Laman Rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Selangor

Laman Rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Selangor Jabatan Perhutanan Negeri Selangor,
Tingkat 3,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40660 Sh

Wawasan

Untuk menjadi sebuah agensi terunggul dalam pengurusan hutan tropika secara berkekalan. Misi

Untuk mengurus dan membangunkan sumber hutan secara berkekalan serta mengoptimumkan sumbangannya kepada pembangunan sosio-ekonomi negara.

11/08/2026

8 Ogos 2026: Program Penanaman Pokok _One Tree, One life_ Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS)

Pada 8 Ogos 2026 (Sabtu) satu Program Penanaman Pokok dan Penjagaan Alam Sekitar: _"One Tree, One Life"_ JPNS bersempena Program Perkhemahan Perdana Badan Beruniform Peringkat Sekolah SK Bandar Tun Hussein Onn telah diadakan bertujuan sebagai usaha memulihara alam sekitar, meningkatkan kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan menghijaukan kawasan hutan.

Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Amsari bin Mahmud, Timbalan Pengarah Pembangunan, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor. Turut hadir Tuan Mohd Firdaus bin Rahim, Timbalan Pengarah Operasi, JPNS. Program ini telah disertai oleh 320 pelajar dan guru dari SK Bandar Tun Hussein Onn (SKBTHO) yang diketuai oleh Puan Romna binti Rosli, Guru Besar SKBTHO, Jabatan Perikanan dan warga JPNS seramai 80 orang.

Program ini merangkumi pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat, antaranya penanaman pokok, sesi penerangan kepada para pelajar mengenai kepentingan pemeliharaan hutan serta keunikan spesies pokok hutan. Para pelajar turut berpeluang menyertai aktiviti pelepasan benih ikan kelah, memberi makan ikan serta aktiviti riadah yang dapat memupuk kecintaan dan kesedaran terhadap kepentingan menjaga serta memelihara khazanah alam semula jadi.

Disediakan oleh,
Pn. Veronica Justin
PHD Hulu Selangor

30/07/2026

28 Julai2026:
Pejabat Hutan Daerah Hulu Selangor (PHDHS) telah menganjurkan Program Penanaman Pokok : "One Tree, One Life" dengan Kerjasama Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Bukit Sentosa dan Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Kubu Bharu.

Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Azhar bin Ahmad, Pengarah Perhutanan Negeri Selangor. Turut hadir Tuan Amsari bin Mahmud, Timbalan Pengarah (Pembangunan) dan Tuan Mohd Firdau bin Rahim, Timbalan Pengarah (Operasi).

Program ini juga telah dihadiri oleh YDH ACP Mohd Sabri bin Abdullah, Komandan Maktab Polis Diraja Malaysia KKB dan YDH Supt Md Aruwan bin Md. Adilah@Harun, Komandan Pusat Latihan Polis (Pulapol) Bukit Sentosa bersama 120 pegawai dan anggota daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Seramai 200 peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada agensi kerajaan dan warga JPNS.

Sebanyak 400 pokok telah berjaya ditanam yang terdiri daripada 200 pokok Kapur _Drobalanops aromatica_ dan Merawan kanching _Hopea subalata_

Pejabat ini terus komited dalam memastikan kawasan hutan dipelihara melalui penguatkuasaan, pemulihan kawasan terosot serta membantu dalam meningkatkan litupan hijau dama menyokong komitmen Malaysia terhadap pemulihan hutan.

Terima kasih.
PHD Hulu Selangor

SAMBUTAN HARI PEMULIHARAAN EKOSISTEM BAKAU SEDUNIA, PENANAMAN POKOK BAKAU SDG ECOCOAST – MANGROVE RESTORATION PROJECTSab...
30/07/2026

SAMBUTAN HARI PEMULIHARAAN EKOSISTEM BAKAU SEDUNIA, PENANAMAN POKOK BAKAU SDG ECOCOAST – MANGROVE RESTORATION PROJECT

Sabtu; 25 Julai 2026 - Kelab Pertukaran Kebudayaan Antarabangsa Malaysia bersama Persatuan Penanaman & Kelestarian Pokok Malaysia dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Selangor telah menganjurkan SDG Ecocoast – Mangrove Restoration Project sempena Hari Pemuliharaan Ekosistem Bakau Sedunia bertempat di Pantai Kelanang, Kuala Langat, Selangor.

YBhg. Dato' Haslina Binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah sudi merasmikan program pada pagi ini. Turut hadir YBrs. Tuan Mohd Nor Firdaus Bin Rahim (Timbalan Pengarah Operasi, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor, YBrs. En. Sean Lim (Pengasas Malaysia International Cultural Exchange Club), YBrs. En Alfred Wong (Pengerusi JCI KL Mandarin) dan Pn. Nurasyikin binti Mohamed Yusuf (wakil dari Majlis Daerah Kuala Langat).

Seramai kira-kira 180 orang peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat dijangka hadir, termasuk wakil agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, institusi pendidikan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sektor swasta, komuniti setempat dan sukarelawan, sekali gus memperkukuh semangat kerjasama dan tanggungjawab bersama dalam memelihara alam sekitar dan YBhg. Dato' Haslina Binti Abdul Hamid telah menamam anak pokok yang ke-12,000. Ianya adalah bagi meraikan pencapaian penanaman 12,000 pokok bakau sejak pelaksanaan projek pada tahun 2023 oleh pihak Pengasas Malaysia International Cultural Exchange Club.

Disediakan oleh : Seksyen Silvikultur Dan Perlindungan Hutan.

Dimaklumkan bahawa Laman Web Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dan Sistem SEFOREST telah kembali beroperasi seperti bia...
30/07/2026

Dimaklumkan bahawa Laman Web Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dan Sistem SEFOREST telah kembali beroperasi seperti biasa.
Jabatan ini mengucapkan terima kasih atas kesabaran dan kerjasama semua pihak sepanjang tempoh gangguan. Kami juga memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami.
Terima kasih.

Sungai Chiling akan ditutup kepada orang awam pada tarikh yang dinyatakan. Sila rujuk poster berikut untuk maklumat lanj...
29/07/2026

Sungai Chiling akan ditutup kepada orang awam pada tarikh yang dinyatakan. Sila rujuk poster berikut untuk maklumat lanjut.

Sungai Chiling will be closed to the public on the dates stated. Please refer to the poster below for further information.

Sistem SEFOREST kini sedang mengalami gangguan teknikal. Sila rujuk poster berikut untuk maklumat lanjut. Segala kesulit...
29/07/2026

Sistem SEFOREST kini sedang mengalami gangguan teknikal. Sila rujuk poster berikut untuk maklumat lanjut. Segala kesulitan yang dihadapi amatlah dikesali.

The SEFOREST System is currently experiencing technical issues. Please refer to the poster below for further information. We apologise for any inconvenience caused.

Makluman Gangguan Rangkaian ⚠️Laman web Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dan Sistem SEFOREST tidak dapat diakses buat ...
28/07/2026

Makluman Gangguan Rangkaian ⚠️

Laman web Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dan Sistem SEFOREST tidak dapat diakses buat sementara waktu disebabkan oleh masalah teknikal rangkaian. Terima kasih atas kesabaran anda, dan Jabatan ini memohon maaf atas segala kesulitan.🙏🏼 Terima kasih.

Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah dan ucapan selamat kepada Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sh...
28/07/2026

Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah dan ucapan selamat kepada Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor dan Yang Mulia Datin Paduka Seri Afzaa Fadini binti Dato’ Abdul Aziz atas Keputeraan Yang Mulia Tengku Alia Amira binti Tengku Amir Shah pada 21 Julai 2026, bersamaan 6 Safar 1448 Hijrah.

Semoga Yang Mulia Tengku Alia Amira membesar dalam limpahan rahmat, kasih sayang serta sentiasa berada dalam lindungan ALLAH SWT.

Sembah takzim daripada Jabatan Perhutanan Negeri Selangor

SAMBUTAN HARI BAKAU SEDUNIA DAN HARI HUTAN ANTARABANGSA PERINGKAT NEGERI SELANGOR TAHUN 2026 Ahad; 26 Julai 2026 - Sambu...
27/07/2026

SAMBUTAN HARI BAKAU SEDUNIA DAN HARI HUTAN ANTARABANGSA PERINGKAT NEGERI SELANGOR TAHUN 2026

Ahad; 26 Julai 2026 - Sambutan Hari Bakau Sedunia Dan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Selangor Tahun 2026 telah diadakan di Mangrove Point, Hutan Simpan Raja Lumu, Port Klang, Selangor. Program ini adalah anjuran bersama Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dan Landasan Lumayan Sdn. Bhd.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Amat Mulia Tengku Datin Paduka Setia Zatashah Sultan Sharafuddin Idris. Tetamu kehormat yang turut hadir pada malis ini adalah Yang Berhormat Dato’ Ir. Izham bin Hashim (EXCO Infrastruktur dan Pertanian), Yang Berbahagia Dato’ Hj. Abg Hamid bin Hussain (Datuk Bandar Majlis Diraja Klang), Yang Berusaha Tuan Azhar bin Ahmad (Pengarah Perhutanan Negeri Selangor) dan Yang Berusaha Tuan Syaiful Azmen bin Nordin (Pengarah Urusan Landasan Lumayan Sdn. Bhd.)

Hari Konservasi Ekosistem Hutan Paya Laut Antarabangsa (Hari Bakau Sedunia) yang disambut pada 26 Julai setiap tahun merupakan manifestasi komitmen global dalam memperingati peranan signifikan hutan paya laut dan ekosistem pesisiran pantai kepada keseimbangan alam dan kesejahteraan manusia. Tarikh ini telah diisytiharkan semasa Sesi Ke-38 Persidangan UNESCO pada 6 November 2015 di Paris.

Tema sambutan tahun ini adalah “Ekosistem Hutan Paya Laut Ke Arah Kelestarian Ekonomi Biru”. Tema ini menekankan kepentingan memelihara hutan paya laut (bakau) bagi menyokong pertumbuhan ekonomi maritim yang mampan, perlindungan pesisir pantai, dan keseimbangan ekologi jangka panjang.

Dalam prorgram ini, Yang Amat Mulia Tengku Datin Paduka Setia Zatashah Sultan Sharafuddin Idris berkenan untuk menanam pokok Bakau kurap sebagai simbolik program hari ini dalam usaha pemeliharaan dan pemuliharaan hutan paya laut. Sebanyak 1,000 anak pokok bakau juga turut ditanam oleh sukarelawan dalam Hutan Simpan Raja Lumu ini.

Turut diadakan adalah program pembersihan pantai yang melibatkan seramai lebih 1,600 orang peserta dan sekaligus secara rasmi mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) bagi pencapaian “Penyertaan Tertinggi Dalam Satu Program Pembersihan Hutan Paya Bakau”.

Kejayaan ini memperlihatkan bahawa usaha memulihkan ekosistem bukan sahaja merupakan satu tanggungjawab, tetapi juga menjadi peluang untuk menyatukan masyarakat ke arah visi bersama iaitu memulihkan alam sekitar dan membina masa depan yang lebih mampan.

Disediakan oleh : Seksyen Silvikultur Dan Perlindungan Hutan.

𝗟𝗮𝗽𝗼𝗿𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗸𝘀𝗮𝗻𝗮𝗮𝗻 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗣𝗲𝗻𝗮𝗻𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗣𝗼𝗸𝗼𝗸 𝗕𝗮𝗸𝗮𝘂 𝗦𝗲𝗺𝗽𝗲𝗻𝗮 𝗞𝗲𝗺𝗽𝗲𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗮𝗻𝗮𝗺𝗮𝗻 𝟭𝟭 𝗝𝘂𝘁𝗮 𝗣𝗼𝗸𝗼𝗸 𝗣𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿, 𝗣𝗿𝗼𝗴...
22/07/2026

𝗟𝗮𝗽𝗼𝗿𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗸𝘀𝗮𝗻𝗮𝗮𝗻 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗣𝗲𝗻𝗮𝗻𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗣𝗼𝗸𝗼𝗸 𝗕𝗮𝗸𝗮𝘂 𝗦𝗲𝗺𝗽𝗲𝗻𝗮 𝗞𝗲𝗺𝗽𝗲𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗮𝗻𝗮𝗺𝗮𝗻 𝟭𝟭 𝗝𝘂𝘁𝗮 𝗣𝗼𝗸𝗼𝗸 𝗣𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿, 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗞𝗲𝗿𝗷𝗮𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗱𝗶 𝗮𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮 𝗝𝗣𝗡𝗦 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗸𝗼𝗹𝗮𝗵 𝗠𝗲𝗻𝗲𝗻𝗴𝗮𝗵 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮𝗮𝗻 𝗔𝗴𝗮𝗺𝗮 𝗧𝘂𝗻 𝗥𝗮𝗵𝗮𝗵

📍 Sabak Bernam, 22 Julai 2026 (Rabu)

Pejabat Hutan Daerah Pantai Klang (PHDPK) dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Rahah telah menganjurkan Program Penanaman Pokok Bakau sempena Kempen Penanaman 11 Juta Pokok Peringkat Negeri Selangor di Hutan Simpan Kuala Bernam.

Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar mengenai kepentingan pemeliharaan hutan paya laut serta menyokong usaha Kerajaan dalam menjayakan Kempen Penanaman 11 Juta Pokok.

Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tn. Mohd Nor Firdaus bin Rahim, Timbalan Pengarah (Operasi), Jabatan Perhutanan Negeri Selangor. Seramai 160 orang peserta telah mengambil bahagian, terdiri daripada:
🌱 5 orang guru pengiring
🌱 80 orang pelajar
🌱 75 orang kakitangan PHDPK dan Seksyen Silvikultur & Perlindungan Hutan

Antara aktiviti yang dijalankan ialah kuiz berkaitan Hutan Paya Laut, taklimat kaedah penanaman pokok bakau serta penanaman sebanyak 1,000 pokok bakau daripada spesies Bakau Kurap dan Bakau Minyak.

Semoga program ini dapat terus memupuk semangat cintakan alam sekitar dalam kalangan generasi muda serta menyumbang kepada usaha pemuliharaan ekosistem hutan paya laut melalui penanaman 1,000 pokok bakau.

Address

Tingkat 3, Podium Utara, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Shah Alam
40660

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Friday 07:30 - 17:30

Telephone

+60355447507

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Laman Rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Laman Rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Selangor:

Shortcuts

Share