31/07/2026
Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat CIDB Negeri Selangor akan mengadakan Program Seminar Pendaftaran Kontraktor Malaysia Madani tahun 2026. Seminar ini merupakan usaha berterusan oleh pihak CIDB dalam mempertingkatkan kefahaman dan kesedaran mengenai Akta 520 meliputi 5 perkara iaitu Pendaftaran Kontraktor, Score, Pengisytiharaan Kerja Pembinaan, Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) serta pengenalan bagi Contractorβs Quality Management System (CQMS) dan pendedahan bagi Program Anti-Bribery Management System (ABMS) bagi penggiat industri pembinaan Malaysia.
Semua kontraktor berdaftar dengan CIDB Gred G1 - G7 adalah dijemput menyertai seminar ini.
Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan program ini, sila hubungi di talian 03 - 80950486 / 016-6702435 atau e-mel [email protected] / [email protected].
Sekian, terima kasih.