Surau An Najihin Kota Kemuning

Surau An Najihin Kota Kemuning Surau An-Najihin telah dibuka pada tahun 1998 dan terletak di Jalan Anggerik Aranda 31/16, Kota Kemuning.

Merupakan surau tertua di Kota Kemuning dan surau utama bagi warga Islam Kota Kemuning sehinggalah banyak surau-surau lain diwujudkan. Pada masa kini Surau An-Najihin merupakan pusat ibadat dan perkump**an bagi warga Islam yang ditinggal dikawasan Anggerik Aranda, Kota Kemuning dan sekitarnya. Walaupun terdapat banyak surau-surau diwujudkan di Kota Kemuning, namun Surau An-Najihin merupakan surau yang aktif menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan dan sosial bagi warga Islam Kota Kemuning.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Tuan/Puan ahli kariah yang dirahmati Allah,Surau bukan sekadar tempat kita me...
08/04/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan/Puan ahli kariah yang dirahmati Allah,

Surau bukan sekadar tempat kita menunaikan solat, tetapi juga tempat hati-hati kita disatukan dengan zikrullah, ilmu dan ukhuwah. Di sinilah anak-anak kita mengenal agama, di sinilah masyarakat kita dibimbing dengan majlis ilmu dan aktiviti yang mendekatkan diri kepada Allah.

Sehubungan itu, kami dengan rendah hati mengajak semua ahli kariah untuk bersama-sama berinfaq demi menghidupkan Surau An-Najihin dengan pelbagai program keagamaan, kuliah, aktiviti kemasyarakatan dan pembangunan surau yang berterusan.

Setiap sumbangan, sekecil mana sekalipun, insyaAllah menjadi saham akhirat yang mengalir pahalanya selagi surau ini dimanfaatkan oleh umat.

Sebagaimana firman Allah SWT:
"Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah..." (Al-Baqarah:195)

Semoga setiap infaq yang diberi dilipatgandakan ganjarannya oleh Allah SWT dan menjadi asbab keberkatan dalam rezeki, keluarga dan kehidupan kita semua.

🤲 Marilah kita bersama-sama menyemai kebaikan demi memakmurkan rumah Allah.

Terima kasih atas keprihatinan dan sokongan semua. Semoga Allah membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran.

Jazakumullahu khairan kathira.




21/02/2026

🌙✨ RAMADHAN KAREEM ✨🌙
Buat Seluruh Kariah Surau An Najihin, Kota Kemuning

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh 🤲

Alhamdulillah, sekali lagi kita dipertemukan dengan bulan yang penuh keberkatan, keampunan dan rahmat — bulan Ramadhan yang mulia 🌙💛

📖 Sabda Rasulullah SAW:

“Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran daripada Allah, maka diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.”
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

✨ Ramadhan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga,
tetapi bulan untuk memperbanyakkan ibadah,
menghidupkan malam dengan solat,
melazimi al-Quran 📖
dan mendekatkan hati kepada Allah SWT 🤍

🕌 Sehubungan itu, pihak Surau An Najihin dengan penuh rasa rendah hati menjemput dan mengajak seluruh ahli kariah untuk bersama-sama mengimarahkan Surau An Najihin sepanjang bulan Ramadhan ini melalui:

🤲 Solat berjemaah
🌙 Terawih & witir
🤝 Ukhuwwah & kebersamaan komuniti

Semoga setiap langkah kita ke surau,
setiap rakaat yang didirikan,
dan setiap doa yang dipanjatkan
menjadi saksi di sisi Allah SWT 🤍

🌙 Ramadhan Kareem
Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada sebelumnya🌸




dijemput memeriahkan kuliah bulanan bulan ini
08/06/2023

dijemput memeriahkan kuliah bulanan bulan ini

kuliah pada malam ini
12/01/2023

kuliah pada malam ini

jangan lupa temu janji kita pada malam ini
15/12/2022

jangan lupa temu janji kita pada malam ini

Ciri-ciri apakah yang perlu kita kenali sebelum diangkat sebagai pemimpin?Semua dijemput hadirSurau An Najihin Maybank I...
07/11/2022

Ciri-ciri apakah yang perlu kita kenali sebelum diangkat sebagai pemimpin?

Semua dijemput hadir

Surau An Najihin Maybank Islamik 562731103693

Alhamdulillah...pembukaan Masjid Besar Kota Kemuninh yang dinantikan selama ini.Maybank IslamicMasjid Kota Kemuning56278...
07/11/2022

Alhamdulillah...

pembukaan Masjid Besar Kota Kemuninh yang dinantikan selama ini.

Maybank Islamic
Masjid Kota Kemuning
562786020202

بسم الله الرحمن الرحيم…

Bagaimana Rasulullah mencintai Al-Quran sedangkan baginda tidak pandai membaca?Bagaimana p**a baginda mengamalkannya? Se...
12/10/2022

Bagaimana Rasulullah mencintai Al-Quran sedangkan baginda tidak pandai membaca?

Bagaimana p**a baginda mengamalkannya?

Sekuat mana cinta kita pada Rasul dan mukjizat ini?

Semoga persoalan terjawab nanti..

Semua dijemput hadir.

09/10/2022
semua dijemput hadir hari ini
06/10/2022

semua dijemput hadir hari ini

14/07/2022

AsSalamualaikom WBT Anak² Kariah SANKK yang dirahmati Allah SWT.

Sukacitanya dimaklumkan pengurusan SANKK akan menganjurkan _*Majlis Perdana Bacaan Surah Yaasin, Tahlil Arwah & Doa Selamat*_ khusus untuk anak² Kariah SANKK serta Muslimin & Muslimat Kariah Kota Kemuning amnya akan diadakan selepas solat Maghrib hari ini di Surau An-Najihin. Kariah boleh memberi nama orang yang disayangi untuk majlis tahlil pada malam ini.

Mewakili barisan Ahli Jawatankuasa SANKK, saya menyeru anak2 Kariah SANKK yg berkelapangan utk bersama mengimarahkan Surau kita pada malam ini.

Jamuan makanan & minuman disediakan selepas majlis berakhir.

Terima Kasih.

Setiausaha SANKK.
Ayob Bin Ghazali.

Address

Shah Alam
40460

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau An Najihin Kota Kemuning posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share