CIAST

CIAST FB Rasmi
Pusat Latihan Pengajar & Kemahiran Lanjutan
๐‘ช๐’๐‘ฌ ๐’‡๐’๐’“ ๐‘ป๐‘ฝ๐‘ฌ๐‘ป ๐‘ฐ๐’๐’”๐’•๐’“๐’–๐’„๐’•๐’๐’“

Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan atau lebih dikenali sebagai Centre for Instructor and Advanced Skill Training (CIAST) terletak di Shah Alam, Selangor. CIAST telah mula beroperasi pada tahun 1983 dengan bantuan kewangan daripada Kerajaan Jepun dibawah Projek Pembangunan Sumber Manusia ASEAN dan dikawal selia oleh pakar-pakar teknikal dan pengurusan dari Jepun menerusi JICA sehingga ta

hun 1991. CIAST beroperasi sepenuhnya dibawah Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia bermula pada 1991 sehingga Mei 2007 sebelum dipindahkan pengurusannya di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di kementerian yang sama pada Jun 2007.

๐Ÿค Pertemuan Strategik Bersama CyberSecurity MalaysiaPertemuan antara CyberSecurity Malaysia dan PPK, CIAST telah diadaka...
24/07/2026

๐Ÿค Pertemuan Strategik Bersama CyberSecurity Malaysia

Pertemuan antara CyberSecurity Malaysia dan PPK, CIAST telah diadakan bagi meneroka kerjasama dalam memperkukuh kompetensi pengajar TVET dalam bidang keselamatan siber dan teknologi digital.

Fokus Perbincangan:

โ€ข Latihan: Pelaksanaan program latihan khusus bagi meningkatkan kemahiran pengajar dalam bidang keselamatan siber dan teknologi digital.

โ€ข Persijilan: Pembangunan laluan persijilan profesional untuk meningkatkan pengiktirafan dan standard kompetensi pengajar.

โ€ข Perkongsian Kepakaran: Kolaborasi dalam perkongsian ilmu, pengalaman industri dan kepakaran teknikal antara kedua-dua pihak.

Semoga perbincangan ini memberi hasil yang positif dan menjadi titik permulaan kepada hubungan kerjasama yang lebih erat serta berterusan antara kedua-dua pihak

Investigating | Constructing | Testing | DevelopingShah Alam, 17 Julai 2026 - Empat fasa ini mencerminkan perjalanan pem...
22/07/2026

Investigating | Constructing | Testing | Developing

Shah Alam, 17 Julai 2026 - Empat fasa ini mencerminkan perjalanan pembelajaran peserta sepanjang Certified Digital TVET-AI Educator Program for TVET Trainers yang telah berlangsung pada 13 hingga 17 Julai 2026 di Makmal Elektronik CIAST.

Berteraskan pendekatan TVET- Ai Applied, peserta bukan sekadar mempelajari konsep AI dan Internet of Things (IoT), malah mengaplikasikan pengetahuan tersebut secara terus melalui aktiviti mereka bentuk, membina, menguji dan menambah baik penyelesaian sebenar menggunakan Arduino, myFlowLab dan ThingSpeak.
Melalui pembelajaran berasaskan projek (Project-Based Learning), setiap kumpulan berjaya membangunkan prototaip IoT yang mengintegrasikan elemen AI, sebelum membentangkan hasil inovasi mereka kepada Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), YBrs. Ir. Ts. Dr. Kamaruzaman bin Md. Ali sempena lawatan rasmi beliau.

Pendekatan ini membuktikan bahawa pembelajaran TVET berasaskan AI mampu memperkukuh kompetensi tenaga pengajar melalui pengalaman pembelajaran yang autentik, berorientasikan industri dan berasaskan penyelesaian masalah. Peserta bukan sahaja menguasai aspek teknikal, malah meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis, kolaboratif dan inovatif bagi melahirkan pendidik TVET yang bersedia menerajui transformasi digital serta memenuhi keperluan Revolusi Industri 4.0 dan era AI.

ThingSpeak myFlowLab TVETMalaysia TVETApplied ProjectBasedLearning Upskilling AIEducation

Investigating . Constructing . Testing . Developing.Empat fasa ini mencerminkan perjalanan pembelajaran peserta sepanjan...
22/07/2026

Investigating . Constructing . Testing . Developing.

Empat fasa ini mencerminkan perjalanan pembelajaran peserta sepanjang Certified Digital TVET-AI Educator Program for TVET Trainers yang telah berlangsung pada 13 hingga 17 Julai 2026 di Makmal Elektronik CIAST.

Berteraskan pendekatan TVET- Ai Applied, peserta bukan sekadar mempelajari konsep AI dan Internet of Things (IoT), malah mengaplikasikan pengetahuan tersebut secara terus melalui aktiviti mereka bentuk, membina, menguji dan menambah baik penyelesaian sebenar menggunakan Arduino, myFlowLab dan ThingSpeak.
Melalui pembelajaran berasaskan projek (Project-Based Learning), setiap kumpulan berjaya membangunkan prototaip IoT yang mengintegrasikan elemen AI, sebelum membentangkan hasil inovasi mereka kepada Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), YBrs. Ir. Ts. Dr. Kamaruzaman bin Md. Ali sempena lawatan rasmi beliau.

Pendekatan ini membuktikan bahawa pembelajaran TVET berasaskan AI mampu memperkukuh kompetensi tenaga pengajar melalui pengalaman pembelajaran yang autentik, berorientasikan industri dan berasaskan penyelesaian masalah. Peserta bukan sahaja menguasai aspek teknikal, malah meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis, kolaboratif dan inovatif bagi melahirkan pendidik TVET yang bersedia menerajui transformasi digital serta memenuhi keperluan Revolusi Industri 4.0 dan era AI.

Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), KESUMA akan menganjurkan Per...
21/07/2026

Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), KESUMA akan menganjurkan Pertandingan Innovation in Methodology, Pedagogy and AI for Creative TVET (MIPAC TVET) 2026.

Semua pengajar TVET daripada agensi awam dan swasta di seluruh Malaysia adalah dijemput untuk menyertai pertandingan ini.

๐Ÿ“ Pendaftaran dibuka mulai 22 Julai 2026 hingga 4 September 2026.

๐Ÿ“ข Taklimat MIPAC TVET 2026
๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: 24 Julai 2026 (Jumaat)
โฐ Masa : 3.00 petang hingga 4.30 petang
๐Ÿ’ป Platform: Zoom Meeting

๐Ÿ”— https://zoom.us/j/97101975845?pwd=BMPzNYbIo5XdwEGNeXPRhRLhBkjl4d.1

Meeting ID: 971 0197 5845
Passcode: 807617

โ„น๏ธ Maklumat lanjut: ๐ŸŒ Laman Web: http://mipactvet.ciast.gov.my ๐Ÿ“ง E-mel: [email protected]

Urus Setia:
Bahagian Penyelidikan, Inovasi & Antarabangsa (RII)
Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Shah Alam

Kursus Pembangunan Sistem Pengurusan Jurnal dan Inovasi TVETPada 20 Julai 2026, CIAST Shah Alam telah menganjurkan Kursu...
21/07/2026

Kursus Pembangunan Sistem Pengurusan Jurnal dan Inovasi TVET

Pada 20 Julai 2026, CIAST Shah Alam telah menganjurkan Kursus Pembangunan Sistem Pengurusan Jurnal dan Inovasi TVET sebagai salah satu inisiatif untuk memperkukuh pengurusan penyelidikan, penerbitan dan inovasi TVET secara lebih sistematik, cekap dan bersepadu.

Kursus ini menjadi platform perbincangan, perkongsian idea dan penyelarasan keperluan pembangunan sistem yang merangkumi aspek pengurusan, penilaian, dokumentasi serta pelaporan. Inisiatif ini diharapkan dapat memperkukuh ekosistem penyelidikan dan inovasi TVET, di samping menyokong agenda pendigitalan serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan di CIAST.



21/07/2026

๐ŸŽ™๏ธ Jom dengarkan siaran khas di Bernama Radio!

Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) menjemput orang ramai mengikuti temu bual bersama Puan Faizah Harun, Pengarah Bahagian Persijilan Kompetensi JPK, yang akan membincangkan topik:

"Evolusi Generasi TVET Melalui Model ADI"

๐Ÿ“… 21 Julai 2026 (Selasa)
๐Ÿ•Ÿ 4.30 Petang

Sertai kami untuk mengetahui bagaimana Model ADI memperkasa sistem TVET negara dalam melahirkan tenaga kerja mahir yang kompeten, berdaya saing dan memenuhi keperluan industri masa kini.

๐Ÿ“ป Ikuti siaran melalui Bernama Radio atau platform digital Bernama.

Jangan lupa set peringatan dan kongsikan kepada rakan-rakan yang berminat dalam bidang TVET!

๐—ž๐˜‚๐—ฟ๐˜€๐˜‚๐˜€ ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ฃ๐—ฑ๐—ฃ ๐—ฆ๐—ถ๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿณ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐—ง๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ต : ๐Ÿญ๐Ÿฐ - ๐Ÿญ๐Ÿณ ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป๐—ท๐˜‚๐—ฟ : ๐—–๐—œ๐—”๐—ฆ๐—ง, ๐—ฆ๐—ต๐—ฎ๐—ต ๐—”๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—Ÿ๐—ผ๐—ธ๐—ฎ๐˜€๐—ถ: ๐—›๐—ผ๐˜๐—ฒ๐—น ๐—ฃ๐—ฟ๐—ฒ๐—บ๐—ถ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ ๐—ž๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—•...
20/07/2026

๐—ž๐˜‚๐—ฟ๐˜€๐˜‚๐˜€ ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ฃ๐—ฑ๐—ฃ ๐—ฆ๐—ถ๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿณ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

๐—ง๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ต : ๐Ÿญ๐Ÿฐ - ๐Ÿญ๐Ÿณ ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ
๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป๐—ท๐˜‚๐—ฟ : ๐—–๐—œ๐—”๐—ฆ๐—ง, ๐—ฆ๐—ต๐—ฎ๐—ต ๐—”๐—น๐—ฎ๐—บ
๐—Ÿ๐—ผ๐—ธ๐—ฎ๐˜€๐—ถ: ๐—›๐—ผ๐˜๐—ฒ๐—น ๐—ฃ๐—ฟ๐—ฒ๐—บ๐—ถ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ ๐—ž๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด
๐—•๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐˜€๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ : ๐Ÿฏ๐Ÿฌ ๐—ผ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด
๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฐ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ต :
๐Ÿญ. ๐—˜๐—ป. ๐—”๐—บ๐—ถ๐—ฟ ๐—•๐—ถ๐—ป ๐— ๐—ผ๐—ต๐—ฎ๐—บ๐—ฒ๐—ฑ
๐Ÿฎ. ๐—˜๐—ป. ๐— ๐—ผ๐—ต๐—ฑ ๐—ฌ๐˜‚๐˜€๐—ฟ๐—ถ ๐—ฏ๐—ถ๐—ป ๐—ฃ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฑ๐—ถ

๐Ÿ“ Dataran Merdeka, Kuala Lumpur๐Ÿ“… 17โ€“19 Julai 2026๐ŸŽ‰ Tiga hari penuh perkongsian, interaksi dan semangat TVET!Penyertaan C...
20/07/2026

๐Ÿ“ Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
๐Ÿ“… 17โ€“19 Julai 2026

๐ŸŽ‰ Tiga hari penuh perkongsian, interaksi dan semangat TVET!

Penyertaan CIAST sebagai pempamer di Reruai TVET sempena Program Unity Merdeka Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2026 telah berlangsung dengan jayanya dari 17 hingga 19 Julai 2026 di Dataran Merdeka.

Sepanjang program, warga CIAST berpeluang berinteraksi secara langsung dengan pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat serta berkongsi maklumat berkaitan program latihan kemahiran, teknologi terkini, peluang melanjutkan pengajian dan laluan kerjaya dalam bidang TVET.

Penyertaan ini turut membuka ruang kepada masyarakat untuk memahami dengan lebih dekat peranan CIAST dalam melahirkan tenaga pengajar dan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang kompeten, profesional serta memenuhi keperluan industri semasa.

CIAST merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Majlis TVET Negara (MTVET) serta semua pengunjung yang telah hadir dan memeriahkan Reruai CIAST sepanjang program berlangsung.

Semoga perkongsian ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional sebagai salah satu laluan utama dalam membina masa depan kerjaya yang lebih cerah.

Jumpa lagi dalam program akan datang!

JEMPUTAN MENGIKUTI PROGRAM PERKONGSIAN KEPAKARAN INDUSTRI "AGENTIC AI AND AIoT : THE NEXT EVOLUTION OF INDUSTRIAL INTELL...
20/07/2026

JEMPUTAN MENGIKUTI PROGRAM PERKONGSIAN KEPAKARAN INDUSTRI "AGENTIC AI AND AIoT : THE NEXT EVOLUTION OF INDUSTRIAL INTELLIGENCE"

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBrs. Dr./Ts./Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Elektrikal,Elektronik dan Telekomunikasi (EET) Program Pembangunan Pengajar Kemahiran (PPK) CIAST akan menganjurkan Program Perkongsian Kepakaran Industri yang bertajuk *AGENTIC AI AND AIoT : THE NEXT EVOLUTION OF INDUSTRIAL INTELLIGENCE* secara dalam talian.

2. Program ini merupakan platform perkongsian ilmu antara pakar industri bersama pengajar TVET. Semua dijemput hadir untuk menyertai program ini. Program Kepakaran Industri (PKI) ini akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut:-

Tajuk: *AGENTIC AI AND AIoT : THE NEXT EVOLUTION OF INDUSTRIAL INTELLIGENCE*
Tarikh: *20 Julai 2026 (Isnin)*
Masa: *9.00 pagi hingga 1.00 petang (4 jam)*

Platform : Dalam talian di aplikasi Google Meet: https://meet.google.com/txy-jfrd-aat

Sekian, terima kasih.

Address

Jalan Petani 19/1
Shah Alam
40300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60355438200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when CIAST posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share