SPRM Negeri Selangor

SPRM Negeri Selangor BERANI DAN RADIKAL PERANGI RASUAH
(1)

03/09/2026
02/09/2026
🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾Sempena sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 2026, marilah kita terus meny...
30/08/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾

Sempena sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 2026, marilah kita terus menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan serta bersama-sama memelihara keamanan dan keharmonian negara.

Hayatilah erti kemerdekaan dengan membudayakan integriti, amanah dan keberanian menolak rasuah demi Malaysia yang lebih maju, bersih dan bermaruah.

Selamat Hari Kebangsaan Ke-69!
“Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”
Berani Dan Radikal Perangi Rasuah

Ikhlas daripada:
P/TPj Mohd Azwan bin Ramli
Pengarah SPRM Negeri Selangor

SPRM SELANGOR PERKUKUH STRATEGI, KOMPETENSI DAN KERJASAMA MELALUI PERKONGSIAN ILMUJOHOR, 27 OGOS 2026 – Suruhanjaya Penc...
28/08/2026

SPRM SELANGOR PERKUKUH STRATEGI, KOMPETENSI DAN KERJASAMA MELALUI PERKONGSIAN ILMU

JOHOR, 27 OGOS 2026 – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Selangor terus memperkukuhkan keupayaan dan kesiapsiagaan warga kerjanya menerusi Program Mesyuarat Hala Tuju Strategik SPRM Negeri Selangor Tahun 2026 yang berlangsung pada 27 Ogos 2026 (Khamis) bertempat di Bilik Mesyuarat SPRM Negeri Johor.

Program yang melibatkan seramai 33 orang pegawai dan kakitangan SPRM Negeri Selangor itu menjadi platform penting dalam memperhalusi hala tuju, strategi serta keutamaan organisasi, di samping memperkukuhkan kefahaman warga kerja terhadap peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam memastikan penyampaian perkhidmatan serta penguatkuasaan SPRM dilaksanakan secara berkesan dan berintegriti.

Pengisian program turut memberi penekanan kepada aspek pencapaian prestasi, pengurusan strategik, tatakelola, peningkatan kompetensi serta perkongsian pengalaman dalam pengendalian kes-kes siasatan. Pendekatan tersebut dilihat penting bagi memastikan setiap warga kerja sentiasa bersedia menghadapi cabaran semasa serta mampu melaksanakan tugasan berdasarkan keutamaan dan sasaran yang telah ditetapkan.

Antara pengisian utama program ialah Pembentangan KPI, Perkongsian Sektor Pendakwaan, Pembentangan Isu Tatakelola serta Pembentangan Kes Ops Sutra dan Ops Global. Sesi-sesi tersebut memberikan ruang kepada peserta untuk menilai pencapaian semasa, mengenal pasti ruang penambahbaikan serta berkongsi pandangan dan pengalaman berdasarkan bidang tugas masing-masing.

Menariknya, sesi pembentangan Ops Sutra dan Ops Global turut disertai seramai 15 orang pegawai SPRM Negeri Johor. Penglibatan tersebut telah mewujudkan satu platform perkongsian ilmu dan pengalaman secara lebih meluas antara warga SPRM Negeri Selangor dan SPRM Negeri Johor, khususnya berkaitan pendekatan siasatan, pengendalian operasi serta cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan sesuatu kes.

Perkongsian sedemikian bukan sahaja dapat memperkayakan pengetahuan dan pengalaman pegawai, malah berupaya memperkukuhkan jaringan kerjasama serta kesepaduan antara negeri dalam usaha meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan undang-undang dan tindakan pencegahan rasuah.

Selain pengisian berbentuk profesional dan strategik, program turut diserikan dengan aktiviti sukan melalui perlawanan persahabatan futsal dan bola jaring antara SPRM Negeri Selangor dan SPRM Negeri Johor pada sebelah petang.

Aktiviti berkenaan bukan sahaja menjadi ruang untuk menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kerja, malah turut berperanan sebagai medium untuk mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat setiakawan dan meningkatkan kerjasama berpasukan antara pegawai dan kakitangan kedua-dua negeri.

Turut hadir ialah Dato’ TPj Hairuzam bin Mohmad Amin@Hamim, Pengarah SPRM Negeri Johor dan P/TPj Mohd Azwan bin Ramli, Pengarah SPRM Negeri Selangor.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen SPRM Negeri Selangor dalam memastikan aspek perancangan strategik, pembangunan kompetensi dan pengukuhan organisasi terus diberikan keutamaan. Melalui perkongsian pengetahuan, pengalaman dan amalan terbaik antara warga SPRM, usaha mempertingkatkan keupayaan penguatkuasaan serta penyampaian perkhidmatan yang berkualiti, profesional dan berintegriti dapat terus diperkasakan.

Program ini juga diharap dapat memperkukuhkan kesepaduan warga kerja SPRM Negeri Selangor serta membentuk pasukan yang lebih kompeten, responsif dan bersedia menghadapi cabaran dalam usaha mempertingkatkan keberkesanan penguatkuasaan dan memelihara kepercayaan masyarakat terhadap institusi pencegahan rasuah negara.

LAWATAN PENANDA ARAS MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM (MBSA) KE SPRM NEGERI SELANGORSHAH ALAM, 28 Ogos 2026 (Jumaat) – Suruhan...
28/08/2026

LAWATAN PENANDA ARAS MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM (MBSA) KE SPRM NEGERI SELANGOR

SHAH ALAM, 28 Ogos 2026 (Jumaat) – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Selangor telah menerima kunjungan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam satu Lawatan Penanda Aras ke SPRM Negeri Selangor yang berlangsung di Pejabat SPRM Negeri Selangor.

Seramai 23 orang peserta yang terdiri daripada Ahli-ahli Majlis, Pengarah-pengarah Bahagian serta kakitangan MBSA telah menyertai lawatan tersebut. Lawatan ini bertujuan memberikan pendedahan kepada peserta mengenai peranan, fungsi dan bidang kuasa SPRM dalam usaha pencegahan serta pembanterasan rasuah, di samping memperkukuh kefahaman terhadap kepentingan integriti, akauntabiliti dan tadbir urus yang baik dalam penyampaian perkhidmatan awam.

Program dimulakan dengan Taklimat Fasiliti SPRM Negeri Selangor yang disampaikan oleh PKPs Mohd Redzuan bin Mohamad, Cawangan Pendidikan Masyarakat, SPRM Negeri Selangor. Taklimat tersebut memberi penerangan mengenai kemudahan dan fasiliti yang terdapat di SPRM Negeri Selangor, selain memperkenalkan fungsi serta peranan SPRM dalam aspek siasatan, pencegahan dan pendidikan antirasuah.

Seterusnya, peserta dibawa melawat beberapa fasiliti di SPRM Negeri Selangor bagi memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai operasi dan pelaksanaan tugas-tugas rasmi SPRM. Lawatan ini turut menjadi platform perkongsian pengalaman dan amalan terbaik dalam memperkukuh budaya integriti serta tadbir urus yang berkesan.

Program diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati penghargaan dan sesi bergambar sebagai tanda penghargaan atas jalinan kerjasama yang erat antara MBSA dan SPRM Negeri Selangor.

Disediakan oleh:
Cawangan Pendidikan Masyarakat
SPRM Negeri Selangor

KONVOI SEMARAK MERDEKA ERATKAN SINERGI IPD SHAH ALAM DAN SPRM NEGERI SELANGORSHAH ALAM, 27 OGOS 2026 (Khamis) – Suruhanj...
27/08/2026

KONVOI SEMARAK MERDEKA ERATKAN SINERGI IPD SHAH ALAM DAN SPRM NEGERI SELANGOR

SHAH ALAM, 27 OGOS 2026 (Khamis) – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Selangor telah menerima kunjungan Konvoi Semarak Merdeka Ketua Polis Daerah Shah Alam dan Sesi Penyerahan Jalur Gemilang Kepada Agensi Kerajaan Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan 2026 yang dianjurkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam. Konvoi bermotosikal yang diketuai oleh ACP Sarudin bin Hj Samah, Ketua Polis Daerah Shah Alam itu merupakan sebahagian daripada inisiatif menyemarakkan semangat patriotisme, memupuk rasa cinta akan negara serta memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan agensi-agensi kerajaan di sekitar Shah Alam.

Ketibaan rombongan konvoi di Kompleks SPRM Negeri Selangor, Seksyen 16, Shah Alam telah disambut oleh PPj Rosmadi bin Kasim, Ketua Cawangan Pendidikan Masyarakat, SPRM Negeri Selangor, bersama warga kerja SPRM Negeri Selangor. SPRM Negeri Selangor merupakan hentian keempat konvoi selepas Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Jabatan Imigresen dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, sebelum konvoi meneruskan perjalanan ke agensi kerajaan lain. Kunjungan tersebut turut diserikan dengan sesi penyerahan Jalur Gemilang serta sesi bergambar bersama warga kerja SPRM Negeri Selangor sebagai simbol kebersamaan dan kecintaan terhadap tanah air.

Program ini membawa makna yang cukup signifikan dalam menyemarakkan suasana Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-69, khususnya dalam kalangan warga SPRM Negeri Selangor. Penyerahan Jalur Gemilang bukan sekadar satu simbolik, malah menjadi manifestasi semangat patriotisme, kesetiaan dan rasa bangga terhadap negara. Penghayatan terhadap nilai kemerdekaan juga menjadi peringatan kepada setiap warga perkhidmatan awam tentang amanah serta tanggungjawab untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negara dengan berlandaskan nilai integriti, profesionalisme dan tadbir urus yang baik.

Pada masa yang sama, penganjuran konvoi ini turut menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan strategik dan semangat kesepaduan antara SPRM Negeri Selangor, PDRM serta agensi-agensi kerajaan di dalam negeri Selangor. Jalinan erat antara agensi penguatkuasaan dan jabatan kerajaan amat penting bagi membina persefahaman, meningkatkan kerjasama serta menyuburkan semangat kebersamaan dalam melaksanakan tanggungjawab kepada masyarakat. Semangat muhibah yang terjalin menerusi program seperti ini secara tidak langsung dapat memperkukuh jaringan kerjasama antara agensi dalam mendukung agenda pembangunan, keselamatan, integriti dan kesejahteraan negara.

Penganjuran Konvoi Semarak Merdeka 2026 ini mencerminkan bahawa semangat kemerdekaan bukan sahaja diraikan melalui pengibaran Jalur Gemilang, malah perlu diterjemahkan melalui kesatuan, penghayatan nilai patriotisme dan komitmen berterusan dalam mempertahankan keharmonian serta kemakmuran negara. SPRM Negeri Selangor menyambut baik inisiatif IPD Shah Alam ini yang bukan sahaja menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan malah menyatukan warga agensi kerajaan di bawah semangat yang sama untuk terus berkhidmat dengan penuh amanah, berintegriti dan berjiwa patriotik demi Malaysia tercinta.

Disediakan oleh,
Cawangan Pendidikan Masyarakat
SPRM Negeri Selangor

LAWATAN INTEGRITI JABATAN PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA (JPPH) NEGERI SELANGOR KE SPRM NEGERI SELANGORSHAH ALAM, 26 O...
26/08/2026

LAWATAN INTEGRITI JABATAN PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA (JPPH) NEGERI SELANGOR KE SPRM NEGERI SELANGOR

SHAH ALAM, 26 Ogos 2026 (Rabu) – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Selangor telah menerima kunjungan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Negeri Selangor dalam satu Program Lawatan Integriti yang berlangsung di Pejabat SPRM Negeri Selangor.

Seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan JPPH Negeri Selangor serta cawangan telah menyertai lawatan ini. Delegasi diketuai oleh Sr. Maznah Binti Ngah, Pengarah JPPH Negeri Selangor.

Lawatan ini bertujuan memberikan pendedahan kepada warga JPPH mengenai peranan, fungsi dan bidang kuasa SPRM dalam usaha pencegahan serta pembanterasan rasuah. Di samping itu, program ini turut memperkukuh kefahaman peserta terhadap kepentingan integriti, akauntabiliti dan tadbir urus yang baik dalam perkhidmatan awam.

Program dimulakan dengan Taklimat Fasiliti SPRM Negeri Selangor yang disampaikan oleh PKPs Mohd Redzuan bin Mohamad. Taklimat tersebut memberi penerangan mengenai kemudahan dan fasiliti yang digunakan oleh SPRM dalam pelaksanaan tugasan rasmi, selain memperkenalkan fungsi serta peranan SPRM dalam aspek siasatan, pencegahan dan pendidikan antirasuah.

Seterusnya, PPj Rosmadi bin Kasim, Ketua Cawangan Pendidikan Masyarakat SPRM Negeri Selangor, telah menyampaikan ucapan penutup. Beliau menyeru agar seluruh warga JPPH terus menghayati nilai-nilai integriti dalam setiap pelaksanaan tugas, di samping menjadi ejen perubahan yang membudayakan amalan kerja beretika, telus dan bebas rasuah.

Program diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati penghargaan serta sesi bergambar melibatkan semua peserta bersama pegawai SPRM Negeri Selangor.

Disediakan oleh :
Cawangan Pendidikan Masyarakat
SPRM Negeri Selangor

🎖️ SETINGGI-TINGGI TAHNIAH 🎖️Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Datuk Seri Abd. Halim bin Aman, Ketua Pesuru...
25/08/2026

🎖️ SETINGGI-TINGGI TAHNIAH 🎖️

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Datuk Seri Abd. Halim bin Aman, Ketua Pesuruhjaya SPRM atas pengurniaan Darjah Gemilang Seri Melaka (D.G.S.M.) yang membawa gelaran Datuk Seri, sempena Ulang Tahun Ke-77 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka Tahun 2026.

Semoga pengurniaan yang penuh bermakna ini menjadi penghargaan atas khidmat bakti, kepimpinan dan komitmen berterusan YBhg. Datuk Seri dalam memperkukuh integriti serta usaha memerangi rasuah demi negara.

Ikhlas daripada:
P/TPj Mohd Azwan bin Ramli
Pengarah SPRM Negeri Selangor
serta seluruh warga kerja SPRM Negeri Selangor

Address

No. 1, Persiaran
Shah Alam
40200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SPRM Negeri Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to SPRM Negeri Selangor:

Shortcuts

Share