Fakulti Sains Sukan & Rekreasi Shah Alam

Fakulti Sains Sukan & Rekreasi  Shah Alam FSR UITM Shah Alam

[๐—™๐—ฆ๐—ฅ ๐—ง๐—ข๐—ง: ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—› ๐—š๐—”๐—š๐—”๐—› ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐—™๐—ฆ๐—ฅ ๐——๐—œ ๐—”๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—” ๐—ง๐—ข๐—ง 2026]Temasya Olahraga Tahunan (TOT) UiTM 2026 menyaksikan warga Fakulti S...
13/06/2026

[๐—™๐—ฆ๐—ฅ ๐—ง๐—ข๐—ง: ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—› ๐—š๐—”๐—š๐—”๐—› ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐—™๐—ฆ๐—ฅ ๐——๐—œ ๐—”๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—” ๐—ง๐—ข๐—ง 2026]

Temasya Olahraga Tahunan (TOT) UiTM 2026 menyaksikan warga Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR) tampil dengan semangat juang yang tinggi apabila seramai 39 atlet pelajar berjaya meraih 18 pingat keseluruhan, terdiri daripada 3 emas, 3 perak dan 12 gangsa. Dalam kategori staf p**a, 7 atlet FSR yang mewakili kontinjen Shah Alam turut menyumbang 7 pingat, iaitu 2 emas, 4 perak dan 1 gangsa.

Lebih membanggakan, Dekan FSR, Profesor Dr. Raja Mohammed Firhad Raja Azidin, turut turun padang dan berjaya merangkul pingat emas dalam acara lontar peluru veteran. Kejayaan ini membuktikan bahawa kecemerlangan FSR bukan sekadar terletak pada pencapaian, malah terserlah melalui semangat berpasukan, disiplin serta kepimpinan melalui teladan. Tahniah kepada seluruh atlet, jurulatih dan warga FSR atas kejayaan mengharumkan nama fakulti di pentas TOT 2026. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar prestasi yang lebih gemilang pada masa hadapan.

[๐—™๐—ฆ๐—ฅ ๐—ง๐—”๐—Ÿ๐—˜๐—ก๐—ง๐—›๐—จ๐—•: ๐—ง๐—”๐—ฃ๐—˜ ๐—ฆ๐— ๐—”๐—ฅ๐—ง 3.0: ๐—ฃ๐—ฅ๐—”๐—–๐—ง๐—œ๐—–๐—”๐—Ÿ ๐—ฆ๐—จ๐—ฃ๐—ฃ๐—ข๐—ฅ๐—ง ๐—™๐—ข๐—ฅ ๐—•๐—˜๐—ง๐—ง๐—˜๐—ฅ ๐— ๐—ข๐—ฉ๐—˜๐— ๐—˜๐—ก๐—ง]Ready to enhance your sports taping skills with an...
11/06/2026

[๐—™๐—ฆ๐—ฅ ๐—ง๐—”๐—Ÿ๐—˜๐—ก๐—ง๐—›๐—จ๐—•: ๐—ง๐—”๐—ฃ๐—˜ ๐—ฆ๐— ๐—”๐—ฅ๐—ง 3.0: ๐—ฃ๐—ฅ๐—”๐—–๐—ง๐—œ๐—–๐—”๐—Ÿ ๐—ฆ๐—จ๐—ฃ๐—ฃ๐—ข๐—ฅ๐—ง ๐—™๐—ข๐—ฅ ๐—•๐—˜๐—ง๐—ง๐—˜๐—ฅ ๐— ๐—ข๐—ฉ๐—˜๐— ๐—˜๐—ก๐—ง]

Ready to enhance your sports taping skills with an evidence-based approach?

Join TAPE SMART 3.0, a hands-on kinesiology taping course designed for students, practitioners, coaches, trainers, and anyone interested in improving movement support and athletic performance.

๐Ÿ“… Date: 18 July 2026 (Saturday)
โฐ Time: 8.00 AM โ€“ 6.00 PM
๐Ÿ“ Venue: FSR Gym Studio, UiTM Shah Alam
๐Ÿ’ฐ Fee: RM250
๐ŸŽ Participants will receive:
โœ… 2 x Kinesiology Tapes
โœ… Certificate of Participation
โœ… Practical, evidence-based learning experience

๐Ÿฒ๐ŸนLight refreshments & Lunch will be provided

๐Ÿ‘จโ€๐Ÿซ Instructor:
Dr. Mohd Zulkhairi Mohd Azam
Deputy Dean (Student Affairs)
Faculty of Sports Science and Recreation, UiTM Shah Alam

๐Ÿ“Œ Limited seats available!

๐Ÿ”— Registration Link:
https://forms.gle/jeffN5bbFUx2tANq7

๐Ÿ“ž For inquiries:
Dr. Nurul: +6013-453 0344
Dr. Wan Atiya: +6018-202 2550
Dr. Norliza: +6013-7377358

Don't miss this opportunity to level up your skills, support better movement, and empower athletes! ๐Ÿ’ช๐Ÿฝ๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ๐Ÿ‹๏ธโ€โ™€๏ธ

.0

[๐—™๐—ฆ๐—ฅ ๐—˜๐—ฉ๐—˜๐—ก๐—ง: ๐—™๐—ฆ๐—ฅ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข ๐—˜๐——๐—š๐—˜ ๐—š๐—ข๐—Ÿ๐—™ ๐—–๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—œ๐—–: ๐—ฌ๐—ข๐—จ๐—ฅ ๐—™๐—œ๐—ฅ๐—ฆ๐—ง ๐—ฆ๐—ช๐—œ๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—ง๐—”๐—ฅ๐—ง๐—ฆ ๐—›๐—˜๐—ฅ๐—˜]FSR Pro Edge Golf Clinic: "My First Swing" merupakan ...
11/06/2026

[๐—™๐—ฆ๐—ฅ ๐—˜๐—ฉ๐—˜๐—ก๐—ง: ๐—™๐—ฆ๐—ฅ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข ๐—˜๐——๐—š๐—˜ ๐—š๐—ข๐—Ÿ๐—™ ๐—–๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—œ๐—–: ๐—ฌ๐—ข๐—จ๐—ฅ ๐—™๐—œ๐—ฅ๐—ฆ๐—ง ๐—ฆ๐—ช๐—œ๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—ง๐—”๐—ฅ๐—ง๐—ฆ ๐—›๐—˜๐—ฅ๐—˜]

FSR Pro Edge Golf Clinic: "My First Swing" merupakan program anjuran pelajar Diploma SR117/06 melalui kursus SMG253 (Sports Event Management) dan SPS107 (Golf). Program ini terbuka kepada seluruh warga UiTM yang ingin mempelajari asas sukan golf dalam suasana santai dan mesra pemula.

Maklumat program:
๐Ÿ“… Tarikh: 28 Jun 2026 (Ahad)
๐Ÿ•ฃ Masa: 8.30 pagi โ€“ 2.00 petang
๐Ÿ“ Tempat: KEC Klang Driving Range, Bukit Raja, Shah Alam
๐Ÿ’ฐ Yuran: RM50 (Staf) | RM30 (Pelajar)
๐ŸŽ“ Terbuka kepada staf dan pelajar UiTM
๐ŸŒ๏ธ Sesuai untuk peserta yang tiada pengalaman bermain golf
๐ŸŽ Set golf disediakan, goodies bag, minuman, cabutan bertuah dan sijil penyertaan
๐Ÿ‘ฅ Tempat terhad kepada 30 peserta sahaja

Berminat untuk mencuba sukan golf buat kali pertama? Imbas kod QR pada poster dan daftarkan diri anda sekarang. Jangan lepaskan peluang untuk belajar, berkenalan dan menikmati pengalaman baharu bersama FSR. Jumpa anda di padang latihan!

[๐—™๐—ฆ๐—ฅ ๐—ช๐—ข๐— ๐—˜๐—ก: ๐— ๐—˜๐— ๐—•๐—œ๐—ก๐—” ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—˜๐— ๐—œ๐— ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—”๐—ก ๐—ช๐—”๐—ก๐—œ๐—ง๐—” ๐——๐—˜๐— ๐—œ ๐— ๐—”๐—ฆ๐—” ๐——๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก]Pensyarah Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR) telah men...
11/06/2026

[๐—™๐—ฆ๐—ฅ ๐—ช๐—ข๐— ๐—˜๐—ก: ๐— ๐—˜๐— ๐—•๐—œ๐—ก๐—” ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—˜๐— ๐—œ๐— ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—”๐—ก ๐—ช๐—”๐—ก๐—œ๐—ง๐—” ๐——๐—˜๐— ๐—œ ๐— ๐—”๐—ฆ๐—” ๐——๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก]

Pensyarah Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR) telah menghadiri Seminar Wanita Dalam Sukan Kebangsaan 2026 yang berlangsung pada 10โ€“11 Jun 2026 di Majlis Sukan Negara Malaysia.

Penyertaan ini memberi peluang untuk menimba ilmu, berkongsi pandangan, serta memahami isu dan cabaran semasa berkaitan penglibatan serta kepimpinan wanita dalam bidang sukan. Semoga perkongsian dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan bersama para pelajar dalam melahirkan graduan yang lebih berpengetahuan, berdaya saing dan peka terhadap agenda pemerkasaan wanita dalam sukan.

[๐—™๐—ฆ๐—ฅ ๐—Ÿ๐—˜๐—”๐——๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—›๐—œ๐—ฃ: ๐—ฃ๐—จ๐—”๐—ก ๐—๐—”๐— ๐—œ๐—”๐—ง๐—ข๐—ก ๐—ž๐—จ๐—ฆ๐—ฅ๐—œ๐—ก ๐— ๐—˜๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—”๐—๐—จ๐—œ ๐—œ๐—ก๐—ข๐—ฉ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—ฃ๐—”๐—œ๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก]Dekan dan warga Fakulti Sains...
11/06/2026

[๐—™๐—ฆ๐—ฅ ๐—Ÿ๐—˜๐—”๐——๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—›๐—œ๐—ฃ: ๐—ฃ๐—จ๐—”๐—ก ๐—๐—”๐— ๐—œ๐—”๐—ง๐—ข๐—ก ๐—ž๐—จ๐—ฆ๐—ฅ๐—œ๐—ก ๐— ๐—˜๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—”๐—๐—จ๐—œ ๐—œ๐—ก๐—ข๐—ฉ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—ฃ๐—”๐—œ๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก]

Dekan dan warga Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR), UiTM Shah Alam merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Puan Jamiaton Kusrin atas pelantikan sebagai Penyelaras Penyampaian dan Pembelajaran Inovatif (IDL) FSR. Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap komitmen, pengalaman dan dedikasi beliau dalam memperkasa amalan pengajaran dan pembelajaran yang lebih kreatif, dinamik serta berimpak tinggi.

Semoga amanah yang diberikan ini dapat dilaksanakan dengan cemerlang dalam usaha memperkukuh budaya inovasi pengajaran di FSR. Didoakan agar Puan Jamiaton terus diberikan kejayaan, dipermudahkan segala urusan serta menjadi pemangkin kepada kecemerlangan akademik demi melahirkan graduan yang berkualiti dan berdaya saing.


[๐—™๐—ฆ๐—ฅ ๐—š๐—Ÿ๐—ข๐—•๐—”๐—Ÿ: ๐—๐—˜๐—๐—”๐—ž ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ๐—”๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—” ๐—จ๐—ก๐—ก๐—˜๐—ฆ ๐——๐—”๐—ก ๐—จ๐—•๐—— ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—™๐—ฆ๐—ฅ]Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR), UiTM telah mengadakan ...
11/06/2026

[๐—™๐—ฆ๐—ฅ ๐—š๐—Ÿ๐—ข๐—•๐—”๐—Ÿ: ๐—๐—˜๐—๐—”๐—ž ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ๐—”๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—” ๐—จ๐—ก๐—ก๐—˜๐—ฆ ๐——๐—”๐—ก ๐—จ๐—•๐—— ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—™๐—ฆ๐—ฅ]

Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR), UiTM telah mengadakan sesi perjumpaan bagi menyambut kehadiran para pelajar program pertukaran antarabangsa yang akan mengikuti pengajian di fakulti sepanjang semester ini. Program ini mencerminkan komitmen FSR dalam memperkukuh agenda pengantarabangsaan serta menyediakan persekitaran pembelajaran yang inklusif dan berdaya global.

FSR dengan sukacitanya mengalu-alukan kehadiran empat orang pelajar daripada Universiti Negeri Semarang (UNNES), Indonesia iaitu Rafid Syahputra, Muhammad Zihni Naim, Rau Regan Rajendra dan Rafi Andhika Kusuma, serta seorang pelajar daripada Universiti Brunei Darussalam, Awangku Mohammad Farid Vijaya Bin Pengiran Haji Emran. Kehadiran mereka bukan sahaja memperkayakan pengalaman akademik dan perkongsian budaya, malah membuka ruang kepada pembentukan jaringan persahabatan serta kolaborasi rentas negara.

Semoga pengalaman pembelajaran sepanjang berada di FSR menjadi satu perjalanan yang bermakna dan meninggalkan kenangan yang indah buat semua pelajar. Selamat datang ke keluarga besar FSR. Semoga program mobiliti ini terus menjadi pemangkin kepada pengukuhan hubungan akademik antarabangsa serta melahirkan graduan yang berfikiran global dan menghargai kepelbagaian budaya.

[๐—™๐—ฆ๐—ฅ @ ๐—œ๐—–๐—ข๐—ฆ๐—›๐—ฅ26: ๐—™๐—ฆ๐—ฅ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž๐—ฆ๐—œ ๐——๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ง๐—”๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐——๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ๐—”๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—” @ ๐—จ๐—ก๐—ฃ ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉ]Delegasi Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR...
11/06/2026

[๐—™๐—ฆ๐—ฅ @ ๐—œ๐—–๐—ข๐—ฆ๐—›๐—ฅ26: ๐—™๐—ฆ๐—ฅ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž๐—ฆ๐—œ ๐——๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ง๐—”๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐——๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ๐—”๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—” @ ๐—จ๐—ก๐—ฃ ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉ]

Delegasi Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR), UiTM telah menyertai The 10th International Conference of Sports, Health and Recreation (ICOSHR 2026) anjuran Universitas Negeri Padang (UNP), Indonesia. Persidangan Hibrid bertemakan โ€œPerformance Analysis, Guidance and Exercise in Sportsโ€ ini menghimpunkan para penyelidik dan akademik dari pelbagai negara untuk berkongsi ilmu serta dapatan penyelidikan terkini. Lebih membanggakan, pensyarah FSR, Prof. Madya Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie dan mahasiswa FSR, Nurul Athilah Aliah binti Muhammad Nasir masing-masing telah menerima pengiktirafan sebagai Pembentang Terbaik.

Delegasi FSR turut diwakili oleh para pensyarah; Prof. Dr. Mohad Anizu Mohd. Nor, Dr. Norasrudin Sulaiman, En. Rahmat Adnan, En. Adam Afif Mohamad Azmi dan Muhammad Faizal bin Kutip, bersama beberapa mahasiswa FSR yang membentangkan hasil penyelidikan masing-masing. Penyertaan ini mencerminkan komitmen berterusan FSR dalam memperkukuh budaya penyelidikan serta meningkatkan keterlihatan fakulti di peringkat antarabangsa.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak Universitas Negeri Padang ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉ Universitas Negeri Padang selaku tuan rumah atas layanan yang amat mesra, pengurusan persidangan yang cemerlang serta hospitaliti yang cukup istimewa sepanjang keberadaan delegasi FSR di Padang. Semoga hubungan erat yang terjalin ini terus diperkukuh melalui lebih banyak kerjasama strategik pada masa hadapan demi memajukan bidang sukan, kesihatan dan rekreasi di peringkat serantau dan antarabangsa.

[๐—™๐—ฆ๐—ฅ ๐—˜๐—ซ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง: ๐——๐—”๐—ง๐—ขโ€™ ๐——๐—ฅ. ๐—ฃ๐—˜๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐— ๐—Ÿ๐—œ ๐— ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—œ๐— ๐—ฃ๐—Ÿ๐—œ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—™๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ง ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ฅ๐—จ ๐—™๐—œ๐—™๐—” ๐—ช๐—ข๐—ฅ๐—Ÿ๐—— ๐—–๐—จ๐—ฃ 2026]Jangan lepaskan peluang untuk me...
10/06/2026

[๐—™๐—ฆ๐—ฅ ๐—˜๐—ซ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง: ๐——๐—”๐—ง๐—ขโ€™ ๐——๐—ฅ. ๐—ฃ๐—˜๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐— ๐—Ÿ๐—œ ๐— ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—œ๐— ๐—ฃ๐—Ÿ๐—œ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—™๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ง ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ฅ๐—จ ๐—™๐—œ๐—™๐—” ๐—ช๐—ข๐—ฅ๐—Ÿ๐—— ๐—–๐—จ๐—ฃ 2026]

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan perkongsian eksklusif daripada Datoโ€™ Dr. Pekan Ramli, Pensyarah Kanan Kontrak Khas Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR), UiTM menerusi program Selamat Pagi Malaysia, RTM. Beliau akan membincangkan topik "48 Pasukan, Satu Impian: Menilai Impak Format Baharu FIFA World Cup 2026", dengan kupasan yang menarik mengenai peluang, cabaran serta kesan perubahan format kejohanan bola sepak paling berprestij di dunia.

Ayuh bersama-sama mengikuti perbincangan yang sarat dengan analisis, pandangan kritis dan perspektif akademik terhadap landskap baharu bola sepak antarabangsa. Saksikan Selamat Pagi Malaysia pada Khamis, 11 Jun 2026, dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi di RTM dan jangan lepaskan peluang untuk menimba ilmu daripada kepakaran warga FSR. Kita jumpa di sana!


[๐—™๐—ฆ๐—ฅ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—™๐—œ๐—Ÿ๐—˜: ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐——๐—”๐—ง๐—”๐—ก๐—š ๐——๐—ฅ. ๐—ก๐—ข๐—ฅ๐—Ÿ๐—œ๐—ญ๐—” ๐— ๐—ข๐—›๐—— ๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—Ÿ๐—˜๐—› ๐—ž๐—˜ ๐—™๐—ฆ๐—ฅ!]Dekan dan warga Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR), UiT...
10/06/2026

[๐—™๐—ฆ๐—ฅ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—™๐—œ๐—Ÿ๐—˜: ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐——๐—”๐—ง๐—”๐—ก๐—š ๐——๐—ฅ. ๐—ก๐—ข๐—ฅ๐—Ÿ๐—œ๐—ญ๐—” ๐— ๐—ข๐—›๐—— ๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—Ÿ๐—˜๐—› ๐—ž๐—˜ ๐—™๐—ฆ๐—ฅ!]

Dekan dan warga Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR), UiTM Shah Alam dengan penuh sukacita mengalu-alukan kehadiran Dr. Norliza Mohd Salleh sebagai Pensyarah Kanan ke dalam keluarga besar FSR.

Semoga pengalaman, kepakaran dan dedikasi yang dibawa akan terus memperkukuh kecemerlangan pengajaran, penyelidikan serta khidmat masyarakat di FSR. Selamat datang ke FSR dan semoga perjalanan baharu ini dipenuhi dengan kejayaan serta memberi manfaat kepada seluruh warga fakulti dan para pelajar.

[๐—™๐—ฆ๐—ฅ ๐—˜๐—ซ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง: ๐——๐—ฅ. ๐—ฅ๐—”๐—œ๐—›๐—”๐—ก๐—” ๐—ฆ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ฅ ๐—”๐——๐—ฉ๐—”๐—ก๐—–๐—œ๐—ก๐—š ๐—ง๐—›๐—˜ ๐—™๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฅ๐—˜ ๐—ข๐—™ ๐—ช๐—ข๐— ๐—˜๐—ก ๐—œ๐—ก ๐—ฆ๐—ฃ๐—ข๐—ฅ๐—ง๐—ฆ ๐—•๐—œ๐—ข๐— ๐—˜๐—–๐—›๐—”๐—ก๐—œ๐—–๐—ฆ]The Faculty of Sports Science and R...
10/06/2026

[๐—™๐—ฆ๐—ฅ ๐—˜๐—ซ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง: ๐——๐—ฅ. ๐—ฅ๐—”๐—œ๐—›๐—”๐—ก๐—” ๐—ฆ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ฅ ๐—”๐——๐—ฉ๐—”๐—ก๐—–๐—œ๐—ก๐—š ๐—ง๐—›๐—˜ ๐—™๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฅ๐—˜ ๐—ข๐—™ ๐—ช๐—ข๐— ๐—˜๐—ก ๐—œ๐—ก ๐—ฆ๐—ฃ๐—ข๐—ฅ๐—ง๐—ฆ ๐—•๐—œ๐—ข๐— ๐—˜๐—–๐—›๐—”๐—ก๐—œ๐—–๐—ฆ]

The Faculty of Sports Science and Recreation (FSR) extends its heartfelt congratulations to Dr. Raihana Sharir on her appointment as a Women in Sports Biomechanics Ambassador by the Eurasian Society of Sports Biomechanics (ESSB).

This prestigious recognition reflects her expertise and excellence in the field of sports biomechanics at the international level. May Dr. Raihana continue to contribute her knowledge, empower greater female participation in sports science, and inspire future generations of researchers and practitioners in the pursuit of excellence.

Address

Universiti Teknologi MARA
Shah Alam
40450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fakulti Sains Sukan & Rekreasi Shah Alam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Fakulti Sains Sukan & Rekreasi Shah Alam:

Share