Amanah Negeri Selangor

Amanah Negeri Selangor Laman Facebook Rasmi Parti Amanah Negara Selangor Amanah ● Progresif ● Peduli

Parti Amanah Negara ialah sebuah parti politik yang meletakkan Islam sebagai asas perjuangan dalam menggalas amanah agama, rakyat dan negara.

01/06/2026

Ini buku pertama yang sempat saya belek dan baca sebahagiannya, hasil daripada PBAKL.

Penulisnya menghadiahkan sendiri buku ini kepada saya. Begitulah sifat pemurah penulis. Umumnya semua penulis mempunyai sikap rahmah begitu. Saya cukup menghargainya.

Ada sedikit perasaan hiba ketika membaca buku ini. Saya sifatkan buku ini tentang ahli politik yang paling baik pernah saya kenal.

Orang muda yang mahu belajar tentang pemimpin insani, harus membaca buku ini. Buku ini adalah tentang kekuatan peribadi Salahuddin Ayub yang memberikan tumpuan kepada karakter beliau yang sentiasa diingati kerana punya citra " courage of conviction".

Ramai mahu menjadi pemimpin. Tetapi tidak ramai yang punya " courage of conviction".


Selamat Menyambut Hari Wesak 2026Parti AMANAH Negara Negeri Selangor mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada sel...
31/05/2026

Selamat Menyambut Hari Wesak 2026

Parti AMANAH Negara Negeri Selangor mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut Buddha yang meraikannya.

Hari Wesak merupakan detik yang mengingatkan kita tentang nilai-nilai murni seperti belas ihsan, kebijaksanaan, kesederhanaan dan penghormatan terhadap sesama manusia. Nilai-nilai ini amat penting dalam membina sebuah masyarakat yang harmoni, saling memahami dan hidup dalam suasana aman.

Dalam kepelbagaian yang menjadi kekuatan negeri dan negara kita, marilah kita terus menyuburkan semangat perpaduan, toleransi serta saling menghormati antara kaum dan agama demi masa depan yang lebih sejahtera untuk semua.

Semoga sambutan Hari Wesak pada tahun ini membawa kebahagiaan, ketenangan dan kesejahteraan kepada seluruh penganut Buddha serta keluarga mereka.

“Memperkukuh Keharmonian, Menyemai Kasih Insani”

Selamat Hari Wesak 2026.

PARTI AMANAH NEGARA NEGERI SELANGOR
Rahmah Untuk Semua

Kenyataan Media : AMANAH SELANGOR MEMANDANG SERIUS KENYATAAN RONNIE LIU1. AMANAH Selangor memandang serius kenyataan Sau...
30/05/2026

Kenyataan Media :
AMANAH SELANGOR MEMANDANG SERIUS KENYATAAN RONNIE LIU

1. AMANAH Selangor memandang serius kenyataan Saudara Ronnie Liu yang membuat tuduhan yang tidak berasas kepada Exco Pertanian dan Infrastruktur Selangor, Dato Ir. Izham Hashim hari ini.

2. Seharusnya Saudara Ronnie Liu memahami isu ini mendapat perhatian Kebawah Duli Tuanku Sultan Selangor sehingga baginda mengeluarkan Titah segala aktiviti berkaitan dengan penternakan babi di Negeri Selangor dihentikan. Antara faktor yang menyebabkan isu ini mendapat perhatian serius dari pihak Tuanku Sultan Selangor berkaitan pencemaran dan melibatkan maslahat umum. Begitu juga penyebaran Virus yang terbaru African Swine Fever (ASF) yang berleluasa. Maka Titah Tuanku Sultan berkenaan isu ini amatlah bertepatan dengan masa dan keadaan pada hari ini.

3. Sangat tidak beretika apabila Saudara Ronnie Liu membuat kenyataan seolah-olah tidak memahami konsep Rukun Negara dan sistem pentadbiran negara serta negeri yang diamalkan di Negeri Selangor ini. Bahkan Saudara Ronnie Liu pernah menjawat sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor dahulu ketika Saudara Ronnie Liu sebagai Pimpinan DAP. Namun setelah tidak lagi menjadi pimpinan dan ahli parti DAP, nada sudah berubah seolah - olah tidak pernah terlibat dengan Kerajaan negeri.

5. Rakyat hari ini cenderung memilih keupayaan dan kewibawaan pemimpin dalam menjalankan tugas masing-masing berbanding bermain dengan retorik demi keuntungan politik sendiri.

6. Tuduhan keatas Yang Berhormat Dato’ Ir Izham Hashim adalah satu tuduhan yang tidak berasas dan melampau. AMANAH Negeri Selangor meminta Saudara Ronnie Liu menarik balik tuduhan yang telah dibuat dan berhati hati ketika membuat apa apa kenyataan agar tidak menyinggung mana mana pihak apatah lagi menyentuh Titah Kebawah Duli Tuanku Sultan Selangor. AMANAH Negeri Selangor tidak teragak agak untuk mengambil tindakan undang undang jika kenyataan yang dibuat tidak ditarik balik dan tidak memohon maaf diatas tuduhan yang dilihat melampau ini.

YB Abbas Azmi
Pengarah Komunikasi AMANAH Selangor
ADN Seri Serdang

27/05/2026
🌙 SALAM AIDILADHA 1447H 🌙🕌 “Tingkatkan Pengorbanan, Suburkan Keikhlasan” 🕌Aidiladha bukan sekadar perayaan ibadah korban...
27/05/2026

🌙 SALAM AIDILADHA 1447H 🌙

🕌 “Tingkatkan Pengorbanan, Suburkan Keikhlasan” 🕌

Aidiladha bukan sekadar perayaan ibadah korban, tetapi medan untuk kita memperkukuh nilai pengorbanan, keikhlasan dan kebersamaan dalam masyarakat.

Semangat yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S mengajar kita bahawa pengorbanan yang lahir daripada hati yang ikhlas akan melahirkan keberkatan, perpaduan dan kasih sayang sesama insan.

Di kesempatan yang mulia ini, Parti Amanah Negara Negeri Selangor mengucapkan:

✨ Selamat Hari Raya Aidiladha 1447 Hijrah ✨

Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan diterima Allah SWT dan menjadi asbab kepada lahirnya masyarakat yang lebih penyayang, adil dan harmoni.

Marilah kita terus memperkukuh semangat solidariti, membantu golongan memerlukan serta menyuburkan nilai keikhlasan dalam setiap perjuangan demi agama, rakyat dan negara.

🤝 Tingkatkan Pengorbanan, Suburkan Keikhlasan 🤝

Ikhlas daripada,
Parti Amanah Negara Negeri Selangor

Sama-sama kita jangan lepaskan peluang sempena Hari Arafah...
26/05/2026

Sama-sama kita jangan lepaskan peluang sempena Hari Arafah...

"Pembangkang boleh jadi juara dalam bermain persepsi, tetapi apabila data dan fakta dirujuk sebagai asas penilaian, terb...
25/05/2026

"Pembangkang boleh jadi juara dalam bermain persepsi, tetapi apabila data dan fakta dirujuk sebagai asas penilaian, terbukti pembangkang gagal dan lemah urus negeri. Rakyat harus bijak menilai. Politik perkauman boleh cetus emosi, tetapi tidak mampu untuk isi poket rakyat."
Aishah Zain, Ketua Wanita Muda AMANAH (WARDA) Selangor.

Aishah Zain, muka baharu jadi taruhan AMANAH
25/05/2026

Aishah Zain, muka baharu jadi taruhan AMANAH

Parti Amanah Negara (AMANAH) dilihat mula mempertaruhkan lebih ramai pemimpin muda apabila mengetengahkan figura wanita muda, Aishah Zain dalam program ceramah isu semasa di Parlimen Kota Raja, semalam. Menerusi perkongsiannya di TikTok, Aishah berkata beliau berkesempatan menyampaikan ceramah dalam...

"Kalau suara wanita sendiri pun tidak diberi tempat, bagaimana mahu memahami keperluan sebenar wanita? Ini bukan kemajua...
25/05/2026

"Kalau suara wanita sendiri pun tidak diberi tempat, bagaimana mahu memahami keperluan sebenar wanita? Ini bukan kemajuan. Ini signal masyarakat yang sedang mundur."
Nooraimi Hani, JK Penerangan PH Selangor

"Pembangkang kata Selangor patut dapat yang lebih baik dari apa yang Kerajaan Selangor bagi hari ini, tetapi mereka tak ...
24/05/2026

"Pembangkang kata Selangor patut dapat yang lebih baik dari apa yang Kerajaan Selangor bagi hari ini, tetapi mereka tak tunjukkan apa perkara lebih yang sepatutnya rakyat dapat tu sebab dia sedar Kerajaan Selangor dah buat lebih dari negeri yang mereka perintah."
YB Hj Azli Yusof, Naib Pengerusi Pakatan Harapan Selangor

Address

No. 15F, Tingkat 6, Blok 1, Worldwide Business Park
Shah Alam
40100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60355231435

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Amanah Negeri Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Amanah Negeri Selangor:

Share