15/06/2026
ππππππ πππππ πππππ πππππ ππππππππ πππππππππ ππππππππ, πππππππππ πππ ππππππππ πππππππ ππππππππ πππππππ ππππππππ ππππππππ
Shah Alam, 15 Jun 2026 - YDH CP Dato' Pahlawan Shazeli bin Dato' Kahar, Ketua Polis Selangor telah mengulas mengenai Kejayaan Operasi oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Selangor dalam satu sidang media yang berlangsung petang tadi di Mes Pegawai IPK Selangor.
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Selangor dengan dibantu oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Kajang, IPD Serdang, dan IPD Shah Alam telah berjaya melaksanakan empat (4) siri operasi bermula 8 hingga 10 Jun 2026. Operasi ini menyasarkan aktiviti jenayah penipuan dalam talian di sekitar Kajang, Seri Kembangan, dan Shah Alam yang melibatkan modus operandi tawaran kerja palsu, pelaburan tidak wujud, serta love scam.
Dalam siri serbuan di premis-premis kediaman tersebut, seramai (41) individu warganegara asing berusia antara 18 hingga 48 tahun telah berjaya ditangkap, merangkumi (30) orang lelaki dan (11) orang wanita. Sindiket ini dipercayai telah beroperasi sejak Januari 2026 sehingga April 2026 dengan menyasarkan mangsa dari negara Eropah, Amerika Syarikat (USA), dan China.
Pihak polis turut menyita pelbagai peralatan elektronik dan wang tunai dengan nilai anggaran keseluruhan rampasan mencecah RM409,200. Antara barangan yang dirampas adalah:-
β’ Telefon bimbit: (74) unit
β’ Komputer riba: (24) unit
β’ Router: Enam (6) unit
β’ Modem: Dua (2) unit
Kesemua tangkapan kini ditahan reman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 120B Kanun Keseksaan, di mana ada juga dalam kalangan tangkapan yang telah pun dituduh di mahkamah bawah seksyen berkaitan. Pihak PDRM merakamkan penghargaan kepada masyarakat atas penyaluran maklumat dan menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan taktik penipuan dalam talian.
Turut hadir, DCP Mohd Zaini bin Abu Hassan, Timbalan Ketua Polis Selangor, SAC Hj. Mohamad Rosni bin Hj. Mohamed Lazim, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Selangor, ACP Naazron bin Abdul Yusof, Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Muhamad Farid bin Ahmad, Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Sarudin bin Samah, Ketua Polis Daerah Shah Alam serta Pegawai-pegawai Kanan JSJK IPK Selangor dan BSJK Daerah Kajang, Serdang, Shah Alam dan rakan-rakan media.