Menteri Besar Selangor Incorporation

Menteri Besar Selangor Incorporation Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Menteri Besar Selangor Incorporation, Bangunan Darul Ehsan, Shah Alam.

18/08/2026
18/08/2026
18/08/2026
MEMPERKUKUH INFRASTRUKTUR DIGITAL, MEMACU DAYA SAING SELANGORMBI Selangor terus memperkukuh agenda transformasi digital ...
18/08/2026

MEMPERKUKUH INFRASTRUKTUR DIGITAL, MEMACU DAYA SAING SELANGOR

MBI Selangor terus memperkukuh agenda transformasi digital negeri menerusi pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara SMARTSEL Sdn. Bhd. dan PG LinkaranFibre Sdn. Bhd., seiring dengan penyempurnaan projek infrastruktur gentian optik SMARTSEL di Cyberjaya.

Majlis yang disaksikan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor bersama YBhg. Dato’ Ts. Saipolyazan M Yusop, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBI Selangor, turut melibatkan Encik Abdul Aziz bin Othman, Pengerusi PG LinkaranFibre Sdn. Bhd., mewakili pihak LinkaranFibre.

Kerjasama strategik ini memperkukuh kapasiti digital Selangor bagi menyokong industri berteknologi tinggi, ekonomi digital dan pelaburan bernilai tinggi, di samping membuka ruang kepada pekerjaan berkemahiran tinggi, pembangunan bakat tempatan serta penyertaan perusahaan tempatan dalam rantaian nilai ekonomi digital.

Langkah ini mencerminkan komitmen Selangor untuk memastikan pembangunan infrastruktur strategik diterjemahkan kepada nilai ekonomi dan manfaat jangka panjang kepada negeri serta rakyat.

LEBIH 20,000 PENGUNJUNG. SATU MALAM PENUH SEMANGAT. DAN SEORANG PEMENANG MEMBAWA PULANG PROTON e.MAS 5! 🔥❤️💛Terima kasih...
17/08/2026

LEBIH 20,000 PENGUNJUNG. SATU MALAM PENUH SEMANGAT. DAN SEORANG PEMENANG MEMBAWA PULANG PROTON e.MAS 5! 🔥❤️💛

Terima kasih kepada lebih 20,000 pengunjung yang bersama-sama memeriahkan Dataran Kemerdekaan Shah Alam sempena Majlis Perasmian SUKMA XXII & Para SUKMA Selangor 2026.

Lebih istimewa, terima kasih kerana terus bersama kami sehingga ke penghujung acara bagi menyaksikan antara detik yang paling dinanti-nantikan iaitu segmen cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah istimewa untuk para pengunjung.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada BISABI atas tajaan tiga buah motosikal, dua buah telefon pintar serta hadiah utama, sebuah PROTON e.MAS 5, yang menambahkan lagi kemeriahan malam tersebut.

Tahniah kepada Saudara Alif Abdul Razak yang muncul sebagai pemenang hadiah utama dan berjaya membawa pulang sebuah PROTON e.MAS 5 tajaan BISABI! 🚗✨

Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Ts. Saipolyazan M Yusop, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBI Selangor, bersama YBhg. Dato’ Mohd Yazid bin Sairi, Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat SUKMA Selangor 2026.

Tahniah kepada semua pemenang dan terima kasih kepada setiap seorang yang kekal bersama kami sehingga acara melabuhkan tirai. Kehadiran, semangat dan sokongan anda menjadi sebahagian daripada malam penuh bersejarah ini.

Satu malam. Satu semangat. Satu Selangor.
Rentak Kita, Aksi Kita! ❤️💛🔥

Ketika lebih 20,000 pengunjung membanjiri Dataran Kemerdekaan Shah Alam bagi Majlis Perasmian SUKMA XXII dan Para SUKMA ...
17/08/2026

Ketika lebih 20,000 pengunjung membanjiri Dataran Kemerdekaan Shah Alam bagi Majlis Perasmian SUKMA XXII dan Para SUKMA Selangor 2026, ada satu pasukan yang terus bergerak di sebalik tabir bagi memastikan setiap urusan berjalan lancar.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para sukarelawan Kelab Sukan, Rekreasi dan Kebajikan (KSRK) MBI Selangor serta sukarelawan UNISEL atas komitmen, tenaga dan semangat yang diberikan sepanjang berlangsungnya majlis perasmian.

Daripada membantu pengurusan pengunjung, kawalan lokasi dan parkir, penyampaian maklumat sehinggalah menyokong kelancaran operasi di lapangan, setiap tugasan yang dilaksanakan memainkan peranan penting dalam memastikan perjalanan acara berjalan dengan baik.

Penghargaan turut ditujukan kepada seluruh petugas, agensi, syarikat milikan MBI Selangor, rakan strategik serta semua pasukan di belakang tabir yang berganding bahu sehingga acara melabuhkan tirai.

Tidak semua usaha terlihat di pentas, namun setiap sumbangan menjadi sebahagian daripada kejayaan malam bersejarah ini.

Terima kasih kepada seluruh sukarelawan KSRK MBI Selangor dan UNISEL. Anda juga sebahagian daripada sejarah SUKMA Selangor 2026. ❤️💛

BERSAMA MENJAYAKAN SEMANGAT SUKMA ❤️💛Kejayaan Majlis Perasmian SUKMA XXII dan Para SUKMA Selangor 2026 turut dibina atas...
17/08/2026

BERSAMA MENJAYAKAN SEMANGAT SUKMA ❤️💛

Kejayaan Majlis Perasmian SUKMA XXII dan Para SUKMA Selangor 2026 turut dibina atas kepercayaan, komitmen dan sokongan rakan-rakan penaja serta rakan strategik yang bersama MBI Selangor menjayakan malam bersejarah di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

MBI Selangor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada:

RAKAN PENAJA UTAMA
1. Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS)

RAKAN PENAJA PLATINUM
1. Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor)
2. Worldwide Holdings Berhad
3. KDEB Waste Management Sdn. Bhd.
4. Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (Aquasel)
5. Bisabi Sdn. Bhd.

RAKAN TEKNOLOGI
1. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)
2. Telekom Malaysia Berhad
3. Maxis Broadband Sdn. Bhd.

RAKAN STRATEGIK
1. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)

RAKAN PENAJA GANGSA
1. Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB)
2. Central Spectrum (M) Sdn. Bhd. (CSSB)
3. SmartSel Sdn. Bhd.

RAKAN KOMUNITI
1. Awantec Systems Sdn Bhd Berhad (AWANTEC)
2. SNS Network (M) Sdn Bhd
3. Darul Ehsan Facilities Management Sdn. Bhd. (DEFM)
4. Rantaian Mesra Sdn. Bhd. (RMSB)
5. Selangor Information Technology & Digital Economy Corporation (SIDEC)
6. Urbancubes Sdn. Bhd.
7. Platform Selangor (PLATS)
8. Media Selangor
9. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
10. Tourism Selangor

Setiap bentuk sumbangan sama ada dalam bentuk dana, teknologi, kepakaran, kemudahan, aktivasi mahupun sokongan operasi telah memainkan peranan dalam merealisasikan sebuah majlis perasmian berskala besar yang membawa SUKMA kembali ke Selangor selepas 28 tahun.

Lebih daripada sebuah penajaan, inilah kekuatan kolaborasi apabila sektor korporat, agensi, institusi dan rakan strategik bergerak bersama dalam satu aspirasi untuk Selangor.

Terima kasih atas kepercayaan dan komitmen yang diberikan. Anda turut menjadi sebahagian daripada sejarah SUKMA Selangor 2026.

Rentak Kita, Aksi Kita. ❤️💛

17/08/2026

Address

Bangunan Darul Ehsan
Shah Alam
40000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Menteri Besar Selangor Incorporation posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Menteri Besar Selangor Incorporation:

Shortcuts

Share