Friends Of Haniza Talha

Friends Of Haniza Talha Friends of Haniza Talha

Terima kasih Dun Lembah Jaya!Ikhlas daripada kami warga kerja Pusat Khidmat Rakyat mantan ADUN Lembah Jaya.
29/07/2023

Terima kasih Dun Lembah Jaya!

Ikhlas daripada kami warga kerja Pusat Khidmat Rakyat mantan ADUN Lembah Jaya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.

Saya berasa amat gembira melihat berita-berita tentang proses penamaan calon yang berjalan lancar pagi tadi dan saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada rakan-rakan yang akan bertanding kali ini.

Saya berharap agar semua pihak yang terlibat secara langsung dengan pilihanraya khususnya dan rakyat Malaysia secara amnya sentiasa berusaha menjaga adab dan integriti sepanjang tempoh berkempen serta mengamalkan politik matang dan bersih.

Bagi yang masih tertunggu-tunggu khabar daripada saya, untuk kali ini saya tidak bertanding.

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga Dun Lembah yang telah memberi peluang kepada saya berkhidmat selama sepenggal di sini.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada semua pemimpin-pemimpin komuniti, persatuan penduduk, JMB/MC, jawatankuasa masjid, surau dan kuil, NGO-NGO dan sukarelawan Dun Lembah Jaya kerana bersama-sama saya dalam usaha menyantuni masyarakat Dun Lembah Jaya dalam segenap aspek kehidupan.

Tidak lupa juga saya ucapkan penghargaan kepada semua penjawat awam terutama di Pejabat Daerah Hulu Langat dan Gombak, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, IPD Ampang Jaya, Bomba Ampang dan pelbagai agensi kerajaan yang lain yang telah turut sama memberi kerjasama dan komitmen yang baik sepanjang saya di sini. Semuanya tidak lain tidak bukan untuk kebaikan rakyat.

Semoga segala usaha yang baik dan bakti yang dicurahkan akan terus dinikmati dan dimanfaatkan. Banyak pengalaman bersama yang dilalui telah mendewasakan kita.

InsyaAllah ada kesempatan lain, kita akan bekerjasama untuk kebaikan umat sejagat.

Terima kasih Lembah Jaya!

Pemberitahuan penting!Nombor WhatsApp Pusat Khidmat Rakyat ADUN Lembah Jaya telah bertukar kepada  011-1307 6505.Kami ti...
26/05/2023

Pemberitahuan penting!

Nombor WhatsApp Pusat Khidmat Rakyat ADUN Lembah Jaya telah bertukar kepada 011-1307 6505.

Kami tidak lagi menggunakan nombor yang lama.

Kami memohon maaf atas segala kesulitan.

Terima kasih.

Pegawai pusat khidmat, En. Rani mewakili YB Haniza Talha menyampaikan sumbangan bencana kepada Puan Ruqayyah yang terlib...
24/05/2023

Pegawai pusat khidmat, En. Rani mewakili YB Haniza Talha menyampaikan sumbangan bencana kepada Puan Ruqayyah yang terlibat dalam kebakaran di Kg. Dato' M***i Shuib hujung minggu lalu.

Semoga sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka sekeluarga.

21/05/2023
Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru yang telah mendidik anak-anak bangsa!
16/05/2023

Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru yang telah mendidik anak-anak bangsa!

Selamat Hari Guru saya ucapkan kepada semua guru-guru yang telah mendidik saya dan kepada semua guru-guru yang mendidik anak-anak bangsa Malaysia.

Semoga Tuhan mengganjari kalian dengan kebaikan yang banyak atas khidmat bakti dan pengorbanan yang diberikan.

Program Sembang Santai YB Haniza Talha bersama komuniti India.Dijemput semua komuniti India sekitar Dun Lembah Jaya hadi...
09/05/2023

Program Sembang Santai YB Haniza Talha bersama komuniti India.

Dijemput semua komuniti India sekitar Dun Lembah Jaya hadir.

Warga kerja Pusat Khidmat Rakyat ADN Lembah Jaya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan musl...
22/04/2023

Warga kerja Pusat Khidmat Rakyat ADN Lembah Jaya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat. Mohon maaf zahir dan batin.

Sebulan Ramadan kita mendidik nafsu.
Kini, tiba kita menyambut kemenangan di bulan Syawal.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Kian berlabuh tirai Ramadan,
Lambaian Syawal kian dinanti,
Luhur hati mohon kemaafan,
Semoga kesalahan harap dimaafi.

Pagi Jumaat yang barakah ini, YB Haniza Talha bersama dalam Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran Perdana Masjid Al-Ubudiah...
14/04/2023

Pagi Jumaat yang barakah ini, YB Haniza Talha bersama dalam Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran Perdana Masjid Al-Ubudiah Kg. Tasek Tambahan.

7 Ramadan 1444HTerima kasih ahli kariah Surau Ampang Saujana melayan baik kehadiran YB Haniza Talha daripada berbuka pua...
31/03/2023

7 Ramadan 1444H

Terima kasih ahli kariah Surau Ampang Saujana melayan baik kehadiran YB Haniza Talha daripada berbuka puasa, solat maghrib sehingga selesai solat tarawih.

Ahli jawatankuasa surau berkongsi dengan YB Haniza Talha tentang anak muda yang ramai mengimarahkan surau dan sentiasa menyokong aktiviti-aktiviti surau.

Tahniah komuniti Ampang Saujana!

6 Ramadan 1444HYB Haniza Talha berbuka puasa bersama ahli kariah Masjid Al-Aman Lembah Jaya Selatan.Selepas solat tarawi...
30/03/2023

6 Ramadan 1444H

YB Haniza Talha berbuka puasa bersama ahli kariah Masjid Al-Aman Lembah Jaya Selatan.

Selepas solat tarawih, YB Haniza berkesempatan beramah mesra bersama tuan nazir yang baru, Tuan Rosli dan ahli jawatankuasa masjid.

Turut bersama ketika moreh, mantan Ahli Dewan Negeri Lembah Jaya, Haji Khasim Abdul Aziz.

Semoga Ramadan kali ini menjadi madrasah yang mendidik jiwa kehambaan kepada Allah SWT, kurangkan persengketaan dan jalinkan ukhuwwah dan kasih sayang.

Address

Shah Alam

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Friends Of Haniza Talha posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share