Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor- JPSS

Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor- JPSS "Profesional, Efisien, Berintegriti"

Bengkel Cadangan Pindaan Enakmen Jenayah Syariah Selangor (EJSS) dan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Selangor (ETJSS ) ...
05/09/2026

Bengkel Cadangan Pindaan Enakmen Jenayah Syariah Selangor (EJSS) dan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Selangor (ETJSS ) Perkukuh Kerangka Perundangan Syariah Selangor

SHAH ALAM, 5 September 2026 – Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (JPSS) melalui Bahagian Penyelidikan dan Perundangan telah menganjurkan Bengkel Cadangan Pindaan Enakmen Jenayah Syariah Selangor (EJSS) dan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Selangor (ETJSS) pada 4 hingga 5 September 2026 bertempat di Whyndham Garden Hotel i-City Shah Alam.

Bengkel ini melibatkan seramai 16 orang peserta terdiri daripada pegawai Bahagian Penyelidikan dan Perundangan JPSS , Pendakwa Syarie Selangor bersama Penasihat Undang-Undang Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) , Penolong Penasihat Undang-Undang dan Penolong Penasihat Undang-undang Syariah dari Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor.

Program tersebut telah dipengerusikan oleh Ketua Pendakwa Syarie Selangor dengan memberi fokus kepada semakan, penelitian dan pengemaskinian deraf cadangan pindaan EJSS dan ETJSS yang telah disediakan oleh JPSS.

Sesi perbincangan yang berlangsung secara intensif memberi ruang kepada para peserta untuk meneliti setiap cadangan pindaan dari aspek perundangan, tatacara serta keperluan pelaksanaan undang-undang Syariah di Negeri Selangor.

Hasil perbincangan dan penelitian bersama, beberapa penambahbaikan terhadap deraf cadangan pindaan telah berjaya dilaksanakan bagi menghasilkan deraf yang lebih berkualiti, komprehensif dan menepati keperluan perundangan Syariah semasa.

Penganjuran bengkel ini merupakan antara usaha berterusan JPSS dalam memperkasa dan memantapkan kerangka perundangan Syariah Negeri Selangor, di samping memastikan peruntukan undang-undang yang dicadangkan sentiasa relevan, jelas dan berupaya menyokong pelaksanaan keadilan Syariah secara lebih berkesan.

Kerjasama strategik antara JPSS, MAIS dan Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor melalui sesi semakan dan perbincangan ini turut mencerminkan komitmen bersama dalam memastikan cadangan pindaan perundangan Syariah negeri disediakan dengan penelitian yang sewajarnya serta mengambil kira keperluan perundangan dan pentadbiran keadilan Syariah.

📚 KUNJUNGAN PENSYARAH KANAN APIUM, UNIVERSITI MALAYA KE JPSS4 September 2026 | Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor telah...
04/09/2026

📚 KUNJUNGAN PENSYARAH KANAN APIUM, UNIVERSITI MALAYA KE JPSS

4 September 2026 | Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor telah menerima kunjungan Dr. Siti Aisyah binti Samudin, Pensyarah Kanan di Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM), bagi tujuan penyeliaan dan pemantauan pelajar Universiti Malaya yang sedang menjalani Latihan Industri di JPSS.

Kunjungan tersebut telah disambut dan diwakili oleh Tuan Husaini bin Roslin, Ketua Bahagian Perundangan, Perbicaraan dan Rayuan, JPSS.

Sesi penyeliaan ini bertujuan mendapatkan maklum balas berkaitan perkembangan pelajar sepanjang menjalani Latihan Industri, termasuk aspek kehadiran, disiplin, tugasan, kemahiran serta penglibatan pelajar dalam urusan dan aktiviti kerja di JPSS.

Perbincangan turut menjadi platform bagi pihak APIUM dan JPSS untuk berkongsi pandangan mengenai pelaksanaan Latihan Industri serta memastikan pelajar memperoleh pendedahan yang bersesuaian terhadap persekitaran kerja sebenar, amalan profesional serta pengurusan tugas dalam bidang Syariah dan perundangan.

JPSS merakamkan penghargaan atas kunjungan dan kerjasama pihak APIUM, Universiti Malaya dalam usaha memperkukuh hubungan antara institusi pengajian tinggi dan agensi kerajaan khususnya dalam menyediakan ruang pembelajaran dan pengalaman profesional kepada para pelajar.

Semoga kerjasama yang terjalin ini dapat terus diperkukuh dalam usaha melahirkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan kompeten dalam bidang Syariah dan perundangan.







SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN 2026 🇲🇾Semoga semangat kemerdekaan terus menyatukan kita, memperkukuh kebersamaan dan ...
30/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN 2026 🇲🇾

Semoga semangat kemerdekaan terus menyatukan kita, memperkukuh kebersamaan dan menyemarakkan rasa cinta kepada negara.

Jiwa Merdeka, Rakyat Berdaulat. Terus Teguh Bersatu demi tanah air tercinta.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan! 🇲🇾

ikhlas daripada;
Ketua Pendakwa Syarie Selangor
dan Seluruh Warga Kerja
Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor




🤝 MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM PEMENTORAN 202628 Ogos 2026 | Bahagian  Pengurusan Sumber Manusia, SUK SelangorMesyuara...
28/08/2026

🤝 MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM PEMENTORAN 2026

28 Ogos 2026 | Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, SUK Selangor

Mesyuarat Penyelarasan Program Pementoran telah diadakan sebagai platform bagi memperkukuh pelaksanaan program serta berkongsi perkembangan dan pencapaian peserta sepanjang tempoh program pementoran.

Agenda utama mesyuarat adalah pembentangan laporan Program Pementoran oleh para peserta, yang mengetengahkan pengalaman, perkembangan kompetensi, hasil bimbingan serta impak program terhadap pembangunan diri dan kerjaya.

Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (JPSS) diwakili oleh Puan Siti Nor Hashibah binti Jamhari dan Puan Siti Nurkhairunnisa Laila binti Sazali selaku mentor dalam Program Pementoran.

Program ini menjadi wadah penting dalam memperkasa budaya perkongsian ilmu, pengalaman dan kepakaran antara mentor dan mentee, di samping membantu membentuk warga kerja yang lebih kompeten, yakin dan bersedia menghadapi cabaran perkhidmatan awam.

JPSS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, SUK Selangor atas kerjasama, komitmen dan sokongan yang diberikan sebagai Rakan Strategik dalam Program Pementoran.

Semoga jalinan kerjasama strategik ini terus diperkukuh dalam usaha melahirkan modal insan yang berkompetensi, berintegriti dan berdaya saing demi kecemerlangan perkhidmatan awam Negeri Selangor.

“Pementoran bukan sekadar membimbing, tetapi satu proses membina potensi, meningkatkan kompetensi dan menyediakan hala tuju pembangunan masa hadapan.”




28/08/2026

Alunan selawat kepada Rasulullah S.A.W.

🇲🇾 SAMBUTAN MAULIDUR RASUL & HARI KEBANGSAAN TAHUN 2026 🇲🇾Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (JPSS) telah mengadakan Ma...
28/08/2026

🇲🇾 SAMBUTAN MAULIDUR RASUL & HARI KEBANGSAAN TAHUN 2026 🇲🇾

Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (JPSS) telah mengadakan Majlis Perhimpunan JPSS Bil. 4 Tahun 2026 bersekali dengan Sambutan Maulidur Rasul dan Hari Kebangsaan Tahun 2026, yang dianjurkan dengan kerjasama Badan Kebajikan JPSS (BAKEP).

Majlis dimulakan dengan alunan selawat secara beramai-ramai oleh seluruh warga kerja JPSS yang hadir, seterusnya disusuli dengan Ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Ustaz Khairiamri bin Ahmad, Penolong Mufti Kanan, Jabatan Mufti Negeri Selangor. Pengisian ceramah tersebut menjadi wadah dalam menyemarakkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW serta menghayati nilai dan teladan Baginda dalam kehidupan dan perkhidmatan.

Seusai ceramah, majlis diteruskan dengan Perhimpunan JPSS Bil. 4 Tahun 2026 dan Sambutan Hari Kebangsaan ke-69. Turut berlangsung ialah penyampaian Anugerah Pekerja Contoh Bulanan dan Anugerah Kehadiran Terbaik Bulanan kepada para penerima sebagai tanda penghargaan serta dorongan kepada warga JPSS untuk terus membudayakan kecemerlangan dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pemegang taruh.

Majlis kemudiannya diserikan dengan nyanyian Lagu Jalur Gemilang secara beramai-ramai dan acara memotong kek sebagai simbolik sambutan.

Semoga penganjuran majlis ini dapat terus menyemarakkan kecintaan kepada Rasulullah SAW, memperkukuh semangat patriotisme serta mengeratkan ukhuwah dan kebersamaan dalam kalangan warga JPSS.

Salam Maulidur Rasul & Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69. 🇲🇾

Address

Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor, Tingkat 5, Menara Selatan, Bangunan Sultan Idris Shah, Persiaran Masjid, Seksyen 5
Shah Alam
40676

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60355143491

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor- JPSS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share