10/07/2026
๐ฌ๐๐ฌ๐๐ฆ๐๐ก ๐ช๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ก ๐๐ก๐๐ ๐ฆ๐๐๐๐ก๐๐ข๐ฅ (๐ฌ๐๐ช๐๐ฆ) ๐๐๐ก ๐ฌ๐๐ฌ๐๐ฆ๐๐ก ๐๐ก๐ฆ๐๐ก ๐๐ฆ๐ง๐๐ ๐๐ช๐ ๐ฆ๐๐๐๐ก๐๐ข๐ฅ (๐ฌ๐๐ก๐๐ฆ) ๐ฃ๐๐ฅ๐๐จ๐๐จ๐ ๐๐๐๐๐ก๐๐ก ๐๐๐ฅ๐๐๐ฆ๐๐ ๐ ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ ๐ข๐ฃ๐๐ก ๐จ๐ก๐๐ฉ๐๐ฅ๐ฆ๐๐ง๐ฌ ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐ (๐ข๐จ๐ ) ๐๐๐ฅ๐ ๐ฆ๐๐๐ ๐ฃ๐๐ ๐๐๐ก๐๐จ๐ก๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐๐๐๐ก ๐๐๐ก ๐๐๐ฆ๐๐๐๐๐ง๐๐ฅ๐๐๐ก ๐ ๐๐ฆ๐ฌ๐๐ฅ๐๐๐๐ง
Dalam kunjungan hormat ini YAWAS telah diwakili oleh Puan Gan Pei Nei, selaku Ketua Pegawai Eksekutif YAWAS bersama pegawai pengiring. Manakala, delegasi YANIS diwakili oleh Tuan Ar. Kamarul Hisham bin Hj. Yeop Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif YANIS dan telah disambut oleh Prof. Madya Dr. Mahani binti Abdul Malik, Dekan Fakulti Pendidikan, OUM bersama barisan pengurusan serta tenaga akademik universiti.
Sesi perbincangan ini bertujuan untuk mengenal pasti potensi kerjasama yang dapat memberi impak positif kepada pembangunan pendidikan dan kesejahteraan masyarakat, khususnya dalam memperkasakan akses kepada pendidikan yang berkualiti. Selain itu, kedua-dua pihak juga akan meneroka peluang kerjasama dalam pembangunan program sokongan kepada kanak-kanak dan individu neurodivergen melalui pelaksanaan latihan, penyelidikan, intervensi awal, pembangunan komuniti serta program advokasi yang dapat meningkatkan kesejahteraan individu dan keluarga yang terlibat.
Adalah diharapkan sesi perbincangan ini dapat menjadi platform untuk membina jaringan kerjasama yang lebih kukuh antara OUM, YAWAS dan YANIS, seterusnya menyokong usaha memperkasa pembangunan pendidikan yang inklusif, berkualiti dan lestari demi kesejahteraan masyarakat.