Rodziah Ismail

Rodziah Ismail Ahli Parlimen Ampang (2022 - Kini)
Mantan ADUN Batu 3 (2008 - 2023)
Founder of the ARISE
(5)

14/07/2026
14/07/2026
RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL 2026AlHamdulillah, Ampang bersekesempatan berbahas dan meyokong RUU ni memanda...
14/07/2026

RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL 2026

AlHamdulillah, Ampang bersekesempatan berbahas dan meyokong RUU ni memandangakan dah sampai masa ianya dilaksanakn di Malaysia sekaligus mengiktiraf pekerja2 sosial sebagai satu profesion, bukan lagi sukarela shj.

Menunggu hampir 16tahun utk perkara ini direalisasikan. Seingat saya seawal 2010 telah mula diketengahkan Profesion Pekerja Sosial perlu dibangunkan (masa itu saya merupakn EXCO KEbajikan Selangor). 6 Menteri dah bertukar tangan. Maka, hari ini menjadi kenyataan.

RUU ini Ada banyak perkara ditambahbaik , ttp permulaan ini adalah komitmen Reformasi Politik utk dilaksanakn disbbkan Malaysia amat2 memerlukan.


PINDAAN PERLEMBAGAAN BERKAITAN PENGASINGAN PERANAN PEGUAM NEGARA & PENDAKWA RAYA. Terimaksih YBM@Azalina Othman Said, ju...
14/07/2026

PINDAAN PERLEMBAGAAN BERKAITAN PENGASINGAN PERANAN PEGUAM NEGARA & PENDAKWA RAYA.

Terimaksih YBM@Azalina Othman Said, juga Kerajaan Madani kerana mendengar pandangan2 kami MP BBC yg telah pun bersuara bagi memastikan “”Rule Of Law” telah benar2 terlaksana.

Saya dari awal menjadi Wakilt Rakyat semenjak 2008, mengangkat sumpah dan berjanji pada diri saya dan Rakyat yg memilih utk benar2 melaksanakan 3 Prinsip CAT :
1. C : Competent - kecekapan
2. A : Accountable - bertanggungjawab
3. T: Transparent- Telus

Saya akan terus menyuarakan pandangan yg saya yakin akan memberi nafas baru kpd perubahan serta “game Changer” kepada Demokrasi Parlimen.


ADUAN RAKYAT kadang kala datang dari pelbagai  saluran. Ptg tadi saya terbaca di FB aduan ini. Terus saya majukan ke MPA...
11/07/2026

ADUAN RAKYAT kadang kala datang dari pelbagai saluran. Ptg tadi saya terbaca di FB aduan ini. Terus saya majukan ke MPAJ agar segera diambil tindakan.

Semoga membantu pihak yg mengguna jalanraya ini dan juga tksih menyampaikan. Sebaiknya urusan2 begini terus ke MPAJ atau ke pusat khidmat YB Rodziah Parlimen Ampang.

Pusat Khidmat Rakyat
Parlimen Ampang P099
30, Jalan AWF 1,
Ampang Waterfront,
68000 Ampang,
Selangor.
Tel: 03-4296 9137
Email: [email protected] 👌

⚠️ Amaran Keselamatan Jalan Raya ⚠️
Sila berhati-hati apabila melalui Simpang T Jalan Kosas 1/10, bersebelahan 3Q MRC Junior.
Penutup lurang didapati terkeluar daripada permukaan jalan dan boleh membahayakan pengguna jalan raya, terutamanya penunggang motosikal dan basikal.
Saya telah menghantar aduan melalui WhatsApp kepada MPAJ dan Indah Water tetapi pejabat mereka ditutup hari ini.
Jika ada sesiapa yang mengetahui pihak yang bertanggungjawab atau boleh membantu membuat laporan, mohon bantuan supaya tindakan segera dapat diambil sebelum berlaku kemalangan.
Mohon bantu kongsikan hantaran ini kepada keluarga, rakan-rakan dan pengguna jalan raya yang lain. Terima kasih dan semoga semua sentiasa selamat. 🙏

09/07/2026

Ringkasan Penyata Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) di Malaysia.

Jawatankuasa Pilihan Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat membentangkan laporan bagi memperkukuh perkhidmatan OSCC melalui sesi libat urus dengan KKM, KDN, KPWKM, PDRM dan JKM serta lawatan ke tujuh hospital yang mempunyai OSCC.

Dapatan utama

* Kes OSCC semakin meningkat, daripada 9,652 kes (2020) kepada 12,906 kes (2025).
* Kes penderaan seksual turut meningkat daripada 2,699 kes kepada 4,258 kes dalam tempoh yang sama.
* Wanita merupakan majoriti mangsa, dengan 10,176 kes pada tahun 2025 berbanding 2,730 kes melibatkan lelaki.
* Keganasan rumah tangga menyumbang hampir 60% daripada keseluruhan kes OSCC (7,689 kes), dengan kebanyakan pelaku ialah pasangan suami atau isteri.
* Risiko keganasan berbeza mengikut umur:
* Kanak-kanak: penderaan fizikal, pengabaian dan pembuangan bayi.
* Remaja: penderaan seksual.
* Dewasa: keganasan rumah tangga dan keganasan pasangan intim.

Isu yang dikenal pasti

* Kelewatan dan ketidakseragaman tindakan PDRM.
* Perlindungan mangsa selepas rawatan hospital masih lemah, terutama di luar waktu pejabat.
* Kekurangan Pegawai Pelindung JKM dan ketiadaan pegawai tetap di sebahagian hospital.
* Tiada penyelarasan yang konsisten antara KKM, PDRM dan JKM.

10 syor utama

1. Menyediakan peruntukan tahunan untuk operasi OSCC.
2. Menambah peruntukan pembangunan bagi menaik taraf kemudahan OSCC.
3. Mewujudkan jawatan khusus berkaitan OSCC.
4. Memperkukuh garis panduan, audit dan sistem data bersepadu KKM.
5. Menambah baik SOP dan respons segera PDRM, termasuk latihan wajib.
6. Meminda Akta Kanak-kanak bagi memperkukuh fungsi Pelindung.
7. Menambah pegawai JKM serta mekanisme perlindungan 24 jam.
8. Melaksanakan sistem pelaporan digital sementara sebelum pendigitalan penuh.
9. Memperluas kempen kesedaran mengenai keganasan rumah tangga dan penderaan.
10. Meningkatkan promosi dan kefahaman masyarakat terhadap fungsi OSCC.

Kesimpulan

Jawatankuasa menegaskan bahawa kejayaan OSCC bukan sekadar kewujudannya di hospital, tetapi diukur melalui keupayaan memberikan rawatan segera, perlindungan menyeluruh, sokongan psikososial, akses kepada keadilan dan penyelarasan berkesan antara KKM, PDRM, JKM serta agensi berkaitan, supaya mangsa dapat keluar daripada kitaran keganasan dan memulakan proses pemulihan dengan selamat.

YB Rodziah Ismail
Ahli Parlimen Ampang

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 🙏Alhamdulillah, episod pertama Podcast Karnival Kesihatan Ampang 2026 kini sud...
09/07/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 🙏

Alhamdulillah, episod pertama Podcast Karnival Kesihatan Ampang 2026 kini sudah LIVE di YouTube!

🎙️ Episod 1: Kesihatan Wanita — Tunggak Keluarga

Bersama YB Puan Hajah Rodziah binti Ismail, Dr. Afiqah (Astana Medical Ampang) & Dr. Kelly (Klinik As Salam)

👉 https://youtu.be/pWE3ebeDDm4

Mohon sokongan semua pihak untuk:
✅ Tonton video penuh
✅ Like & tinggalkan komen
✅ Share ke group WhatsApp, Facebook & Instagram story masing-masing
✅ Subscribe channel supaya episod seterusnya sampai ke lebih ramai rakyat Ampang

Setiap tontonan dan share membantu kita menyebarkan mesej kesihatan komuniti kepada lebih ramai penduduk Ampang menjelang event 18 Julai ini.

Terima kasih atas sokongan semua 💪
— Kinux Digital

Episod khas Karnival Kesihatan Ampang 2026 bersama YB Puan Hajah Ro...

Dapat kunjungan dgn Sahabat2 ke Parlimen utk mengucapkn selamat Hari Lahir kpd saya…..Selain dari ucapan2 yg tak putus d...
09/07/2026

Dapat kunjungan dgn Sahabat2 ke Parlimen utk mengucapkn selamat Hari Lahir kpd saya…..
Selain dari ucapan2 yg tak putus dari kenalan dan taulan.

Terimaksih semua. Doa kalian peniup semangat buat saya dan semoga ianya dimaqbulkn.

😍🥰

Hari ni saya selaku Naib Pengerusi JK Pilihan Wanita,Kanak2 & Pembangunan Masyarakat, Membentangkan satu kertas Penyata ...
09/07/2026

Hari ni saya selaku Naib Pengerusi JK Pilihan Wanita,Kanak2 & Pembangunan Masyarakat, Membentangkan satu kertas Penyata berkaitan OSCC Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu Krisis OSCC di Hospital.

Satu kemudahan sistem sosial Rakyat sepatutnya diberikan dengan sebaiknya. Setelah 40tahun beroperasi, sampai masa utk tambahbaik & perbaiki agar roh atau objektif telah tercapai.

Dapatan spt banyak perkara perlu diambil tindakan. Pihak Kerajaan perlu ambil serious perkara ni.

Address

Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Ampang, 29-1, Jalan AWF 1, Ampang Waterfront, 68000 Ampang, , Pusat Khidmat Rakyat Dewan Negeri Batu Tiga, No. 93, Tingkat 1, Jalan Pelabur B 23/B, Seksyen 23
Shah Alam
40300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rodziah Ismail posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Rodziah Ismail:

Shortcuts

Share

Category