Bahagian Arkitek JKR Selangor

Bahagian Arkitek JKR Selangor Saluran Facebook Rasmi Bahagian Arkitek, Jabatan Kerja Raya, Negeri Selangor

31/08/2026
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-69! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎBahagian Arkitek JKR Selangor ingin mengucapkan Selamat Menya...
30/08/2026

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-69! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡Ύ

Bahagian Arkitek JKR Selangor ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Sesuai dengan tema sambutan, 'Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati', kami ingin menzahirkan setinggi-tinggi Terima Kasih kepada semua wira dan rakyat Malaysia yang tidak pernah lelah berjuang dan mempertahankan kedaulatan serta keharmonian negara kita.



𝑱𝑲𝑹 π‘Ίπ’†π’π’‚π’π’ˆπ’π’“ β€” π’”π’†π’π’•π’Šπ’‚π’”π’‚ π’…π’Š 𝒉𝒂𝒅𝒂𝒑𝒂𝒏, 𝒑𝒂𝒏𝒕𝒂𝒔 π’ƒπ’†π’“π’•π’Šπ’π’…π’‚π’Œ π’…π’†π’Žπ’Š π’Œπ’†π’”π’†π’‹π’‚π’‰π’•π’†π’“π’‚π’‚π’ π’“π’‚π’Œπ’šπ’‚π’• 𝒅𝒂𝒏 π’Œπ’†π’”π’†π’π’‚π’Žπ’‚π’•π’‚π’ π’‚π’˜π’‚π’Ž.









Shukri Ishak
Wan Mohammad Norshah
Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

πŸ‡²πŸ‡Ύ PENGIBARAN JALUR GEMILANG DI TIANG BENDERA NEGERI SELANGOR πŸ‡²πŸ‡Ύ26 Ogos 2026 | The Selangor SquareBahagian Arkitek, Jaba...
27/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ PENGIBARAN JALUR GEMILANG DI TIANG BENDERA NEGERI SELANGOR πŸ‡²πŸ‡Ύ

26 Ogos 2026 | The Selangor Square

Bahagian Arkitek, Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor turut mengambil bahagian dalam upacara menaikkan Jalur Gemilang di Tiang Bendera Negeri Selangor, Dataran Selangor pada 26 Ogos 2026.

Majlis ini telah berlangsung berikutan perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor agar Jalur Gemilang dikibarkan di Tiang Bendera Negeri Selangor bermula 26 Ogos hingga 17 September 2026, bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Penglibatan Pengarah JKR Negeri Selangor, Tn. Ir. Hj. Shukri bin Ishak dan Arkitek Penguasa Bahagian Arkitek, Ar. Wan Mohammad Norshah, bersama warga kerja JKR Selangor dalam acara penuh bermakna ini mencerminkan semangat patriotisme, kecintaan terhadap tanah air serta komitmen warga JKR dalam menyokong usaha menyemarakkan semangat Malaysia MADANI.

Jalur Gemilang bukan sekadar simbol negara, tetapi lambang kedaulatan, perpaduan, keharmonian dan semangat kebersamaan seluruh rakyat Malaysia.

Ayuh kita kibarkan Jalur Gemilang dengan penuh rasa bangga dan hormat! πŸ‡²πŸ‡Ύβ€οΈ

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!














#π•π•’π•€π•’π•‚π•–π•‘π•’π••π•’β„π•’π•œπ•ͺ𝕒π•₯


Shukri Ishak
Wan Mohammad Norshah
Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

Kredit gambar : Media JKR Selangor

SALAM MAULIDUR RASUL ❀️
25/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL ❀️

*Bengkel Pengukuhan Prestasi dan Kecemerlangan organisasi bahagian Arkitek JKR Selangor*
18/08/2026

*Bengkel Pengukuhan Prestasi dan Kecemerlangan organisasi bahagian Arkitek JKR Selangor*

LAWATAN TEKNIKAL DAN SESI PERKONGSIAN ILMU BERSAMA BAHAGIAN ARKITEK JKR NEGERI JOHORπŸ“… 29 Julai 2026Bahagian Arkitek JKR ...
30/07/2026

LAWATAN TEKNIKAL DAN SESI PERKONGSIAN ILMU BERSAMA BAHAGIAN ARKITEK JKR NEGERI JOHOR

πŸ“… 29 Julai 2026

Bahagian Arkitek JKR Selangor telah menerima kunjungan Bahagian Arkitek JKR Negeri Johor bagi menjayakan Lawatan Teknikal dan Sesi Perkongsian Ilmu, yang bertujuan memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua jabatan di samping menjadi platform perkongsian pengalaman, pengetahuan serta amalan terbaik dalam pelaksanaan projek pembangunan kerajaan.

Program ini telah diserikan dengan kehadiran Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Johor, Ir. Izmal bin Ibrahim, Arkitek Penguasa Bahagian Arkitek JKR Negeri Johor, Ar. Mohd Shahril bin Abdul Talib, Timbalan Pengarah JKR Selangor, Tuan Ir. Mohd Zawawi bin Zakaria, serta Arkitek Penguasa Bahagian Arkitek JKR Selangor, Ar. Wan Mohammad Norshah.

Sepanjang program, delegasi telah mengadakan lawatan teknikal ke Tapak Tiang Bendera Negeri Selangor, diikuti dengan lawatan ke Bahagian Arkitek JKR Selangor, termasuk kunjungan ke Bilik AKRAB, bagi melihat sendiri persekitaran kerja, kemudahan serta inisiatif yang dilaksanakan dalam mewujudkan suasana kerja yang kondusif dan menyokong kesejahteraan warga jabatan. Delegasi kemudiannya meneruskan lawatan ke Galeri Diraja Klang, yang memberi peluang kepada para peserta meninjau keunikan seni bina, nilai warisan serta aspek pemeliharaan bangunan bersejarah.

Selain lawatan teknikal, turut diadakan sesi bertukar pandangan dan perkongsian maklumat yang membincangkan pelbagai aspek berkaitan pengurusan organisasi, pelaksanaan projek, inovasi serta amalan terbaik dalam bidang seni bina. Sesi ini menjadi medium yang amat bermakna dalam mengukuhkan jaringan profesional serta mempererat hubungan kerjasama antara Bahagian Arkitek JKR Selangor dan Bahagian Arkitek JKR Negeri Johor.

Semoga lawatan teknikal dan sesi perkongsian ilmu ini terus menjadi pemangkin kepada hubungan strategik yang lebih erat antara kedua-dua jabatan, sekali gus memperkukuh kecemerlangan penyampaian perkhidmatan, meningkatkan kompetensi warga kerja serta menyokong pembangunan infrastruktur kerajaan yang berkualiti, inovatif dan mampan.

Terima kasih kepada Bahagian Arkitek JKR Negeri Johor atas kunjungan, komitmen dan semangat kolaborasi yang ditunjukkan. Semoga jalinan kerjasama ini akan terus diperkasakan melalui lebih banyak program perkongsian ilmu dan lawatan teknikal pada masa hadapan.

πŸ’ͺ π‰πŠπ‘ π’πžπ₯𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫 – π’πžπ§π­π’πšπ¬πš 𝐝𝐒 π‡πšππšπ©πšπ§, 𝐏𝐚𝐧𝐭𝐚𝐬 𝐁𝐞𝐫𝐭𝐒𝐧𝐝𝐚𝐀 πƒπžπ¦π’ 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐣𝐚𝐑𝐭𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 π‘πšπ€π²πšπ­ 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐬𝐞π₯𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 π€π°πšπ¦. 🀝⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣
⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣
⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣
⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣
⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣
⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣

⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣
⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣
⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣

Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor
Shukri Ishak
Wan Mohammad Norshah

10/07/2026
TAKLIMAT DAN LAWATAN REKABENTUK SENIBINA & KONSERVASI BANGUNAN SERTA PROJEK-PROJEK JKR BIL. 1/2026πŸ“… 30 Jun 2026Bahagian ...
07/07/2026

TAKLIMAT DAN LAWATAN REKABENTUK SENIBINA & KONSERVASI BANGUNAN SERTA PROJEK-PROJEK JKR BIL. 1/2026

πŸ“… 30 Jun 2026

Bahagian Arkitek JKR Selangor telah menganjurkan Taklimat dan Lawatan Rekabentuk Senibina dan Konservasi Bangunan serta Projek-Projek JKR Bil. 1/2026 yang bertujuan memperkukuh perkongsian ilmu, meningkatkan kefahaman terhadap amalan terbaik dalam rekabentuk senibina, pemuliharaan bangunan warisan serta pelaksanaan projek-projek JKR.

Program ini turut memberi peluang kepada para peserta untuk meninjau pelaksanaan projek secara lebih dekat, di samping bertukar pandangan dan pengalaman bagi memperkasakan penyampaian perkhidmatan teknikal yang berkualiti, inovatif dan mampan.

Semoga program seumpama ini terus menjadi platform yang bermanfaat dalam meningkatkan kompetensi warga JKR ke arah kecemerlangan perkhidmatan.

Address

Kompleks Ibu Pejabat JKR Selangor, Persiaran Jubli Perak, Seksyen 17
Shah Alam
40200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Arkitek JKR Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Bahagian Arkitek JKR Selangor:

Shortcuts

Share