Lembaga Urus Air Selangor

Lembaga Urus Air Selangor A State of Selangor's agency who manages water resources. Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) is responsible in managing the State of Selangor's water resources.

LUAS integrates actions with other relevant agencies in making sure the availability and the quality of water resources.

Ini adalah antara usaha kerjasama LUAS bersama institusi pendidikan di Negeri Selangor. Semoga bermanfaat dan menyumbang...
03/09/2026

Ini adalah antara usaha kerjasama LUAS bersama institusi pendidikan di Negeri Selangor. Semoga bermanfaat dan menyumbang kepada pembangunan murid dan pelajar.






{HEBAHAN}LUAS telah menghadiri Bengkel Focus Group Discussion (FGD) bagi Pencalonan Tapak Flyway Network Site (FNS) Buru...
03/09/2026

{HEBAHAN}

LUAS telah menghadiri Bengkel Focus Group Discussion (FGD) bagi Pencalonan Tapak Flyway Network Site (FNS) Burung Hijrah di Negeri Selangor yang berlangsung pada 2 hingga 4 September 2026 bertempat di Hotel De Palma Kuala Selangor.

Kehadiran LUAS diwakili Pn. Nur Shahirai Binti Abd Razak, Penolong Jurutera.

Bengkel yang dianjurkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Negeri Selangor dengan kerjasama Malaysia Nature Society (MNS) ini bertujuan mendapatkan pandangan dan input daripada pihak berkepentingan bagi pencalonan tapak Flyway Network Site (FNS) di kawasan yang terlibat, khususnya Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Klang.

Antara pengisian bengkel termasuk sesi perkongsian berkaitan East Asian–Australasian Flyway Partnership (EAAFP), pengurusan tapak jaringan Flyway, pemantauan burung air hijrah, perbincangan kumpulan sasaran serta penyediaan dan pemuktamadan Site Information Sheet (SIS).

Penyertaan LUAS dalam sesi ini merupakan usaha berterusan dalam memperkukuh kerjasama antara agensi serta menyokong usaha pemeliharaan ekosistem perairan dan biodiversiti di Negeri Selangor.






Semakan dan rondaan diteruskan LUAS bagi pematuhan syarat lesen Kebenaran Bertulis (KB) aktiviti pengubahan sumber di Go...
03/09/2026

Semakan dan rondaan diteruskan LUAS bagi pematuhan syarat lesen Kebenaran Bertulis (KB) aktiviti pengubahan sumber di Gombak. Aktiviti pengubahan sumber merupakan aktiviti-aktiviti yang dijalankan melibatkan atau memberi impak kepada sumber air. Pemantauan LUAS hari ini melibatkan aktiviti baik pulih tebing sungai.

Pemantauan LUAS adalah untuk memastikan pemegang lesen mematuhi syarat yang telah ditetapkan selain memastikan tiada sebarang aktiviti yang berisiko mengundang kepada permasalahan sumber air.

Berdasarkan semakan di tapak, kerja-kerja baik pulih tebing masih belum dilaksanakan. Pasukan LUAS akan melaksanakan pemantauan/rondaan susulan bagi memastikan kerja-kerja tersebut tidak menjejaskan/memberi impak kepada sumber air berhampiran. Secara keseluruhannya, keadaan semasa di lapangan dalam keadaan baik dan terkawal. Sedar, cakna dan bertindak.







Semakan dan rondaan diteruskan LUAS bagi pematuhan syarat lesen Kebenaran Bertulis (KB) aktiviti pengubahan sumber di Ke...
03/09/2026

Semakan dan rondaan diteruskan LUAS bagi pematuhan syarat lesen Kebenaran Bertulis (KB) aktiviti pengubahan sumber di Kelana Jaya dan Petaling. Aktiviti pengubahan sumber merupakan aktiviti-aktiviti yang dijalankan melibatkan atau memberi impak kepada sumber air. Pemantauan LUAS hari ini melibatkan aktiviti kerja tanah dan pembangunan.

Pemantauan LUAS adalah untuk memastikan pemegang lesen mematuhi syarat yang telah ditetapkan selain memastikan tiada sebarang aktiviti yang berisiko mengundang kepada permasalahan sumber air. Berdasarkan semakan di tapak, aktiviti kerja tanah sedang dilaksanakan manakala, projek pembangunan masih belum dilaksanakan. Pasukan LUAS akan melaksanakan pemantauan/rondaan susulan bagi memastikan kerja-kerja tersebut tidak menjejaskan/memberi impak kepada sumber air berhampiran. Secara keseluruhannya, keadaan semasa melibatkan lokasi tersebut dalam keadaan baik dan terkawal. Sedar, cakna dan bertindak.







Hari ini LUAS ke Seksyen 14, Seksyen U15, Shah Alam dan Kundang bagi melakukan pemantauan terhadap pematuhan lesen Kemas...
03/09/2026

Hari ini LUAS ke Seksyen 14, Seksyen U15, Shah Alam dan Kundang bagi melakukan pemantauan terhadap pematuhan lesen Kemasukan dan Pelepasan Bahan Pencemar melibatkan tapak projek aktiviti pembangunan. Pemantauan hari ini dijalankan untuk memastikan pemegang lesen mematuhi syarat dan had piawaian yang telah ditetapkan oleh LUAS serta memberi peringatan agar tiada sebarang aktiviti yang boleh merisikokan sumber air berhampiran tapak.

Hasil pemeriksaan LUAS mendapati pemegang lesen patuh akan syarat dan had piawaian yang telah ditetapkan di dalam memastikan keselamatan tapak serta sumber air berhampiran sentiasa berada dalam keadaan terjaga/terkawal. Sedar, cakna dan bertindak.







LUAS hari ini ke Jeram, Klang dan Shah Alam bagi melakukan pemantauan terhadap pematuhan aktiviti abstraksi air bumi dan...
03/09/2026

LUAS hari ini ke Jeram, Klang dan Shah Alam bagi melakukan pemantauan terhadap pematuhan aktiviti abstraksi air bumi dan air permukaan. Pemeriksaan melibatkan aktiviti penternakan tiram, latok-latok dan rumpai laut, aktiviti membancuh simen serta perindustrian.

Semakan LUAS mendapati aktiviti-aktiviti tersebut patuh kepada syarat-syarat Lesen Abstraksi Air Bumi dan Air Permukaan yang dikeluarkan oleh LUAS.

LUAS proaktif menjalankan pemantauan terhadap aktiviti pengambilan air permukaan dan air bumi di Selangor demi memastikan jumlah pengambilan serta penggunaanya adalah terkawal. Pastikan juga anda memperoleh lesen daripada LUAS terlebih dahulu sebelum sebarang aktiviti abstraksi air dijalankan. Sedar, cakna dan bertindak.







Hari ini LUAS ke Puncak Alam bagi melakukan pemantauan terhadap pematuhan lesen Kemasukan dan Pelepasan Bahan Pencemar m...
03/09/2026

Hari ini LUAS ke Puncak Alam bagi melakukan pemantauan terhadap pematuhan lesen Kemasukan dan Pelepasan Bahan Pencemar melibatkan tapak projek aktiviti kerja tanah/pembangunan. Pemantauan hari ini dijalankan untuk memastikan pemegang lesen mematuhi syarat dan had piawaian yang telah ditetapkan oleh LUAS serta memberi peringatan agar tiada sebarang aktiviti yang boleh merisikokan sumber air berhampiran tapak.

Hasil pemeriksaan LUAS mendapati pemegang lesen patuh akan syarat dan had piawaian yang telah ditetapkan di dalam memastikan keselamatan tapak serta sumber air berhampiran sentiasa berada dalam keadaan terjaga/terkawal. Sedar, cakna dan bertindak.







Semakan dan rondaan diteruskan LUAS bagi pematuhan syarat lesen Kebenaran Bertulis (KB) aktiviti pengubahan sumber di Ba...
02/09/2026

Semakan dan rondaan diteruskan LUAS bagi pematuhan syarat lesen Kebenaran Bertulis (KB) aktiviti pengubahan sumber di Batang Kali, daerah Hulu Selangor. Aktiviti pengubahan sumber merupakan aktiviti-aktiviti yang dijalankan melibatkan atau memberi impak kepada sumber air. Pemantauan LUAS hari ini melibatkan aktiviti pembangunan.

Pemantauan LUAS adalah untuk memastikan pemegang lesen mematuhi syarat yang telah ditetapkan selain memastikan tiada sebarang aktiviti yang berisiko mengundang kepada permasalahan sumber air. Berdasarkan semakan di tapak, kerja-kerja pembangunan masih belum dilaksanakan lagi.

Pasukan LUAS akan melaksanakan pemantauan/rondaan susulan bagi memastikan kerja-kerja tersebut tidak menjejaskan/memberi impak kepada sumber air berhampiran. Secara keseluruhannya, keadaan aliran Sungai Hulu Tamu dalam keadaan baik dan terkawal. Sedar, cakna dan bertindak.







LUAS hari ini turut memantau dan menjalankan siasatan tapak di kawasan mukim Serendah, Daerah Hulu Selangor berkenaan le...
02/09/2026

LUAS hari ini turut memantau dan menjalankan siasatan tapak di kawasan mukim Serendah, Daerah Hulu Selangor berkenaan lesen Kebenaran Bertulis (KB) LUAS bagi permohonan ulasan permit khas pengeluaran bijih besi. Ulasan daripada agensi teknikal seperti LUAS adalah penting bagi memastikan aktiviti yang dijalankan ini tidak menjejaskan kualiti dan kuantiti sumber air yang berada berhampiran tapak. Secara keseluruhannya, keadaan semasa di lokasi berkaitan dalam keadaan baik dan terkawal. Sedar, cakna dan bertindak.







{HEBAHAN}LUAS menyertai Latihan Pemantapan Pasukan Juru Audit Dalaman MS ISO 9001:2015 & MS 1900:2014 yang berlangsung s...
02/09/2026

{HEBAHAN}

LUAS menyertai Latihan Pemantapan Pasukan Juru Audit Dalaman MS ISO 9001:2015 & MS 1900:2014 yang berlangsung selama 2 hari bermula pada hari ini sehingga esok di SIRIM Academy Sdn. Bhd., Shah Alam.

Latihan ini melibatkan seramai 30 orang kakitangan LUAS yang dikendalikan oleh konsultan yang dilantik di bawah SIRIM Academy.

LUAS telah disijilkan dengan sistem kualiti MS ISO 9001:2015 dan MS1900:2014 bermula daripada 20 Mac 2015. Diharapkan bengkel ini dapat meningkatkan lagi kemahiran kakitangan LUAS berkaitan sebagai juru audit kualiti dalaman LUAS dan seterusnya membantu pelaksanaan sistem kualiti yang lebih berkesan di LUAS.






Address

Tingkat 12 & 13, Bangunan Darul Ehsan, No. 3, Jalan Indah, Seksyen 14
Shah Alam
40000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60355111800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lembaga Urus Air Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Lembaga Urus Air Selangor:

Share