02/09/2026
๐๐จ๐๐ ๐๐๐๐๐: ๐ฃ๐๐ฆ๐๐๐๐๐ก ๐๐๐๐ง๐, ๐๐จ๐๐ฆ๐ ๐๐๐ก ๐ง๐๐ก๐๐๐จ๐ก๐๐๐๐ช๐๐
Isu judi di Kedah menjadi lebih kusut apabila beberapa perkara yang berlainan dicampurkan sekali: hukum agama, cabutan khas, lesen premis, lesen perjudian, keputusan mahkamah dan akhirnya politik.
Jika dipisahkan satu demi satu, gambarnya sebenarnya lebih jelas.
๐ญ. ๐ฃ๐๐ฆ๐๐๐๐๐ก ๐๐จ๐๐จ๐ ๐๐๐ฅ๐๐ฃ๐๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐ฆ๐ข๐๐๐๐ก ๐จ๐ก๐๐๐ก๐-๐จ๐ก๐๐๐ก๐
Bagi orang Islam, kedudukan judi jelas: haram.
Tetapi kes yang sampai ke mahkamah bukan untuk menentukan sama ada judi itu baik atau buruk.
Mahkamah Rayuan sendiri menjelaskan bahawa persoalannya ialah sama ada Kerajaan Negeri boleh menggunakan kuasa lesen premis untuk mengenakan larangan seluruh negeri terhadap aktiviti perjudian yang masih dilesenkan di bawah undang-undang Persekutuan.
Justeru, tidak tepat menggambarkan keputusan ini sebagai โmahkamah menyokong judiโ.
Mahkamah menentukan batas kuasa, bukan hukum judi.
๐ฎ. ๐ฃ๐๐ฆ๐๐๐๐๐ก ๐ฎ๐ฎ ๐๐๐๐จ๐ง๐๐ก ๐๐๐ฅ๐๐ฃ๐๐๐ ๐๐๐ฆ๐๐ก ๐ฃ๐๐ฅ๐๐จ๐๐๐๐ก ๐๐๐ก ๐๐๐ก๐๐๐๐ฃ๐๐๐ก ๐๐ข๐ก๐ง๐๐๐ฆ๐ก๐ฌ๐
Angka 22 dan lapan merujuk kepada jumlah cabutan khas, bukan jumlah lesen perjudian.
Namun satu konteks penting tidak boleh ditinggalkan apabila episod 22 cabutan dibangkitkan.
Kenaikan itu memang berlaku ketika PAS berada dalam Kerajaan Persekutuan. Tetapi berada dalam kerajaan tidak bererti PAS terlibat membuat keputusan tersebut.
Hansard Dewan Rakyat pada 20 Disember 2022 merekodkan Awang Hashim menjelaskan bahawa beliau telah bertanya kepada Timbalan Menteri Kewangan ketika keputusan itu hendak dibuat.
Jawapannya: perkara tersebut tidak perlu dibincangkan dalam Kabinet dan hanya melibatkan Menteri Kewangan.
Anwar Ibrahim kemudian sendiri berkata:
โSaya bersetuju sebab itu saya kecualikan PAS di sini.โ
Beliau malah menyatakan kepercayaannya bahawa jika perkara itu dibawa ke Jemaah Menteri, menteri-menteri PAS akan โmembantah kerasโ.
Rekod semasa turut menyokongnya. Ahmad Fadhli Shaari berulang kali membantah kenaikan tersebut di Dewan Rakyat dan pada 1 November 2021 meminta kerajaan menarik balik kenaikan 22 cabutan.
Jadi konteksnya harus lengkap:
Keputusan 22 cabutan bukan keputusan PAS. PAS mempunyai rekod membantahnya.
Selepas itu, kita boleh kembali kepada isu Kedah kerana cabutan khas dan lesen perjudian memang dua perkara berbeza.
๐ฏ. ๐ฃ๐๐ฆ๐๐๐๐๐ก ๐๐๐ฆ๐๐ก ๐ฃ๐ฅ๐๐ ๐๐ฆ ๐๐๐ฅ๐๐ฃ๐๐๐ ๐๐๐ฆ๐๐ก ๐ฃ๐๐ฅ๐๐จ๐๐๐๐ก
Inilah asas pertikaian Kedah.
Kerajaan Negeri mempunyai kuasa berkaitan lesen premis melalui pihak berkuasa tempatan.
Lesen untuk menjalankan aktiviti pool betting p**a dikeluarkan oleh Menteri Kewangan di bawah Seksyen 5 Pool Betting Act 1967.
Kedah menggunakan kuasa negeri dengan mengambil keputusan tidak lagi memperbaharui lesen premis perjudian.
Operator kemudian mencabarnya di mahkamah.
Keputusan majoriti Mahkamah Rayuan ialah: kuasa lesen premis itu tidak boleh digunakan secara menyeluruh sehingga kesannya menafikan aktiviti yang masih mempunyai lesen Persekutuan.
Maka mahkamah telah memperjelas sempadannya:
premis bawah negeri;
lesen aktiviti perjudian bawah Persekutuan.
๐ฐ. ๐ฃ๐๐ฆ๐๐๐๐๐ก โ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐โ ๐๐๐ฅ๐๐ฃ๐๐๐ โ๐๐๐๐๐ ๐ง๐๐๐๐ ๐ง๐๐๐จ ๐จ๐ก๐๐๐ก๐-๐จ๐ก๐๐๐ก๐โ
Kerajaan Kedah memang kalah.
Tetapi menyimpulkannya semata-mata sebagai kegagalan tadbir urus atau strategi yang tidak memahami batas kuasa adalah terlalu mudah.
Mahkamah Rayuan sendiri berpecah 2โ1.
Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Azizah Nawawi, dalam penghakiman berbeza berpandangan bahawa kuasa negeri terhadap lesen premis adalah berasingan daripada kuasa Persekutuan terhadap lesen perjudian.
Majoriti akhirnya menang dan itulah undang-undang yang kini berkuat kuasa.
Tetapi kewujudan penghakiman berbeza seorang hakim kanan menunjukkan bahawa ini ialah pertikaian perlembagaan yang sebenar mengenai sempadan kuasa, bukan sekadar sebuah kerajaan negeri yang tidak memahami tugasnya.
๐ฑ. ๐ฃ๐๐ฆ๐๐๐๐๐ก ๐๐๐ฆ๐๐ก โ๐๐๐๐๐ฅ๐จโ ๐๐๐ฅ๐๐ฃ๐๐๐ ๐๐๐ฆ๐๐ก ๐ฌ๐๐ก๐ โ๐๐๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐๐๐ฅ๐จ๐โ
Ini mungkin distinction paling penting.
M*F pada 27 Ogos menegaskan bahawa Kerajaan MADANI tidak mengeluarkan lesen atau permit perjudian baharu dan tidak menambah bilangan premis perjudian baharu.
Tetapi pertikaian Kedah bukan hanya mengenai lesen baharu.
Penghakiman Mahkamah Rayuan merekodkan sebagai fakta bersama bahawa Menteri Kewangan memang memperbaharui lesen PBA yang berkenaan bagi tahun 2023.
Maka kedua-dua kenyataan boleh benar pada masa yang sama:
tiada lesen baharu dikeluarkan;
tetapi lesen sedia ada diperbaharui.
Sebab itu jawapan โtiada lesen baharuโ tidak dengan sendirinya menjawab persoalan yang sedang dibangkitkan.
Persoalan yang lebih tepat ialah:
๐ข๐ฅ๐ข๐ฌ๐ข๐ฉ ๐ญ๐ฆ๐ด๐ฆ๐ฏ ๐ด๐ฆ๐ฅ๐ช๐ข ๐ข๐ฅ๐ข ๐ข๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ต๐ฆ๐ณ๐ถ๐ด ๐ฅ๐ช๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ฃ๐ข๐ฉ๐ข๐ณ๐ถ๐ช?
๐ฒ. ๐ฃ๐๐ฆ๐๐๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐ข๐๐๐๐๐ก ๐๐๐๐๐ก๐๐ฅ๐๐ก ๐ ๐๐ฅ๐๐ฌ๐จ ๐๐๐ฅ๐๐ฃ๐๐๐ ๐๐๐ฃ๐จ๐ง๐จ๐ฆ๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐จ๐ ๐๐ง๐๐ฆ ๐ ๐๐ฅ๐๐ง
Pada 12 Ogos, Mahkamah Persekutuan memang menolak permohonan Kedah.
Tetapi yang diputuskan ketika itu ialah permohonan kebenaran untuk merayu.
Mahkamah memutuskan bahawa persoalan yang dikemukakan tidak memenuhi ambang di bawah Seksyen 96(a) Akta Mahkamah Kehakiman. Justeru, rayuan penuh di Mahkamah Persekutuan tidak diteruskan.
Natijahnya tetap sama: keputusan majoriti Mahkamah Rayuan kekal.
Tetapi dari sudut ketepatan undang-undang, Mahkamah Persekutuan tidak menjalankan pendengaran penuh dan memutuskan semula merit pertikaian tersebut.
Begitu juga soal ganti rugi. Mahkamah mengarahkan damages to be assessed โ jumlahnya perlu ditaksir โ bukan menetapkan suatu angka ganti rugi muktamad dalam penghakiman tersebut.
๐ณ. ๐ฃ๐๐ฆ๐๐๐๐๐ก โ๐ ๐๐ ๐๐ก๐๐๐๐๐๐ก ๐๐๐ฆ๐๐๐๐๐๐ก ๐๐๐ฃ๐๐๐ ๐ ๐ข๐โ ๐๐๐ฅ๐๐ฃ๐๐๐ ๐ ๐๐ก๐๐ก๐ง๐จ๐๐๐ก ๐ฆ๐๐๐ฃ๐ ๐๐๐ก๐ ๐ ๐๐ ๐ฃ๐จ๐ก๐ฌ๐๐ ๐๐จ๐๐ฆ๐
Di sinilah seluruh polemik sebenarnya bertemu.
Kedah telah memilih suatu dasar: tidak mahu premis perjudian beroperasi.
Kedah menggunakan kuasa negeri.
Mahkamah kemudian menentukan bahawa kuasa tersebut tidak boleh digunakan untuk menghasilkan larangan menyeluruh terhadap aktiviti yang mempunyai lesen Persekutuan.
Selepas keputusan itu, persoalan secara logiknya beralih kepada pihak yang memegang kuasa terhadap lesen Persekutuan.
Dan pihak itu ialah Menteri Kewangan.
Maka setelah jalan melalui lesen premis negeri ditutup oleh keputusan mahkamah, yang tinggal ialah lesen perjudian di bawah Menteri Kewangan.
Maka mengembalikan persoalan kepada M*F tidak semestinya bermaksud mengatakan M*F โmencipta seluruh masalahโ.
Ia cuma bertanya:
๐ด๐ฆ๐ญ๐ฆ๐ฑ๐ข๐ด ๐ฎ๐ข๐ฉ๐ฌ๐ข๐ฎ๐ข๐ฉ ๐ฎ๐ฆ๐ฎ๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ซ๐ฆ๐ญ๐ข๐ด ๐ด๐ช๐ข๐ฑ๐ข ๐ต๐ช๐ฅ๐ข๐ฌ ๐ฎ๐ฆ๐ฎ๐ฑ๐ถ๐ฏ๐บ๐ข๐ช ๐ฌ๐ถ๐ข๐ด๐ข ๐ถ๐ฏ๐ต๐ถ๐ฌ ๐ฎ๐ฆ๐ญ๐ข๐ฌ๐ด๐ข๐ฏ๐ข๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ญ๐ข๐ณ๐ข๐ฏ๐จ๐ข๐ฏ ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐บ๐ฆ๐ญ๐ถ๐ณ๐ถ๐ฉ, ๐ด๐ช๐ข๐ฑ๐ข ๐ฑ๐ถ๐ญ๐ข ๐บ๐ข๐ฏ๐จ ๐ฎ๐ฆ๐ฎ๐ฑ๐ถ๐ฏ๐บ๐ข๐ช ๐ฌ๐ถ๐ข๐ด๐ข ๐บ๐ข๐ฏ๐จ ๐ณ๐ฆ๐ญ๐ฆ๐ท๐ข๐ฏ?
๐ด. ๐ฃ๐๐ฆ๐๐๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ก๐๐๐ก ๐ ๐จ๐๐ง๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ฆ ๐๐๐ฅ๐๐ฃ๐๐๐ ๐๐จ๐๐๐๐ก ๐ ๐๐ก๐๐๐๐จ ๐๐ข๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐จ ๐๐๐ก๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ฆ
Kenyataan M***i Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, turut mula dibingkaikan sebagai โcabaran kepada PASโ supaya memasukkan pengharaman arak dan judi dalam manifesto.
Tetapi perkataan yang beliau gunakan ialah โmerekaโ, bukan PAS secara khusus. Hujah beliau lebih luas: judi haram bagi Muslim; manakala larangan menyeluruh kepada bukan Islam merupakan satu pilihan dasar pemerintah, dan sesiapa yang mahu melaksanakannya perlu bersedia menyatakan pendirian tersebut secara terbuka.
Itu tidak dengan sendirinya meletakkan beliau berkonfrontasi dengan PAS.
Malah rekod beliau sendiri pada 2023 menunjukkan Dr Mohd Asri menyokong penuh langkah Perlis menghapuskan judi, memuji Kelantan, Terengganu dan Kedah kerana telah mendahului, serta menyeru Kerajaan Persekutuan supaya bergerak ke arah yang sama.
Jadi jangan jadikan perbezaan antara hukum, pilihan dasar dan kaedah pelaksanaan sebagai bahan mencipta pertentangan yang tidak semestinya wujud.
Cabaran manifesto ialah persoalan dasar nasional.
Kes Kedah p**a ialah persoalan kuasa untuk melaksanakan suatu dasar negeri yang telah pun dipilih.
Dua perkara itu boleh dibahaskan tanpa mengadu domba sesiapa.
๐๐๐ฆ๐๐ ๐ฃ๐จ๐๐๐ก
Akhirnya, isu ini menjadi terlalu bising dengan perkara yang bukan inti pertikaian. Sebagai pembaca, kita perlu memisahkan persoalan sebenar daripada segala hingar-bingar yang dibina di sekelilingnya.
Termasuklah polemik โdoa pecah perutโ yang kemudian dipop**arkan seolah-olah ditujukan kepada PMX, sedangkan penjelasan yang dibawa ialah ia merujuk kepada pihak yang sanggup membiayai tauke judi melawan Kerajaan Kedah di mahkamah.
Bahasa itu boleh dipersoalkan. Adabnya boleh ditegur. Tetapi jangan sampai kontroversi bahasa mengambil alih persoalan yang jauh lebih penting.
โฆ Judi dan cabutan khas bukan perkara yang sama.
โฆ Lesen premis dan lesen perjudian bukan kuasa yang sama.
โฆ Lesen baharu dan pembaharuan lesen bukan tindakan yang sama.
โฆ Kalah di mahkamah dan tidak mempunyai hujah undang-undang bukan kesimp**an yang sama.
โฆ Menentukan siapa mempunyai kuasa sekarang juga tidak sama dengan mencari siapa hendak dipersalahkan dahulu.
Apabila semuanya dipisahkan, satu persoalan sahaja tinggal:
๐๐ฆ๐ฅ๐ข๐ฉ ๐ต๐ฆ๐ญ๐ข๐ฉ ๐ฎ๐ฆ๐ฎ๐ช๐ญ๐ช๐ฉ ๐ฅ๐ข๐ด๐ข๐ณ๐ฏ๐บ๐ข. ๐๐ข๐ฉ๐ฌ๐ข๐ฎ๐ข๐ฉ ๐ต๐ฆ๐ญ๐ข๐ฉ ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ฆ๐ฏ๐ต๐ถ๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ฃ๐ข๐ต๐ข๐ด ๐ฌ๐ถ๐ข๐ด๐ข ๐ฏ๐ฆ๐จ๐ฆ๐ณ๐ช. ๐๐ข๐ฌ๐ข, ๐ข๐ฑ๐ข๐ฃ๐ช๐ญ๐ข ๐ญ๐ฆ๐ด๐ฆ๐ฏ ๐๐ฆ๐ณ๐ด๐ฆ๐ฌ๐ถ๐ต๐ถ๐ข๐ฏ ๐ช๐ต๐ถ ๐ต๐ช๐ฃ๐ข ๐ถ๐ฏ๐ต๐ถ๐ฌ ๐ฅ๐ช๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ฃ๐ข๐ฉ๐ข๐ณ๐ถ๐ช, ๐ข๐ฑ๐ข๐ฌ๐ข๐ฉ ๐ฑ๐ฆ๐ฏ๐ฅ๐ช๐ณ๐ช๐ข๐ฏ ๐๐ฆ๐ฏ๐ต๐ฆ๐ณ๐ช ๐๐ฆ๐ธ๐ข๐ฏ๐จ๐ข๐ฏ?
Itulah persoalan yang patut dijawab.
A Ali