13/12/2024
Syarat kelayakan untuk memohon Kedai/Industri Mampu Milik adalah seperti berikut:
- Pemohon dan pasangan merupakan warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas;
- Pendapatan isi rumah hingga RM10,000 sebulan;
- Pemohon tidak mempunyai sebarang jenis Hartanah Komersial (Kedai & Industri);
- Permohonan pindah milik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dari Perjanjian Jual Beli (Sale and Purchase Agreement) dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri;
- Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun. - - Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih SENARAI MENUNGGU akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon Rumah Selangorku.