IAT Selangor

IAT Selangor Bahagian Industri Asas Tani, Jabatan Pertanian Negeri Selangor

09/02/2026
23/01/2026
23/01/2026
22/12/2025

π—£π—˜π—¦π—”π—‘π—”π—‘ π—žπ—˜π—₯𝗔𝗝𝗔𝗔𝗑:
π—˜π—Ÿπ—”π—žπ—žπ—”π—‘ π—§π—˜π—₯π—£π—˜π——π—”π—¬π—” π——π—˜π—‘π—šπ—”π—‘ π——π—’π—žπ—¨π— π—˜π—‘/ π—£π—”π—‘π—šπ—šπ—œπ—Ÿπ—”π—‘ π—£π—”π—Ÿπ—¦π—¨ ‼️

Jabatan Pertanian Negeri Selangor memberi peringatan kepada orang awam/ usahawan bimbingan supaya sentiasa berwaspada terhadap kegiatan penipuan oleh individu/ syarikat yang menyalahgunakan nama Jabatan Pertanian Negeri Selangor bagi mendapatkan wang/ kepentingan peribadi.

Antara modus operandi yang dikenalpasti ialah individu berkenaan mendakwa kononnya beliau merupakan pegawai di Jabatan Pertanian Negeri Selangor dan menyerahkan Pesanan Kerajaan untuk mendapatkan produk daripada orang awam/ usahawan.

Sehubungan dengan itu, Jabatan Pertanian Negeri Selangor ingin menegaskan bahawa π—§π—œπ—”π——π—” π—¦π—˜π—•π—”π—₯π—”π—‘π—š π—£π—˜π—‘π—šπ—˜π—Ÿπ—¨π—”π—₯𝗔𝗑 Surat Setuju Terima atau Pesanan Tempatan Kerajan (Local Order L/O) dikeluarkan kepada mana-mana pembekal buat masa ini berikutan akaun kerajaan telah π——π—œπ—§π—¨π—§π—¨π—£.

Oleh itu, sekiranya terdapat mana-mana orang awam/ usahawan bimbingan memperoleh L/O yang menggunakan logo Jabatan Pertanian Negeri Selangor, perkara tersebut adalah π—£π—”π—Ÿπ—¦π—¨ dan dipercayai melibatkan kegiatan penipuan (π—¦π—–π—”π— π— π—˜π—₯).

Sekiranya terdapat Individu/ Usahawan bimbingan yang mendapat dokumen LO yang dipercayai individu daripada tidak dikenali, tuan/ puan boleh berhubung terus dengan Ibu Pejabat Jabatan Pertanian Negeri Selangor bagi tujuan Verifikasi Pegawai. Jabatan Pertanian Negeri Selangor hanya akan mengeluarkan dokumen rasmi melalui saluran dan pegawai yang sah.

Kepada individu/ syarikat yang telah menjadi mangsa atau berhadapan dengan cubaan penipuan, boleh membuat laporan polis di balai polis berhampiran.

Orang awam/ usahawan bimbingan diingatkan untuk sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan sebarang tawaran atau permintaan yang meragukan demi melindungi keselamatan diri serta reputasi Jabatan Pertanian Negeri Selangor.

Jabatan Pertanian Malaysia









11/10/2025

Bukan sekadar formula jualan. Ini strategi yang terbukti berkesan, digunakan oleh usahawan F&B, fashion, jualan produk TikTok dan servis profesional untuk mencipta sales besar dengan ilmu fundamental marketing yang betul.

Address

Menara Korporat, Tingkat 8, IDCC Shah Alam, Jalan Pahat L15/L, Seksyen 15
Shah Alam
40200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60355189888

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IAT Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to IAT Selangor:

Shortcuts

Share