IMPAK Selangor

IMPAK Selangor Jangan lepaskan peluang keemasan ini!

Sertai kursus percuma KIPK IMPAK Selangor – Dapat ilmu pendidikan awal kanak2, jurulatih berpengalaman, sijil YAWAS, berpeluang mendapat geran serta banyak lagi insentif lain!

Selamat Hari Ibu 🌷Seorang ibu ialah insan yang sentiasa hadir dengan doa, kasih sayang dan pengorbanan yang tidak pernah...
10/05/2026

Selamat Hari Ibu 🌷

Seorang ibu ialah insan yang sentiasa hadir dengan doa, kasih sayang dan pengorbanan yang tidak pernah bertepi. Dalam lembut tutur dan sabarnya, tersembunyi kekuatan yang membentuk peribadi, mendidik jiwa serta menjadi sumber semangat dalam setiap langkah kehidupan. Kasih seorang ibu tidak pernah meminta balasan, namun sentiasa memberi dengan penuh keikhlasan.

Sempena sambutan Hari Ibu ini, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua ibu atas segala jasa, pengorbanan dan kasih yang tidak ternilai. Semoga setiap doa dan kebaikan seorang ibu sentiasa dipermudahkan urusannya, dikurniakan kesihatan serta kebahagiaan yang berpanjangan. Selamat Hari Ibu.

Aidilfitri hadir membawa seribu makna, walau di mana pun kita berada.Dalam setiap langkah pulang, terselit rindu yang ta...
20/03/2026

Aidilfitri hadir membawa seribu makna, walau di mana pun kita berada.
Dalam setiap langkah pulang, terselit rindu yang tak terucap.
Dalam setiap senyuman, ada syukur yang dipanjatkan atas nikmat kebersamaan.

Kita belajar bahawa masa itu berharga, dan setiap detik yang diberi adalah anugerah yang tidak ternilai.
Aidilfitri mengingatkan kita untuk kembali.
Bukan hanya ke pangkuan keluarga, tetapi juga kepada hati yang lebih ikhlas dan tenang.

Di hari yang mulia ini, marilah kita saling memaafkan, mengeratkan silaturahim, dan menyemai kasih yang lebih tulus 🤍

Ikhlas daripada Sekretariat IMPAK,
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Semoga kebahagiaan dan kedamaian sentiasa bersama kita ✨

Selamat Hari Wanita Sedunia 2026 🌷Di setiap langkah kecil anak-anak, ada wanita hebat yang sentiasa berada di sisi merek...
08/03/2026

Selamat Hari Wanita Sedunia 2026 🌷

Di setiap langkah kecil anak-anak, ada wanita hebat yang sentiasa berada di sisi mereka.
Dengan penuh kesabaran, mengajar, menjaga dan memberi kasih sayang tanpa mengira waktu.

Seorang pengasuh bukan sekadar menjaga anak-anak, malah mereka memainkan peranan besar dalam membentuk generasi masa depan.

Terima kasih kepada semua pengasuh yang telah memberi sepenuh hati dalam setiap amanah yang dipikul.

Selamat Hari Wanita kepada wanita-wanita hebat yang menjadi cahaya dalam kehidupan anak-anak. 💐

Salam Nuzulul Quran 1447H🌙📖17 Ramadan mengingatkan kita kepada satu peristiwa agung dalam sejarah Islam, iaitu turunnya ...
07/03/2026

Salam Nuzulul Quran 1447H🌙📖

17 Ramadan mengingatkan kita kepada satu peristiwa agung dalam sejarah Islam, iaitu turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad SAW di Gua Hira. Dari detik inilah Al-Quran diturunkan sebagai cahaya petunjuk yang membimbing manusia ke jalan kebenaran.

Semoga peringatan Nuzulul Quran ini menguatkan lagi hubungan kita dengan Al-Quran, bukan sekadar membacanya, tetapi memahami maknanya dan mengamalkan ajarannya dalam kehidupan seharian. Semoga hati kita sentiasa diterangi dengan cahaya kalam Allah. 🤍✨📖

🌙 Ramadan Al-Mubarak kembali hadir Seperti angin yang lembut menyapa hati, Ramadan datang membawa seribu ketenangan. Di ...
19/02/2026

🌙 Ramadan Al-Mubarak kembali hadir

Seperti angin yang lembut menyapa hati, Ramadan datang membawa seribu ketenangan. Di saat kita menahan lapar dan dahaga, sebenarnya kita sedang mendidik jiwa. Di sebalik keletihan, ada pahala yang tidak terlihat.

Ramadan bukan sekadar tentang berpuasa, tetapi tentang memperbaiki diri, memaafkan, dan kembali mendekat kepada-Nya. Semoga setiap langkah kita di bulan yang mulia ini dipenuhi keberkatan, setiap amalan diterima, dan setiap doa dimakbulkan.

✨ Selamat menunaikan ibadah puasa.
Semoga Ramadan Al-Mubarak kali ini menjadi titik perubahan yang lebih baik buat kita semua 🤍

🧧✨ Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina ✨🧧Kehadiran Tahun Kuda membawa simbol kekuatan, ketekunan, dan semangat untuk ter...
17/02/2026

🧧✨ Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina ✨🧧

Kehadiran Tahun Kuda membawa simbol kekuatan, ketekunan, dan semangat untuk terus melangkah ke hadapan. Semoga tahun baharu ini menjadi pemangkin kepada usaha yang lebih berfokus, pencapaian yang bermakna, serta kemajuan yang berterusan dalam setiap aspek kehidupan.

Gong Xi Fa Cai!

Didoakan agar kebahagiaan, kesihatan yang baik, dan limpahan rezeki sentiasa mengiringi kita semua sepanjang tahun ini ✨

Selamat Hari Wilayah Persekutuan.Marilah kita bersama-sama memperkukuh semangat perpaduan dan kerjasama demi kesejahtera...
01/02/2026

Selamat Hari Wilayah Persekutuan.

Marilah kita bersama-sama memperkukuh semangat perpaduan dan kerjasama demi kesejahteraan Wilayah Persekutuan. Semoga Wilayah Persekutuan terus maju, berdaya saing dan makmur.

Selamat Menyambut Thaipusam kepada semua penganut agama Hindu. Semoga perayaan suci ini disambut dengan penuh keinsafan,...
01/02/2026

Selamat Menyambut Thaipusam kepada semua penganut agama Hindu.

Semoga perayaan suci ini disambut dengan penuh keinsafan, ketenangan jiwa dan kekuatan rohani, selari dengan nilai kesabaran, pengorbanan serta keikhlasan yang menjadi teras sambutan Thaipusam.

Zaman sekarang, kanak-kanak tak boleh lari daripada skrin 📱👶Kalau media digunakan tanpa kawalan, ia boleh menyebabkan pe...
09/01/2026

Zaman sekarang, kanak-kanak tak boleh lari daripada skrin 📱👶

Kalau media digunakan tanpa kawalan, ia boleh menyebabkan pelbagai gangguan seperti masa bermain fizikal berkurang, pola tidur terganggu, kesukaran menumpukan perhatian dan lain-lain.

Tapi jangan risau 😅, media bukan musuh! Dengan cara yang bijak, alat media boleh menjadi teman belajar dan bermain yang seronok untuk anak.

Dalam post ini, kami akan terangkan pelbagai cara bijaksana dalam penggunaan alat media yang selamat untuk kanak-kanak, supaya anak dapat belajar sambil bermain dan ibu bapa atau pengasuh tetap tenang 🥰💕.

Dengan panduan yang betul, gangguan boleh dielakkan dan anak dapat manfaat media dengan selamat 🌟🎉.

Pengasuh semua, rasa lebih susah mana?A) Hadkan masa skrin anakB) Hadkan masa skrin ibu bapa di hadapan anakMacam kedua-...
07/01/2026

Pengasuh semua, rasa lebih susah mana?

A) Hadkan masa skrin anak
B) Hadkan masa skrin ibu bapa di hadapan anak

Macam kedua-duanya susah kan? 😂 Tapi jangan risau…

Kami akan kongsikan cara penggunaan alat media dengan selamat untuk kanak-kanak, supaya anak boleh belajar, bermain dan berkembang dengan baik

✨ Bonus: Kami juga akan terangkan bagaimana pengasuh semua boleh sama-sama menggunakan alat media bersama anak asuhan, tetapi tetap bijaksana dan memberi manfaat pada mereka!

🎉✨ Selamat Tahun Baru 2026!2025 dah berakhir… tahniah sebab kita semua berjaya menempuh setahun lagi 💪😄Adakah resolusi s...
01/01/2026

🎉✨ Selamat Tahun Baru 2026!

2025 dah berakhir… tahniah sebab kita semua berjaya menempuh setahun lagi 💪😄

Adakah resolusi sepanjang 2025 sudah tercapai? 👀

Mungkin ada yang dah tercapai, mungkin ada yang perlu ubah sedikit, dan mungkin ada yang masih dalam proses. Tak apa! Semua okay, yang penting kita terus improve diri!

Yang pasti, tahun depan kita kena terus upgrade skill mengasuh! 💪✨ Jadi lebih sabar, lebih penyayang, dan lebih pandai menghadapi anak asuhan

Semangat untuk para pengasuh semua! Jom kita jadikan momen tahun baru ini sebagai pembuka lembaran baru yang lebih baik! 🎆✨

Address

Aras 5, Kompleks Generasi Muda Sukan Negeri Selangor, Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Persiaran Kayangan, Seksyen 7
Shah Alam
40000

Telephone

+60146668550

Website

https://linktr.ee/IMPAKSelangor

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IMPAK Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to IMPAK Selangor:

Share

Category