Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor - DMPNS

Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor - DMPNS Laman rasmi Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor Usaha-usaha PAS :

1.

Tujuan PAS ialah :

- Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya bilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah
- Mempertahankan Kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara. Menyeru umat manusia kepada Syari'at Allah dan Sunnah RasulNya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan.
2. Memperjuangkan Is

lam sebagai aqidah dan syari'ah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai ke Islaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.
3. Memupuk dan memperkukuhkan dan memperkuatkan ukhuwah Islamiyah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan.
4. Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-pertubuhan dan orang-orang perseorangan bagi mengenali dan memehami serta memperjuangkan konsep dan pandangan hidup Islam.
5. Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi memperbaiki susunan serta institusi-institusi masyarakat, bentuk politik, keadilan ekonomi dan negara, untuk membela kepentingan umat Islam dan rakyat seluruhnya.
6. Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bilamana dan selama mana ianya mujstahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang negara.
7. Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya disamping berusaha mengembangkan bahasa al-Qura'an.
8. Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam.
9. Memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini.
10. Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjalinkan hak-hak asasi manusia serta menghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di kalangan umat manusia.
11. Melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan dan Undang-Undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke luar.

‼️ Wajib Tonton ‼️Ayuh, kenali lebih dekat Panel Jemputan dalam 𝐁𝐈𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐒.𝐎.𝐒 : 𝐁𝐢𝐥𝐚 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐭𝐮𝐤𝐚𝐫 𝐋𝐚𝐫𝐚 yang dibawakan o...
19/08/2026

‼️ Wajib Tonton ‼️

Ayuh, kenali lebih dekat Panel Jemputan dalam 𝐁𝐈𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐒.𝐎.𝐒 : 𝐁𝐢𝐥𝐚 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐭𝐮𝐤𝐚𝐫 𝐋𝐚𝐫𝐚 yang dibawakan oleh Briged Muslimat Selangor.

MasyaAllah, Hebat bukan ? Jadi jangan lepaskan peluang ini.

InsyaAllah, anda akan bersama dengan beliau dalam bual 𝐁𝐈𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐒.𝐎.𝐒 : 𝐁𝐢𝐥𝐚 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐭𝐮𝐤𝐚𝐫 𝐋𝐚𝐫𝐚 pada :

📅 𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡: 𝟐𝟑 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐀𝐡𝐚𝐝)
🕝 𝐌𝐚𝐬𝐚: 𝟐.𝟑𝟎 𝐩𝐞𝐭𝐚𝐧𝐠 – 𝟓.𝟑𝟎 𝐩𝐞𝐭𝐚𝐧𝐠
📍 𝐏𝐥𝐚𝐭𝐟𝐨𝐫𝐦: 𝐋𝐈𝐕𝐄 𝐓𝐢𝐤𝐓𝐨𝐤 𝐁𝐫𝐢𝐠𝐞𝐝 𝐌𝐮𝐬𝐥𝐢𝐦𝐚𝐭 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫.

𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐩𝐚𝐧𝐞𝐥 𝐣𝐞𝐦𝐩𝐮𝐭𝐚𝐧 :
🎙️ 𝐘𝐁 𝐌𝐚𝐫𝐝𝐡𝐢𝐲𝐲𝐚𝐡 𝐉𝐨𝐡𝐚𝐫𝐢
(Peguambela & Peguamcara, Mahkamah Tinggi Malaya dan Peguam Syarie)

𝐌𝐨𝐝𝐞𝐫𝐚𝐭𝐨𝐫:
🎤 𝐅𝐢𝐭𝐫𝐚𝐡 𝐇𝐞𝐫𝐦𝐚𝐧 :
(Timbalan Pengarah 1, Briged Muslimat Selangor)

.O.S


Ayuh, kenali lebih dekat Panel Jemputan dalam 𝐁𝐈𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐒.𝐎.𝐒 : 𝐁𝐢𝐥𝐚 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐭𝐮𝐤𝐚𝐫 𝐋𝐚𝐫𝐚 yang dibawakan oleh Briged Muslimat Selangor.

MasyaAllah, Hebat bukan ? Jadi jangan lepaskan peluang ini.

InsyaAllah, anda akan bersama dengan beliau dalam bual 𝐁𝐈𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐒.𝐎.𝐒 : 𝐁𝐢𝐥𝐚 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐭𝐮𝐤𝐚𝐫 𝐋𝐚𝐫𝐚 pada :

📅 𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡: 𝟐𝟑 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐀𝐡𝐚𝐝)
🕝 𝐌𝐚𝐬𝐚: 𝟐.𝟑𝟎 𝐩𝐞𝐭𝐚𝐧𝐠 – 𝟓.𝟑𝟎 𝐩𝐞𝐭𝐚𝐧𝐠
📍 𝐏𝐥𝐚𝐭𝐟𝐨𝐫𝐦: 𝐋𝐈𝐕𝐄 𝐓𝐢𝐤𝐓𝐨𝐤 𝐁𝐫𝐢𝐠𝐞𝐝 𝐌𝐮𝐬𝐥𝐢𝐦𝐚𝐭 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫.

𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐩𝐚𝐧𝐞𝐥 𝐣𝐞𝐦𝐩𝐮𝐭𝐚𝐧 :
🎙️ 𝐘𝐁 𝐌𝐚𝐫𝐝𝐡𝐢𝐲𝐲𝐚𝐡 𝐉𝐨𝐡𝐚𝐫𝐢
(Peguambela & Peguamcara, Mahkamah Tinggi Malaya dan Peguam Syarie)

𝐌𝐨𝐝𝐞𝐫𝐚𝐭𝐨𝐫:
🎤 𝐅𝐢𝐭𝐫𝐚𝐡 𝐇𝐞𝐫𝐦𝐚𝐧 :
(Timbalan Pengarah 1, Briged Muslimat Selangor)

.O.S


Islam menuntut keadilan dan keharmonian dengan bukan Islam, namun tetap tegas mempertahankan aqidah, syariat dan prinsip...
19/08/2026

Islam menuntut keadilan dan keharmonian dengan bukan Islam, namun tetap tegas mempertahankan aqidah, syariat dan prinsip Islam daripada sebarang ideologi yang bercanggah dengannya.

Minda Presiden PAS

NEGARA ISLAM DAN HUBUNGANNYA DENGAN BUKAN ISLAM

Firman Allah SWT:

لَّا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ لَمۡ يُقَٰتِلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَلَمۡ يُخۡرِجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ أَن تَبَرُّوهُمۡ وَتُقۡسِطُوٓاْ إِلَيۡهِمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُقۡسِطِينَ ٨ إِنَّمَا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ قَٰتَلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَأَخۡرَجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ وَظَٰهَرُواْ عَلَىٰٓ إِخۡرَاجِكُمۡ أَن تَوَلَّوۡهُمۡۚ وَمَن يَتَوَلَّهُمۡ فَأُوْلَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّـٰلِمُونَ ٩

“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak (p**a) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. [8] Sesungguhnya, Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai wali (kawanmu yang diberi kepercayaan atau pemimpin) orang-orang yang memerangi kamu kerana agama dan mengusir kamu dari negerimu, dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan sesiapa yang menjadikan mereka sebagai wali, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (9)” [Surah al-Mumtahanah: 8–9]

Para ulama’ menegaskan bahawa ayat ini merupakan ayat Muhkamat yang menjadi hukum yang kekal dan tiada yang menasakhkannya.

Al-Quran merupakan kitab Allah SWT yang bersumber daripada sifat-Nya yang Maha Mengetahui, serta menjadi petunjuk kepada seluruh alam. Petunjuk yang berkekalan sehingga akhir zaman, termasuk petunjuk kepada manusia yang hidup bermasyarakat. Antara sifat tabiinya ialah wujudnya perbezaan dan perlawanan antara mereka, antara yang benar dan yang salah dalam semua urusan. Termasuk dalam urusan agama, berlaku pertembungan antara iman dengan kufur, atau antara Islam dengan pihak yang menentangnya.

Firman Allah SWT:
.. وَلَوۡلَا دَفۡعُ ٱللَّهِ ٱلنَّاسَ بَعۡضَهُم بِبَعۡضٖ لَّهُدِّمَتۡ صَوَٰمِعُ وَبِيَعٞ وَصَلَوَٰتٞ وَمَسَٰجِدُ يُذۡكَرُ فِيهَا ٱسۡمُ ٱللَّهِ كَثِيرٗاۗ وَلَيَنصُرَنَّ ٱللَّهُ مَن يَنصُرُهُۥٓۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ ٤٠

“...Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid-masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya, Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya, Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa.” [Surah al-Hajj: 40]

Perlawanan antara benar dengan salah, antara iman dengan kufur, antara adil dengan zalim adalah sifat tabii manusia sepanjang zaman, yang dihadapi oleh semua para anbiya’ AS sehingga nabi akhir zaman, Nabi Muhammad SAW.

Walaupun terdapat perbezaan pegangan dan wujudnya perlawanan yang menjadi fitrah manusia, tetapi Islam tetap bertasamuh (bertoleransi) dalam hubungan bermasyarakat majmuk. Hal ini berbeza dengan agama lain yang menunjukkan sikap menentang tanpa tasamuh, menjadikan penganut pelbagai agama dalam masyarakat majmuk bertembung secara melampau sehingga memusnahkan rumah ibadat agama lain yang bukan daripada kalangan majoriti rakyat.

Firman Allah SWT:

۞وَلَا تُجَٰدِلُوٓاْ أَهۡلَ ٱلۡكِتَٰبِ إِلَّا بِٱلَّتِي هِيَ أَحۡسَنُ إِلَّا ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ مِنۡهُمۡۖ وَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا بِٱلَّذِيٓ أُنزِلَ إِلَيۡنَا وَأُنزِلَ إِلَيۡكُمۡ وَإِلَٰهُنَا وَإِلَٰهُكُمۡ وَٰحِدٞ وَنَحۡنُ لَهُۥ مُسۡلِمُونَ ٤٦

“Dan janganlah kamu berdebat dengan Ahli Kitab, melainkan dengan cara yang paling baik, kecuali terhadap orang-orang zalim antara mereka, dan katakanlah, ‘Kami telah beriman kepada (kitab-kitab) yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepadamu; Tuhan kami dan Tuhanmu ialah satu; dan hanya kepada-Nya kami berserah diri.’” [Surah al-‘Ankabut: 46]

Perlawanan yang wujud bukan hanya melibatkan senjata, tetapi juga termasuk ideologi yang disebarkan melalui pemikiran dan kefahaman. Bahkan, perkara yang merosakkan kefahaman lebih berbahaya daripada membunuh nyawa kerana kesannya yang berpanjangan kepada bangsa dan umat.

Kehilangan moral atau akhlak membawa kepada bertambahnya dosa yang ditanggung dan menyebabkan semakin ramai yang menjadi mangsanya, sehingga memberi kesan kepada zuriat dan generasi yang akan datang. Dahulunya tidak ada Melayu Islam yang membunuh diri sendiri, kini sudah ada beritanya. Dahulunya arak, kini dadah p**a.

DAP terus memperjuangkan bahawa perlembagaan asal negara ini bersifat sekular, dan pendirian itu p**a sama seperti matlamat yang telah digariskan dalam perlembagaan parti mereka. DAP sebenarnya mahu meminda Perlembagaan Persekutuan kembali kepada pemerintahan sekular sepertimana pada zaman penjajah dahulu. Walau apa pun hujah yang mereka berikan, DAP tetap mahu melaksanakan pemerintahan sekular.

Sekularisme ialah ajaran sesat yang dibawa masuk oleh penjajah ke dalam masyarakat Melayu Islam bagi memesongkan mereka daripada ajaran agama Islam yang sempurna. Sekularisme ialah ajaran Injil yang telah dipesongkan daripada ajaran asal Nabi ‘Isa AS, yang sama dengan ajaran para anbiya’ yang lain. Firman Allah SWT:

فَمَن تَوَلَّىٰ بَعۡدَ ذَٰلِكَ فَأُوْلَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡفَٰسِقُونَ ٨٢ أَفَغَيۡرَ دِينِ ٱللَّهِ يَبۡغُونَ وَلَهُۥٓ أَسۡلَمَ مَن فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ طَوۡعٗا وَكَرۡهٗا وَإِلَيۡهِ يُرۡجَعُونَ ٨٣ قُلۡ ءَامَنَّا بِٱللَّهِ وَمَآ أُنزِلَ عَلَيۡنَا وَمَآ أُنزِلَ عَلَىٰٓ إِبۡرَٰهِيمَ وَإِسۡمَٰعِيلَ وَإِسۡحَٰقَ وَيَعۡقُوبَ وَٱلۡأَسۡبَاطِ وَمَآ أُوتِيَ مُوسَىٰ وَعِيسَىٰ وَٱلنَّبِيُّونَ مِن رَّبِّهِمۡ لَا نُفَرِّقُ بَيۡنَ أَحَدٖ مِّنۡهُمۡ وَنَحۡنُ لَهُۥ مُسۡلِمُونَ ٨٤

“Sesiapa yang berpaling sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasiq. (82) Maka, apakah mereka mencari agama yang lain daripada agama Allah? Padahal kepada-Nyalah menyerahkan diri segala makhluk yang berada di langit dan di bumi, baik dengan sukarela mahupun terpaksa, dan hanya kepada Allah jua mereka dikembalikan. (83) Katakanlah, ‘Kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan kepada kami, dan yang diturunkan kepada Ibrahim, Isma‘il, Ishaq, Ya‘qub, dan anak-anaknya, dan apa yang diberikan kepada Musa, ‘Isa dan para nabi daripada Tuhan mereka. Kami tidak membeza-bezakan seorang pun di antara mereka dan hanya kepada-Nyalah kami menyerahkan diri.’ (84)” [Surah Ali ‘Imran: 82–84]

Mereka mencipta ayat dalam kitab Injil yang membawa kepada pemisahan atau pengasingan politik dan urusan dunia daripada ajaran agama dengan ayat:

“Therefore, render to Caesar the things that are Caesar’s, and to God the things that are God’s.”

“Berikan milik Kaisar itu kepada Kaisar; dan milik Tuhan itu kepada Tuhan.” [Matthew 22:21; Mark 12:17; Luke 20:25]

Fahaman ini telah merosakkan masyarakat Barat, meruntuhkan institusi keluarga dan syakhsiah individu kemanusiaan. Hal ini demikian kerana, apabila agama dipisahkan daripada urusan dunia, maka manusia akan hilang sifat kemanusiaannya.

Media yang menyokong DAP seperti Malaysiakini dan lain-lain terus berperanan dengan bebas dan secara halus terus menyebarkan ajaran sesat ini. Adapun, orang Melayu dalam Pakatan Harapan (PH) menjadi bisu dan tidak mencegah kemungkaran yang besar ini, bahkan mereka p**a yang membela dan menjadi jurucakap yang mempertahankan DAP.

DAP juga menunjukkan penentangan secara terbuka terhadap pelaksanaan Islam yang dinyatakan secara jelas dalam nas al-Quran dan Hadis. Sehubungan dengan itu, PAS yang memilih pendekatan muwajahah silmiyyah (pendekatan damai) dalam konsep demokrasi, beberapa kali mengadakan dialog untuk memberi kefahaman berkenaan hukum Islam (qisas, hudud dan takzir).

Terdapat beberapa pimpinan DAP yang menunjukkan sikap positif dan secara terbuka boleh menerimanya. Ada dalam kalangan mereka yang keluar daripada DAP, manakala sebahagiannya p**a disingkirkan daripada parti tersebut. Selain itu, ada juga yang memberi alasan bahawa mereka takut tidak akan mendapat sokongan pengundi bukan Islam yang tidak memahami berkenaan hukum Islam.

Dalam isu Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) yang dibentangkan berkenaan hukum takzir Islam, yang bertujuan untuk mendidik dan bukannya menyeksa, ada yang memberi alasan bahawa mereka bimbang perkara tersebut akan mempengaruhi sehingga diterima oleh kalangan bukan Islam.

Malangnya, ada dalam kalangan orang Melayu Islam sendiri yang membisu terhadap kemungkaran tanpa mempedulikan akibatnya, termasuk mendapat laknat Allah. Walaupun pelaksanaan Islam hanya bagi orang Islam dan tidak berkaitan dengan kebebasan beragama bagi penganut bukan Islam, sikap melampau seperti ini tidak boleh dibiarkan.

DAP membawa konsep ‘Malaysian Malaysia’ bagi menghilangkan rupa bangsa yang menjadi fitrah alam. Firman Allah SWT:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَٰكُم مِّن ذَكَرٖ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ شُعُوبٗا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٞ ١٣

“Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal. Sesungguhnya, orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa antara kamu. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” [Surah al-Hujurat: 13]

Islam tidak mengharamkan kecintaan kepada bangsa masing-masing, namun diharamkan bersikap taasub (fanatik) iaitu berlaku zalim terhadap bangsa lain atau membela kalangan kaumnya yang zalim.

DAP menyanjung perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM) yang disokong oleh British bagi menentang Jepun, yang kemudiannya diharamkan atas faktor politiknya sendiri. Kump**an komunis itu telah banyak mengorbankan anggota askar dan polis Melayu sewaktu dalam tempoh darurat.

Menteri daripada kalangan DAP mencadangkan suatu Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (PSB) atau lebih dikenali dengan Urban Renewal Act (URA) - walaupun telah ditarik balik oleh jemaah menteri pada 23 Januari 2026 untuk tujuan penambahbaikan secara menyeluruh sebelum dibentangkan semula di Parlimen - adalah suatu tindakan untuk menghalau orang Melayu yang miskin oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) atas nama membangunkan semula kawasan bandar.

Selain itu, DAP turut meletakkan calon orang Melayu bertanding di kawasan campuran bagi menguasai kuasa politik selaras dengan perjuangannya. Hal ini berbeza dengan MCA dan MIC, yang merupakan parti yang lebih awal ditubuhkan ketika perjuangan menuntut kemerdekaan. Kedua-dua parti tersebut sama-sama berada dalam parlimen menetapkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan konsep kebebasan beragama kepada penganut pelbagai agama mengikut sempadan hubungan masyarakat majmuk. Begitu juga beberapa parti pecahan daripadanya seperti GERAKAN dan lain-lain. Kesemuanya menerima konsep kerakyatan dalam masyarakat majmuk.

Semua yang saya kemukakan ini merupakan dalil bertulis yang terang dan kenyataan lisan daripada pemimpin DAP itu sendiri.

Ramai dalam kalangan agamawan yang menjadi terompah kayu yang digunakan untuk membela DAP, termasuk kalangan agamawan yang memegang jawatan rasmi dalam kerajaan. Allah SWT memberi amaran yang keras dalam ayat-ayat yang banyak dalam al-Quran. Antaranya, firman Allah SWT:

إِنَّ ٱلَّذِينَ يَكۡتُمُونَ مَآ أَنزَلۡنَا مِنَ ٱلۡبَيِّنَٰتِ وَٱلۡهُدَىٰ مِنۢ بَعۡدِ مَا بَيَّنَّٰهُ لِلنَّاسِ فِي ٱلۡكِتَٰبِ أُوْلَـٰٓئِكَ يَلۡعَنُهُمُ ٱللَّهُ وَيَلۡعَنُهُمُ ٱللَّـٰعِنُونَ ١٥٩ إِلَّا ٱلَّذِينَ تَابُواْ وَأَصۡلَحُواْ وَبَيَّنُواْ فَأُوْلَـٰٓئِكَ أَتُوبُ عَلَيۡهِمۡ وَأَنَا ٱلتَّوَّابُ ٱلرَّحِيمُ ١٦٠

“Sesungguhnya, orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam al-Kitab, mereka itu dilaknat Allah dan dilaknat oleh semua (makhluk) yang dapat melaknat. (159) Kecuali mereka yang telah bertaubat dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (kebenaran), maka terhadap mereka itulah Aku menerima taubatnya dan Akulah Yang Maha Menerima Taubat lagi Maha Penyayang. (160)” [Surah al-Baqarah: 159–160]

Seterusnya, firman Allah SWT:

إِنَّ ٱلَّذِينَ يَكۡتُمُونَ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلۡكِتَٰبِ وَيَشۡتَرُونَ بِهِۦ ثَمَنٗا قَلِيلًا أُوْلَـٰٓئِكَ مَا يَأۡكُلُونَ فِي بُطُونِهِمۡ إِلَّا ٱلنَّارَ وَلَا يُكَلِّمُهُمُ ٱللَّهُ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِ وَلَا يُزَكِّيهِمۡ وَلَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٌ ١٧٤

“Sesungguhnya, orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah diturunkan Allah, iaitu al-Kitab dan menjualnya dengan harga yang sedikit (murah), mereka itu sebenarnya tidak memakan (tidak menelan) ke dalam perutnya melainkan api, dan Allah tidak akan berbicara kepada mereka pada Hari Kiamat dan tidak menyucikan mereka dan bagi mereka seksaan yang amat pedih.” [Surah al-Baqarah: 174]

Walaupun ayat-ayat tersebut menceritakan berkenaan para ulama’ Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani), namun menjadi iktibar kepada ulama’ Islam yang bercakap dan menjadi syaitan bisu.

Allah mendedahkan bahawa ulama’ yang bercakap kerana mencari makan dan mengejar kesenangan dunia tanpa sempadan, mereka itu dibandingkan laksana anjing yang otaknya berada di perut, bukannya di kepala. Firman Allah SWT:

وَٱتۡلُ عَلَيۡهِمۡ نَبَأَ ٱلَّذِيٓ ءَاتَيۡنَٰهُ ءَايَٰتِنَا فَٱنسَلَخَ مِنۡهَا فَأَتۡبَعَهُ ٱلشَّيۡطَٰنُ فَكَانَ مِنَ ٱلۡغَاوِينَ ١٧٥ وَلَوۡ شِئۡنَا لَرَفَعۡنَٰهُ بِهَا وَلَٰكِنَّهُۥٓ أَخۡلَدَ إِلَى ٱلۡأَرۡضِ وَٱتَّبَعَ هَوَىٰهُۚ فَمَثَلُهُۥ كَمَثَلِ ٱلۡكَلۡبِ إِن تَحۡمِلۡ عَلَيۡهِ يَلۡهَثۡ أَوۡ تَتۡرُكۡهُ يَلۡهَثۚ ذَّالِكَ مَثَلُ ٱلۡقَوۡمِ ٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِ‍َٔايَٰتِنَاۚ فَٱقۡصُصِ ٱلۡقَصَصَ لَعَلَّهُمۡ يَتَفَكَّرُونَ ١٧٦ سَآءَ مَثَلًا ٱلۡقَوۡمُ ٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِ‍َٔايَٰتِنَا وَأَنفُسَهُمۡ كَانُواْ يَظۡلِمُونَ ١٧٧

“Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang telah Kami berikan kepadanya ayat-ayat Kami (pengetahuan tentang isi al-Kitab), kemudian dia melepaskan diri daripada ayat-ayat tersebut, lalu dia diikuti oleh syaitan (sampai dia tergoda). Maka, jadilah dia termasuk orang-orang yang sesat. (175) Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan darjatnya dengan ayat-ayat tersebut, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah. Maka, perumpamaannya seperti anjing, jika kamu menghalaunya dijulurkan lidahnya; dan jika kamu membiarkannya, ia menjulurkan lidahnya (juga). Demikianlah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka, ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir. (176) Amatlah buruk perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan kepada diri mereka sendirilah mereka berbuat zalim. (177)” [Surah al-A‘raf: 175–177]

Sila jawab dengan hujah yang sahih, bukan dengan hujah yang tidak sempurna atau berhujah tanpa ilmu, tetapi hendaklah secara tafaqquh fi al-din (memahami agama Islam secara mendalam).

Berkata Ibn Mas‘ud RA:

وَسَيَأْتِي عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ قَلِيلٌ فُقَهَاؤُهُ، كَثِيرٌ قُرَّاؤُهُ، يُحْفَظُ فِيهِ حُرُوفُ الْقُرْآنِ وَتُضَيَّعُ حُدُودُهُ. كَثِيرٌ مَنْ يَسْأَلُ، قَلِيلٌ مَنْ يُعْطِي، يُطِيلُونَ فِيهِ الْخُطْبَةَ، وَيَقْصُرُونَ الصَّلَاةَ. يُبَدُّونَ فِيهِ أَهْوَاءَهُمْ قَبْلَ أَعْمَالِهِمْ.

“Dan akan datang kepada manusia suatu zaman yang sedikitnya fuqaha’ (ulama’ yang bertafaqquh), sedangkan ramainya pembaca al-Quran (qurra’); di mana huruf-huruf al-Quran (bacaan dan tajwidnya) dipelihara, tetapi hudud (batasan hukum-hakamnya) diabaikan. Ramai orang yang meminta-minta, tetapi sedikit sahaja yang memberi. Mereka memanjangkan khutbah dan memendekkan solat. Mereka mengutamakan hawa nafsu mereka sebelum amalan mereka.” [Malik bin Anas, al-Muwatta’, no. 88, daripada Ibn Mas‘ud]

Ibn Mas‘ud menegaskan bahawa pada akhir zaman ramai dalam kalangan para ulama’ yang berilmu, tetapi sedikit sahaja para fuqaha’ (ulama’ yang bertafaqquh), khususnya dalam bidang fiqh siasah. Hal ini termasuk juga kenyataan yang mengatakan bahawa tiada istilah kafir harbi di Malaysia, seolah-olah Malaysia berada di luar daripada alam dunia yang tetap termasuk dalam petunjuk al-Quran, kitab ilmu yang bermukjizat.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 6 Rabi‘ al-Awwal 1448 / 19 Ogos 2026

[Bil: 51 / 2026]

𝗖𝗶𝗻𝘁𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗮𝗹𝗮𝘀𝗮𝗻 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗹𝗮𝗸𝘂 𝘇𝗮𝗹𝗶𝗺 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮 𝗹𝗮𝗶𝗻.Islam mengiktiraf fitrah manusia yang hidup dengan i...
19/08/2026

𝗖𝗶𝗻𝘁𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗮𝗹𝗮𝘀𝗮𝗻 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗹𝗮𝗸𝘂 𝘇𝗮𝗹𝗶𝗺 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮 𝗹𝗮𝗶𝗻.

Islam mengiktiraf fitrah manusia yang hidup dengan identiti, budaya dan bangsa masing-masing. Tetapi Islam juga meletakkan garis yang tegas, jangan sampai kecintaan itu berubah menjadi taasub, lalu menutup mata terhadap kezaliman.

Dalam Malaysia yang berbilang bangsa, kekuatan kita bukan pada menghapuskan perbezaan, tetapi pada belajar hidup bersama dengan adil, berprinsip dan saling menghormati.

Kerana Islam tidak meminta kita untuk menghapuskan identiti.
Islam mendidik kita supaya tidak kehilangan keadilan.



16/08/2026

Lensa Suasana Himpunan Jentera PAS Selangor di Tanjong Karang

Himpunan penuh semangat dan kebersamaan jentera PAS Selangor di Tanjong Karang.

Inilah gambaran kekuatan gerak kerja, ukhuwah dan kesungguhan jentera dalam memastikan perjuangan terus diperkasa.

Selangor Deserves Better!

SELANGOR DESERVES BETTERSeronok melihat kehadiran peserta Himpunan Jentera Pilihanraya PAS Selangor yang berlangsung mal...
16/08/2026

SELANGOR DESERVES BETTER

Seronok melihat kehadiran peserta Himpunan Jentera Pilihanraya PAS Selangor yang berlangsung malam tadi.

Kemeriahan & sambutan yang luar biasa serta menceriakan suasana daripada semua penyokong PAS Selangor sehingga memenuhi keseluruhan ruang himpunan.

Terima kasih kerana hadir!

Kehadiran anda memberi signal kepada PAS Selangor & Perikatan Nasional Selangor untuk mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor demi membawa perubahan, memperkukuh kebajikan rakyat dan membina Selangor yang lebih sejahtera.

Takbir!



𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗡𝗝𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗝𝗨𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 Pada malam himpunan ini turut menyaksikan penyerahan panji perjuangan kepada barisan Pengara...
16/08/2026

𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗡𝗝𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗝𝗨𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡

Pada malam himpunan ini turut menyaksikan penyerahan panji perjuangan kepada barisan Pengarah Pilihanraya Dewan dan Kawasan seluruh Negeri Selangor.

Panji yang diangkat bukan sekadar sehelai kain yang dikibarkan, tetapi lambang amanah yang sedia dipikul, perjuangan yang akan terus dipertahankan dan cita-cita yang ingin direalisasikan.

Turut menerima Panji perjuangan Puan Norazlin Binti Md Samsudin selaku Pengarah Pilihanraya Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor.

Lebih bermakna lagi, seusai penyerahan ini, seluruh jentera bersama-sama melafazkan ikrar sebagai tanda kesediaan untuk berdiri teguh, menyatukan saf dan melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan.

Kita bukan sekadar bersedia menghadapi pilihan raya.
Namun, kita sudah bersedia untuk memenangkan perjuangan di bumi Selangor ini!

𝗔𝗟𝗟𝗔𝗛𝗨 𝗔𝗞𝗕𝗔𝗥!!!





Politik berteraskan identiti Melayu mempunyai kaitan rapat dengan pembentukan nusa dan negara MalaysiaMenteri Besar Keda...
16/08/2026

Politik berteraskan identiti Melayu mempunyai kaitan rapat dengan pembentukan nusa dan negara Malaysia

Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam ucapannya mengaitkan sejarah perjuangan orang Melayu dengan perkembangan Islam di rantau ini, termasuk pengalaman Kesultanan Kedah berdepan ancaman Siam.

Sejarah tersebut memperlihatkan bagaimana masyarakat Melayu mempertahankan tanah air serta kedaulatan negeri daripada ancaman kuasa luar.

Dari sudut kedudukan Islam dalam membentuk identiti dan nilai kehidupan masyarakat Melayu, beliau menegaskan bahawa kemuliaan orang Melayu tidak dapat dipisahkan daripada penerimaan Islam.

Perkembangan kerajaan-kerajaan besar di rantau ini juga berkait dengan penerimaan Islam, termasuk di Alam Melayu dan Arakan.

Pendekatan politik berteraskan identiti Melayu perlu dilihat dalam konteks pembentukan negara yang membolehkan masyarakat daripada pelbagai latar belakang hidup bersama secara aman.

Segala persoalan dan cabaran yang dihadapi masyarakat di Tanah Melayu perlu diselesaikan dengan menjadikan Islam sebagai asas panduan.



𝑫𝒊 𝑺𝒆𝒍𝒂𝒏𝒈𝒐𝒓 𝒊𝒏𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒃𝒆𝒓𝒎𝒖𝒍𝒂𝒏𝒚𝒂 𝒂𝒓𝒆𝒏𝒂 𝒑𝒐𝒍𝒊𝒕𝒊𝒌 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒆𝒎𝒃𝒂𝒘𝒂 𝒌𝒆𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒌𝒆𝒔𝒂𝒕𝒖𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝒑𝒆𝒏𝒚𝒂𝒕𝒖𝒂𝒏. Selangor mempunyai sejarah panja...
15/08/2026

𝑫𝒊 𝑺𝒆𝒍𝒂𝒏𝒈𝒐𝒓 𝒊𝒏𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒃𝒆𝒓𝒎𝒖𝒍𝒂𝒏𝒚𝒂 𝒂𝒓𝒆𝒏𝒂 𝒑𝒐𝒍𝒊𝒕𝒊𝒌 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒆𝒎𝒃𝒂𝒘𝒂 𝒌𝒆𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒌𝒆𝒔𝒂𝒕𝒖𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝒑𝒆𝒏𝒚𝒂𝒕𝒖𝒂𝒏.

Selangor mempunyai sejarah panjang dalam perjuangan Islam dan penyatuan masyarakat. Sebagai jantung negara, Selangor juga mempunyai kedudukan penting dalam menentukan masa depan politik Malaysia ujar Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat.

Islam telah menunjukkan contoh terbaik melalui penyatuan Muhajirin dan Ansar serta kehidupan bersama masyarakat Islam dan bukan Islam di Madinah. Prinsipnya jelas, keadilan untuk semua dan tiada kezaliman atas dasar perkauman.

Masyarakat bukan Islam di Selangor tidak perlu takut kepada Islam. PAS terbuka kepada ta‘awun, dialog dan kerjasama dengan semua pihak yang sederhana demi membina Selangor yang lebih baik.
Justeru, PAS Selangor perlu bersedia untuk memimpin, bukan sekadar menjadi pembangkang.

Dengan dasar Islam yang konsisten, strategi yang jelas dan kesatuan jentera, PAS perlu berada di saf hadapan membawa perubahan kepada Selangor.





𝗪𝗔𝗪𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗥𝗨 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗡𝗚𝗢𝗥Memulakan persada ucapan pada malam ini, YB Dato' Dr, Ab. Halim Tamuri, Pesuruhjaya PAS Neg...
15/08/2026

𝗪𝗔𝗪𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗥𝗨 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗡𝗚𝗢𝗥

Memulakan persada ucapan pada malam ini, YB Dato' Dr, Ab. Halim Tamuri, Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor menegaskan bahawa Selangor memerlukan kerajaan baharu yang berintegriti, berprinsip dan mampu membawa perubahan yang lebih baik.

PAS bukan sekadar berhasrat mengambil alih pentadbiran, tetapi hadir dengan wawasan dan perancangan yang jelas melalui Ehsan 2030 sebagai kerangka komprehensif untuk membawa Selangor ke arah pembangunan yang lebih maju, sejahtera dan cemerlang.

Ehsan 2030 dirangka khusus berteraskan keperluan dan potensi negeri Selangor, sebagai panduan menuju masa depan yang lebih baik.

Maka, bermula hari ini, seluruh jentera perlu:

•Mengemaskini data
•Memperkukuhkan organisasi
•Melatih jentera
•Mendekati pengundi
•Meluaskan jaringan sosial
•Memperkemaskan sistem komunikasi
•Menyatukan saf jentera

Insya-Allah, dengan strategi, disiplin dan kesatuan, Selangor mampu melangkah ke arah kemenangan.





Address

No. 14A Jalan Selendang 10/10, Seksyen 10
Shah Alam
40100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor - DMPNS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share