SK Taman Sri Muda 2

SK Taman Sri Muda 2 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SK Taman Sri Muda 2, Public School, Sekolah Kebangsaan Taman sri muda 2 shah alam, Shah Alam.

πŸ‡²πŸ‡Ύ SAMBUTAN PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN πŸ‡²πŸ‡ΎTarikh : 14 Ogos 2026Sesi : PagiHari : JumaatMasa : 8.00 pagi - 9.00 pagiTempa...
24/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SAMBUTAN PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN πŸ‡²πŸ‡Ύ

Tarikh : 14 Ogos 2026
Sesi : Pagi
Hari : Jumaat
Masa : 8.00 pagi - 9.00 pagi
Tempat : Dewan Semarak SK Taman Sri Muda (2)

Alhamdulillah, Sambutan Pelancaran Bulan Kebangsaan telah berlangsung dengan penuh meriah dan semangat patriotik. πŸ‡²πŸ‡Ύβ€οΈ

Semoga sambutan ini dapat menyemarakkan semangat cintakan negara serta memupuk rasa bangga menjadi rakyat Malaysia dalam kalangan seluruh warga sekolah.

Malaysia Madani: Kesejahteraan Dinikmati! πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨

❀️

πŸ’«Majlis Pelancaran Agihan Fidyah MAIS Wang Saku Pelajar 2026Pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menjemput wak...
21/08/2026

πŸ’«Majlis Pelancaran Agihan Fidyah MAIS Wang Saku Pelajar 2026

Pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menjemput wakil-wakil Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah-sekolah terpilih dalam kalangan Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSFAM) untuk turut hadir serta ke Majlis Pelancaran Program Agihan Fidyah MAIS Wang Saku yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa,Klang pada 20 Ogos 2026.
Majlis ini dirasmikan oleh Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor,YBHG. Tuan Haji Mohd Sabirin bin Mohd Sarbini.

Sekolah Kebangsaan Taman Sri Muda (2) telah turut serta dalam majlis ini melibatkan Guru Besar,Penolong Kanan,Guru Penyelaras dan 3 wakil murid dalam program MAIS.

Program Agihan Fidyah MAIS Wang Saku merupakan inisiatif pihak MAIS untuk meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan untuk terus menampung perbelanjaan makanan dan minuman murid. Setiap murid yang terpilih layak menerima kupon wang sebanyak RM500 yang diberikan RM5 sehari bagi perbelanjaan makanan dan minuman di kantin sepanjang tempoh persekolahan.

Diharapkan program ini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang untuk terus meringankan beban golongan keluarga yang kurang berkemampuan.

❀️

πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨ SAMBUTAN PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN 2026 βœ¨πŸ‡²πŸ‡ΎAlhamdulillah, telah berlangsung Sambutan Pelancaran Bulan Kebangsaan 2...
20/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨ SAMBUTAN PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN 2026 βœ¨πŸ‡²πŸ‡Ύ

Alhamdulillah, telah berlangsung Sambutan Pelancaran Bulan Kebangsaan 2026 bagi Sesi Petang pada 14 Ogos 2026 (Jumaat) bertempat di Dewan Semarak, SK Taman Sri Muda (2).

Sambutan ini diadakan bagi menyemarakkan semangat patriotisme, cintakan negara serta menghayati erti kemerdekaan dalam kalangan warga sekolah. πŸ‡²πŸ‡Ύβ€οΈ

Pelbagai aktiviti menarik telah disusun bagi memeriahkan Bulan Kebangsaan serta memberi peluang kepada murid untuk menzahirkan rasa bangga sebagai anak Malaysia. πŸŽ‰

πŸ“… Tarikh: 14 Ogos 2026
πŸ“† Hari: Jumaat
⏰ Masa: 2.00 – 3.30 petang
πŸ“ Tempat: Dewan Semarak, SK Taman Sri Muda (2)
πŸŒ‡ Sesi: Petang

Semoga sambutan ini terus menyemai rasa sayang, bangga dan setia kepada tanah air dalam diri setiap murid. β€οΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

❀️

🦟🍽️ TAKLIMAT PENCEGAHAN DEMAM DENGGI & KEBERSIHAN PEMAKANAN DI KANTIN 🍽️🦟Alhamdulillah, telah berlangsung Taklimat Berka...
20/08/2026

🦟🍽️ TAKLIMAT PENCEGAHAN DEMAM DENGGI & KEBERSIHAN PEMAKANAN DI KANTIN 🍽️🦟

Alhamdulillah, telah berlangsung Taklimat Berkaitan Pencegahan dan Pelaporan Kes Demam Denggi serta Kebersihan Pemakanan di Kantin bagi Sesi Pagi pada 13 Ogos 2026 (Khamis) bertempat di Dewan Semarak, SK Taman Sri Muda (2).

Taklimat ini bertujuan meningkatkan kesedaran warga sekolah tentang langkah-langkah pencegahan demam denggi, kepentingan pelaporan kes dengan segera serta amalan kebersihan dan keselamatan makanan di kantin sekolah. 🧹🦟πŸ₯—

Melalui taklimat ini, diharapkan semua warga sekolah dapat bersama-sama memainkan peranan dalam memastikan persekitaran sekolah sentiasa bersih, selamat dan kondusif, di samping mengamalkan pemakanan yang bersih dan sihat. 🌿✨

πŸ“… Tarikh: 13 Ogos 2026
πŸ“† Hari: Khamis
πŸ“ Tempat: Dewan Semarak, SK Taman Sri Muda (2)
🌞 Sesi: Pagi

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan taklimat ini. Semoga usaha bersama ini dapat membentuk budaya sekolah yang lebih bersih, sihat dan prihatin terhadap kesihatan. πŸ’š

❀️

🦷✨ PROGRAM PENJAGAAN GIGI BERSAMA PEPSODENT ✨🦷Alhamdulillah, telah berlangsung Program Penjagaan Gigi Bersama Pepsodent ...
20/08/2026

🦷✨ PROGRAM PENJAGAAN GIGI BERSAMA PEPSODENT ✨🦷

Alhamdulillah, telah berlangsung Program Penjagaan Gigi Bersama Pepsodent melibatkan murid Tahap 1 Tahun 1 pada 11 Ogos 2026 (Selasa).

Program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada murid tentang kepentingan menjaga kebersihan dan kesihatan gigi, di samping membimbing mereka mengamalkan teknik penjagaan gigi yang betul sejak usia muda. πŸͺ₯😁

Murid-murid turut berpeluang mengikuti sesi pembelajaran yang menarik dan interaktif, menjadikan pendidikan penjagaan gigi lebih menyeronokkan dan mudah difahami. 🌟

πŸ“… Tarikh: 11 Ogos 2026
πŸ“† Hari: Selasa
⏰ Masa: 3.20 – 3.50 petang
πŸ‘§πŸ»πŸ‘¦πŸ» Sasaran: Murid Tahap 1 Tahun 1

Semoga program ini dapat memupuk kesedaran dalam diri murid untuk sentiasa menjaga kesihatan gigi dan mengamalkan gaya hidup yang sihat. πŸ¦·πŸ’™

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. 🌷

❀️

✨ PROGRAM WAKALAH 2026 ✨Alhamdulillah, telah berlangsung Program Wakalah pada 7 hingga 9 Ogos 2026 bertempat di Kem Bumi...
20/08/2026

✨ PROGRAM WAKALAH 2026 ✨

Alhamdulillah, telah berlangsung Program Wakalah pada 7 hingga 9 Ogos 2026 bertempat di Kem Bumi Jati, Jalan Kebun. 🌿

Program ini memberi peluang kepada para peserta untuk membina keyakinan diri, semangat kerjasama, disiplin serta kemahiran kepimpinan melalui pelbagai aktiviti yang menarik dan mencabar. πŸ’ͺ🏻🀝🏻

Semoga segala pengalaman dan ilmu yang diperoleh sepanjang program ini dapat menjadi kenangan bermakna serta memberi manfaat kepada semua peserta. 🌟

πŸ“… Tarikh: 7–9 Ogos 2026
πŸ“ Tempat: Kem Bumi Jati, Jalan Kebun

Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Program Wakalah 2026! πŸ‘πŸ»βœ¨

❀️

πŸ† TAHNIAH PASUKAN BOLA BALING SK TAMAN SRI MUDA (2)!Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan Bola Bal...
07/08/2026

πŸ† TAHNIAH PASUKAN BOLA BALING SK TAMAN SRI MUDA (2)!

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan Bola Baling SK Taman Sri Muda (2) atas pencapaian cemerlang dalam Kejohanan Bola Baling MSSD Petaling Perdana 2026.

✨ Pencapaian yang diraih:
πŸ₯ˆ Naib Johan Bola Baling Kategori L12
πŸ… Tempat Ke-4 Bola Baling Kategori P12
πŸ₯‰ Tempat Ke-3 Keseluruhan Sekolah Rendah

Ucapan penghargaan dan tahniah yang tidak terhingga dirakamkan kepada para jurulatih, Encik Muhamad Nasyrul Syahmi bin Sahrom dan Encik Md Hasren bin Munit atas dedikasi, komitmen serta usaha gigih dalam membimbing pasukan sehingga berjaya mengharumkan nama sekolah.

Sekalung penghargaan dizahirkan kepada Guru Besar, Penolong Kanan Kokurikulum, barisan pentadbir, Jawatankuasa Bola Baling, PIBG serta semua pihak yang telah memberikan sokongan, kerjasama dan sumbangan secara langsung mahupun tidak langsung dalam memastikan kejayaan ini dapat direalisasikan.

Kejayaan ini merupakan hasil usaha gigih para pemain, komitmen para jurulatih, sokongan padu pihak sekolah, ibu bapa serta semua pihak yang sentiasa memberi dorongan dan kepercayaan kepada pasukan.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus berusaha, berlatih dengan lebih gigih dan melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

Syabas dan Tahniah sekali lagi kepada Pasukan Bola Baling SK Taman Sri Muda (2)!πŸ’™πŸ’›

❀️

πŸ† Karnival Bahasa Melayu Daerah Pertaling Perdana Tahun 2026πŸ“… Tarikh: 21–22 Julai 2026πŸ“ Tempat: SK Denai AlamPencapaian ...
26/07/2026

πŸ† Karnival Bahasa Melayu Daerah Pertaling Perdana Tahun 2026
πŸ“… Tarikh: 21–22 Julai 2026
πŸ“ Tempat: SK Denai Alam

Pencapaian SK Taman Sri Muda (2):
πŸ₯ˆ Naib Johan Pertandingan Bicara Berirama
πŸ₯‰ Tempat Ke-3 Pertandingan Pantun

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah mengharumkan nama sekolah dengan pencapaian yang membanggakan.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Cikgu Athirah, Cikgu Halimah, Cikgu Syafiq serta semua pihak yang telah memberikan komitmen, bimbingan dan sokongan sepanjang persediaan dan pertandingan. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan. 🌟

β™₯️

KEM PEMIMPIN MUDA 2026πŸ“… Tarikh: 11–12 Julai 2026πŸ“ Tempat: Asli Adventure Camp, Sungai Lepoh, Hulu Langat, SelangorSekola...
22/07/2026

KEM PEMIMPIN MUDA 2026
πŸ“… Tarikh: 11–12 Julai 2026
πŸ“ Tempat: Asli Adventure Camp, Sungai Lepoh, Hulu Langat, Selangor

Sekolah Kebangsaan Taman Sri Muda (2) telah berjaya menganjurkan Kem Pemimpin Muda 2026 pada 11 hingga 12 Julai 2026 bertempat di Asli Adventure Camp, Sungai Lepoh, Hulu Langat, Selangor.

Program ini bertujuan untuk membentuk dan memperkasa kepimpinan dalam kalangan pemimpin muda sekolah melalui penerapan nilai-nilai murni, semangat kerjasama, disiplin, komunikasi berkesan serta pembinaan jati diri.

Sepanjang dua hari program berlangsung, para peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti yang mencabar dan menyeronokkan, termasuk aktiviti berkumpulan, latihan kepimpinan, pembinaan sahsiah serta aktiviti luar yang menguji ketahanan fizikal dan mental.

Pengalaman ini diharapkan dapat meningkatkan keyakinan diri, memupuk semangat berpasukan dan melahirkan pemimpin yang bertanggungjawab serta berintegriti.

Di samping itu, program ini turut menjadi platform jaringan dan kolaborasi apabila pihak sekolah berpeluang menjalinkan hubungan yang lebih erat dengan pihak Asli Adventure Camp. Jaringan ini membuka ruang kepada perkongsian kepakaran, pengalaman dan kerjasama strategik dalam penganjuran program pembangunan sahsiah serta kepimpinan murid pada masa akan datang.
Semoga segala ilmu, pengalaman dan nilai positif yang diperoleh sepanjang kem ini menjadi bekalan berharga kepada para peserta dalam melaksanakan amanah sebagai pemimpin murid serta menjadi contoh teladan kepada seluruh warga sekolah.

"Pemimpin Berwibawa, Aspirasi Sekolah Cemerlang."

❀️

Address

Sekolah Kebangsaan Taman Sri Muda 2 Shah Alam
Shah Alam
40400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Taman Sri Muda 2 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category