Majlis Agama Islam Selangor

Majlis Agama Islam Selangor Lawati laman web MAIS di www.mais.gov.my MAIS ditubuhkan untuk menasihati DYMM Sultan Selangor dalam hal-hal berkaitan dengan Agama Islam.

16/07/2026

BUAL BICARA STUDIO MAIS | SEMBANG KES SYARIAH - PENGESAHAN NIKAH: PROSES DAN KEPENTINGAN

Ikuti kami bersiaran secara langsung TikTok & Facebook Live bersama:⁣

Moderator:
Encik Mohamad Najib bin Mohamad Ismail
Pegawai Syariah,
Majlis Agama Islam Selangor

⁣Panel 1:
Puan Siti Nor Hashibah binti Jamhari,
Pendakwa Syarie, Penolong Pegawai Syariah,
Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor

Panel 2:
Puan Siti Raudhah binti Ismail,
Peguam Syarie, Penolong Pegawai Syariah,
Bahagian Syariah dan Bantuan Guaman MAIS

Tajuk: Pengesahan Nikah: Proses Dan Kepentingan
Tarikh: 16 Julai 2026 (Khamis)
Masa: 11:00 Pagi

Jangan lupa ikuti laman media sosial kami di FACEBOOK | INSTAGRAM | YOUTUBE | TIKTOK | TWITTER | WHATSAPP CHANNEL : ⁣⁣
⁣⁣
WEBSITE⁣⁣
www.mais.gov.my⁣⁣
⁣⁣
WHATSAPP CHANNEL
https://whatsapp.com/channel/0029VbBkgrmFSAt8RmuKk43Z

FACEBOOK⁣⁣
https://web.facebook.com/maiselangor/
⁣⁣
YOUTUBE⁣⁣
https://youtube.com/user/MAIStube14⁣
⁣⁣
INSTAGRAM⁣⁣
https://www.instagram.com/mais_officialhq/?hl=en⁣⁣
⁣⁣
X
https://twitter.com/maisgovmy?s=21⁣⁣

TIKTOK
https://www.tiktok.com/?_t=8c8oKjlBdII&_r=1

THREADS
https://www.threads.com/?hl=en
⁣⁣

15/07/2026

"Nanti kita bincanglah..."
 
Itulah ayat yang sering kita dengar apabila menyentuh soal harta pusaka. Namun apabila tiba masanya, ramai waris tidak tahu di mana hendak bermula.
 
Jangan tunggu sehingga urusan menjadi semakin rumit. Mulakan dengan langkah yang betul.
 
MAIS diberi kuasa sebagai wasi di bawah Seksyen 5(4), Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.
✅     Lebih 20 tahun pengalaman menguruskan harta pusaka
✅     Lebih 30 pegawai pengurusan harta pusaka bertauliah
✅     Pengurusan profesional, telus & patuh syariah
✅     Fi pendaftaran bermula serendah RM300
✅     Terbuka kepada semua Muslim warganegara Malaysia
 
Sempurnakan amanah. Pelihara hak waris.
Pengurusan Harta Pusaka. MAIS Solusinya.
www.mais.gov.my (http://www.mais.gov.my/)

LAWATAN KUNJUNG HORMAT PENGERUSI MAIS KE YAYASAN AL-JENDERAMISHAH ALAM, 15 Julai 2026 – Pengerusi Majlis Agama Islam Sel...
15/07/2026

LAWATAN KUNJUNG HORMAT PENGERUSI MAIS KE YAYASAN AL-JENDERAMI

SHAH ALAM, 15 Julai 2026 – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin Saidin, mengadakan lawatan kunjung hormat ke Yayasan Al-Jenderami yang terletak di Kampung Jenderam Hilir, Dengkil. Lawatan ini telah disambut mesra oleh YBhg. Dato’ Sheikh Haji Mohd Hafidz bin Selamat, Penasihat Yayasan Al-Jenderami di sini hari ini.

Pertemuan tersebut bertujuan untuk melihat sendiri penguruan dan operasi yang dijalankan oleh Yayasan Al-Jenderami serta membincangkan peluang dan ruang kerjasama strategik yang boleh dijalinkan antara MAIS dan pihak Yayasan Al-Jenderami demi kemaslahatan ummah.

Turut hadir dalam lawata tersebut ialah YBrs. Tuan Haji Abdul Razak bin Dato’ Ipap, Pengerusi Yayasan Al-Jenderami, YBrs. Tuan haji Zainuddin bin Abd Manaf, Bendahari Yayasan Al-Jenderami dan YBrs. Encik Abdul Ghaffar bin Ab Ghani, Pegawai Khas Pengerusi MAIS.

PROGRAM ROAD TOUR PENGERUSI MAIS KE MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAMSHAH ALAM, 15 Julai 2026 – Penger...
15/07/2026

PROGRAM ROAD TOUR PENGERUSI MAIS KE MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM

SHAH ALAM, 15 Julai 2026 – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin Saidin, telah mengikuti Program Road Tour Pengerusi Mais Ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Lawatan ini telah disambut mesra oleh YBhg. Dato’ Muhamad Farhan bin Wijaya, Imam Besar Masjid Negeri di sini hari ini.

Dalam lawatan tersebut, Pengerusi MAIS telah mengadakan lawatan ke beberapa lokasi strategik, termasuk Pusat Informasi Islam MAIS, Pejabat Ketua Pendaftar Muallaf MAIS, serta Lembaga Zakat Selangor (LZS) Cawangan Masjid Negeri.Selain meninjau operasi sedia ada, Pengerusi MAIS turut melawat beberapa tapak berpotensi di sekitar kawasan masjid negeri yang dicadangkan untuk agenda pembangunan masa hadapan.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah YBrs. Dr. Hajah Norrani binti Nordin, Pengarah Kanan Ekonomi dan Sosial MAIS, YBrs. Ustaz Suhaimi bin Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS dan Encik Abdul Ghaffar bin Ab Ghani, Pegawai Khas Pengerusi MAIS.

KULIAH DHUHA: PENGURUSAN HARTA PUSAKA, WASIAT DAN HIBAH SEMPENA BULAN DAKWAH FARAID NEGERI SELANGOR 2026GOMBAK, 15 Julai...
15/07/2026

KULIAH DHUHA: PENGURUSAN HARTA PUSAKA, WASIAT DAN HIBAH SEMPENA BULAN DAKWAH FARAID NEGERI SELANGOR 2026

GOMBAK, 15 Julai 2026 - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Unit Baitulmal Daerah Gombak dan Hulu Selangor telah dijemput untuk menyampaikan Kuliah Dhuha bertempat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak mengenai "Pengurusan Harta Pusaka, Wasiat & Hibah" Sempena Bulan Dakwah Faraid Negeri Selangor 2026.

Kuliah Dhuha telah disampaikan oleh Ustaz Mohamad Dininazmi bin Sabri, Penolong Pengurus Akademi Baitulmal, Sektor Baitulmal dibantu oleh pegawai dari Baitulmal Daerah Gombak dan Hulu Selangor

Semoga dengan perkongsian ini akan dapat membantu memberi pendedahan dan kesedaran kepada jemaah yang hadir dalam hal-hal pengurusan harta Islam dengan baik dan menjadikan MAIS sebagai rujukan utama.

Ayuh rancang & urus pembahagian harta anda bersama kami di Baitulmal MAIS. Sila layari pautan yang disediakan untuk permohonan wasiat, hibah atau pusaka dengan lebih mudah dan pantas secara atas talian: https://efaraid.mais.gov.my/

Sebarang pertanyaan, hubungi di talian +6010-251 9556 (Whatsapp) atau info lanjut, sila layari: www.mais.gov.my

Info lanjut, sila layari: www.mais.gov.my

KULIAH MAGHRIB KHAS - "PENGURUSAN HARTA SELEPAS KEMATIAN : FAHAMI PUSAKA HAK WARIS MENURUT SYARIAH" SEMPENA BULAN DAKWAH...
15/07/2026

KULIAH MAGHRIB KHAS - "PENGURUSAN HARTA SELEPAS KEMATIAN : FAHAMI PUSAKA HAK WARIS MENURUT SYARIAH" SEMPENA BULAN DAKWAH FARAID NEGERI SELANGOR 2026

HULU LANGAT, 15 Julai 2026 - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Unit Baitulmal Daerah Hulu Langat telah dijemput untuk menyampaikan Kuliah Maghrib Khas berkenaan tajuk "Pengurusan Harta Selepas Kematian : Fahami Pusaka Hak Waris Menurut Syariah" bersempena Bulan Dakwah Faraid Negeri Selangor 2026 di Surau Al Ukhwah Taman Cheras Intan Batu 9 Hulu Langat pada 9 Julai lepas.

Kuliah telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Hilmi Bin Jamaluddin , Ketua Zon Baitulmal MAIS Daerah Hulu Langat berkenaan tajuk yang diberi dan dibantu oleh pegawai dari Baitulmal Daerah Hulu Langat.

Semoga dengan perkongsian ini akan dapat membantu memberi pendedahan dan kesedaran kepada jemaah yang hadir dalam hal-hal pengurusan harta Islam dengan baik dan menjadikan MAIS sebagai rujukan utama.

Ayuh rancang & urus pembahagian harta anda bersama kami di Baitulmal MAIS. Sila layari pautan yang disediakan untuk permohonan wasiat, hibah atau pusaka dengan lebih mudah dan pantas secara atas talian: https://efaraid.mais.gov.my/

Sebarang pertanyaan, hubungi di talian +6010-251 9556 (Whatsapp) atau info lanjut, sila layari: www.mais.gov.my

Info lanjut, sila layari: www.mais.gov.my

BUAL BICARA STUDIO MAIS | SEMBANG KES SYARIAH - PENGESAHAN NIKAH: PROSES DAN KEPENTINGANIkuti kami bersiaran secara lang...
15/07/2026

BUAL BICARA STUDIO MAIS | SEMBANG KES SYARIAH - PENGESAHAN NIKAH: PROSES DAN KEPENTINGAN

Ikuti kami bersiaran secara langsung TikTok & Facebook Live bersama:⁣

Moderator:
Encik Mohamad Najib bin Mohamad Ismail
Pegawai Syariah,
Majlis Agama Islam Selangor

⁣Panel 1:
Puan Siti Nor Hashibah binti Jamhari,
Pendakwa Syarie, Penolong Pegawai Syariah,
Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor

Panel 2:
Puan Siti Raudhah binti Ismail,
Peguam Syarie, Penolong Pegawai Syariah,
Bahagian Syariah dan Bantuan Guaman MAIS

Tajuk: Pengesahan Nikah: Proses Dan Kepentingan
Tarikh: 16 Julai 2026 (Khamis)
Masa: 11:00 Pagi

Jangan lupa ikuti laman media sosial kami di FACEBOOK | INSTAGRAM | YOUTUBE | TIKTOK | TWITTER | WHATSAPP CHANNEL : ⁣⁣
⁣⁣
WEBSITE⁣⁣
www.mais.gov.my⁣⁣
⁣⁣
WHATSAPP CHANNEL
https://whatsapp.com/channel/0029VbBkgrmFSAt8RmuKk43Z

FACEBOOK⁣⁣
https://web.facebook.com/maiselangor/
⁣⁣
YOUTUBE⁣⁣
https://youtube.com/user/MAIStube14⁣
⁣⁣
INSTAGRAM⁣⁣
https://www.instagram.com/mais_officialhq/?hl=en⁣⁣
⁣⁣
X
https://twitter.com/maisgovmy?s=21⁣⁣

TIKTOK
https://www.tiktok.com/?_t=8c8oKjlBdII&_r=1

THREADS
https://www.threads.com/?hl=en
⁣⁣

14/07/2026

Tiada siapa berniat meninggalkan masalah kepada keluarga. Namun, ramai meninggalkan harta pusaka tanpa penyelesaian.
 
Harta pusaka yang tidak diuruskan dengan betul boleh mencetuskan salah faham, pertikaian dan menjejaskan hubungan kekeluargaan. Sebab itu, pengurusannya memerlukan kepakaran dan pengalaman.
 
MAIS diberi kuasa sebagai wasi di bawah Seksyen 5(4), Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.
 
✅     Lebih 20 tahun pengalaman menguruskan harta pusaka
✅     Lebih 30 pegawai pengurusan harta pusaka bertauliah
✅     Pengurusan profesional, telus & patuh syariah
✅     Fi pendaftaran bermula serendah RM300
✅     Terbuka kepada semua Muslim warganegara Malaysia
 
Sempurnakan amanah. Pelihara hak waris.
Pengurusan Harta Pusaka. MAIS Solusinya.
www.mais.gov.my (http://www.mais.gov.my/)

14/07/2026

🔴[LIVE NOW] MAIS BERSIARAN DI RADIO NASIONAL FM 95.3MHz

Ikuti kami bersiaran secara langsung di Radio Nasional FM 95.3MHz

bersama Ustaz Mohd Hilmi bin Jamaluddin, Ketua Baitulmal Daerah Zon D (Hulu Langat & Sepang) Sektor Baitulmal, Majlis Agama Islam Selangor

Tajuk: FARAID PENGHUBUNG SILATURRAHIM

Tarikh: 14 Julai 2026 (Selasa)

Masa: 12.15 Tengahari

Platform: Radio Nasional FM 95.3MHz



Mengurus harta pusaka bukan sekadar membahagikan harta. Ia melibatkan hak waris, tuntutan syarak dan proses yang memerlu...
13/07/2026

Mengurus harta pusaka bukan sekadar membahagikan harta. Ia melibatkan hak waris, tuntutan syarak dan proses yang memerlukan kepakaran.

MAIS merupakan institusi berbidang kuasa di bawah Seksyen 5(4), Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 boleh dijadikan rujukan terbaik pengurusan harta pusaka umat Islam.

✅ Lebih 20 tahun pengalaman menguruskan harta pusaka
✅ Lebih 30 pegawai pengurusan harta pusaka bertauliah
✅ Pengurusan profesional, telus & patuh syariah
✅ Fi pendaftaran bermula serendah RM300
✅ Terbuka kepada semua Muslim warganegara Malaysia

Sempurnakan amanah. Lindungi hak waris. MAIS Solusinya.
www.mais.gov.my (http://www.mais.gov.my/)

Address

Bangunan Sultan Idris
Shah Alam
40000

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Friday 08:30 - 17:00

Telephone

0355143400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Agama Islam Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Agama Islam Selangor:

Shortcuts

Share