Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan UPEN Selangor

Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan UPEN Selangor Mengawal selia & menyelaras dasar Kerajaan Negeri & Persekutuan berkaitan Pihak Berkuasa Tempatan ba

Hormati Jalur Gemilang kita
22/08/2019

Hormati Jalur Gemilang kita

HORMATI BENDERA JALUR GEMILANG KITA. JALUR GEMILANG LAMBANG KEBANGGAAN NEGARA 🇲🇾

Pastikan bendera Jalur Gemilang kita dipasang/dikibar dengan betul dan bukan sembarangan.


20 PERKARA TENTANG RAHSIA BENDERA NEGARA

1. Jika bendera hendak dipasang pada tiang besar seperti pada bangunan pejabat atau sekolah, ia hendaklah dinaikkan menggunakan tali pada pagi hari dan diturunkan pada petang hari. Lazimnya di Malaysia bendera dinaikkan pada jam 7 pagi dan diturunkan sebelum jam 7 mlm.

2. Sewaktu dinaik dan diturunkan, bendera tidak boleh dibiarkan meleret ke tanah. Sama ada ia ditatang atau diselipangkan di bahu.

3. Orang yang menaik dan menurunkan bendera hendaklah berpakaian kemas. Tidak boleh pakai pakaian yang mencolok mata, atau pakai kain sarung yang disenteng ke paras lutut, tidak berbaju, tidak berkasut dsbnya. Jangan hisap rokok atau v**e semasa menaikkan bendera.

4. Bendera hendaklah dinaikkan perlahan-lahan. Diturunkan pun perlahan-lahan. Jangan tergesa-gesa.

5. Orang yang berada di sekitar tiang tersebut hendaklah berdiri sewaktu bendera dinaikkan.

6. Jika ada kematian pembesar dan bendera hendak dikibarkan separuh tiang, maka ia hendaklah dinaikkan hingga ke puncak dulu, kemudian diturunkan perlahan-lahan ke separuh tiang, tanda berkabung.

7. Bendera tidak boleh dikibarkan dalam gelap. Jika mahu dikibarkan pada malam hari, maka bendera perlu disuluh dengan 'spot light'.

8. Bendera tidak sesekali boleh dibiarkan mencecah tanah. Ini tanda tidak hormat kepada negara.

9. Bendera tidak boleh dibuat kain kelubung untuk menutup kepala pada hari panas.

10. Bendera tidak sama sekali boleh dibuat lapik duduk. Oleh itu paling tidak sesuai jika bendera dijadikan seluar.

11. Bolehkah bendera dibuat baju? Boleh dengan syarat memotong kain lain yang mempunyai warna bendera. Tidak sepatutnya bendera dipotong untuk dibuat baju. Memotong bendera bererti tidak menghormati negara.

12. Bendera tidak sama sekali boleh dibuat stokin atau kasut / selipar. Kita lihat banyak juga selipar yang dicetak bendera Union Jack. Itu adalah perbuatan tidak hormat pada bendera. Jangan ikut perangai mereka.

13. Jika bendera hendak dipasang pada kereta, pastikan ia dipasang teguh. Banyak yang tercabut dan jatuh ke jalan sehingga dilenyek kenderaan lain. Ini tidak menghormati bendera. Jika dipasang pada kereta pastikan ia diikat atau dilekatkan dengan kuat.

14. Jika hendak dipasang pada lori atau bas, pastikan tidak terlalu besar hingga mengganggu pengguna jalanraya lain. Kita s**a pasang yang besar-besar. Apabila lori berhenti di lampu merah, benderanya menutup muka penunggang motosikal. Ini sungguh tidak bertimbang rasa.

15. Bendera boleh digunakan untuk selimut pemenang s**an tanda kejayaan negara, tapi awas... jangan sampai meleret ke tanah.

16. Bendera boleh digunakan untuk menutup keranda perajurit, tetapi jangan bawa masuk ke dalam liang kubur.

17. Jangan pijak bendera negara sendiri atau bendera negara orang lain. Jika ada rakyat negara jiran yang pijak bendera kita, jangan ikut. Mereka memang tolol. Kita cerdik. Jika kita ikut mereka, kita juga akan dilihat tidak cerdik.

18. Bendera yang telah lusuh warnanya, atau telah koyak akibat dikibarkan terlalu lama hendaklah dimusnahkan. Cara musnahkan bendera ialah dengan dibakar. Jangan buang bendera lama di tong sampah atau tong kitar semula. Jangan kibarkan bendera yang lusuh atau yang sudah koyak atau tinggal separuh. Nampak sangat sengkek dan lekehnya kita.

19. Bendera yang masih cantik dan sempurna jangan dibakar. Meskipun bendera itu kita beli dangan wang kita sendiri. Membakar bendera adalah tanda tidak hormat kepada negara. Ingat yang kita beli hanya kain, yang kita bakar adalah simbol maruah negara.

20. Bolehkah bendera digantung terbalik? Boleh. Itu tandanya negara berada dalam keadaan bahaya (distress). Jadi jika negara tidak dalam keadaan bahaya, jangan diterbalikkan bendera.

Dalam perang, bendera juga dipanggil panji. Jika tangan kanan yang memegang putus dipenggal, wajib disambut dengan tangan kiri. Jika kedua-dua tangan turut dipenggal, wajib digigit dengan gigi. Untuk membiarkan panji perang jatuh ke tanah TIDAK SAMA SEKALI.

Demikian tingginya martabat sebuah bendera negara atau bendera perjuangan kita.

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
Jabatan Penerangan Malaysia


Tahniah YBhg. Dato’ Haji Haris Bin Kasim di atas pelantikan sebagai Datuk Bandar Shah Alam yang baharu. Selamat maju jay...
12/06/2019

Tahniah YBhg. Dato’ Haji Haris Bin Kasim di atas pelantikan sebagai Datuk Bandar Shah Alam yang baharu. Selamat maju jaya.

OLEH NADIAH ZAMLUS SHAH ALAM, 12 JUN: Dato’ Haris Kasim secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Datuk

Pemakluman Permohonan Geran Kecil Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Selangor Tahun 2019.Permohonan adalah secara o...
07/05/2019

Pemakluman Permohonan Geran Kecil Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Selangor Tahun 2019.

Permohonan adalah secara online. Sila layari portal rasmi Kerajaan Negeri Selangor di www.selangor.gov.my

Tarikh permohonan: 2 hingga 31 Mei 2019

04/05/2019

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Tidak selesa dengan beberapa perkara yang berlaku semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu adalah antara faktor pendorong kepada bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed beralih arah politik.

04/05/2019

SHAH ALAM: Pentadbiran negara perlu mempunyai dasar persyarikatan kerajaan dan kakitangan awam bagi membolehkan penjawat awam serta ahli politik bekerja sebagai satu pas**an.

04/05/2019

SHAH ALAM - Hanya 67 peratus penjawat awam yang berpuas hati hubungan antara mereka dengan kepimpinan politik sepanjang PH mentadbir Selangor.

04/05/2019

Kerajaan harus sedar bahawa sebagai rakyat mereka ingin melihat hasil perubahan yang diimpikan secepat mungkin.

04/05/2019

OLEH AFIX REDZUAN SHAH ALAM, 3 MEI: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu bekerja kuat untuk menunaika

04/05/2019

Tetapi dalam masa yang sama juga kerajaan perlu memahami dan menyelami permasalahan kakitangan awam | Berita Terkini, foto dan video, dunia dan Malaysia

04/05/2019

OLEH AFIX REDZUAN SHAH ALAM, 3 MEI: Sinergi antara pemimpin dan penjawat awam penting demi merealisa

Address

Pejabat Setiausaha Kerajaan
Shah Alam
40503

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:15 - 17:00

Telephone

+60355447100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan UPEN Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share