21/04/2026
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝐁𝐀𝐊𝐓𝐈 𝐒𝐔𝐂𝐈 𝐇𝐎𝐋𝐃𝐈𝐍𝐆𝐒 𝐒𝐃𝐍.𝐁𝐇𝐃. (𝐁𝐒𝐇𝐒𝐁) 1447𝐇/2026
Shah Alam, 15 April 2026
Suasana meriah dan penuh harmoni jelas terserlah dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Bakti Suci Holdings Sdn. Bhd. (BSHSB) yang berlangsung di Hotel Alami Garden, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengerusi BSHSB, Dato’ Mohd Khay bin Ibrahim, serta diserikan dengan kehadiran Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), YAD Dato’ Setia Haji Salehuddin Saidin, Setiausaha MAIS, Tuan Haji Mohd Sabirin bin Mohd Sarbini, barisan Anggota Agensi dan MAIS, Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Anak Syarikat, Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif Anak Syarikat MAIS, Ahli Lembaga Pengarah BSHSB serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BSHSB. Majlis berlangsung dari jam 12.00 tengah hari hingga 4.00 petang.
Penganjuran majlis ini bukan sekadar sambutan perayaan, malah menjadi platform mempererat hubungan silaturahim dan memperkukuhkan semangat kebersamaan antara agensi, anak syarikat, warga kerja serta klien syarikat. Lebih 200 jemputan hadir memeriahkan majlis yang turut diserikan dengan pelbagai juadah tradisional dan hidangan istimewa dalam suasana penuh kemesraan dan keindahan lebaran.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada seluruh warga BSHSB dan anak syarikat atas komitmen serta kerjasama dalam menjayakan penganjuran majlis ini. Semoga sambutan seumpama ini terus menyemai ukhuwah, memperkukuh silaturahim dan mengeratkan hubungan strategik dalam kalangan Agensi dan Anak Syarikat MAIS.