PAS SHAH ALAM

PAS SHAH ALAM Page Rasmi PAS Shah Alam

Official Page of PAS Shah Alam

04/09/2026
“Kita mahu menawan Selangor bukan kerana kita gila kuasa, tetapi kerana tanggungjawab untuk merebut kembali nadi ekonomi...
03/09/2026

“Kita mahu menawan Selangor bukan kerana kita gila kuasa, tetapi kerana tanggungjawab untuk merebut kembali nadi ekonomi negara demi mengembalikan kekayaan kepada seluruh rakyat.”

Mohd Zulwafi bin Bahaudin
Pengarah Pilihanraya DPPN Selangor
Perbahasan Ucaptama Ketua Pemuda PAS Malaysia

Semangat anak muda bakal memimpin penyatuan!Benih yang sudah ditanam akan terus disiram dan dibaja supaya mekar subur se...
03/09/2026

Semangat anak muda bakal memimpin penyatuan!

Benih yang sudah ditanam akan terus disiram dan dibaja supaya mekar subur sehingga ke Putrajaya.

Insha-Allah!

Biarkan suara-suara sumbang yang cuba memecahbelahkan.

Dewan Muktamar ini menjadi saksi bahawa kesatuan ini akan terus mekar tanpa sangsi.


MUKTAMAR HARI KE-2 🟢Masuk hari kedua, suasana Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia makin terasa bahangnya.Hari ini berlang...
03/09/2026

MUKTAMAR HARI KE-2 🟢

Masuk hari kedua, suasana Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia makin terasa bahangnya.

Hari ini berlangsung Majlis Perasmian Muktamar Pemuda PAS Malaysia yang disempurnakan oleh Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Yang menarik, turut hadir Ketua Pemuda UMNO, Akmal Saleh bersama delegasi sebagai penampilan istimewa dalam muktamar kali ini.

Bukan sekadar berhimpun, tetapi ruang untuk bertukar pandangan, memperkukuh ukhuwah dan melihat hala tuju anak muda untuk masa depan negara.

Muktamar diteruskan. Semangat anak muda terus menyala! 🔥💚

Menghadiri Muktamar Pemuda PAS Malaysia di akhir usia pemuda. Muktamar DPPM kali ini menjadi yang terakhir saya hadiri s...
03/09/2026

Menghadiri Muktamar Pemuda PAS Malaysia di akhir usia pemuda. Muktamar DPPM kali ini menjadi yang terakhir saya hadiri sebagai Ketua Pemuda PAS Selangor.

Alhamdulillah, terlalu banyak pengalaman, pelajaran dan kenangan yang dikutip sepanjang perjalanan ini. Ada s**a dan duka, jatuh dan bangun, semuanya menjadi sebahagian daripada tarbiah perjuangan.

Kini tiba masanya memberi laluan kepada generasi baharu untuk meneruskan amanah dan mengemudi bahtera pemuda.

Semoga DPPM terus melangkah gagah, menjadi benteng perjuangan dan melahirkan generasi pewaris yang lebih baik daripada kami.

Perjuangan tetap diteruskan dengan khidmat kepada Islam dan ummah.

Anak muda membuka jalan dan laluan kearah penyatuan ummah PN-BN. TERBAIK & MANTAP!
03/09/2026

Anak muda membuka jalan dan laluan kearah penyatuan ummah PN-BN.

TERBAIK & MANTAP!

MUKTAMAR DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA KALI KE-67Alhamdulillah, Pemuda PAS Selangor terus melangkah dengan penuh semangat da...
03/09/2026

MUKTAMAR DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA KALI KE-67

Alhamdulillah, Pemuda PAS Selangor terus melangkah dengan penuh semangat dan iltizam di Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia Kali Ke-67.

Menampilkan para perwakilan daripada 22 kawasan serta pimpinan Dewan Pemuda PAS Selangor yang hadir membawa suara, amanah dan aspirasi anak muda dari seluruh negeri.

Inilah wajah-wajah yang membawa amanah perjuangan — bersatu hati, memperkukuh saf dan terus istiqamah dalam memperjuangkan Islam serta membina masa depan Malaysia yang lebih baik.

22 kawasan. Satu saf. Satu perjuangan.

Semoga muktamar ini menjadi medan memperkukuh ukhuwah, menyatukan gerak kerja dan menyemarakkan lagi semangat Pemuda PAS Selangor untuk terus berkhidmat kepada rakyat.

🔥 Pemuda PAS Selangor — Terus Istiqamah, Terus Melangkah!




Selamat bermuktamar wahai Pemuda
02/09/2026

Selamat bermuktamar wahai Pemuda

Address

No. 6C, Tingkat 3, Blok 1, Worldwide Business Centre, Jalan Tinju 13/50, Seksyen 13
Shah Alam
40100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS SHAH ALAM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share