Perkep Shah Alam

Perkep Shah Alam PERKEP SHAH ALAM

Program Lawatan Kebajikan Ke atas Anggota Balai Polis Seksyen 6 IPD Shah Alam SHAH ALAM - 21 Ogos 2026 (Jumaat ), Lawata...
22/08/2026

Program Lawatan Kebajikan Ke atas Anggota Balai Polis Seksyen 6 IPD Shah Alam

SHAH ALAM - 21 Ogos 2026 (Jumaat ), Lawatan kebajikan bagi menziarahi Kpl 171040 Mohammad Nabil bin Mohammad Ali yang sedang mendapatkan rawatan di Wad Hospital Shah Alam selepas terlibat dengan kemalangan motosikal pada beberapa hari lepas.

Lawatan ini diketuai oleh YDH ACP Sarudin bin Hj Samah, Ketua Polis Daerah Shah Alam, bersama isteri, YBhg Dato’ Ruzaida bt Salim, Pengerusi PERKEP Shah Alam. Turut hadir YDH Supt Ahmad Sobri bin Amir Salim, Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Wakil dari KPB serta rakan setugas dari Balai Polis Seksyen 6 serta Ahli Perkep yang lain.

Tujuan lawatan ini adalah bagi menziarahi serta melihat perkembangan kesihatan Kpl Mohamad Nabil yang sedang menunggu giliran bagi rawatan pembedahan tangan kesan sampingan dari kemalangan berkenaan.

Warga PERKEP serta Warga Kerja IPD Shah Alam mendoakan agar Kpl 171040 Mohamad Nabil bin Mohamad Ali terus kuat dan segera sembuh. Lawatan diakhiri dengan bacaan doa serta sumbangan kebajikan yang di sampaikan oleh Ketua Polis Daerah Shah Alam ❤️‍🩹

PROGRAM ZIARAH PESARA PEGAWAI KANAN POLIS OLEH PENGERUSI PERKEP IPD SHAH ALAM SEMPENA SAMBUTAN HARI PERKEP MALAYSIA KE-5...
22/08/2026

PROGRAM ZIARAH PESARA PEGAWAI KANAN POLIS OLEH PENGERUSI PERKEP IPD SHAH ALAM SEMPENA SAMBUTAN HARI PERKEP MALAYSIA KE-58 TAHUN 2026

SHAH ALAM - 21/08/2026 (Jumaat) @ 1530hrs bertempat di Jalan Terusan 8/26 Seksyen 8, Shah Alam telah diadakan ziarah ke atas seorang Pesara Polis Dato’ Kamaruddin Bin Mat Desa, berumur 75 Tahun yang sebelum ini bertugas sebagai Pegawai Kanan berpangkat SAC Timb Pengarah II JSJK .

Lawatan ini diketuai oleh YDH ACP Sarudin bin Hj Samah, Ketua Polis Daerah, Supt Ahmad Sobri bin Amir Salim, Timbalan Ketua Polis Daerah, ASP Mohd Suwardi bin Mat Desa dan beberapa pegawai lain sebagai wakil dari Bahagian Pengurusan, Insp Muhammad bin Ludin dan beberapa pegawai wakil dari Balai Seksyen 6. Turut menyertai dalam lawatan ini juga YBhg. Dato’ Ruzaida bt Salim (Pengerusi PERKEP) bersama Puan Noor Azah binti Md Noor (Naib Pengerusi PERKEP), ASP Nurul Zaanizila binti Mohd Zain (SU PERKEP), Puan Mastura Binti Yusoff (Ketua Biro Kebajikan) serta AJK dan Ahli Perkep yang lain.

Lawatan ziarah ke atas Pesara Polis ini ini diadakan sebagai tanda keprihatinan dan kasih sayang seluruh warga kerja PDRM terhadap bekas-bekas pegawai polis yang pernah berkhidmat jasa bakti terhadap negara. Ianya juga bertujuan mengeratkan ikatan silaturahim serta bertanya khabar kesihatan serta ahli keluarga agar sentiasa terus sihat dan berada di dalam kedaan yang baik.

Objektif lawatan ini bagi menyahut saranan serta menyampaikan hasrat baik daripada YBhg Puan Sri Datuk (Dr.) Hjh. Munirah binti Che Ros (Pengerusi Perkep Malaysia) serta seluruh kepimpinan tertinggi PERKEP MALAYSIA dan PERKEP Kontinjen Selangor sempena Hari Perkep Malaysia yang ke-58 Tahun ini.

Lawatan kebajikan ini diakhir dengan bacaan doa dan sesi bergambar ❤️‍🩹

PROGRAM LAWATAN KEBAJIKAN AHLI PERKEP OLEH PENGERUSI PERKEP IPD SHAH ALAM SEMPENA SAMBUTAN HARI PERKEP MALAYSIA KE-58 TA...
22/08/2026

PROGRAM LAWATAN KEBAJIKAN AHLI PERKEP OLEH PENGERUSI PERKEP IPD SHAH ALAM SEMPENA SAMBUTAN HARI PERKEP MALAYSIA KE-58 TAHUN 2026

SHAH ALAM - 21/08/2026 (Jumaat) @ 1430hrs bertempat di Jalan D’Alam Satu, Sek.16 Shah Alam telah diadakan lawatan kebajikan ke atas seorang seorang ahli perkep yang mengalami Strok kerana pecah pembuluh darah dikepala. Ahli ini merupakan isteri kepada Sjn 126534 Ahmad Suhali Bin Sabli yang bertugas di Cawangan Persenjataan IPD Shah Alam.

Lawatan ini diketuai oleh YBhg. Dato’ Ruzaida bt Salim (Pengerusi PERKEP) bersama Puan Noor Azah binti Md Noor (Naib Pengerusi PERKEP), ASP Nurul Zaanizila binti Mohd Zain (SU PERKEP), Puan Mastura Binti Yusoff (Ketua Biro Kebajikan) serta AJK dan Ahli Perkep yang lain.

Lawatan kebajikan ini diadakan sebagai tanda keprihatinan dan kasih sayang PERKEP kepada Ahli PERKEP dan ahli keluarga yang sedang mengalami masalah kesihatan. Ia juga bertujuan mengeratkan ikatan silaturahim serta memberi sokongan moral kepada keluarga.

Objektif lawatan ini bagi menyahut saranan serta menyampaikan hasrat baik daripada YBhg Puan Sri Datuk (Dr.) Hjh. Munirah binti Che Ros (Pengerusi Perkep Malaysia) serta seluruh kepimpinan tertinggi PERKEP MALAYSIA dan PERKEP Kontinjen Selangor sempena Hari Perkep Malaysia yang ke-58 Tahun ini.

Lawatan kebajikan ini diakhir dengan bacaan doa agar lebih semangat untuk terus kuat melawan penyakit dan semoga dapat mengeratkan lagi silaturrahim serta ukhuwah sesama rakan setugas.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua PERKEP yang terlibat.
Semoga Allah S.W.T membalas dengan kebaikan dan memberikan kesembuhan kepada penyakit setiap insan .

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شَافِيَ إلَّا أَنْتَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقْمًا

_"Ya Allah, Tuhan manusia, hilangkanlah kesusahan dan penyakit. Sembuhkanlah, Engkaulah Maha Penyembuh. Tiada kesembuhan selain kesembuhan daripada-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit."_


Program Sambutan Maulidurrasul 2026/1448H Peringkat IPD Shah Alam dan PERKEP Shah AlamPada 21.08.2026  (Jumaat) jam 0930...
22/08/2026

Program Sambutan Maulidurrasul 2026/1448H Peringkat IPD Shah Alam dan PERKEP Shah Alam

Pada 21.08.2026 (Jumaat) jam 0930 pagi bertempat di Dewan Mawar Aras 1, IPD Shah Alam telah diadakan Ceramah Sempena Sambutan Maulidurrasul 2026/1448H Peringkat IPD Shah Alam dan PERKEP Shah Alam. Ceramah disampaikan oleh YBhg Ustaz Dato’ Mohammad Kazim bin Elias bertajuk kecintaan kepada Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW serta manfaat saham akhirat kepada mereka yang menginfaqkan hartanya kejalan Allah SWT.

Program pada pagi ini dihadiri oleh YDH DCP Mohd Zaini bin Abu Hassan, Timbalan Ketua Polis Kontinjen Selangor bersama isterinya YBhg Puan Zurim bt Md Khalid, Naib Pengerusi PERKEP Selangor. Turut menyertai, Puan Hasanah bt Ahmad, Ketua Biro Komunikasi Korporat dari PERKEP Selangor. Kehadiran daripada IPD Shah Alam terdiri daripada YDH ACP Sarudin bin Hj Samah, Ketua Polis Daerah Shah Alam diiringi YBhg Dato’ Ruzaida bt Salim selaku Pengerusi PERKEP Shah Alam, YDH Supt Ahmad Sobri b Amir Salim, Tim.Ketua Polis Daerah Shah Alam bersama isteri, Pn Noor Azah binti Mohd Noor, Naib Pengerusi PERKEP Shah Alam. Memenuhi lagi kehadiran wakil dari Perbadanan Wakaf Selangor, Pengurus dan Imam I Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong serta Ketua-Ketua Bahagian/Ketua Cawangan/ Ketua Polis Balai Ketua - Ketua Biro PERKEP Shah Alam, Urus Setia Balai, Warga Kerja IPD dan Ahli Perkep Shah Alam. Kehadiran yang sangat meriah memuatkan seramai 200 orang di dalam dewan ini.

Intipati tajuk ceramah yang dibawakan pada pagi ini bagi menghayati dan memahami mesej yang terkandung dalam tema “Madani Dihayati, Ummah Diberkati” melalui penghayatan sirah, akhlak dan sunnah Rasulullah SAW. Tujuannya juga bagi membentuk insan supaya mengamalkan ajaran dan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian demi melahirkan ummah yang berakhlak, bersatu padu dan diberkati.

Program ceramah yang padat dengan ilmu serta memantapkan iman ini berjalan selama 2 jam dan diakhiri dengan Penyerahan Cek Replika (Mock Cheque) kepada Surau Al -Ihsan IPD Shah Alam daripada Pintas Utama Sdn Bhd melalui Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) serta penyampaian cenderahati kepada penceramah jemputan dan pihak Penganjur bersama.



Lawatan Ke atas Kematian Isteri Anggota Balai Polis Seksyen 6 IPD Shah AlamSHAH ALAM - 19 Ogos 2026 (Rabu), Lawatan keba...
19/08/2026

Lawatan Ke atas Kematian Isteri Anggota Balai Polis Seksyen 6 IPD Shah Alam

SHAH ALAM - 19 Ogos 2026 (Rabu), Lawatan kebajikan bagi menziarahi Kpl 171040 Mohammad Nabil bin Mohammad Ali yang sedang mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan dan Lawatan Ziarah Kematian Isteri Anggota tersebut Arwahyarhamah Siti Rozidah bt Sailan di Unit Forensik Hospital Shah Alam selepas terlibat dengan kemalangan motosikal pada hari ini.

Lawatan ini diketuai oleh YDH ACP Sarudin bin Hj Samah, Ketua Polis Daerah Shah Alam, bersama isteri, YBhg Dato’ Ruzaida bt Salim, Pengerusi PERKEP Shah Alam. Turut hadir YDH Supt Ahmad Sobri bin Amir Salim, Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, ASP Nurul Zaanizila Bt Mohd Zain, SU PERKEP/Ketua Biro Agama dan Ketua- Ketua Bahagian/ Cawangan/ Ketua Polis Balai IPD Shah Alam serta rakan setugas seramai 50 orang.

Tujuan lawatan ini adalah untuk menziarahi dan menyampaikan ucapan takziah kepada anggota tersebut yang baru sahaja kehilanga isteri tercinta.

Warga PERKEP serta Warga Kerja IPD Shah Alam mendoakan agar Kpl 171040 Mohamad Nabil bin Mohamad Ali serta anak-anak tabah menghadapi ujian ini. Didoakan semoga roh Arwahyarhamah Siti Rozidah bt Sailan ditempatkan dalam kalangan orang- orang yang beriman Amin YRA ❤️‍🩹

KEJOHANAN TENPIN BOWLING PIALA PENGERUSI PERKEP IPD SHAH ALAMPada 12.08.2026  (Rabu) jam 0930 pagi bertempat di Pusat Bo...
13/08/2026

KEJOHANAN TENPIN BOWLING PIALA PENGERUSI PERKEP IPD SHAH ALAM

Pada 12.08.2026 (Rabu) jam 0930 pagi bertempat di Pusat Bowling Alam Lanes Aeon Mall Seksyen 13 Shah Alam telah diadakan Kejohanan Tenpin Bowling Piala Pengerusi PERKEP IPD SHAH ALAM. Sebanyak 26 kump**an trio dari pelbagai bahagian menyertai pertandingan ini.

Pertandingan ini dimulakan secara serentak yang mana setiap kump**an perlu bermain sebanyak 3 set permainan. Pemarkahan diambil dari markah keseluruhan. Pertandingan trio berkump**an Perkep selesai pada jam 1230 tengahari. Pada sebelah petang di sambung p**a pertandingan individu Ketua- Ketua Bahagian bersama YDH ACP Sarudin bin Hj Samah, KPD Shah Alam dan Supt. Ahmad Sobri bin Amir Salim, T/KPD Shah Alam. Turut serta YBhg. Dato’ Ruzaida binti Salim, Pengerusi PERKEP Shah Alam, Puan Noor Azah bt Mohd Noor, Naib Pengerusi PERKEP Shah Alam dan Isteri - Isteri Ketua Bahagian yang menyertai pertandingan ini.

Pertandingan Kejohanan Tenpin Bowling Perkep ini diadakan secara tahunan bertujuan bagi menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan ahli PERKEP dan warga organisasi Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam. Program ini juga meningkatkan kecergasan fizikal di samping bagi memupuk semangat kerjasama, disiplin dan ketahanan diri dalam kalangan peserta terutamna golongan dari ahli-ahli PERKEP.

Program diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada kump**an dan individu yang menang serta sesi bergambar. Program berjalan lancar dan berakhir pada jam 5 petang.

LAWATAN KEBAJIKAN KE ATAS PENGERUSI PERKEP IPD SHAH ALAM SHAH ALAM - 11 Ogos 2026 (Selasa), AJK PERKEP Shah Alam telah m...
11/08/2026

LAWATAN KEBAJIKAN KE ATAS PENGERUSI PERKEP IPD SHAH ALAM

SHAH ALAM - 11 Ogos 2026 (Selasa), AJK PERKEP Shah Alam telah membuat lawatan kebajikan bagi menyantuni YBhg Dato’ Ruzaida Binti Salim, Pengerusi Perkep Shah Alam yang sedang menjalani rawatan slip disc di KGSAAS, Seksyen 13 Shah Alam. Lawatan ini diketuai Puan Noor Azah binti Md Noor, Naib Pengerusi PERKEP, ASP Zaanizila selaku Setiausaha PERKEP serta beberapa Ahli PERKEP yang lain .

Rombongan lawatan kebajikan ini meluangkan masa lebih kurang 30 minit dan bertanya khabar serta
memberi sokongan dan semangat agar YBhg Dato’ Ruzaida kembali sihat. Lawatan ini diakhiri dengan penyampaian sumbangan kebajikan dari IPD SHAH ALAM dan PERKEP Shah Alam yang disampaikan oleh Puan Nor Azah.



SELAMAT MENYAMBUT HARI PERKEP YANG KE-58"58 tahun dah kita bersama! Terima kasih ahliPERKEP yang sentiasa berbakti. Semo...
03/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI PERKEP YANG KE-58

"58 tahun dah kita bersama! Terima kasih ahli
PERKEP yang sentiasa berbakti. Semoga terus maju dan kuat!

Festival Tari Piala Pengerusi PERKEP Kontinjen SelangorPada 31.07.2026  (Jumaat) jam 0800 pagi bertempat di Dewan Sivik ...
02/08/2026

Festival Tari Piala Pengerusi PERKEP Kontinjen Selangor

Pada 31.07.2026 (Jumaat) jam 0800 pagi bertempat di Dewan Sivik MBPJ Petaling Jaya telah diadakan Festival Tari Piala Pengerusi PERKEP peringkat Kontinjen Selangor. PERKEP IPD SHAH ALAM telah mengambil bahagian untuk bertanding dengan IPK Selangor dan 15 lagi Daerah di Selangor.

Pertandingan ini dimulakan dengan acara saringan yang mempertandingkan wakil dari 1 kontinjen dan 16 Daerah di dalam selangor. Di akhir saringan ini, hanya 10 kump**an sahaja yang telah terpilih ke peringkat akhir di mana akan berentap pada sebelah malam. Perkep IPD Shah Alam telah berjaya terpilih dan membuat persembahan pada sebelah malam dengan membawa penyokong seramai 35 orang dengan pakaian yang menarik bertemakan borneo.

Festival tari peringkat akhir ini dihadiri oleh Ydh ACP Sarudin bin Hj Samah ,Ketua Polis Daerah Shah Alam bersama isteri YBhg Dato’ Ruzaida bt Salim selaku Pengerusi PERKEP Shah Alam dan YBhg Pn Noor Azah binti Mohd Noor, Naib Pengerusi PERKEP Shah Alam yang tidak lelah memberi semangat kepada kump**an penari Shah Alam dari pagi lagi.

Di akhir pertandingan, IPD Shah Alam berjaya merangkul tempat ke 5 daripada 10 Daerah yang bertanding. Hadiah disampaikan oleh YBhg. Datin Rozana Binti Kasbon Pengerusi PERKEP Selangor diiringi oleh YBhg Puan Zurim Binti Md Khalid, Naib Pengerusi PERKEP Selangor. ASP Nur Zaanizila selaku pengurus pasukan mewakili penari Perkep IPD Shah Alam berterima kasih kepada seluruh kerja warga Ahli Perkep, Para Penyokong yang hadir serta warga IPD Shah Alam yang memberi semangat dan sokongan hebat sepanjang latihan hingga ke hari pertandingan.

Dengan adanya Acara Festival Tari seperti ini boleh memupuk semangat perpaduan, kerjasama dan silaturahim dalam kalangan ahli PERKEP seluruh Kontinjen Selangor seterusnya mencungkil, mengasah dan mengetengahkan bakat ahli PERKEP dalam bidang seni tari serta kebudayaan. Ianya juga memelihara dan memartabatkan warisan seni tari tradisional dan kontemporari Malaysia sebagai khazanah budaya negara.

Diharapkan penganjuran Festival Tari Piala Pengerusi PERKEP Kontinjen Selangor 2026 akan menjadi acara tahunan yang mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan warga PDRM, memupuk nilai perpaduan serta memperkasakan peranan PERKEP sebagai wadah pembangunan sahsiah, kebudayaan dan kesejahteraan. Program berjalan lancar dan berakhir pada jam 12 tengah malam.

Address

Persiaran Kayangan
Shah Alam
40100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perkep Shah Alam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share