Pertubuhan Pemuda Prihatin Selangor

  • Home
  • Pertubuhan Pemuda Prihatin Selangor

Pertubuhan Pemuda Prihatin Selangor Pertubuhan Pemuda Prihatin Selangor

Kami adalah NGO yang menjalankan Program-program kebajikan dan menyantuni fakir & miskin di sekitar negeri Selangor Khususnya & Malaysia Amnya.

Imbas kembali momen bermakna Program Sunathon Perdana & Sumbangan Bakul Prihatin anjuran Pertubuhan Pemuda Prihatin yang...
20/01/2026

Imbas kembali momen bermakna Program Sunathon Perdana & Sumbangan Bakul Prihatin anjuran Pertubuhan Pemuda Prihatin yang telah berlangsung pada 27 Disember 2025.

👦 18 orang peserta menyertai Sunathon Perdana
🧺 30 orang penerima menerima Sumbangan Bakul Prihatin

Program ini bukan sekadar aktiviti, tetapi satu usaha menyantuni masyarakat dan meringankan beban golongan yang memerlukan.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua AJK, sukarelawan serta para penyumbang yang bersama-sama menjayakan program ini.

Pemuda Prihatin, Bersama Masyarakat.

✨ PROGRAM SUNATHON PERDANA 2025 ✨ANAK MUDA SHAH ALAM👨‍👩‍👦 Peluang istimewa buat ibu bapa!Daftarkan anak-anak menyertai p...
21/12/2025

✨ PROGRAM SUNATHON PERDANA 2025 ✨
ANAK MUDA SHAH ALAM

👨‍👩‍👦 Peluang istimewa buat ibu bapa!
Daftarkan anak-anak menyertai program sunat yang selesa, selamat & berbaloi.

🩺 KAEDAH: SMART CLAMP
✅ Proses cepat
✅ Kurang pendarahan
✅ Kurang sakit
✅ Luka kemas & mudah dijaga

🔥 PROMOSI ISTIMEWA 🔥
💰 Harga asal RM250
👉 YURAN HANYA RM80 SAHAJA!

Daftar sekarang!! https://forms.gle/ApvTV6dKxSeaXWtT9

📅 27 Disember 2025
🕗 8.00 pagi – 1.00 petang
📍 Kompleks Thibbun Nabawi, Seksyen 8, Shah Alam

🌟 AKTIVITI MENARIK
🏹 Bengkel Memanah percuma
(Daftar; https://forms.gle/acAXNjjTGypepy3d7 )
🩺 Pemeriksaan Kesihatan Percuma
🎁 Bakul Prihatin (terpilih)
🎙️ Kuliah Dhuha

📲 Tempat terhad – daftar sekarang!
📞 017-544 6019 (En. Khairil)
📌 Scan QR Code pada poster untuk pendaftaran

✨ Ayuh sama-sama kita jayakan program kebajikan ini 🌙

[MISl BANTUAN BANJlR SHAH ALAM 2025 – 3PS]Banjir yang telah melanda Shah Alam semalam telah menjejaskan beberapa kawasan...
25/11/2025

[MISl BANTUAN BANJlR SHAH ALAM 2025 – 3PS]

Banjir yang telah melanda Shah Alam semalam telah menjejaskan beberapa kawasan, termasuk Padang Jawa, Seksyen 16, Seksyen 25, Seksyen 35 dan beberapa penempatan rendah yang lain. Ramai keluarga terkesan dan memerlukan bantuan segera.

Sehubungan itu, Pertubuhan Pemuda Prihatin Selangor (3PS) sedang menggerakkan Misi Bantuan Banjir Shah Alam 2025 bagi membantu mangsa yang terjejas.



🎒 Fokus Bantuan 3PS

3PS kini menyediakan dan mengagihkan:
- Makanan siap makan & minuman
- Bantuan kecemasan di kawasan paling terjejas
- ⁠Sokongan pasca banjir & pembersihan



🤝 Sokongan Dana Diperlukan

Orang ramai yang ingin bersama membantu kami menjayakan misi ini boleh menyalurkan sumbangan melalui:

🏦 Maybank
5621 0663 6134
Pertubuhan Pemuda Prihatin Selangor (3PS)
Rujukan: BANJIR SA

Atau melalui QR code tertera



📞 Pertanyaan / Bantuan / Sukarelawan:

Khairil – 0175446019

🌟 MAJLIS PENUTUP PROGRAM TUISYEN RAKYAT 2025🌟Anjuran 3PS bersama Surau Pangsapuri Seroja, Bukit JelutongAlhamdulillah, s...
18/11/2025

🌟 MAJLIS PENUTUP PROGRAM TUISYEN RAKYAT 2025🌟

Anjuran 3PS bersama Surau Pangsapuri Seroja, Bukit Jelutong

Alhamdulillah, selesai sudah Program Tuisyen Rakyat Percuma bagi tahun 2025 — program tahunan yang kini memasuki tahun ke-3 berturut-turut.

Program ini berlangsung sepanjang tahun, bermula Mei hingga November, dengan matlamat memberi sokongan pendidikan secara percuma kepada anak-anak komuniti setempat. Setiap minggu, para sukarelawan memberikan masa, tenaga dan ilmu untuk memastikan adik-adik ini dapat belajar dalam suasana yang selesa dan terarah.

✨ Majlis penutup hari ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada semua pelajar yang telah berusaha hadir dan menimba ilmu sepanjang program. Sedikit cenderahati disampaikan sebagai penyuntik semangat—moga ilmu yang dipelajari menjadi bekal kejayaan mereka pada masa hadapan.

🤲 Doakan agar anak-anak ini terus cemerlang dan menjadi generasi yang berilmu, berakhlak dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Untuk memastikan program ini dapat diteruskan dan dikembangkan ke kawasan lain, kami mengalu-alukan sumbangan anda.

📌 Maybank: 562106636134
Pertubuhan Pemuda Prihatin Selangor
Rujukan: DANA3PS

Terima kasih kepada semua yang terus bersama menjayakan usaha ini.

☘️ *RAYUAN SUMBANGAN DANA BAGI PROGRAM KOMUNITI 3PS SHAH ALAM* ☘️Pertubuhan Pemuda Prihatin Shah Alam menjalankan pelbag...
18/11/2025

☘️ *RAYUAN SUMBANGAN DANA BAGI PROGRAM KOMUNITI 3PS SHAH ALAM* ☘️

Pertubuhan Pemuda Prihatin Shah Alam menjalankan pelbagai aktiviti secara PERCUMA kepada masyarakat terutama kepada golongan yang memerlukan.

Bagi meneruskan usaha ini, kami memerlukan sokongan dana dari orang ramai. Sumbangan anda sangat bermakna dan akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk program kemasyarakatan ini.

Atau ke akaun:
Pertubuhan Pemuda Prihatin Selangor
562106636134 (Maybank)
Ref: DANA3PS

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
http://wasap.my/60175446019/SumbanganKomuniti3PS

Sumbangan tuan/puan sangatlah kami hargai. 😊

Jazakumullah Khairan Kathira.. 🙂



🔥 “Minyak hitam mahal? Jangan risau bro, kami tolong settle!” 🔥💥 Program Tukar Minyak Hitam Prihatin Seksyen 16 kembali ...
25/10/2025

🔥 “Minyak hitam mahal? Jangan risau bro, kami tolong settle!” 🔥

💥 Program Tukar Minyak Hitam Prihatin Seksyen 16 kembali lagi!
Khas untuk anak muda yang nak jaga motor tapi tak nak koyak poket 💸

🛠️ Harga asal RM25 kini cuma RM10 sahaja!
✅ Minyak murah & berkualiti
✅ Servis tukar minyak motor percuma

Kalau berminat blh hadir sebagaimana berikut :
📅 Tarikh: 26 Oktober 2025 (Ahad)
📍 Tempat: Medan Selera Seksyen 16
⏰ Masa: 9 pagi – 2 petang
⚠️ Terhad untuk 30 motosikal pertama sahaja!

Jangan lewat ye, jika dah habis, tiada stok tambahan

📞 Jika ada persoalan, boleh hubungi PIC
Call / WhatsApp: 012-460 8667

Ohya, program ni anjuran NGO Pertubuhan Pemuda Prihatin Selangor (3PS) dengan kerjasama Kelab Permotoran ARC

AMANAT PENTING & REZEKI CABUTAN BERTUAH! Siapa Pemenang Kita Hari Ni?Bukan sahaja berlari, kita juga telah mendengar Ama...
14/10/2025

AMANAT PENTING & REZEKI CABUTAN BERTUAH! Siapa Pemenang Kita Hari Ni?

Bukan sahaja berlari, kita juga telah mendengar Amanat Kemanusiaan yang mendalam! 🗣️

Terima kasih kepada Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor atas ucapan perasmian yang penuh inspirasi, menekankan kepentingan dan membina generasi yang prihatin. Mesej ini sangat berkesan dan menguatkan lagi tujuan murni Peace Fun Run.

Momen yang paling ditunggu-tunggu... CABUTAN BERTUAH! 🎁

Tahniah kepada semua pemenang yang membawa pulang rezeki hari ini! Melihat senyuman manis adik-adik kecil (seperti dalam gambar!) yang menerima hadiah, memang terasa puas hati penganjur.

Sokongan anda pada hari ini membuktikan kita semua bersatu demi keamanan dan kesejahteraan. Jumpa lagi di acara akan datang!

🕹️ IMBAS KEMBALI ZAMAN SEKOLAH! 🕹️Selain berlari, tapak acara Peace Fun Run penuh dengan gelak tawa! Kita throwback deng...
14/10/2025

🕹️ IMBAS KEMBALI ZAMAN SEKOLAH! 🕹️

Selain berlari, tapak acara Peace Fun Run penuh dengan gelak tawa! Kita throwback dengan permainan lejen:
✅ Lawan Pemadam
✅ Ddakji (macam dalam Running Man!)
✅ Uji Minda dengan Rubik's Cube
✅ Siapa Paling Fokus main "Dengar Arahan"!

Memang best tengok semua, dari si cilik hingga yang dewasa, join the fun. Inilah semangat yang sebenar—ceria & harmoni!

Game mana satu favorite korang? Cuba komen! 👇

✨ AZAM TAK PERNAH PADAM! ✨Tengoklah kesungguhan wira-wira Peace Fun Run ni! Panas bukan halangan, penat bukan alasan. Se...
14/10/2025

✨ AZAM TAK PERNAH PADAM! ✨

Tengoklah kesungguhan wira-wira Peace Fun Run ni! Panas bukan halangan, penat bukan alasan. Setiap langkah adalah bukti komitmen kita untuk ! 👊

🔥 GO! GO! GO! Peace Fun Run TELAH BERMULA!Inilah dia, detik pelepasan yang ditunggu-tunggu! Ribuan langkah bermula, memb...
14/10/2025

🔥 GO! GO! GO! Peace Fun Run TELAH BERMULA!

Inilah dia, detik pelepasan yang ditunggu-tunggu! Ribuan langkah bermula, membawa mesej yang satu: KAMI MENENTANG BULI! 🤝

Tengoklah semangat di garisan START! Penuh aura positif dan keazaman untuk larian yang sihat, penuh makna.

Terima kasih kerana menjadikan hari semalam luar biasa. Tahniah semua!

🌤️💪 Pagi penuh energi di Peace Fun Run 2025! 💪🌤️Sebelum larian bermula, peserta memanaskan badan dengan senam aerobik ya...
14/10/2025

🌤️💪 Pagi penuh energi di Peace Fun Run 2025! 💪🌤️

Sebelum larian bermula, peserta memanaskan badan dengan senam aerobik yang cukup meriah dan penuh semangat! 😄
Daripada kanak-kanak hingga dewasa, semuanya bersatu gerak seirama tanda ukhuwah, sihat dan ceria bersama komuniti Shah Alam 💚

🏃‍♂️💚 PEACE FUN RUN – SAY NO TO BULLY! 💚🏃‍♀️Anjuran Dewan Pemuda PAS Shah AlamAlhamdulillah, ribuan terima kasih kepada ...
14/10/2025

🏃‍♂️💚 PEACE FUN RUN – SAY NO TO BULLY! 💚🏃‍♀️
Anjuran Dewan Pemuda PAS Shah Alam

Alhamdulillah, ribuan terima kasih kepada semua peserta yang telah memeriahkan Peace Fun Run 2025! 🌿
Lebih daripada sekadar larian, program ini menjadi simbol perpaduan, kasih sayang dan mesej keamanan buat seluruh masyarakat Shah Alam.

Dengan tema “Say No To Bully”, acara ini berjaya mengumpulkan 400 orang peserta daripada pelbagai lapisan umur — dari si kecil hingga dewasa — semuanya bersatu menentang budaya buli dan menyemai nilai prihatin dalam komuniti. 💪

Dewan Pemuda PAS Shah Alam mengucapkan tahniah & terima kasih kepada semua peserta, sukarelawan, penaja dan urusetia yang bertungkus-lumus menjayakan program ini.
Semoga semangat kebersamaan ini terus subur dan menjadi inspirasi untuk masyarakat yang lebih harmoni, sihat dan berakhlak. 🤝

📸 Saksikan kegembiraan & semangat di sekitar larian dalam gambar-gambar yang penuh warna dan senyuman ini!

Address

NO 3-1 Jalan PEGAGA G U12/G SEKSYEN U12, Desa Alam

40170

Telephone

019-4191065

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Pemuda Prihatin Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share