Anugerah Hijau Shah Alam

Anugerah Hijau Shah Alam Pusat informasi untuk Anugerah Hijau MBSA (Mini Zee Bee) kearah komuniti lestari dan bandaraya hijau Tiga (3) kategori yang dipertandingkan adalah:

i.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mengadakan Pertandingan Anugerah Hijau Zon Bersih Mini (MiniZeebee) semenjak 2013. Program ini adalah salah satu landasan kepada komuniti untuk membentangkan hasil projek berlandaskan Garis Panduan Kejiranan Hijau yang telah dilaksanakan di setiap Zon Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) bagi memberikan pengiktirafan kepada komuniti. Mulai 2015, kemuncak program

ini ialah satu Konvensyen yang dianjurkan dengan objektif utama iaitu untuk mewujudkan daya saing di kalangan peserta yang menyertai Pertandingan Anugerah Hijau MBSA (MiniZeeBee). Ia juga diharapkan dapat melahirkan masyarakat yang memahami isu yang kita hadapi dewasa ini iaitu perubahan cuaca atau ‘climate change’. Penganjuran seumpama ini dapat memberi pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat akan pentingnya pembangunan mampan sekaligus, mengangkat MBSA sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang prihatin dan bertanggungjawab dalam memastikan program-program LA21 dapat diterapkan di kalangan masyarakat. Anugerah Hijau Zon Bersih Mini (MiniZeeBee) merupakan satu pertandingan yang disertai oleh Persatuan Penduduk yang mewakili Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) masing-masing. Kategori Taman Perumahan 10 penyertaan
ii. Kategori Taman Perumahan Bertingkat 9 penyertaan
iii. Kategori Kampung Tradisional 3 penyertaan

Kesemua peserta telah melalui 3 kali bengkel yang dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Komuniti sebagai panduan dan pendedahan tentang Program Zon Bersih Mini (MiniZeeBee). Setiap peserta dikehendaki membentangkan projek mereka di dalam Konvensyen Anugerah Hijau Zon Bersih Mini (MiniZeeBee) dan pemarkahan ditetapkan oleh panel juri yang dilantik dikalangan pakar dari sektor awam dan swasta. Selain itu, mulai 2015 peserta juga diwajibkan untuk menyertai pameran yang memaparkan hasil projek @ aktiviti yang telah dianjurkan sepanjang tahun oleh para peserta Pertandingan Zon Bersih Mini (MiniZeeBee). Pameran ini turut disertai oleh Jabatan-Jabatan MBSA seperti Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, Jabatan Landskap, Jabatan Bangunan serta Jabatan Pembangunan Komuniti dengan mempamerkan perkhidmatan Majlis berkonsepkan Amalan Hijau seperti:

a) Kebun Mini Bandar
b) Bahan Kitar Semula
c) Sistem Pengumpulan Air Hujan (SPAH)
d) Projek Inovasi MBSA

Kami Sayang Shah Alam!

Acara meriah penuh ukhwah. Tahniah kepada semua yang hadir di Seksyen 8
15/11/2025

Acara meriah penuh ukhwah. Tahniah kepada semua yang hadir di Seksyen 8

Address

Shah Alam

Telephone

+60355222730

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Anugerah Hijau Shah Alam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share