Surau Hamiddean - Seksyen 19

Surau Hamiddean - Seksyen 19 "Surau Hamiddean surau kita semua"

“Hanya yang berhak memakmurkan masjid Allah ialah orang-orang yang percaya kepada Allah dan hari kemudian serta tetap mendirikan solat, mengeluarkan zakat serta tidak takut melainkan kepada Allah; mudah-mudahan mereka menjadi orang-orang yang beriman.

Santai Bacaan Petang Jumaat..Untuk Ingatan Kita Semua. CnP.Abah tinggalkan kami RM3 Juta, Velfire & Banglo. Tapi kenapa ...
01/05/2026

Santai Bacaan Petang Jumaat..
Untuk Ingatan Kita Semua.
CnP.

Abah tinggalkan kami RM3 Juta, Velfire & Banglo. Tapi kenapa tiap malam kami dengar dia menjerit kepanasan dari kuburnya?

Abah meninggal dunia secara mengejut. Serangan jantung masa tengah main golf. Ramai yang datang ziarah. Abah dikenali sebagai 'Datuk' yang pemurah. Ahli perniagaan berjaya, selalu dapat tender besar, sponsor majlis agama. Kami anak beranak ingat... Abah ahli syurga.

Majlis tahlil buat 7 hari 7 malam, katering paling mahal. Tinggalan Abah? Cash dalam bank dekat RM3 juta, beberapa buah rumah sewa, banglo mewah dan deretan kereta import. Masa tu kami fikir, "Alhamdulillah, rezeki anak-anak." Kami tak tahu, itu bukan rezeki. Itu racun.

Masuk bulan kedua Abah meninggal, hidup kami mula hancur. Ibu tiba-tiba lumpuh separuh badan tanpa sebab perubatan. Adik bongsu accident, koma di ICU. Duit simpanan Abah yang berjuta tu mengalir macam air bayar bil bil hospital pakar. Tapi yang paling seram... mimpi kami.

Setiap malam, aku mimpikan Abah. Bukan mimpi indah. Aku nampak perut Abah membusung besar sebesar bukit. Diperutnya tembus nampak ulat, nanah dan darah mendidih yang dia terpaksa telan. Abah menangis, melolong pandang aku. "Tolong p**angkan balik Long... Abah tak tahan... panas sangat api ni Long..."

Aku terbangun berpeluh. Ingatkan mainan tidur. Sampailah satu hari, aku kemas pejabat Abah. Aku terjumpa satu fail peribadi dan satu telefon 'secret' yang Abah tak pernah tunjuk kat sesiapa. Aku buka fail tu. Terduduk aku menangis.

Dalam fail tu, bukan dokumen bisnes biasa. Itu rekod 'Duit Kopi' dan penipuan.
Projek bina dewan sekolah? Abah markup 40%, guna simen murah, besi nipis.
Kelulusan tanah? Ada nama pegawai yang Abah suap bulan-bulan.
Bisnes kosmetik Abah? Rupanya produk timbang kilo yang rosakkan muka beribu perempuan, Abah rebrand jual harga yhudee.

Di telefon rahsia tu lagi hancur luluh hati aku baca WhatsApp Abah.
Ada mesej dari seorang kontraktor kecil: "Datuk, tolonglah bayar payment saya. Anak saya kat hospital. Saya dah bankrap Datuk."
Reply Abah? "You tak reti sabar ke? Ada duit i bayarlah!" Padahal masa tu Abah baru beli Velfire cash.

Ustaz yang datang rawat mak aku geleng kepala bila tengok fail tu.
"Long, harta ni takde barakah. Ini harta darah dan air mata orang. Duit rasuah, duit tipu orang, duit zalim. Kamu sekeluarga tengah makan 'aaapineraka' yang ayah kamu suapkan. Sebab tu hidup kamu panas."

Ustaz tu sambung, "Dosa dengan Allah, kita taubat nasuha, Allah Maha Pengampun. Tapi dosa ambil hak manusia... Allah takkan ampunkan selagi manusia tu tak halalkan. Ayah kamu sekarang tengah beratur panjang kat Barzakh sana, kena lempang, kena seksa dengan roh-roh yang dia zalimi."

Bermulalah episod paling hina dalam hidup aku. Aku jual banglo, jual segala kereta mewah, cairkan semua aset RM3 Juta. Aku cari balik satu-satu nama dalam buku Abah. Aku pergi cari kontraktor yang bankrap tu.

Pakcik tu sekarang duduk rumah setinggan, meniaga pisang goreng. Bila aku sebut nama ayah aku dan hulur cek RM200 ribu (duit yang ayah aku tipu dia dulu), pakcik tu menangis.
"Dah 5 tahun pakcik doa siang malam lepas solat hajat. Pakcik minta Allah balas perbuatan ayah kamu. Baru hari ni Allah tunjuk."

Aku melutut depan pakcik tu kat lorong setinggan tu. Sambil peluk kaki dia, aku menangis teresak-esak. "Pakcik... tolong ampunkan ayah saya pakcik. Ayah saya tengah kena seksa teruk kat sana. Ampunkan dia pakcik... saya kembalikan semua hak pakcik..."
Aku merayu macam budak kecil. terpaksa tebalkan muka melutut merayu demi roh ayah.

Sebahagian maafkan. Tapi ada yang paling aku takut...
Bila aku jumpa seorang makcik yang tanah pusaka dia ayah aku rampas pakai orang dalam (rasuah). Makcik tu pandang aku sayu. Dia tolak duit yang aku nak p**angkan.

"Makcik dah hilang tempat berteduh. Makcik merempat bawa anak yatim 10 tahun lepas. Duit ni takleh beli balik air mata anak-anak makcik. Cukup. Kamu baliklah. Biar makcik tuntut dengan bapak kamu depan Allah kat Mahsyar nanti. Makcik nak pahala dia, makcik nak dia pikul dosa makcik."

Allahuakbar... Korang bayangkan dengar ayat tu? Macam mana tertutupnya pintu taubat untuk ayah aku? Terbayang ayah aku nanti kat Mahsyar, merangkak cari makcik ni nak minta halal, tapi makcik ni tendang muka dia dan ambil segala amal ibadah ayah aku berpuluh tahun.

Sebab tu aku nak pesan pada yang baca ni. Terutamanya orang kita kat Malaysia ni.

Kau yang kerja kerajaan / swasta yang 'biasa' ambil komisen bawah meja.

Kau peniaga online yang jual barang fake tapi claim ori.
Kau founder produk scam ejen suruh restock lepas tu kau lari.
Kau kedai makan yang tipu harga, potong timbangan ayam daging.

Kau mungkin rasa selamat sebab polis tak tangkap. SPRM tak dapat hidu. Kau boleh pergi Umrah tiap tahun bawa family pakai 'duit komisen' tu. Kau boleh beli Vellfire nak tunjuk kau berjaya. Tapi kau lupa, malaikat Munkar Nakir tak makan rasuah.

Setiap sen duit haram yang kau suap jadi darah daging anak bini kau, itu adalah benih-benih api neraka. Bila kau mati esok, anak bini kau berebut harta, takde siapa ingat nak carikan mangsa-mangsa yang kau tipu. Akhirnya kau reput, hancur, kena bkar dan disiat-siat kulit kau pampas hutang manusia kat alam kubur sana.

Berhentilah ambik rasuah. Berhentilah scam orang. Berhentilah meniaga zalim menipu timbangan dan harga.

Tak berbaloi kaya di dunia 60 tahun, tapi kau melolong kepanasan di Barzakh yang lamanya ribuan tahun. Jangan sampai anak kau p**a yang kena melutut peluk kaki orang menangis merayu tebus dosa kau!....

Majlis Bacaan Yassin & Doa Selamat..Tahniah Tn Rosezali Dan Isteri,(Mantan Bendahari Badan Khairat Surau Hamiddean) akan...
26/04/2026

Majlis Bacaan Yassin & Doa Selamat..
Tahniah Tn Rosezali Dan Isteri,(Mantan Bendahari Badan Khairat Surau Hamiddean) akan berangkat megerjakan Haji Tahun ni 1447H Semoga dipermudahkan segala urusan Dan Kesihatan.mabrurr.

Jamuan Raya 17/5/2026/ 29 Syawal 1447H, Terima Kasih Semua Yang Hadir. Terlajak posting Raya..
26/04/2026

Jamuan Raya 17/5/2026/ 29 Syawal 1447H, Terima Kasih Semua Yang Hadir. Terlajak posting Raya..

Jemputan Hadir Semua Ahli Kariah.Sambutan Hari Raya Surau Hamiddean 17/4/2026Mesyuarat Agong Tahunan 202519/4/2026
16/04/2026

Jemputan Hadir Semua Ahli Kariah.

Sambutan Hari Raya Surau Hamiddean 17/4/2026

Mesyuarat Agong Tahunan 2025
19/4/2026

Jemputan Raya Dan Doa Selamat.Terima Kasih Pak Syed.
28/03/2026

Jemputan Raya Dan Doa Selamat.
Terima Kasih Pak Syed.

21/03/2026

Salam Lebaran Aidilfitri 1447H
Maaf Zahir Dan Batin
Dari pihak kami Barisan Pentadbir Dan AJK.

Ramadan 1447H Bakal Melabuh Tirai, adakah kita akan sampai ke Ramadan yang akan Datang? Istiqomah, konsisten dengan Amal...
18/03/2026

Ramadan 1447H Bakal Melabuh Tirai, adakah kita akan sampai ke Ramadan yang akan Datang? Istiqomah, konsisten dengan Amalan harian dan ibadat kita. InshaAllah.

Jemput Semua Hadir.
20/02/2026

Jemput Semua Hadir.

Malam Pertama Taraweh 1447H/2026, Semoga Istiqomah hingga Akhir, InshAllah.
19/02/2026

Malam Pertama Taraweh 1447H/2026, Semoga Istiqomah hingga Akhir, InshAllah.

Ramadhan 1447/2026 menghampiri, Jemput Hadir Semua,Iftar, Solat Sunat Tarawih, Moreh, Tadarrus Al Quran
04/02/2026

Ramadhan 1447/2026 menghampiri, Jemput Hadir Semua,Iftar, Solat Sunat Tarawih, Moreh, Tadarrus Al Quran

Kuliah Maghrib malam ini bersama Ustaz ibnu Hubain, kitab Dosa Dosa besar yg ke 44.
05/12/2025

Kuliah Maghrib malam ini bersama Ustaz ibnu Hubain, kitab Dosa Dosa besar yg ke 44.

Address

SURAU HAMIDDEAN, Jalan NELAYAN 19/15, SEKSYEN 19
Shah Alam
40300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Hamiddean - Seksyen 19 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category