16/06/2026
MAKLUMAN PENUTUPAN OPERASI
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dimaklumkan bahawa UTC Selangor @ Anggerik Mall, Shah Alam akan ditutup pada 17 Jun 2026 (Rabu) sempena Cuti Awal Muharam 1448H.
Sehubungan itu, semua urusan perkhidmatan di UTC Selangor tidak dapat dilaksanakan pada tarikh tersebut. Operasi akan disambung semula seperti biasa pada hari berikutnya.
Mohon perhatian dan kerjasama semua pelanggan untuk merancang urusan masing-masing lebih awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada pengumuman rasmi dari semasa ke semasa.
Terima kasih.
Selamat Menyambut Awal Muharam 1448H
"MADANI Dihayati, Ummah Diberkati"