Ameerah Selangor

Ameerah Selangor Akaun rasmi Ameerah Selangor. Kami dalam usaha menerajui wanita muda Negeri Selangor membudayakan politik matang dan sejahtera.

Visi: Memimpin Wanita Muda Malaysia membudayakan politik islam. Misi: Poltik Islam , Informatif , Kepimpinan
Sebuah entiti dalam Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor, Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Fokus utama Ameerah adalah menggiatkan kesedaran politik di kalangan generasi muda wanita, menanamkan semangat patriotisme kepada negara dan akhirnya meningkatkan partisipasi wanita muda dalam masyarakat.

|| Sedang Berlangsung Liqa Mahabbah Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor ||Alhamdulillah, sedang berlangsung program Liqa ...
03/06/2026

|| Sedang Berlangsung Liqa Mahabbah Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor ||

Alhamdulillah, sedang berlangsung program Liqa Mahabbah Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor yang menghimpunkan pimpinan serta pengerak muslimat Selangor dalam suasana penuh komited dan mahabbah.

Sesi ini menjadi medan untuk mengukuhkan hubungan, menjadi medan untuk sesi dialog diantara pimpinan serta menyelaras gerak kerja antara saf kepimpinan dan anggota Muslimat PAS di seluruh Selangor.

Turut hadir memberi komitmen ialah barisan AJ Muslimat Muda PAS Selangor yang sentiasa komited dan istiqamah dalam memperkukuhkan peranan muslimat muda serta menyahut setiap agenda perjuangan jemaah.

Beberapa amanat dan perkongsian penting telah disampaikan oleh pimpinan sebagai panduan serta suntikan semangat kepada seluruh jentera Muslimat dalam mendepani cabaran dan amanah perjuangan yang semakin mencabar.

Semoga pertemuan ini menjadi pemangkin kepada penyatuan fikrah, pengukuhan saf dan peningkatan semangat perjuangan dalam melaksanakan amanah demi agama, bangsa dan negara.

"Muslimat Muda Berdaya, Istiqamah Membina Ummah."

03/06/2026

π“π‘π€π…π…πˆπ‚ π‹πˆπ†π‡π“ π’π„πŒπ„ππ“π€π‘π€ 𝐁𝐀𝐓𝐔 7 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍 πŠπ€ππ€π‘ 𝐓𝐄𝐋𝐀𝐇 πƒπˆππ€π’π€ππ†

Alhamdulillah, hasil susulan dan usaha berterusan, lampu isyarat sementara di tapak Projek Tebatan Banjir Sungai Kapar Indah, Batu 7 Jalan Kapar kini telah dipasang.

Moga ia membantu melancarkan aliran trafik, mengurangkan kesesakan serta meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya sementara menunggu projek siap, dijangkakan pada pertengahan tahun hadapan.

Terima kasih kepada semua pihak yang membantu merealisasikannya.

Pandu cermat, utamakan keselamatan.




πŸ“ Ahad , 4.50 pagiLangkah diteruskan untuk solat subuh di CP4 dan akhir menuju ke CP5, checkpoint terakhirMisi menawan p...
03/06/2026

πŸ“ Ahad , 4.50 pagi
Langkah diteruskan untuk solat subuh di CP4 dan akhir menuju ke CP5, checkpoint terakhir
Misi menawan puncak bermula selepas kami solat subuh. Pemandangan yang menjadi ganjaran atas segala usaha dan kesabaran. πŸ”οΈβœ¨



Tahniah Gadis Gunung!
03/06/2026

Tahniah Gadis Gunung!

β€œπ‘«π’‚π’ π’ƒπ’‚π’ˆπ’Š π’•π’Šπ’‚π’‘-π’•π’Šπ’‚π’‘ π’–π’Žπ’‚π’•, π‘²π’‚π’Žπ’Š π’”π’šπ’‚π’“π’Šπ’‚π’•π’Œπ’‚π’ π’Šπ’ƒπ’‚π’…π’‚π’‰ π’Œπ’π’“π’ƒπ’‚π’ π’”π’–π’‘π’‚π’šπ’‚ π’Žπ’†π’“π’†π’Œπ’‚ π’Žπ’†π’π’šπ’†π’ƒπ’–π’• π’π’‚π’Žπ’‚ 𝑨𝒍𝒍𝒂𝒉 𝒂𝒕𝒂𝒔 π’“π’†π’›π’†π’Œπ’Š π’ƒπ’Šπ’π’‚π’•π’‚π’π’ˆ π’•π’†π’“π’π’‚π’Œπ’‚π’ ...
26/05/2026

β€œπ‘«π’‚π’ π’ƒπ’‚π’ˆπ’Š π’•π’Šπ’‚π’‘-π’•π’Šπ’‚π’‘ π’–π’Žπ’‚π’•, π‘²π’‚π’Žπ’Š π’”π’šπ’‚π’“π’Šπ’‚π’•π’Œπ’‚π’ π’Šπ’ƒπ’‚π’…π’‚π’‰ π’Œπ’π’“π’ƒπ’‚π’ π’”π’–π’‘π’‚π’šπ’‚ π’Žπ’†π’“π’†π’Œπ’‚ π’Žπ’†π’π’šπ’†π’ƒπ’–π’• π’π’‚π’Žπ’‚ 𝑨𝒍𝒍𝒂𝒉 𝒂𝒕𝒂𝒔 π’“π’†π’›π’†π’Œπ’Š π’ƒπ’Šπ’π’‚π’•π’‚π’π’ˆ π’•π’†π’“π’π’‚π’Œπ’‚π’ π’šπ’‚π’π’ˆ π’…π’Šπ’Œπ’–π’“π’π’Šπ’‚π’Œπ’‚π’-π‘΅π’šπ’‚ π’Œπ’†π’‘π’‚π’…π’‚ π’Žπ’†π’“π’†π’Œπ’‚.”
(Surah al-Hajj: 34)

Aidiladha hadir bukan sahaja untuk mengajar kita erti syukur, bahkan untuk kita menghayati makna pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada Allah SWT.

Daripada kisah Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS, kita belajar bahawa iman menuntut keyakinan, pengorbanan dan kesabaran yang tinggi dalam melaksanakan perintah Allah.

Ameerah Selangor mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H kepada seluruh umat Islam.

Semoga Aidiladha kali ini mendidik hati untuk terus ikhlas dalam beramal, menguatkan ukhuwah sesama insan dan menambahkan ketaqwaan kepada Allah SWT.

π‘¨π’Šπ’…π’Šπ’π’‚π’…π’‰π’‚ π‘΄π’–π’ƒπ’‚π’“π’‚π’Œ πŸŒ™


Hari Arafah (Hari Wukuf) merupakan salah satu hari yang paling agung dan suci dalam kalendar Islam. Ianya jatuh pada 9 Z...
25/05/2026

Hari Arafah (Hari Wukuf) merupakan salah satu hari yang paling agung dan suci dalam kalendar Islam. Ianya jatuh pada 9 Zulhijjah, iaitu sehari sebelum Hari Raya Aidiladha.

​Pada hari ini, jemaah haji akan berkumpul di Padang Arafah untuk melakukan ibadah Wukuf, yang merupakan rukun haji yang paling utama.

​Bagi kita yang tidak mengerjakan haji, berikut adalah beberapa amalan utama yang sangat digalakkan:

1. ​Berpuasa Sunat Arafah: Ini adalah amalan yang paling dituntut. Ganjaran puasa hari Arafah amat besar, iaitu dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang (HR Muslim).

2. ​Memperbanyakkan Doa: Hari Arafah adalah waktu yang mustajab untuk berdoa. Rasulullah SAW bersabda, "Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah."

3. ​Berzikir dan Istighfar: Perbanyakkan membaca tahlil, tahmid, takbir, dan memohon keampunan daripada Allah SWT.

Selamat beribadah semua.

Ikhlas dari,
Ameerah Selangor πŸ’š

SPM TERAS PENDIDIKAN KEBANGSAAN, UEC TIDAK WAJAR DIANGKAT MELEBIHI DASAR NASIONAL1. Ameerah Selangor memandang serius pe...
21/05/2026

SPM TERAS PENDIDIKAN KEBANGSAAN, UEC TIDAK WAJAR DIANGKAT MELEBIHI DASAR NASIONAL

1. Ameerah Selangor memandang serius pengumuman Kementerian Pendidikan Tinggi berhubung laluan kemasukan pelajar lepasan SMPC/UEC ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA).

2. Ameerah Selangor menegaskan bahawa sebarang laluan ke pendidikan tinggi mestilah berpaksikan Dasar Pendidikan Kebangsaan dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai pengiktirafan nasional yang utama.

3. Isu ini bukan sekadar berkaitan akses kepada pendidikan, bahkan melibatkan identiti nasional serta sejarah pembinaan negara bangsa. Ameerah Selangor tidak menolak peluang pendidikan kepada mana-mana rakyat Malaysia, namun segala dasar dan pelaksanaannya perlu berteraskan semangat cintakan negara serta penghormatan terhadap sistem pendidikan kebangsaan.

4. Sehubungan itu, Ameerah Selangor tidak melihat kewajaran kerajaan membuka laluan kemasukan ke IPTA kepada lepasan UEC tanpa mengambil kira sejarah perjuangan sistem tersebut yang dilihat sering mencabar identiti nasional dan bercanggah dengan kerangka Dasar Pendidikan Kebangsaan sedia ada.

5. Justeru, Ameerah Selangor menggesa pihak kerajaan agar terus mempertahankan Dasar Pendidikan Kebangsaan tanpa kompromi. Sebarang tekanan atau tuntutan daripada pihak tertentu yang boleh menggugat asas sistem pendidikan negara tidak wajar dilayani.

6. Ameerah Selangor turut menegaskan bahawa pendidikan tinggi yang inklusif tidak seharusnya mengorbankan dasar kebangsaan. Kemajuan negara mesti dibina atas asas yang menyatukan rakyat, bukannya melalui sistem yang berpotensi mewujudkan pemisahan.

Tasneem Zainol
Pengarah Ameerah Selangor

16/05/2026

Ucapan Selamat Hari Guru dari Pengarah Ameerah Selangor, Puan Tasneem Zainol.

β€œGuru bukan sekadar mengajar ilmu, tetapi membentuk manusia.”Setiap huruf yang diajar, setiap teguran yang diberi, dan s...
16/05/2026

β€œGuru bukan sekadar mengajar ilmu, tetapi membentuk manusia.”

Setiap huruf yang diajar, setiap teguran yang diberi, dan setiap doa yang dipanjatkan oleh seorang guru adalah bekal berharga dalam perjalanan hidup anak bangsa.

Di sebalik kejayaan seorang insan, pasti ada guru yang sabar mendidik tanpa mengenal penat dan lelah.

Ameerah Selangor mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik yang terus istiqamah mencurahkan ilmu, membina akhlak dan membimbing generasi masa hadapan.

Semoga segala jasa dan pengorbanan para guru dikurniakan ganjaran yang besar di sisi Allah SWT.

β€œBarangsiapa yang mengajarkan sesuatu ilmu maka dia akan mendapat pahala orang yang mengamalkannya tanpa mengurangi pahala orang yang mengamalkannya sedikitpun.”
(Riwayat Ibn Majah: 236)



Address

Shah Alam

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ameerah Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share