ICU JPM Selangor

ICU JPM Selangor Ini adalah Halaman Rasmi Media Sosial Bagi Pejabat Pembangunan Negeri Selangor, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM)

30/08/2026
ZIARAH KASIH MADANI DAERAH KUALA LANGAT KUALA LANGAT, 04 Ogos 2026 – Seksyen Kesejahteraan Rakyat (SKR), Pejabat Pembang...
06/08/2026

ZIARAH KASIH MADANI DAERAH KUALA LANGAT

KUALA LANGAT, 04 Ogos 2026 – Seksyen Kesejahteraan Rakyat (SKR), Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU JPM Selangor) telah menjalankan sesi Ziarah Kasih MADANI ke empat (4) buah rumah di sekitar daerah Kuala Langat. Ketua Isi Rumah (KIR) yang diziarahi sedang diuji dengan Ahli Isi Rumah (AIR) yang mengalami masalah kesihatan dan terdapat juga isi rumah yang telah ditimpa bencana kebakaran. Sesi ziarah ini disertai oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Khidir bin Majid (Pengarah Pembangunan Negeri Selangor), YBrs. Tuan Haji Najmuddin bin Jemain (Timbalan Pengarah Pembangunan Negeri Selangor), wakil-wakil SKR, dan pemimpin komuniti setempat.

Selain itu, wakil JKMN Selangor juga meluangkan masa untuk menyantuni isi rumah dan mendapatkan maklumat lanjut bagi tujuan mempertimbang bantuan yang bersesuaian. Sumbangan seperti wang tunai, bakul makanan, keperluan kesihatan, dan baucar pembelian peralatan persekolahan telah disampaikan kepada mereka yang berkenaan.

ICU JPM Selangor mendoakan kesejahteraan dan ketabahan kepada semua isi rumah. Diharapkan sumbangan oleh YAB Perdana Menteri yang disalurkan melalui ICU JPM Selangor sedikit sebanyak dapat meringkan beban yang ditanggung oleh isi rumah yang terlibat.




LIPUTAN EKSKLUSIF: DRAMA, GOL BERKELAS DUNIA & TANGISAN OTOT DI SELANGOR! ⚽️🏟️Suasana malam semalam bukan biasa-biasa. D...
31/07/2026

LIPUTAN EKSKLUSIF: DRAMA, GOL BERKELAS DUNIA & TANGISAN OTOT DI SELANGOR! ⚽️🏟️

Suasana malam semalam bukan biasa-biasa. Deruman penyokong yang membanjiri tepi padang memberikan aura persis final Liga Juara-Juara Eropah (UCL)! Sorakan, gelak tawa, dan usikan dari 12th man (penyokong) berjaya menghidupkan malam perlawanan persahabatan berprestij di antara ICU JPM Selangor dan barisan veteran EX Staff MBSA.
Walaupun berstatus 'persahabatan', intensiti di atas padang membuktikan sebaliknya. Berikut adalah rangkuman perlawanan dari meja analisis kami:

🌟 Permulaan Mimpi Indah: Magis Sang Bintang
Wisel ditiupkan dan ICU JPM Selangor tidak menunggu lama untuk mempamerkan statement of intent. Jaring gol lawan bergegar awal hasil penyudah klinikal Player Star sensasi pasukan, saudara Bukhari. Sentuhan penyudahnya malam tadi? Cukup berbisa bak penyerang nombor 9 sejati, mengundang sorakan gemuruh penyokong yang seolah-olah sudah dapat mencium bau kemenangan.

🚑 Titik Perubahan: Tragedi di Garis Gol
Namun, bola sepak adalah sukan yang kejam dan penuh kejutan. Di saat momentum memihak kepada ICU JPM Selangor, malang tidak berbau apabila benteng terakhir pertahanan, goalkeeper kesayangan pasukan terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan. Layangan dive akrobatiknya mungkin setaraf Alisson Becker, namun pendaratannya... mengundang tragedi. Insiden ini jelas merentap rentak pasukan, memberi ruang kepada EX Staff MBSA untuk bangkit mengatur siri serangan balas dan memintas kedudukan. Get well soon, El Capitano! 🤲

🤖 Laporan Hari Ini: Epik vs Asid Laktik
Keputusan akhir memihak kepada abang-abang EX Staff MBSA (tahniah diucapkan!). Biarpun tewas, semangat brotherhood dan hiburan yang disajikan malam tadi memang bertaraf dunia.

Cuma, tinjauan wartawan kami ke pejabat ICU JPM Selangor pagi ini mendapati satu wabak sedang melanda. Rata-rata pemain dilaporkan berjalan persis Robocop dengan kelajuan 0.5km/j. Nak bangun dari kerusi pun perlukan motivasi yang tinggi! Dengar cerita, jualan Yoko-Yoko dan minyak urut di farmasi berdekatan habis disapu bersih hari ni. 🩹🤣

Terima kasih kepada semua penyokong yang hadir memeriahkan suasana dan kepada EX Staff MBSA atas perlawanan yang cukup sporting. Rehatkan otot anda, rawat segala koyok di badan, kerana ICU JPM Selangor pasti akan merangka comeback yang lebih epik! 💪🔥

PROGRAM USAHAWAN DIGITAL (PUD) 2.0 TM NEGERI SELANGORPETALING, 29 Julai 2026 – Susulan pelaksanaan Program Usahawan Digi...
29/07/2026

PROGRAM USAHAWAN DIGITAL (PUD) 2.0 TM NEGERI SELANGOR

PETALING, 29 Julai 2026 – Susulan pelaksanaan Program Usahawan Digital (PUD) Fasa 1 di negeri Selangor pada 10 Disember 2025, PUD 2.0 TM telah dianjurkan pada 28 Julai 2025 (Selasa) bertempat di Dewan Kenanga, Pejabat Daerah Dan Tanah Petaling. Seramai 140 orang peserta telah mengikuti program ini yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

PUD ini dianjurkan bertujuan untuk memberi didikan dan menggalakkan para usahawan meneroka pemasaran secara digital bagi memenuhi kehendak pasaran semasa. Peserta yang berjaya mengikuti program dengan jayanya telah menerima set telefon bimbit Samsung Galaxy A17 dan baucar Pasaraya Mydin bernilai RM150.00.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen dan terima kasih kepada pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan pelaksanaan PUD 2.0 TM di negeri Selangor. Diharapkan program seumpamanya dapat dilaksanakan pada masa akan datang bagi membantu lebih ramai isi rumah eKasih yang memerlukan, sekali gus meningkatkan taraf hidup keluarga masing-masing.




MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANTAUAN (JK-PANTAU) PROGRAM SEJAHTERA KOMUNITI MADANI (SejaTi MADANI) BILANGAN 2 TAHUN 2026SHA...
29/07/2026

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANTAUAN (JK-PANTAU) PROGRAM SEJAHTERA KOMUNITI MADANI (SejaTi MADANI) BILANGAN 2 TAHUN 2026

SHAH ALAM, 29 Julai 2026 - Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan (JK-PANTAU) Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI) Bilangan 2 Tahun 2026 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Perdana (BMP), Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU JPM Selangor) pada 23 Julai 2026 (Khamis). Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Khidir bin Majid, Pengarah Pembangunan Negeri Selangor dan dipengerusikan bersama dengan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) yang diwakili oleh Puan Nujaimatu'l-'Aliah binti Mohd Jais, Timbalan Pengarah UPEN Selangor (Seksyen Sektoral).

Ahli mesyuarat pada kali ini telah mendengar pembentangan daripada Pejabat Daerah Dan Tanah Petaling, Pejabat Daerah dan Tanah Gombak, KEMAS Jabatan Kemajuan Masyarakat, dan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ). Pembentang telah berkongsi perkembangan terkini kemajuan projek di bawah seliaan/ lokaliti jabatan masing-masing. Ahli mesyuarat juga telah dimaklumkan berkaitan status pemantauan SejaTi MADANI di negeri Selangor dan peluasan skop peruntukan Program SejaTi MADANI 2026 kepada Usahawan B40.

Terima kasih diucapkan kepada semua agensi dan pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan pelaksanaan Program SejaTi MADANI khususnya di negeri Selangor.



LAWATAN PEMANTAUAN PROGRAM SEJAHTERA KOMUNITI MADANI (SejaTi MADANI) DAERAH PETALING SHAH ALAM, 29 Julai 2026 – Satu ses...
29/07/2026

LAWATAN PEMANTAUAN PROGRAM SEJAHTERA KOMUNITI MADANI (SejaTi MADANI) DAERAH PETALING

SHAH ALAM, 29 Julai 2026 – Satu sesi Lawatan Pemantauan Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI) Daerah Petaling telah diadakan pada 23 Julai 2026 (Khamis) yang disertai oleh rakan strategik seperti Jabatan Pertanian Negeri Selangor, Jabatan Perikanan Negeri Selangor serta wakil Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Pejabat Daerah Dan Tanah Petaling. Lawatan ini turut disertai oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Khidir bin Majid, Pengarah Pembangunan Negeri Selangor dan YBrs. Tuan Haji Najmuddin bin Jemain, Timbalan Pengarah Pembangunan Negeri Selangor.

Lawatan pertama telah diadakan di Laman Melosel Komuniti MADANI Al-Husna yang diusahakan oleh Persatuan Penduduk Al-Husna, Seksyen 20, Shah Alam dengan jumlah dana diluluskan sebanyak RM87,000.00. Lawatan kedua p**a melibatkan Persatuan Penduduk Palatium Bukit Bandaraya, Shah Alam yang menjalankan dua (2) projek seperti berikut:
i. Program Penanaman Timun Secara Fertigasi (Gantung)
ii. Program Penternakan Ikan Tilapia Merah
Jumlah dana yang diluluskan bagi kedua-dua program tersebut adalah RM93,200.00.

Selamat maju jaya diucapkan kepada kedua-dua komuniti dan diharapkan Projek SejaTi MADANI dapat dikembangkan lagi pada masa akan datang.


PROGRAM SEJAHTERA MADANI – PENDIDIKAN: BANTUAN PERANTI TAHUN 2026 UNTUK PELAJAR CEMERLANG SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)...
27/07/2026

PROGRAM SEJAHTERA MADANI – PENDIDIKAN: BANTUAN PERANTI TAHUN 2026 UNTUK PELAJAR CEMERLANG SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)

SHAH ALAM, 27 Julai 2026 – Program Sejahtera MADANI – Pendidikan pada tahun ini telah diteruskan dengan serahan Bantuan Peranti MADANI Tahun 2026 yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Perdana (BMP), Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU JPM Selangor). Seramai 13 orang pelajar/ wakil pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperoleh keputusan 9A ke atas telah hadir untuk menerima sumbangan.

Para penerima merupakan Ahli Isi Rumah (AIR) yang berdaftar dalam eKasih dan berstatus di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK). Sumbangan yang diterima adalah sebuah komputer riba dan beg berserta sijil penghargaan yang telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Khidir bin Majid, Pengarah Pembangunan Negeri Selangor dan diiringi oleh YBrs. Tuan Haji Najmuddin bin Jemain, Timbalan Pengarah Pembangunan Negeri.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan atas sumbangan oleh Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB). Sumbangan yang diberikan adalah diharapkan dapat memacu semangat para penerima untuk terus cemerlang di peringkat pengajian yang lebih tinggi serta menjadi contoh kepada AIR eKasih yang lain untuk mengutamakan pendidikan bagi mengubah nasib keluarga pada masa akan datang.



20 JULAI 2026 - Sesi Santai Mesra YAB Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara bersama Warga Perkhidmatan Awam Zon Te...
21/07/2026

20 JULAI 2026 - Sesi Santai Mesra YAB Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara bersama Warga Perkhidmatan Awam Zon Tengah di Universiti Islam Selangor (UIS), menjadi platform bagi memperkukuh hubungan, menyemarakkan semangat kebersamaan serta memperteguh iltizam warga perkhidmatan awam dalam mendukung agenda pembangunan negara.

ICU JPM Negeri Selangor turut hadir sebagai tanda komitmen dalam menyokong aspirasi Kerajaan MADANI ke arah penyampaian perkhidmatan awam yang lebih cekap, berintegriti dan berkesan.

Selaras dengan amanat YAB Perdana Menteri, kemajuan sesebuah negara bukan sekadar diukur melalui pencapaian ekonomi, kemajuan teknologi atau pembangunan fizikal, malah turut diperkukuh dengan penghayatan nilai murni, budaya ilmu, integriti serta rasa tanggungjawab dalam memikul amanah kepada rakyat.

Semoga amanat yang disampaikan menjadi inspirasi kepada seluruh warga perkhidmatan awam untuk terus melaksanakan tugas dengan penuh amanah, profesionalisme dan keikhlasan dalam memperkukuh institusi negara serta merealisasikan aspirasi Malaysia MADANI demi kesejahteraan rakyat.



Address

TINGKAT 14 & 15, MENARA NAZA TTDI, NO. 11, Jalan JUDO 13/45
Shah Alam
40100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60355213600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ICU JPM Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share