Yayasan MBI

Yayasan MBI Akaun Rasmi Yayasan MBI yang mendukung usaha Pendidikan, Pembangunan Komuniti, Kelestarian dan Pembangunan Usahawan Negeri Selangor.

Bingkisan program ringkas Yayasan MBI bersama pihak StudyGermany mengiringi keberangkatan atlet muda bola sepak wanita S...
04/09/2026

Bingkisan program ringkas Yayasan MBI bersama pihak StudyGermany mengiringi keberangkatan atlet muda bola sepak wanita Selangor, Qaseh Rania Khairul Najib, yang bakal meneruskan perjalanan kariernya di Jerman bersama Fortuna Düsseldorf U17.

Qaseh Rania juga merupakan antara atlet muda yang mendapat tajaan daripada Yayasan MBI sebagai sebahagian daripada komitmen Yayasan MBI dalam menyokong pembangunan bakat dan potensi anak-anak Selangor.

Yayasan MBI berharap pengalaman Qaseh Rania di Jerman menjadi platform untuk beliau terus mengasah bakat, membina keyakinan dan mencapai potensi terbaik dalam bidang sukan. Semoga segala usaha dan perjuangan ini menjadi permulaan kepada perjalanan yang lebih jauh dalam mengharumkan nama Selangor dan Malaysia di pentas dunia.



04/09/2026

Pagi ini, Yayasan MBI bersama pihak StudyGermany berkesempatan mengiringi keberangkatan atlet muda bola sepak wanita Selangor, Qaseh Rania Khairul Najib, yang bakal meneruskan perjalanan kariernya di Jerman bersama Fortuna Düsseldorf U17.

Melalui inisiatif StudyGermany, peluang seperti ini membuka ruang kepada pelajar dan atlet muda Malaysia untuk meneroka pengalaman pendidikan, pembangunan diri serta pendedahan sukan di Jerman. Program Student Athlete yang diperkenalkan StudyGermany turut menggabungkan aspirasi pendidikan dengan peluang pembangunan bola sepak di Jerman.

Qaseh Rania juga merupakan antara atlet muda yang mendapat tajaan daripada Yayasan MBI sebagai sebahagian daripada komitmen Yayasan MBI dalam menyokong pembangunan bakat dan potensi anak-anak Selangor.

Yayasan MBI berharap agar perjalanan Qaseh Rania di Jerman menjadi langkah penting dalam membina masa depan yang lebih gemilang, bukan sahaja sebagai seorang atlet, tetapi juga sebagai anak muda yang mampu mengharumkan nama Selangor dan Malaysia di persada antarabangsa.



TAHNIAH SES x ESPORTSLAH FESTIVAL 2026!Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga SRG Esports School (SES) atas k...
30/08/2026

TAHNIAH SES x ESPORTSLAH FESTIVAL 2026!

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga SRG Esports School (SES) atas kejayaan penganjuran SES x EsportsLAH Festival 2026 yang menjadi kemuncak kepada pelaksanaan program pembangunan e-sukan melibatkan 100 pelajar daripada 10 sekolah di seluruh Selangor.

Majlis penutup yang berlangsung di Spacerubix, Puchong turut disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor, yang hadir bagi meraikan kejayaan dan pencapaian para peserta SES 2026.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBI Selangor, Dato’ Ts. Saipolyazan M. Yusop serta Ketua Yayasan MBI, En. Ahmad Azri Zainal Nor, selaku wakil Yayasan MBI sebagai penaja rasmi SRG Esports School.

Program ini bukan sekadar mencungkil bakat dalam arena e-sukan, malah memberi pendedahan kepada para pelajar dalam aspek disiplin, kerja berpasukan, komunikasi, pengurusan acara, penciptaan kandungan, penjenamaan, etika dan kepimpinan.

Yayasan MBI kekal komited dalam menyokong pembangunan bakat muda Selangor melalui pendekatan yang menggabungkan pendidikan, pembangunan kemahiran dan e-sukan, demi melahirkan generasi muda yang berdaya saing serta bersedia menerokai peluang dalam ekosistem digital dan e-sukan.

Sekalung tahniah kepada SMK Saujana Utama yang muncul sebagai Juara Sulung SRG e-Sports School 2026, serta tahniah kepada semua sekolah dan peserta yang telah memberikan saingan terbaik sepanjang program. 🏆👏



🇲🇾 SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-69! 🇲🇾Yayasan MBI mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69 kepada seluruh rakya...
30/08/2026

🇲🇾 SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-69! 🇲🇾

Yayasan MBI mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Semoga semangat kemerdekaan terus menyatukan kita untuk membina Malaysia yang lebih maju, sejahtera dan harmoni.

Malaysia Madani, Kesejahteraan Dinikmati.





30/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-69! 🇲🇾

Semangat kemerdekaan bukan sekadar mengenang sejarah, tetapi terus menyemarakkan tekad untuk membina Malaysia yang lebih maju, harmoni dan sejahtera.

Ayuh kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dengan memperkukuh perpaduan, menghargai kepelbagaian serta berganding bahu mencipta masa depan yang lebih baik untuk generasi akan datang.

Dari Selangor untuk Malaysia, kita terus melangkah bersama dan Memacu Kehidupan.

Malaysia Madani, Kesejahteraan Dinikmati!

🇲🇾 Merdeka! Merdeka! Merdeka!

30/08/2026

Bingkisan program penyampaian sumbangan kepada beberapa penerima di sekitar DUN Sungai Burung, Sekinchan, melibatkan mangsa ribut, keluarga yang berdepan masalah kesihatan, golongan nelayan serta mangsa kebakaran.

Sumbangan ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Ng Suee Lim, ADUN Sekinchan merangkap EXCO Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Selangor.

Yayasan MBI akan terus cakna dan komited dalam menyantuni keperluan masyarakat, khususnya mereka yang berdepan cabaran dan memerlukan sokongan, demi memastikan kebajikan rakyat Selangor terus terbela.



Semalam telah berlangsung program penyampaian sumbangan kepada beberapa penerima di sekitar DUN Sungai Burung, Sekinchan...
30/08/2026

Semalam telah berlangsung program penyampaian sumbangan kepada beberapa penerima di sekitar DUN Sungai Burung, Sekinchan, melibatkan mangsa ribut, keluarga yang berdepan masalah kesihatan, golongan nelayan serta mangsa kebakaran.

Sumbangan ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Ng Suee Lim, ADUN Sekinchan merangkap EXCO Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Selangor.

Yayasan MBI akan terus cakna dan komited dalam menyantuni keperluan masyarakat, khususnya mereka yang berdepan cabaran dan memerlukan sokongan, demi memastikan kebajikan rakyat Selangor terus terbela.



29/08/2026

Yayasan MBI dibawah MBI Selangor merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh warga Kolej Tingkatan Enam (Prauniversiti) Gombak (KTEGO) atas pencapaian membanggakan dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik STPM 2025.

Majlis yang telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Amirudin Shahre, Dato' Menteri Besar Selangor adalah bagi meraihkan Kejayaan KTEGO yang mencatat kedudukan ke-2 terbaik di daerah Gombak dan ke-5 dalam kalangan Kolej Tingkatan Enam di Selangor.

Yayasan MBI turut menyambut baik usaha Kerajaan Negeri Selangor dalam memperkukuh pendidikan prauniversiti melalui pelbagai inisiatif, termasuk Himpunan Prauniversiti Selangor (HIPSTER) yang menjadi platform memperkasa bakat, kepimpinan dan aspirasi anak-anak Selangor.

Yayasan MBI akan terus komited menyokong agenda pendidikan Negeri Selangor, membuka lebih banyak ruang dan peluang kepada generasi muda untuk mencapai kecemerlangan serta membina masa depan yang lebih gemilang.



Address

Tingkat 14, Bangunan Darul Ehsan, Jalan Indah, Section 14
Shah Alam
40000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan MBI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Yayasan MBI:

Shortcuts

Share