Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor Dalam era tahun 50an, Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Selangor ditempatkan di sebuah bangunan lama di Jalan Tangsi, Kuala Lumpur (berhadapan Bank Rakyat

Lawatan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor Ke Pavilion Selangor Sempena MAHA 20264 September 2026 | Maeps SerdangYAB Dato’...
04/09/2026

Lawatan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor Ke Pavilion Selangor Sempena MAHA 2026

4 September 2026 | Maeps Serdang

YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari , Dato’ Menteri Besar Selangor telah berkunjung ke Pavilion Selangor bagi melihat sendiri pameran dan aktiviti sepanjang MAHA 2026.

Kunjungan YAB Dato’ Menteri Besar telah disambut oleh Ketua Jabatan dan Agensi di bawah STANCO Pertanian.Turut hadir sama ialah Y.B. Tuan Mohd Kamri bin Kamarudin, Timbalan Speaker Dewan Negeri Swlangor dan Y.B. Dato’ Johary bin Anuar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Pengarah UPEN.

Terima kasih YAB Dato’ Seri di atas kunjungan ke Pavilion Selangor.






Rangkuman MAHA 202628 Ogos - 1 September 2026Maeps Serdang : Selama 5 hari petugas dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar N...
02/09/2026

Rangkuman MAHA 2026

28 Ogos - 1 September 2026

Maeps Serdang : Selama 5 hari petugas dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor (DVS Selangor) telah terlibat secara langsung bagi menjayakan MAHA 2026.

Kakitangan DVS Selangor terus cemerlang menjayakan pelbagai program dan aktiviti sepanjang 5 hari ini. Klinik bergerak,promosi produk IATn, aktiviti di Laman Veterinar dan di Pavilion Selangor masih terus berjalan sehingga MAHA 2026 melabuhkan tirainya pada 6 September 2026.

Jangan lupa datang ke MAHA 2026 untuk merasai sendiri program dan aktiviti yang disediakan.

Selamat bertugas kepada semua kakitangan DVS Selangor.

Keterjaminan Makanan Tanggungjawab Bersama








01/09/2026

Hari ini, Selasa 1 September, macam-macam aktiviti menarik menanti di Pavilion Selangor. Antaranya:

🍰 Demo Dekorasi Kek Melon
🍈 Melon Cake Challenge
🍉 Edaran Buah Melon Potong
🍔 Pertandingan Makan Burger Terpantas

📍 Pavilion Selangor, MAHA 2026
📅 28 Ogos – 6 September 2026
📌 MAEPS Serdang

Datang MAHA, singgah Pavilion Selangor! ❤️💛

🇲🇾 SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor dan seluruh warga Jabatan Perkhidmata...
31/08/2026

🇲🇾 SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾

Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor dan seluruh warga Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati



Apa yang menarik di *Pavilion Selangor*? 🌾🍈Jangan lepaskan pelbagai aktiviti menarik sempena *MAHA 2026* di Pavilion Sel...
28/08/2026

Apa yang menarik di *Pavilion Selangor*? 🌾🍈

Jangan lepaskan pelbagai aktiviti menarik sempena *MAHA 2026* di Pavilion Selangor,

Hari ini, 29 Ogos! Bermula jam 12 tengah hari, pengunjung boleh menyaksikan *Demo & Puzzle Melon*, mencuba cabaran *Melon Challenge*, *Pertandingan Makan Buah*, *Jualan Happy Hour* serta pertandingan makan burger. 🍈🍔

Lebih istimewa, turut menampilkan *Cik Piah dan Fad* yang pasti memeriahkan suasana.

📅 28 Ogos – 6 September 2026
📍 MAEPS Serdang
🌱 Pavilion Selangor

Jadi, jangan lupa singgah ke Pavilion Selangor di MAEPS Serdang dan meriahkan MAHA 2026 bersama keluarga dan rakan-rakan! 😍

28/08/2026
BANTUAN PAKEJ PENGUKUHAN DAYA TAHAN SELANGOR- SEKTOR PENTERNAKANPejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Sabak Bernam denga...
25/08/2026

BANTUAN PAKEJ PENGUKUHAN DAYA TAHAN SELANGOR- SEKTOR PENTERNAKAN

Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Sabak Bernam dengan kerjasama Koperasi Warga Hijrah Selangor (KOHIJRAH) telah selesai mengagihkan bantuan makanan ternakan di bawah Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor 2026 yang melibatkan seramai 66 penternak di seluruh daerah Sabak Bernam.

Y.B. Dato’ Ir. Izham bin Hashim , Exco Infrastruktur dan Pertanian Negeri Selangor telah menyempurnakan Majlis Penyerahan tersebut. Turut hadir pada majlis tersebut YBrs. Dr. Syarifah Asiah binti Mohd Amin, Timbalan Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor dan ketua-ketua jabatan dan agensi serta wakil.

Agihan ini telah dilaksanakan pada 22 Ogos 2026 di Vet Mart Sungai Nibong, Sabak Bernam dan penyaluran bantuan sebanyak RM 450 dalam bentuk input pertanian ini akan diagihkan selama 6 bulan berturut-turut bagi meringankan beban penternak dalam menghadapi kesan krisis peperangan di Asia Barat.

Terima kasih Kerajaan Negeri Selangor , Koperasi Warga Hijrah Selangor (KOHIJRAH) dan Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Sabak Bernam di atas bantuan yang disalurkan.

Keterjaminan Makanan Tanggungjawab Bersama

SALAM MAULIDUR RASUL 1448HJabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1448H.Semoga k...
25/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1448H.

Semoga kecintaan kepada Baginda SAW terus subur dalam jiwa dan menjadi pedoman dalam membina masyarakat yang sejahtera ,harmoni dan berakhlak mulia.

"MADANI DIHAYATI, UMMAH DIBERKATI"

VETERINAR KOMPETEN MASYARAKAT SEJAHTERA



22 Ogos 2026 | Sabak BernamMajlis Penyerahan Bantuan Insentif Kerajaan Negeri Selangor : Bantuan Daya Tahan 2026 Majlis ...
22/08/2026

22 Ogos 2026 | Sabak Bernam

Majlis Penyerahan Bantuan Insentif Kerajaan Negeri Selangor : Bantuan Daya Tahan 2026

Majlis Penyerahan Bantuan Insentif Kerajaan Negeri Selangor telah disempurnakan oleh Y.B. Dato’ Ir. Izham bin Hashim,Exco Infrastruktur dan Pertanian Negeri Selangor.

Seramai 66 orang penerima dari sektor penternak mendapat insentif dari Kerajaan Negeri dalam bentuk input pertanian.

Semoga dengan penyerahan bantuan insentif dapat meringankan beban penternak di daerah Sabak Bernam akibat krisis peperangan di Asia Barat.




20/08/2026

Perkembangan Terkini Kes Kematian Anjing Di Pelabuhan Klang

Address

Lot 28 Jalan Utas 15/7
Shah Alam
40200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor:

Shortcuts

Share