PLANMalaysia Selangor

PLANMalaysia Selangor Peneraju Yang Cemerlang, Gemilang Dan Terbilang Dalam Perancangan Bandar Dan Desa

Tahniah diucapkan kepada barisan Jawatankuasa Kelab Sukan, Kebajikan dan Rekreasi Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Ne...
22/04/2026

Tahniah diucapkan kepada barisan Jawatankuasa Kelab Sukan, Kebajikan dan Rekreasi Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor (PLANMalaysia Selangor) bagi sesi 2026–2028 yang telah dipilih melalui sesi pemilihan semasa Mesyuarat Agung Tahunan yang telah berlangsung pada Selasa (21.4.2026).

Presiden Kelab dalam ucapannya berkata:
β€œSaya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kepercayaan yang diberikan kepada saya sebagai Presiden Kelab Sukan, Kebajikan dan Rekreasi JPBD. Besar harapan saya agar kelab ini terus menjadi platform yang memperkukuh hubungan silaturahim, memupuk gaya hidup sihat serta meningkatkan kesejahteraan warga jabatan. Sokongan dan penglibatan semua amat saya harapkan demi kejayaan bersama.”

Selamat menjalankan tugas diucapkan.


SETINGGI-TINGGI TAHNIAH YBHG. DATO' TPr Gs. ROZITA BINTI HAMITSetinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBHg. Dato. TPr G...
17/04/2026

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH YBHG. DATO' TPr Gs. ROZITA BINTI HAMIT

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBHg. Dato. TPr Gs. Rozita binti Hamit atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) (Pemangkuan Gred Utama B) berkuat kuasa pada 17 April 2026.

Semoga terus maju jaya dalam menggalas amanah dan memacu kecemerlangan organisasi.




13/04/2026

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2025 DAN JASAMU DI KENANG
JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA NEGERI SELANGOR
(PLANMalaysia Selangor)

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2026 / 1447HRamadan kini hampir berlalu,Syawal tiba membawa restu,Tangan disusun penuh sayu...
19/03/2026

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2026 / 1447H

Ramadan kini hampir berlalu,
Syawal tiba membawa restu,
Tangan disusun penuh sayu,
Mohon maaf salah dan silapku.

Pengarah PLANMalaysia Selangor mewakili Warga Kerja Jabatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin bagi seluruh umat Islam.

Ikhlas daripada :
Seluruh Warga Kerja PLANMalaysia Selangor



π’πžπ₯𝐚𝐦𝐚𝐭 π‡πšπ«π’ π‘πšπ²πš 𝐀𝐒𝐝𝐒π₯𝐟𝐒𝐭𝐫𝐒 πŸπŸ’πŸ’7 𝐇/𝟐𝟎𝟐6 𝐌 πŸŒ™Ramadan berakhir penuh makna,Syawal menjelma penuh cahaya,Andai tersilap kat...
19/03/2026

π’πžπ₯𝐚𝐦𝐚𝐭 π‡πšπ«π’ π‘πšπ²πš 𝐀𝐒𝐝𝐒π₯𝐟𝐒𝐭𝐫𝐒 πŸπŸ’πŸ’7 𝐇/𝟐𝟎𝟐6 𝐌 πŸŒ™
Ramadan berakhir penuh makna,
Syawal menjelma penuh cahaya,
Andai tersilap kata bicara,
Maaf dipinta sepenuh jiwa.

Dengan ucapan β€œSelamat Hari Raya Aidilfitri.”
Taqabbalallahu minna wa minkum.
π‘Ίπ’†π’π’‚π’Žπ’‚π’• π‘―π’‚π’“π’Š π‘Ήπ’‚π’šπ’‚ π‘¨π’Šπ’…π’Šπ’π’‡π’Šπ’•π’“π’Š
𝑴𝒂𝒂𝒇 π’π’‚π’‰π’Šπ’“ 𝒅𝒂𝒏 π‘©π’‚π’•π’Šπ’

Ikhlas Daripada:
Warga Kerja Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri
Selangor



πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐑𝐄𝐍𝐃𝐀𝐇 πŠπ€π‘ππŽπ πŸπŸŽπŸπŸ“πŸπŸ π…π„ππ‘π”π€π‘πˆ πŸπŸŽπŸπŸ”, πŠπ”π€π‹π€ π‹π”πŒππ”π‘- Jabatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ...
16/02/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐑𝐄𝐍𝐃𝐀𝐇 πŠπ€π‘ππŽπ πŸπŸŽπŸπŸ“

𝟏𝟐 π…π„ππ‘π”π€π‘πˆ πŸπŸŽπŸπŸ”, πŠπ”π€π‹π€ π‹π”πŒππ”π‘- Jabatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor serta semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang telah menerima pengiktirafan sempena Majlis Anugerah Bandar Rendah Karbon 2025 yang berlangsung di Hilton Kuala Lumpur.

Negeri Selangor telah dipilih sebagai penerima Anugerah Khas Negeri Paling Aktif dalam Inisiatif Bandar Rendah Karbon di bawah program Low Carbon Cities 2030 Challenge (LCC2030C) bagi tahun 2025. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh YB Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup, Menteri di Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).

Penganugerahan khas ini merupakan pengiktirafan sulung yang diperkenalkan sebagai tanda penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas komitmen dan sokongan berterusan kepada PBT dalam merealisasikan agenda bandar rendah karbon.

Sejak tahun 2019, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dengan kerjasama Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) telah melaksanakan program Low Carbon Cities 2030 Challenge (LCC2030C). Inisiatif ini bertujuan mempercepat transformasi bandar-bandar di Malaysia ke arah pembangunan rendah karbon yang lebih tersusun, inklusif dan mampan.

Sekalung penghargaan turut dirakamkan kepada seluruh PBT Negeri Selangor, jabatan dan agensi, pihak swasta, sekolah serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan inisiatif Bandar Rendah Karbon ini. Tahniah dan syabas atas komitmen yang ditunjukkan.

Majlis Bandaraya Petaling Jaya
Majlis Bandaraya Shah Alam
Majlis Bandaraya Diraja Klang
Majlis Perbandaran Hulu Selangor




Setinggi-tinggi TahniahYBRs. TPr KHAIRULZAMAN BIN IBRAHIMDiatas  penganugerahan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Ta...
11/02/2026

Setinggi-tinggi Tahniah

YBRs. TPr KHAIRULZAMAN BIN IBRAHIM

Diatas penganugerahan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025 Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH HULU SELANGOR 2035 (PENGUBAHAN 2)Nota : Semakan hen...
03/02/2026

PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH HULU SELANGOR 2035 (PENGUBAHAN 2)

Nota : Semakan hendaklah dibuat terhadap perkara yang terkandung di dalam Draf Rancangan Tempatan Daerah Hulu Selangor 2035 (Pengubahan 2) sahaja.

Sukacita dimaklumkan Draf Rancangan Tempatan Daerah Hulu Selangor 2035 (Pengubahan 2) telah tersedia untuk disemak oleh Tuan / Puan, Pemilik Tanah, Pemaju Hartanah serta Pihak-Pihak Berkepentingan .

Draf Rancangan Tempatan Daerah Hulu Selangor 2035 (Pengubahan 2) melibatkan pengubahan ke atas dua (2) Blok Perancangan (BP) daripada keseluruhan lima (5) Blok Perancangan, sebagaimana yang dinyatakan dalam laporan.

Pengubahan zon guna tanah yang dicadangkan dalam Draf RTDHS 2035 (Pengubahan 2) melibatkan kawasan BP1 : Bukit Beruntung – Serendah – Hulu Yam dan BP2 : Kuala Kubu Bharu – Batang Kali – Rasa – Lembah Beringin – Kerling – Kalumpang.

Keluasan keseluruhan BP1 adalah 32,514.25 hektar atau 18.51 peratus, manakala keluasan keseluruhan BP2 adalah 30,577.04 hektar atau 17.41 peratus daripada keluasan keseluruhan kawasan kajian. Jumlah keluasan kawasan yang terlibat dengan pengubahan zon guna tanah adalah seluas 1,652.93 hektar atau bersamaan 0.94 peratus daripada keluasan keseluruhan.

Tempoh Semakan Laporan :
3 Februari 2026 Sehingga 6 Mac 2026

Masa Semakan :
9.00 Pagi Sehingga 5.00 Petang (Waktu Pejabat)

Dokumen softcopy boleh dimuat turun melalui Kod QR yang telah disediakan.

Lokasi Semakan :
Jabatan Perancang Bandar, Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Kuala Kubu Bharu
DAN
PLANMalaysia Selangor, Tingkat 4, Menara PPNS, Pesiaran Damai, Shah Alam

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, Tuan / Puan boleh menghubungi Jabatan Perancang Bandar, Majlis Perbandaran Hulu Selangor ditalian 03-60641331 sambungan 123.

Sebarang maklumbalas dan cadangan terhadap Draf Rancangan Tempatan Daerah Hulu Selangor 2035 (Pengubahan 2) boleh dikemukakan melalui borang yang telah disediakan.








[HEBAHAN] NOTIS PEMAKLUMAN PENUTUPAN SERVER DI PLANMALAYSIA SELANGOR "Kerja-kerja penyelenggaraan bangunan memerlukan ma...
30/01/2026

[HEBAHAN]

NOTIS PEMAKLUMAN PENUTUPAN SERVER DI PLANMALAYSIA SELANGOR

"Kerja-kerja penyelenggaraan bangunan memerlukan masa dan kerjasama semua pihak untuk memastikan kerja-kerja selenggara berjalan lancar dan tanpa gangguan."

Shah Alam, 13 Januari 2026 – Telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan dan Pelaksanaan Projek Infrastruktur U...
15/01/2026

Shah Alam, 13 Januari 2026 – Telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan dan Pelaksanaan Projek Infrastruktur Utama Negeri Selangor Bil 1/2026 yang telah diadakan di PLANMalaysia Selangor. Mesyuarat dwi tahun ini telah dipengerusikan oleh YB. Dato’ Ir. Izham Bin Hashim, Exco Infrastruktur dan Pertanian Negeri Selangor dan turut dihadiri oleh Tuan Pengarah PLANMalaysia Selangor selaku Timbalan Pengerusi serta Timbalan Pengarah PLANMalaysia Selangor.
Mesyuarat juga turut dihadiri oleh wakil-wakil agensi teknikal di peringkat Persekutuan, Negeri dan Tempatan termasuk Kementerian Kerja Raya Malaysia, Lembaga Lebuhraya Malaysia, Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor, Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor, Jabatan Pengaliran dan Saliran Negeri Selangor dan lain-lain.

Selain membincangkan perkara-perkara berkaitan dengan perancangan dan pelaksanaan Projek-projek Infrastruktur Utama di Negeri Selangor, Mesyuarat turut diberikan taklimat dari pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia(LLM) berkaitan kemajuan kerja Projek-projek Lebuhraya dalam pembinaan diseluruh Negeri Selangor dan juga status cadangan-cadangan baharu lebuhraya, taklimat oleh Kementerian Kerja Raya Malaysia berhubung cadangan Pembangunan Lebuhraya Pantai Barat (WCE) hubungan Selatan dari Banting (Selangor) ke Gelang Patah (Johor) dan beberapa perkara yang lain.




PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS PUSAT BANDAR KAJANGSukacita dimaklumkan bahawa Draf Ra...
14/01/2026

PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS PUSAT BANDAR KAJANG

Sukacita dimaklumkan bahawa Draf Rancangan Kawasan Khas Pusat Bandar Kajang telah sedia untuk diperiksa oleh orang awam seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 14 Januari 2026 - 13 Februari 2026
Masa: 9.00 pagi - 4.00 petang (Waktu Pejabat)
Tempat: 1) Majlis Perbandaran Kajang
Lobi Menara MPKJ
Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
2) Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
(PLANMAlaysia)
Blok F5, Kompleks F, Presint 1,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62675 PUTRAJAYA
3) Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor
(PLANMalaysia Selangor)
Menara Pertubuhan Peladang Negeri Selangor,
Tingkat 4, Menara PPNS,
Persiaran Damai, Seksyen 11,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Semakan dokumen juga boleh di buat secara atas talian melalui :

https://portaldev.planmalaysia.gov.my/portal/apps/storymaps/collections/67171e4e5b8346618389a4d0fcf4c105


Selamat maju jaya diucapkan kepada Encik Mohd Parhan bin Md Subri, Pegawai Perancang Bandar PLANMalaysia Selangor yang a...
31/12/2025

Selamat maju jaya diucapkan kepada Encik Mohd Parhan bin Md Subri, Pegawai Perancang Bandar PLANMalaysia Selangor yang akan memulakan tugas baharu di PLANMalaysia.

Terima kasih atas kerjasama, dedikasi dan hasil kerja yang sentiasa memberi impak positif sepanjang berada di Selangor.

Semoga terus maju jaya di tempat baharu.

Address

Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangor (PLANMalaysia Selangor), Menara Pertubuhan Peladang Negeri Selangor Tingkat 2-4, 9 Menara PPNS Persiaran Damai, Seksyen 11
Shah Alam
40000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60355116666

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PLANMalaysia Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share