PLTTAngkut_Official

PLTTAngkut_Official Official page of PLTT Angkut, RMAF.

Pegawai Memerintah PLTT Angkut serta seluruh warga skuadron mengucapkan SELAMAT HARI MALAYSIA Ke-58 & SELAMAT HARI ANGKA...
15/09/2021

Pegawai Memerintah PLTT Angkut serta seluruh warga skuadron mengucapkan SELAMAT HARI MALAYSIA Ke-58 & SELAMAT HARI ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) Ke-88.

Pegawai Memerintah PLTT Angkut, Lt Kol Ahmad Shahir bin Haji Abd Malek TUDM serta seluruh warga PLTT Angkut mengucapkan ...
30/08/2021

Pegawai Memerintah PLTT Angkut, Lt Kol Ahmad Shahir bin Haji Abd Malek TUDM serta seluruh warga PLTT Angkut mengucapkan SELAMAT HARI KEBANGSAAN Ke-64 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Erti kemerdekaan sebenar pada generasi kini adalah membabitkan kemerdekaan jiwa dan minda dipupuk menerusi pembinaan jati diri yang dibentuk melalui empat aspek utama, iaitu AGAMA, AKHLAK, PENDIDIKAN dan BAHASA kerana generasi muda berhadapan ancaman penjajahan dari segi bentuk baharu, terutama pemikiran dan budaya seiring dengan kepesatan teknologi masa kini.

"Malaysia Prihatin"

SUBANG, 23 Ogos 2021 – Komander Pangkalan Udara Subang, Brig Jen Omar bin Hj Dawami TUDM telah menyempurnakan Majlis Pem...
23/08/2021

SUBANG, 23 Ogos 2021 – Komander Pangkalan Udara Subang, Brig Jen Omar bin Hj Dawami TUDM telah menyempurnakan Majlis Pembukaan Multi Engine Conversion Course (MECC) Siri 9/21 yang diadakan di Bilik Adenium, PLTT Angkut.

Majlis ini turut dihadiri oleh Pegawai Memerintah PLTT Angkut, Lt Kol Ahmad Shahir bin Haji Abd Malek TUDM serta semua eksekutif skuadron dan diadakan pada skala yang kecil.

Kursus MECC 09/21 terdiri daripada 7 x pelatih penerbangan yang baru sahaja menamatkan Kursus Asas Penerbangan (KAP) di Institut Penerbangan 1 (INSPEN 1), Kolej Tentera Udara, Alor Setar, Kedah.

Majlis ini dilaksanakan dengan mengamalkan SOP yang ketat dan mematuhi segala arahan Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi mencegah penularan COVID-19.

MAJLIS PEMAKAIAN "CREST PLTT ANGKUT"SUBANG, 20 Ogos 21 - PLTT Angkut telah menganjurkan Majlis Pemakaian "CREST PLTT ANG...
21/08/2021

MAJLIS PEMAKAIAN "CREST PLTT ANGKUT"

SUBANG, 20 Ogos 21 - PLTT Angkut telah menganjurkan Majlis Pemakaian "CREST PLTT ANGKUT" bertempat di Bilik Rehat Anakapal PLTT Angkut. Majlis ini telah dihadiri oleh anakapal PLTT Angkut yang bekerja mengikut 50% manning. Pemakaian crest ini telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah PLTT Angkut, Lt Kol Ahmad Shahir bin Haji Abd Malek TUDM.

Majlis tradisi bagi PLTT Angkut bagi meraikan "our new aircraft captain". Semoga terus sukses Kapt Kamal TUDM.💪💪💪"BERILM...
11/08/2021

Majlis tradisi bagi PLTT Angkut bagi meraikan "our new aircraft captain".

Semoga terus sukses Kapt Kamal TUDM.💪💪💪

"BERILMU, BERILTIZAM"

DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN HIJRAHSUBANG, 9 Ogos 2021 - PLTT Angkut buat julung kalinya telah mengadakan Majlis Bacaa...
09/08/2021

DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN HIJRAH

SUBANG, 9 Ogos 2021 - PLTT Angkut buat julung kalinya telah mengadakan Majlis Bacaan Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah secara Google Meet di kediaman masing-masing.

Bacaan doa akhir tahun dan awal tahun ini telah diketuai oleh Mej Ahmad Nadhir TUDM dan dibantu oleh Kapt Faizal TUDM. Majlis ini turut disertai oleh Pegawai Memerintah PLTT Angkut, Lt Kol Ahmad Shahir bin Haji Abd Malek TUDM dan semua warga skuadron.

Semoga kita semua dapat berhijrah kepada kehidupan dan amal yang lebih baik.

Selamat Menyambut Awal Muharam 1443H,
'Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti'

MAJLIS PERPISAHAN BAGI ANGGOTA PLTT ANGKUT YANG TELAH BERTUKAR KELUARSUBANG, 9 Ogos 2021 - PLTT Angkut telah mengadakan ...
09/08/2021

MAJLIS PERPISAHAN BAGI ANGGOTA PLTT ANGKUT YANG TELAH BERTUKAR KELUAR

SUBANG, 9 Ogos 2021 - PLTT Angkut telah mengadakan majlis perpisahan bagi anggota tadbir skuadron yang telah bertukar keluar iaitu 5801184 Kpl U (W) Rashida binti Abu Rahan bertempat di Crewroom PLTT Angkut.

Majlis ini diadakan bertujuan untuk memberi penghargaan kepada anggota yang telah memberikan komitmen yang tinggi sepanjang bertugas di skuadron ini.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah PLTT Angkut, Lt Kol Ahmad Shahir bin Haji Abd Malek TUDM dengan pematuhan SOP COVID-19.

Warga PLTT Angkut mengucapkan selamat maju jaya di tempat yang baharu kelak.

Address

Pangkalan Tentera Udara Subang
Shah Alam
40000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PLTTAngkut_Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share