13/05/2026
Bagi kita, ini cuma sekotak barang keperluan biasa. Tapi bagi mereka kotak ini adalah 'nyawa'..
Bohonglah kalau kami kata tidak penat. Berdiri bawah terik mentari, memunggah kotak demi kotak dari perut lori, dengan peluh yang membasahi baju.
Tapi, saat kotak bakul makanan ini bertukar tangan, segala lelah itu seakan lesap.
Lihatlah senyuman makcik yang memeluk erat kotak dan beras itu. Matanya bersinar, senyumannya meleret tulus dari hati seolah-olah batu besar yang menghempap bahunya dialihkan seketika. Begitu juga riak wajah pakcik berkaca mata yang memikul rezeki hari ini dengan senyuman yang cukup mendamaikan.
Bagi kita yang hidupnya sentiasa cukup, mungkin ia sekadar sekotak barang keperluan dapur. Tapi bagi mereka keluarga peserta eKasih yang sekian lama dihimpit peritnya kos sara hidup kotak ini ibarat penyambung nyawa.
Di sinilah letaknya roh dan jiwa Malaysia MADANI. Sumbangan hari ini bukan sekadar serahan rasmi dari agensi kerajaan, tetapi ia adalah manifestasi kesungguhan dan ihsan YAB Dato Seri Anwar Ibrahim untuk terus meringankan beban hidup golongan marhaen. Ini bukti nyata bahawa Kerajaan sedang bekerja keras menoktahkan kemiskinan, memastikan hasil negara dirasai terus oleh mereka yang paling memerlukan.
Senyuman ikhlas dari wajah-wajah insan hebat inilah yang menjadi bahan bakar untuk kami terus berkhidmat. Melalui Program Outreach Memangkas Kemiskinan ini, amanah besar ini akan terus kami pikul.
Selagi ada kudrat, ICU JPM akan terus menjejaki mereka yang terpinggir, memapah mereka yang terduduk, dan memastikan tiada rakyat yang dibiarkan menelan air liur kelaparan sendirian.
Terima Kasih, warga Sabak Bernam! Senyuman anda, nadi kekuatan kami. β€οΈπ²πΎ