PTAR Undang-Undang Universiti Teknologi MARA

PTAR Undang-Undang Universiti Teknologi MARA Perpustakaan Tun Abdul Razak Undang - Undang , UiTM Shah Alam

21/08/2026
21/08/2026
21/08/2026

๐ŸŒ TAHNIAH & SYABAS | WARGA PERPUSTAKAAN UiTM DI PENTAS ANTARABANGSA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฐ๐Ÿ‡ท

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada Encik Mohd Ismail bin Abidin, Timbalan Ketua Pustakawan, Jabatan Perpustakaan UiTM Shah Alam atas komitmen dan khidmat sukarelawan sempena World Library and Information Congress (IFLA WLIC) 2026 yang berlangsung di BEXCO, Busan, Korea Selatan pada 10โ€“13 Ogos 2026.

Bertemakan โ€œLibraries Powering Transformationโ€, IFLA WLIC menghimpunkan profesional perpustakaan dan maklumat dari seluruh dunia dalam perkongsian ilmu, pengalaman dan amalan terbaik bagi memperkukuh peranan perpustakaan sebagai pemacu transformasi masyarakat.

Penyertaan beliau turut melengkapkan keterlibatan Perpustakaan UiTM di persada antarabangsa, termasuk menerusi Poster Session: From Campus to Community: Collaborative Innovation in Building a National Knowledge Culture Across Malaysian Public Universities.

Penglibatan ini bukan sahaja mencerminkan semangat kesukarelawanan dan profesionalisme warga Perpustakaan UiTM, malah turut memperluas jaringan global, meningkatkan keterlihatan institusi serta membawa nama UiTM dan Malaysia ke pentas dunia.

Terima kasih atas komitmen, masa dan tenaga yang dicurahkan dengan penuh dedikasi. Semoga pengalaman dan jaringan yang diperoleh dapat terus dimanfaatkan dalam memperkasa perkhidmatan perpustakaan serta pembudayaan ilmu di UiTM.

Tahniah dan syabas! Terus melangkah, berbakti dan mencipta impak di peringkat global. ๐ŸŒ๐Ÿ“š

Daripada
Ketua Pustakawan dan Seluruh Warga Perpustakaan UiTM

21/08/2026

Inklusiviti bukan sekadar menyediakan ruang untuk dimasuki, tetapi memastikan ilmu di dalamnya benar-benar boleh dicapai dan dimanfaatkan.

18/08/2026
18/08/2026

โฑ๏ธ KEMAS KINI h-index ANDA DALAM MASA 5 MINIT SAHAJA! โฑ๏ธ

Adakah data h-index dan citation anda di sistem PERMATA UiTM dan UiTM Expert sudah terkini?

Mari pastikan integriti dan ketepatan data penyelidikan anda sentiasa selaras dengan mengemas kini profil penyelidikan berikut:

๐Ÿ”น Scopus (Scopus ID)
๐Ÿ”น Web of Science (WoS ID)
๐Ÿ”น Google Scholar (Scholar ID)

๐Ÿ“Œ Kenapa penting?
Data yang tepat membantu memastikan paparan maklumat penyelidikan dan kepakaran anda dalam PERMATA UiTM serta UiTM Expert senantiasa dikemas kini.

๐Ÿ‘‰ Kemas kini sekarang di:
๐ŸŒ https://permata.uitm.edu.my
๐Ÿ’ก Perlukan bantuan teknikal?
Boleh buat aduan melalui UNITS UiTM (https://units.uitm.edu.my/):

๐Ÿ“‚ Kategori: JPI
๐Ÿ“‚ Subkategori: UiTM Expert
atau hubungi Pustakawan Perpustakaan UiTM berhampiran anda!








17/08/2026
17/08/2026

SALAM TAKZIAH | ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ูฐู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ

Dengan penuh rasa dukacita, Ketua Pustakawan dan seluruh warga Perpustakaan UiTM merakamkan ucapan salam takziah kepada Encik Abg Mohd Farizan bin Abg Yakup, Pustakawan Kanan, Perpustakaan UiTM Cawangan Sarawak serta seluruh ahli keluarga atas pemergian ibunda tercinta,

Allahyarhamah Cikgu Rabiah binti Abdullah

yang telah kembali ke rahmatullah pada 16 Ogos 2026 | 03 Rabiulawal 1448H.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampuni segala kekhilafan, menerima segala amal kebajikan serta menempatkan Allahyarhamah dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beroleh rahmat.

Semoga seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan insan tersayang.

Al-Fatihah.

Daripada:
Ketua Pustakawan dan seluruh warga Perpustakaan UiTM

Address

Perpustakaan Tun Abdul Razak Undang-Undang, Kompleks Al-Farabi Blok D, Jalan Usahawan, Universiti Teknologi MARA
Shah Alam
40450

Opening Hours

Monday 08:30 - 21:45
Tuesday 08:30 - 21:45
Wednesday 08:30 - 21:45
Thursday 08:30 - 21:45
Friday 08:30 - 21:45
Saturday 08:30 - 04:45
Sunday 08:30 - 04:45

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PTAR Undang-Undang Universiti Teknologi MARA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category