Perpustakaan UiTM

Perpustakaan UiTM UiTM library is also known as Tun Abdul Razak Library located in the main campus of UiTM, Shah Alam

The library was first set up in 1960 under the Rural and Industrial Development Authority (RIDA) in Petaling Jaya. In 1972 a new main library building was completed in Shah Alam and named Perpustakaan Tun Abdul Razak 1. To date the library collections totaled more than 600,500 volumes comprising books, pamphlets, conference papers, bibliographies, calendars and other non-print materials in microfo

rm format. The library also holds about 5,000 periodical titles currently subscribed or received through request/donations.

SALAM TAKZIAHإِنَّا لِلّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَDengan penuh rasa dukacita dan simpati, Ketua Pustakawan serta s...
13/06/2026

SALAM TAKZIAH

إِنَّا لِلّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Dengan penuh rasa dukacita dan simpati, Ketua Pustakawan serta seluruh warga Perpustakaan UiTM merakamkan ucapan Salam Takziah atas pemergian:

Allahyarhamah Puan Siti Aminah Ismail
Pembantu Pustakawan Kanan
UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah

yang telah kembali ke rahmatullah pada 13 Jun 2026 bersamaan 27 Zulhijjah 1447H.

Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarhamah, melimpahkan rahmat dan kasih sayang-Nya, serta menempatkan Allahyarhamah dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Doa:

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا

"Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, sejahterakanlah dia dan maafkanlah dia."
(Hadis Riwayat Muslim)

Kami juga mendoakan agar seluruh ahli keluarga dikurniakan ketabahan, kesabaran dan kekuatan dalam menghadapi saat yang penuh ujian ini.

Al-Fatihah.

Daripada:
Ketua Pustakawan dan seluruh warga Perpustakaan UiTM.



Hari ini, kami merekodkan artikel ke-500 dalam Repositori Memori UiTM, menghimpunkan kisah, tokoh, peristiwa dan pencapa...
13/06/2026

Hari ini, kami merekodkan artikel ke-500 dalam Repositori Memori UiTM, menghimpunkan kisah, tokoh, peristiwa dan pencapaian yang membentuk identiti Dewan Latehan RIDA – Maktab MARA – ITM – UiTM merentasi generasi. Repositori ini turut mencatat 341,867 hits, membuktikan minat dan penghargaan warga universiti serta masyarakat terhadap khazanah sejarah institusi.

Perjuangan panjang ini merakam bukti perjalanan sebuah institusi yang memperjuangkan ilmu, memelihara warisan, merakam memori kolektif dan membina masa depan. Setiap artikel menjadi saksi kepada legasi kecemerlangan yang terus diwariskan dari satu generasi ke generasi berikutnya melalui Repositori Memori UiTM.

Hayati kisah dan sejarah yang diterjemahkan di https://library.uitm.edu.my/uitmmemory/





𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐀𝐓𝐀𝐍!!!𝐖𝐀𝐒𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐓𝐀𝐊𝐓𝐈𝐊 𝐏𝐄𝐍𝐈𝐏𝐔𝐀𝐍 𝐒𝐂𝐀𝐌𝐌𝐄𝐑 𝐓𝐄𝐑𝐊𝐈𝐍𝐈Universiti Teknologi MARA (UiTM) memandang serius tindakan pihak tid...
13/06/2026

𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐀𝐓𝐀𝐍!!!
𝐖𝐀𝐒𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐓𝐀𝐊𝐓𝐈𝐊 𝐏𝐄𝐍𝐈𝐏𝐔𝐀𝐍 𝐒𝐂𝐀𝐌𝐌𝐄𝐑 𝐓𝐄𝐑𝐊𝐈𝐍𝐈

Universiti Teknologi MARA (UiTM) memandang serius tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang semakin berani menyalahgunakan nama dan identiti pegawai pengurusan tertinggi universiti bagi tujuan penipuan, termasuk mengemukakan tawaran pembekalan, pesanan tempatan (Local Order) dan urusan perolehan palsu.

Orang ramai, syarikat pembekal, kontraktor serta rakan strategik UiTM dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan membuat semakan terlebih dahulu terhadap sebarang dokumen, panggilan telefon, mesej atau e-mel yang mencurigakan menggunakan nama atau logo UiTM.

⚠️ Jangan membuat sebarang pembayaran, pembelian atau penghantaran barangan tanpa pengesahan rasmi daripada pihak universiti.
UiTM tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang berpunca daripada urusan dengan individu atau pihak yang menyamar sebagai wakil universiti.

Marilah kita bersama-sama membanteras penipuan dengan sentiasa menyemak kesahihan maklumat sebelum mengambil sebarang tindakan.

𝗨𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶𝘁𝗶 𝗨𝗻𝗴𝗴𝘂𝗹 𝗣𝗲𝗺𝗮𝗰𝘂 𝗕𝘂𝗺𝗶𝗽𝘂𝘁𝗲𝗿𝗮 𝗣𝗿𝗼𝗳𝗲𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹
اوسها تقوى موليا

TAHNIAH ATAS PELANTIKANSetinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada YBhg. Dato’ Sri Ab Rahim Ab Rahman atas pelantikan seba...
12/06/2026

TAHNIAH ATAS PELANTIKAN

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada YBhg. Dato’ Sri Ab Rahim Ab Rahman atas pelantikan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti, berkuat kuasa mulai 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447.

Seluruh warga universiti mendoakan agar YBhg. Dato’ Sri dikurniakan segala kelancaran, kekuatan, dan keberkatan dalam menggalas amanah ini demi memacu kecemerlangan serta agenda transformasi UiTM ke tahap yang lebih tinggi. Selamat menjalankan tugas!

Ucapan tulus ikhlas daripada Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Naib Canselor, Pengurusan Eksekutif, serta seluruh warga UiTM.




⚖️ MENCARI SUMBER RUJUKAN UNDANG-UNDANG YANG SAHIH DAN TERKINI?Kini warga UiTM boleh mengakses eLaw.my, pangkalan data p...
12/06/2026

⚖️ MENCARI SUMBER RUJUKAN UNDANG-UNDANG YANG SAHIH DAN TERKINI?

Kini warga UiTM boleh mengakses eLaw.my, pangkalan data perundangan terbesar di Malaysia melalui PERMATA UiTM!

📚 Akses pelbagai sumber undang-undang, kes mahkamah, akta, peraturan dan bahan rujukan profesional untuk menyokong pembelajaran, pengajaran serta penyelidikan anda.

Cara Akses
🔹 Log masuk ke PERMATA UiTM
🔹 Information Resources → Online Resources → Online Database
🔹 Pilih eLaw.my

🌐 https://permata.uitm.edu.my

⚠️ Awareness Penggunaan
🔐 Jangan kongsi ID dan kata laluan akses anda.
📖 Gunakan untuk tujuan akademik, pembelajaran dan penyelidikan sahaja.
©️ Hormati hak cipta dan harta intelek.
👨‍🎓 Akses adalah untuk warga UiTM dan pengguna yang dibenarkan sahaja.

💡 Right Information. Right Time. Right Future.

Sejarah sesebuah institusi bukan sekadar catatan peristiwa lampau, malah merupakan memori kolektif yang membentuk identi...
11/06/2026

Sejarah sesebuah institusi bukan sekadar catatan peristiwa lampau, malah merupakan memori kolektif yang membentuk identiti, nilai dan hala tuju organisasi. Dalam era transformasi digital yang pesat, usaha memelihara warisan institusi menjadi semakin penting bagi memastikan setiap rekod, dokumen dan naratif sejarah terus terpelihara sebagai sumber rujukan yang sahih untuk generasi akan datang.

Melalui perkongsian “Memaknakan Warisan sebagai Memori Kolektif: Kepentingan Pemeliharaan Sejarah Institusi” oleh Encik Muhamad Mansur bin Ahmad Kusosi, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Konservasi, Jabatan Warisan Negara, warga UiTM dan masyarakat memperoleh pemahaman mengenai peranan warisan dokumentari dalam membentuk memori institusi, kepentingan pemeliharaan rekod sejarah serta strategi pemuliharaan warisan yang dapat memastikan kesinambungan legasi organisasi.





Bahagian Arkib Universiti (BARU), Jabatan Perpustakaan UiTM menawarkan Khidmat Pemuliharaan Buku bagi membantu memulihka...
11/06/2026

Bahagian Arkib Universiti (BARU), Jabatan Perpustakaan UiTM menawarkan Khidmat Pemuliharaan Buku bagi membantu memulihkan buku yang mengalami kerosakan agar terus boleh digunakan, dirujuk dan dipelihara sebagai khazanah ilmu yang bernilai. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan dalam memastikan bahan bercetak yang mempunyai nilai akademik, sejarah dan warisan sentiasa berada dalam keadaan baik untuk manfaat generasi kini dan akan datang.

Perkhidmatan pemuliharaan yang disediakan merangkumi pembaikan kulit buku yang tercabut, jahitan semula tulang buku yang rosak, penampalan halaman yang koyak serta pemulihan buku yang mengalami kerosakan serius. Melalui khidmat ini, buku-buku yang terjejas dapat dipulihkan supaya jangka hayat penggunaannya dapat dipanjangkan dan kandungan ilmu yang terkandung di dalamnya terus terpelihara.

Program dijalankan pada 11 Jun 2026 (Khamis), dari jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari di Kompleks Kejuruteraan (Perpustakaan Kejuruteraan) dan mendapat sambutan menggalakkan warga fakulti.





Bahagian Arkib Universiti, UiTM berbesar hati menerima kunjungan Bahagian Pengurusan Organisasi (BPO), Jabatan Pendaftar...
11/06/2026

Bahagian Arkib Universiti, UiTM berbesar hati menerima kunjungan Bahagian Pengurusan Organisasi (BPO), Jabatan Pendaftar, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi sesi Lawatan Penanda Aras Pengurusan Rekod dan Fail pada 11 Jun 2026.

Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan pendedahan mengenai amalan terbaik pengurusan rekod dan fail yang dilaksanakan di UiTM, meliputi aspek tadbir urus, klasifikasi fail, penyimpanan rekod serta pematuhan kepada dasar dan peraturan pengurusan rekod universiti.

Semoga lawatan ini dapat mengukuhkan jaringan kerjasama strategik antara UiTM dan UTM melalui perkongsian idea, kepakaran serta pengalaman dalam bidang pengurusan organisasi, rekod dan pentadbiran universiti.





📢 Pelaksanaan Pemasangan Peralatan Bagi Projek Pendigitalan Teknologi RFID UHF Perpustakaan UiTM Shah Alam Dimaklumkan b...
11/06/2026

📢 Pelaksanaan Pemasangan Peralatan Bagi Projek Pendigitalan Teknologi RFID UHF Perpustakaan UiTM Shah Alam

Dimaklumkan bahawa kerja-kerja pemasangan peralatan bagi Projek Pendigitalan Teknologi RFID UHF Perpustakaan UiTM (Shah Alam) telah mula dilaksanakan bermula 3 Jun 2026 secara berperingkat.

Pemasangan ini melibatkan perpustakaan berikut:
📚 Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR)
📚 Perpustakaan Undang-Undang
📚 Perpustakaan Kejuruteraan
📚 Perpustakaan Sains dan Teknologi
📚 Perpustakaan Alam Bina

Antra peralatan yang dipasang:
1. Gantryless Detection System
2. ⁠UHF Tagging Station
3. ⁠Visitor Camera Counting System
4. ⁠UHF RFID tags

Pelaksanaan projek ini merupakan sebahagian daripada usaha transformasi digital perpustakaan dalam meningkatkan kecekapan pengurusan koleksi, memperkukuh perkhidmatan sirkulasi serta menyokong penggunaan teknologi RFID UHF yang lebih moden dan bersepadu.






11/06/2026

Memaknakan Warisan sebagai Memori Kolektif : Kepentingan Pemeliharaan Sejarah Institusi bersama Jabatan warisan Negara.

Sempena Sambutan hari Arkib Antarabangsa 2026 Peringkat UiTM

Address

Perpustakaan Tun Abdul Razak
Shah Alam
40450

Opening Hours

Monday 08:30 - 21:30
Tuesday 08:30 - 21:30
Wednesday 00:00 - 21:30
Thursday 00:00 - 21:30
Friday 08:30 - 21:30
Saturday 00:00 - 16:30
Sunday 00:00 - 16:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan UiTM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perpustakaan UiTM:

Share

Category