak 2026: "Mencerap Langit Siang" dan singkap rahsia keajaiban alam serta sains astronomi Islam yang cukup memukau!

Butiran Program:

πŸ—“οΈTarikh: 18 Ogos 2026 (Selasa)
πŸ•—Masa: 8.00 pagi – 1.00 tengah hari
πŸ“Tempat: Auditorium Ibnu Sina

Penceramah Khas: YBhg. Dr. Muhammad Ridzuan bin Hashim (Persatuan Jurufalak Syarie)

πŸ“Œ Penting: Kehadiran adalah DIWAJIBKAN bagi semua pelajar kursus MPU23182(Sains Teknologi & Kejuruteraan dalam Islam).

Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk belajar terus daripada pakar. Jumpa anda di sana!

🌟 SELAMAT MAJU JAYA & SEMOGA DIPERMUDAHKAN 🌟Seluruh warga Jabatan Pengajian Am, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz ...
09/08/2026

🌟 SELAMAT MAJU JAYA & SEMOGA DIPERMUDAHKAN 🌟

Seluruh warga Jabatan Pengajian Am, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) merakamkan setinggi-tinggi ucapan Selamat Maju Jaya kepada semua warga JPA yang akan menghadapi Urusan Validasi bagi Pemangkuan ke Gred DH13 dan DH12 untuk tahun 2026.

🀲 "Ya Allah, permudahkanlah segala urusan mereka, lapangkan hati, tenangkan fikiran, kurniakan keyakinan dan kebijaksanaan dalam setiap sesi penilaian, serta berikanlah keputusan yang terbaik menurut-Mu."

Semoga berjaya, dipermudahkan segala urusan dan memperoleh kejayaan yang diimpikan. 🌹

Ikhlas daripada seluruh warga Jabatan Pengajian Am, PSA.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.✨ ANDA ADALAH GENERASI PEMBAWA PERUBAHAN!Tahukah anda?Integriti yang dibina hari ini...
04/08/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

✨ ANDA ADALAH GENERASI PEMBAWA PERUBAHAN!

Tahukah anda?

Integriti yang dibina hari ini akan menentukan kejayaan pada masa hadapan.

πŸ“£ JOM SERTAI PROGRAM MISI INTEGRITI 2026!:

✨ MISI INTEGRITI: MEMBENTUK SAHSIAH, MEMPERKASA MASA DEPAN ✨

πŸ—“οΈ Tarikh: 20 Ogos 2026 (Khamis)
πŸ•— Masa: 8.00 pagi – 1.00 tengah hari
πŸ“ Tempat: Dewan Al-Jazari, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Program ini menampilkan penceramah yang berpengalaman, berkongsi ilmu serta kesedaran tentang kepentingan integriti, etika dan usaha membanteras rasuah dalam kehidupan serta alam pekerjaan. Program ini adalah kerjasama antara pihak PSA, Rasuah Busters dan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB)

βœ… Kehadiran adalah diwajibkan kepada semua pelajar kursus MPU22071 – Kursus Integriti dan Anti Rasuah.

Jangan lepaskan peluang untuk menimba ilmu dan bersama-sama membudayakan nilai integriti demi membentuk sahsiah unggul serta memperkasa masa depan.

"Integriti Dipupuk, Masa Depan Diperkasa."

πŸŽ‰ Meraikan Warga Jabatan Pengajian Am yang Lahir pada Bulan Ogos! πŸŽ‚Seluruh warga kerja Jabatan Pengajian Am ingin menguc...
03/08/2026

πŸŽ‰ Meraikan Warga Jabatan Pengajian Am yang Lahir pada Bulan Ogos! πŸŽ‚

Seluruh warga kerja Jabatan Pengajian Am ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada semua warga jabatan yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan Ogos:

🎈 Dr Seeni Mehraj V.K.S. Vyzul Karnine – 2 Ogos
🎈 En Hafis Rozali – 2 Ogos
🎈 Pn Noreen Nastasha Yusof – 5 Ogos
🎈 Pn Mek Zah Che Ahmad – 7 Ogos
🎈 Pn Noor Zahilah Rapal – 12 Ogos
🎈 En Muhammad Luqman Roslin – 26 Ogos
🎈 Pn Haslina Abdullah@Mohamed – 28 Ogos
🎈 En Muhammad Safwan Abdullah – 31 Ogos

Semoga ulang tahun kelahiran pada tahun ini membawa kebahagiaan yang berpanjangan, kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah serta kejayaan yang berterusan dalam kehidupan dan kerjaya.

Terima kasih atas komitmen, dedikasi dan sumbangan yang amat bermakna kepada Jabatan Pengajian Am. Semoga semangat dan usaha yang dicurahkan terus menjadi inspirasi kepada rakan sekerja serta para pelajar.

πŸŽ‚ Selamat Hari Lahir! Semoga segala impian dan cita-cita dipermudahkan, serta tahun yang mendatang dipenuhi dengan keberkatan, kegembiraan dan kejayaan.

Ikhlas daripada,
Seluruh Warga Kerja
Jabatan Pengajian Am

πŸŽ‰ Setinggi-tinggi Tahniah dan Syabas πŸŽ‰Seluruh warga kerja Jabatan Pengajian Am merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah...
28/07/2026

πŸŽ‰ Setinggi-tinggi Tahniah dan Syabas πŸŽ‰

Seluruh warga kerja Jabatan Pengajian Am merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada warga jabatan yang telah menerima Pemangkuan Kenaikan Gred DH13 dan DH12.

🌟 DH13
πŸ‘©πŸ»β€πŸ« Pn. Nurhafizah Yahaya

🌟 DH12
πŸ‘©πŸ»β€πŸ« Pn. Hazlina Harumaini
πŸ‘©πŸ»β€πŸ« Pn. Masitah Mohd Ali
πŸ‘©πŸ»β€πŸ« Pn. Agalita Joseph
πŸ‘©πŸ»β€πŸ« Pn. Siti Noryanie Yusoff

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan, memperkukuh budaya kerja berprestasi tinggi serta memberi inspirasi kepada seluruh warga pendidik dalam menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada institusi, masyarakat dan negara.

Semoga terus cemerlang dalam menggalas amanah dan mencapai lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

Tahniah dan selamat maju jaya! 🌹

πŸŽ‚ Birthday Shout-Out | July CelebrantsPlease join us in wishing a very Happy Birthday to our wonderful colleagues:✨ Puan...
21/07/2026

πŸŽ‚ Birthday Shout-Out | July Celebrants

Please join us in wishing a very Happy Birthday to our wonderful colleagues:

✨ Puan Hazlina Harumaini (20 July)
✨ Dr Lee Yong Yong (24 July)

May this new chapter bring you good health, endless joy, meaningful achievements, and many wonderful opportunities.

Thank you for your unwavering dedication and commitment to excellence. Your contributions continue to inspire those around you.

Happy Birthday and best wishes for a fantastic year ahead!

πŸ“’ ππ„ππ†π”πŒπ”πŒπ€π πŒπ”π„π“ π’π„π’πˆ πŸ‘/πŸπŸŽπŸπŸ”Dimaklumkan bahawa MUET Sesi 3/2026 tidak ditawarkan di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul ...
10/07/2026

πŸ“’ ππ„ππ†π”πŒπ”πŒπ€π πŒπ”π„π“ π’π„π’πˆ πŸ‘/πŸπŸŽπŸπŸ”

Dimaklumkan bahawa MUET Sesi 3/2026 tidak ditawarkan di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA).

Keputusan ini dibuat kerana tarikh peperiksaan MUET Sesi 3/2026 bertindih dengan jadual Peperiksaan Akhir Diploma PSA, sekaligus melibatkan penggunaan fasiliti peperiksaan dan pengurusan pelaksanaan peperiksaan di politeknik.

Sehubungan itu, calon yang berhasrat untuk menduduki MUET disarankan untuk memilih pusat ujian MUET yang lain semasa membuat pendaftaran atau memilih 𝑴𝑼𝑬𝑻 𝒐𝒏 π‘«π’†π’Žπ’‚π’π’… (𝑴𝑢𝑫) dengan melayari website Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)di https://portal.mpm.edu.my/

Segala kesulitan yang timbul amat dikesali. Terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua.

Address

JABATAN PENGAJIAN AM, POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, PERSIARAN USAHAWAN, SEKSYEN U1
Shah Alam
40150

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Friday 07:30 - 17:30

Telephone

+60351634093

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pengajian Am, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share